Blog

  • The Reptilian Brain

    Permulaannya tulisan ini ditulis secara mudah. Supaya pembaca senang membacanya.

    Teori Otak Triune membahagikan otak kepada tiga komponen:
    1. The Reptilian Brain
    2. Limbic System
    3. Neocortex

    The Reptilian Brain merupakan bahagian otak yang berperanan besar dalam membuat keputusan. Bahagian ini menentukan apakah kita akan beli atau tidak sesuatu produk.

    Bahagian otak ini boleh dipengaruhi.

    Bidang ilmu yang menyelidik khusus faktor-faktor yang mempengaruhi The Reptilian Brain disebut #neuromarketing.

    Ini adalah topik yang akan saya kongsikan dalam post-post yang akan datang.

  • 7 Kesilapan Dalam Keyword Research (Kajian Kata Kunci)

    7 Kesilapan Dalam Keyword Research (Kajian Kata Kunci)

    Kajian kata kunci (keyword research) ini nyawa SEO. Asas yang sangat-sangat penting. Bahkan inilah yang membezakan antara pemain SEO baru vs pemain SEO lama.

    Saya ada tulis satu artikel terperinci berkaitan kajian kata kunci. Saya syorkan anda baca artikel itu dahulu sebelum kita teruskan topik ini.Dalam artikel ini saya akan kongsikan 7 kesilapan dalam kajian kata kunci​:

    Kesilapan ini biasa dan sering dilakukan.Baik sekarang saya terangkan satu persatu.Dengan terperinci.

    Syok Sendiri

    Kesilapan #1

    Ini yang mengungguli carta. Kata kunci syok sendiri!Apa maknanya?Saya ada kedai.Nama kedai = Kedai Makan Ah Long.Maka saya pun tulis artikel.Nak rank untuk kata kunci Kedai Makan Ah Long.Seminggu kemudian semak ranking di Google.Yahooo…no 1!Tapi tak ada trafik pun yang masuk daripada situ.Dalam erti kata lain, tak ada orang search di Google “Kedai Makan Ah Long”.Nah, inilah yang dikatakan kata kunci syok sendiri.“Tapi ini-lah kesempatan untuk saya rank-kan jenama sendiri di Google?”Benar.Apabila jenama kita masih baru, maka inilah peluang untuk kita rank dengan cepat di Google.Kerana kata kuncinya bersifat unik dan tidak ada persaingan.Cuma kita kena ingat jangan bergantung kepada kata kunci ini sebagai sumber kemasukan trafik.Kalau tidak nantinya krik, krik.“Jadi bagaimana nak atasi syok sendiri?”Lihat volume carian.Gunakan tools seperti KeywordFinder.

    kesilapan dalam keyword research

    Daripada jadual di atas, kita dapati kata kunci pinjaman wang berlesen mempunyai 3600 carian.

    ​Jadi secara mudahnya, andai kita mahu dapatkan trafik, lebih baik tulis artikel bertajuk pinjaman wang berlesen.

    Cuma sebelum tulis artikel itu, lihat kesilapan kedua dahulu.

    Ekor Pendek

    Kesilapan #2

    Semasa saya mula-mula didedahkan dengan ilmu SEO ini, banyak idea tercetus.“Kalau aku dapat rank untuk kata kunci iphone….pergghh masyuk trafik!”Kata kunci = appleApple = short tail

    kata kunci long tail

    Berlumba untuk kata kunci short tail adalah perbuatan sia-sia!Terutama bagi pemain baru yang tidak ada pengalaman.“Kenapa?”Satu persaingannya sangat tinggi.Kedua nilainya tidaklah padan.Saya terangkan sebab musabab di bawah.(lihat kesilapan keempat)Baca artikel Konsep Kata Kunci Long Tail untuk memahami topik ini dengan lebih terperinci.Sasarkan kata kunci long tail.Kata kunci long tail adalah kata kunci yang bersifat deskriptif.Biasanya 3-4 patah perkataan.Contohnya review iphone XR 2019.

    Tidak Guna LSI

    Kesilapan #3

    Semenjak dua menjak ini kebolehan enjin carian Google semakin hebat.Google sudah boleh membaca dan meneka kehendak pencari.Dulu, best practice SEO adalah satu artikel satu keyword.Kemudian kalau nak rank keyword seterusnya, buat satu lagi artikel.Cuma itu sudah tidak berlaku.Artikel perlukan kata kunci LSI.Kata kunci LSI adalah perkataan-perkataan berkaitan dalam artikel itu.“Macam mana saya nak dapatkan kata kunci LSI?”

    Saya suka gunakan Google terus.Ada dua cara.

    Pertama Google Autosuggest.Ini adalah perkataan-perkataan yang akan muncul apabila kita mahu taip sesuatu di kotak carian.

    google autosuggest wan yusof

    Kedua Google Searches Related.Ini pula adalah perkataan-perkataan cadangan yang muncul di ruang paling bawah.

    google related searches

    Alternatif kepada kaedah ini adalah menggunakan tools seperti KeywordFinder, Ahrefs, LSIGraph dan macam-macam lagi.

    Contoh data dari LSIGraph

    Contoh data dari LSIGraph

    contoh data dari Ahrefs

    Contoh data dari Ahrefs

    Contoh data dari KWFinder

    Contoh data dari KWFinder

    Selepas mendapatkan kata kunci LSI, masukkan kata kunci LSI yang relevan ke dalam artikel.

    Itu saja. Full stop.

    Tidak Lihat ‘Orang Sebelah’

    Kesilapan #4

    Di awal tadi, kita semak volume.Volume = jumlah carian dalam sebulan.Katakanlah anda jumpa kata kunci yang volume-nya banyak, adakah anda patut terkam terus?Kalau “Ya”, itu bahaya!Dalam permainan SEO, kita mahu menang secara bijak.Lihat ‘orang sebelah’.Lihat pesaing.Persaingan yang terlalu padat memberikan jawapan kepada kita sejauh mana kita perlu bersiap.Ibarat lawan menentang lipas vs lawan menentang beruang.

    khabib fighting

    Lawan Beruang? (Gambar hiasan)

    Di KeywordFinder, ada dinyatakan tahap kesukaran (SEO Difficulty).Jadi ini boleh dijadikan rujukan.

    Makin tinggi nilai SEO Difficulty bermaksud semakin sukar untuk kita atasi pesaing.

    melihat pesaing

    Cuma jangan berhenti di situ.Gunakan Eye Ball Technique.Masuk ke top 3 pages dan lihat sendiri konten.Contohnya lihat konten dari caridestinasi, saji, ibusyurga.Dan tanya soalan berikut, 1. Adakah aku boleh lawan konten itu?2. Bagaimanakah aku mahu lawan?Dapat dua jawapan itu, buat keputusan.

    Lupa Commercial Intent Keywords

    Kesilapan #5

    Pada kesilapan kedua, saya sebutkan bahaya kata kunci short tail.Walapun cariannya tinggi, tapi nilainya rendah.Terutama bagi mereka yang mensasarkan serious-buyer.Bayangkan begini.Anda mahu beli iphone XS MAX.Apakah yang anda akan taip di Google?Adakah anda akan taip hanya “iphone XS MAX?”

    iphone xr

    Kemungkinan besar anda akan taip “iphone XS Max price in Malaysia” atau “iphone XS lazada cheap”.Anda cenderung menggunakan kata kunci long tail yang ada commercial intent.“Hmm…macam mana nak dapatkan kata kunci long tail yang ada commercial intent”Di sini pentingnya kita mengenal pasti Searcher Intent.​Video ini menerangkan bagaimana mengenal pasti searcher intent.

    Formula Lokal

    Kesilapan #6

    Sambungan dari kata kunci long tail.Ini tips khas untuk pemilik bisnes lokal.Mereka buat artikel.Sudah masuk Google.Cuma berada di halaman kedua.“Jadi bagaimana mahu masuk ke halaman pertama Google?”Tambah kata kunci lokal.

    Contoh Kata Kunci Lokal (Kata Kunci + Lokal)

    • 10 Makanan Terbaik di Tawau
    • 20 Homestay Menarik di Pulau Pinang
    • 7 Tempat Aktiviti Lasak di Janda Baik
    • check20 Makanan Popular di Bandar Baru Bangi
    • checkKedai Baiki Tayar Batu Pahat
    • check Kedai Baiki Telefon Kubang Kerian

    Perkataan lokasi akan membantu anda muncul di Google dengan lebih cepat.Dan mendapat audiens yang tepat.Baik sekarang kita masuk kepada kesilapan terakhir.

    Mengabaikan Teknikal SEO

    Kesilapan #7

    Satu topik yang tidak digemari ramai dalam SEO adalah SEO Teknikal.Kerana ianya terlalu asing bagi pemilik bisnes.Jadi saya tidak bercadang mahu kupas perkara teknikal yang pelik-pelik.Fokus kepada dua elemen saja.Pertama – kelajuan website.Baiki kelajuan website.Website yang perlahan akan terkesan dari sudut SEO.Kenapa?

    think with google performance

    Kerana website perlahan memberikan pengalaman pengguna (user experience) yang teruk.Saya rekomen anda baca artikel Cara Lajukan Website.Dalam artikel itu saya terangkan dengan lebih terperinci punca-punca website perlahan dan cara mengatasinya.Kedua – tidak ada integrasi antara Google Anyaltics dan Google Search ConsoleKedua-dua tools ini percuma dari Google.Tools ini akan bantu anda untuk memberikan maklumat yang sangat banyak.Maklumat-maklumat ini boleh digunakan bagi menaikkan kedudukan website di Google.Contohnya, menerusi Google Search Console, saya dapat tahu adakah website mendapat klik daripada pengguna.(makin ramai pengguna klik ertinya website kita relevan dengan hasil carian)

    senarai queries

    Andai berminat, anda boleh baca Panduan Google Search Console.Dalam artikel ini saya terangkan dari asas sehinggalah kepada strategi menggunakan tools ini.

    Percuma =)

    Kesimpulan

    Sekarang saya sudah terangkan 7 kesilapan dalam kajian kata kunci.Bagaimana anda boleh mengelakkannya.Apa kata cuba buka website sendiri dan lakukan audit.Adakah kita pernah melakukan kesilapan-kesilapan di atas.Komen di bawah andai anda ada cadangan dan mahu berkongsi pandangan.

    Selamat mencuba.

  • Iklan PPE vs Iklan Link Clicks: Mana Yang Lebih Berbaloi?

    Iklan PPE vs Iklan Link Clicks: Mana Yang Lebih Berbaloi?

    Kebiasaannya apabila kita membuat iklan Page Post Engagement (PPE), jumlah shares memang banyak.Cuma, adakah pengguna klik dan masuk link yang diletakkan di dalam PPE itu?Bagi menjawab persoalan ini, saya membuat eksperimen ringkas.Lihat perbandingan kesan antara Page Post Engagement(PPE) vs Link Clicks.Langkah pertama, saya tulis post di FB.Jadikan ianya sebagai status.Bagi memastikan link itu boleh dikesan, saya gunakan UTM Builder untuk menandakan link itu (tagging).

    UTM tagging

    Link di atas disalin dan diletakkan di FB.

    fb tagging

    Kemudian saya jadikan iklan ini sebagai iklan Page Post Engagement.

    Seterusnya buat satu lagi iklan.Kali ini objective-nya adalah Link Clicks.Copywriting dan audiencenya sama.

    Link ini juga ditandakan menerusi URL Builder.

    UTM Tagging 2

    Iklan dibiarkan berjalan beberapa hari.Kemudian saya lihat data di Google Analytics.

    Analytics 1

    Sebanyak 475 users masuk ke website menerusi link iklan PPE.Kemudian saya lihat pula jumlah klik yang masuk hasil daripada iklan Link Clicks.

    analytics 2

    Jumlah link clicks adalah sebanyak 228 klik.

    “Bagaimana dengan kos pula?”

    Jumlah Klik

    Kos

    Iklan PPE

    475

    RM 95.15

    Iklan Link Clicks

    228

    RM 28.96

    Seterusnya kita buat kira-kira mudah,kos per klik untuk iklan PPE = RM 0.20kos per klik untuk iklan Link Clicks = RM 0.13

    Kemudian lihat pula perbandingan conversion.

    Jumlah Klik

    Kos

    CONVERSIONS

    Iklan PPE

    475

    RM 95.15

    0

    Iklan Link Clicks

    228

    RM 28.96

    3

    Hasilnya didapati iklan Link Clicks menghasilkan 3 jualan berbanding iklan PPE.Maka iklan Link Clicks akan diteruskan.

    Data ini adalah daripada kempen sebenar yang dijalankan selama 10 hari.Cuma ianya bukan untuk Teknik SEO Sempoi.Saya gunakan page Teknik SEO Sempoi di atas adalah sebagai contoh bagi menunjukkan penggunaan URL Builder.

    Apa Tindakan Seterusnya?

    Poin utama dalam DMN#2 adalah untuk memberitahu betapa pentingnya melakukan tagging. Yakni menandakan iklan dengan betul. Supaya kita dapat lihat data yang betul.

    “Macam mana mahu track link wasap?”

    Boleh gunakan jom.chat. Atau gunakan kata kunci pada link wasap.my.

    Contohnya:wasap.my/60123456789/linkclicks (kod iklan link clicks)wasap.my/60123456789/ppe (kod iklan ppe)Boleh boleh?

  • Analisa Simple: New Visitors vs Returning Visitors

    Analisa Simple: New Visitors vs Returning Visitors

    Ini adalah siri baru.Saya panggil Digital Marketing Nuggets (DMN).

    DMN merupakan nota ringkas yang akan saya siarkan setiap minggu.Berkaitan dunia digital marketing.Terutamanya berkaitan eksperimen DM yang saya lakukan.

    Nak baca?

    Nanti tolong komen di bawah ya =)

    Minggu ini saya melihat perbandingan antara New Visitors vs Returning Visitors.

    New Visitors = Pelawat baruReturning Visitors = Pelawat yang datang kembali

    Siapakah sebenarnya yang membeli?

    New visitors atau Returning Visitors?

    retargeting functions

    Data ini beritahu, hanya 2 pelawat yang pertama kali datang terus membeli.Sementara 19 lagi pembeli adalah mereka yang pernah melawat website ini.

    Jadi pemenangnya adalah Returning Visitors.

    Apa Tindakan Seterusnya?

    Memandangkan saya telah jelas bahawa returning visitors adalah kelompok yang akan membeli, maka saya perlu MEMANGGIL RETURNING VISITORS sebanyak mungkin.

    “Apa caranya?”

    Retargeting. Saka.

    Itu cara yang sedikit advanced.

    Apakata kita guna cara biasa dahulu.Email blasting.SMS blasting.Facebook post sharing.

    Secara mudahnya saya kongsikan langkah yang akan diambil:

    • 1Kenal pasti di manakah pelawat website itu berada
    • 2Lihat dalam database: di mana kita simpan data pelawat
    • 3Hubungilah mereka dengan apa cara sekali pun =)

    Ok tak DM Nuggets Siri 1?

    Komen di bawah ya.

  • 11 Plugin SEO WordPress Terbaik Untuk Website

    11 Plugin SEO WordPress Terbaik Untuk Website

    Apakah plugin SEO yang menjadi pilihan anda?Banyak. Sedikit. Tak tahu nak pilih yang mana satu.Alright. Inilah tujuan artikel ini ditulis.Saya mahu berkongsi 11 plugin SEO WordPress mesti guna.Supaya website senang dijumpai Google.Dan ada peningkatan trafik yang berbaloi.

    Sudah sedia?

    Yoast SEO

    yoast seo

    Yoast merupakan plugin SEO yang paling banyak digunakan (most downloaded). Boleh dikatakan jatuh hukum wajib untuk install Yoast SEO. Plugin Yoast membantu pemilik website mencipta website mesra Google. Fokus Yoast bertumpu kepada on-page SEO dan teknikal SEO.“Contohnya?”Banyak sangat. Saya rekomen artikel dari WPBeginner ini yang menerangkan dengan terperinci fungsi-fungsi Yoast. Antaranya title tag, meta description, permalink, indexing, sitemaps dan macam-macam.Yoast didatangkan dalam dua pakej; pakej biasa dan premium. Pakej premium membawakan beberapa fungsi tambahan. Satu fungsi yang menarik di dalam pakej premium yang tidak ada pada pakej biasa adalah fungsi Redirection. Pun begitu fungsi ini boleh diwujudkan menggunakan plugin alternatif.“Redirection itu apa pula?”Ada saya terangkan di bawah.Teruskan membaca.

    All in One SEO

    Andainya baru bermula dengan SEO, saya syorkan plugin All in One SEO berbanding Yoast. Fungsinya hampir sama. Cuma plugin ini lebih senang digunakan. Fokus plugin ini juga bertumpu kepada on-page dan teknikal SEO.Plugin ini juga didatangkan menerusi dua versi. Premium dan percuma.Saya pernah cuba versi premium. Tidak ada beza sangat dari sudut kesan kepada ranking di Google.Jadi guna yang percuma sudah memadai.

    SEOPressor

    seo pressor plugin

    Plugin ini menarik. Selain daripada aspek teknikal dan on-page SEO, plugin SEOPressor memberi tumpuan kepada konten SEO.“Apa maksudnya?”Plugin ini mempunyai satu fungsi yang dikenali sebagai Keyword SEO Score. Fungsi ini akan memantau perkembangan kata kunci anda.Selain daripada itu, dua perkara menarik yang saya suka tentang plugin ini juga adalah adanya:1. LSI keywords – bantu cari kata kunci LSI berkaitan2. Automatic smart linking – mencipta internal link dengan mudahDan untuk pengetahuan anda juga, SEO Pressor ini dicipta oleh orang Malaysia =) Malaysia Boleh!

    Squirrly

    seo squirrly

    Ini adalah satu plugin baru. Menerusi plugin ini anda akan dapat melakukan proses optimisasi on-page dan teknikal SEO. Namun plugin ini tidak berhenti di sini.SEO Squirrly ini menawarkan satu lagi fungsi iaitu membantu kajian kata kunci. Terdapat satu ruang khas yang akan mempermudah proses kajian kata kunci dan mencari kata kunci LSI.Squirrly juga memantau perkembangan dan prestasi kata kunci anda setiap minggu. Dan siap ada cadangan headlines lagi.Plugin ini boleh digunakan bersama-sama dengan Yoast.Bagi bahagian teknikal, gunakan Yoast.Bagi tujuan konten, gunakan Squirrly.

    Broken Link Checker

    broken link checker

    Semakin website berkembang, semakin banyak konten yang akan dihasilkan. Apakah yang berlaku seterusnya?Akan ada broken link.Broken link merupakan link yang sudah tidak wujud. Boleh jadi page itu sudah terpadam atau ditukar ke alamat lain.Menerusi plugin Broken Link Checker, anda akan dapat menyemak apakah page atau link yang bermasalah. Apabila sudah jumpa, gunakan plugin di bawah bagi mengatasi masalah itu.

    Quick Redirection

    quick redirection

    Sekarang sudah tiba giliran redirection.Secara terjemahannya, redirection membawa maksud alih arah.Konsepnya begini. Bayangkan jalan yang anda lalui ditutup.Ada kerja baik pulih jalan.Jadi trafik akan dihalakan ke arah lain.Sama juga dalam kes ini.Apabila website semakin banyak konten, akan ada link yang tidak menjadi.Link tidak menjadi berpunca daripada:1. Perubahan permalink2. Konten dipadamkan3. Ada masalah teknikal yang menghalang pelawat akses pageLink yang tidak menjadi ini disebut sebagai broken link.Broken link boleh disemak menggunakan plugin di atas.Selepas semakan, baiki link yang rosak menggunakan plugin redirection.

    Google XML Sitemap

    Google XML Sitemap

    Seandainya anda sudah menggunakan Yoast atau All in One SEO, maka plugin ini tidak diperlukan.

    Plugin Yoast dan All in One SEO sudah berupaya mencipta XML Sitemap sendiri.Namun bagi yang tidak menggunakan kedua-dua plugin itu, aktifkan Google XML Sitemap. Plugin ini akan bantu anda mencipta sitemap.Sitemap merupakan peta website. Sitemap akan memberitahu Google ke mana harus Google pergi dan apakah fungsi setiap page di dalam website.

    “Macam mana nak guna?”

    Install dan aktifkan sahaja.Kemudian plugin ini akan buat kerja sendiri.

    All in One Schema

    rich snippets

    Pernah dengar orang sebut Rich SnippetsRich Snippets pada asasnya adalah hak milik Google. Namun pemilik website boleh mempengaruhi Google menerusi penggunaan Schema.Memahami schema boleh tahan mencabar.Cuma usah bimbang dan pening kepala.Gunakan plugin ini.Plugin Schema akan membantu anda mencipta rich snippets untuk:1. Event2. Review3. People4. Recipe5. Product6. Video7. Articles8. Software/Apps“Erm..saya macam tak bersedia untuk schema lagi..”Tidak mengapa.Kita lihat plugin seterusnya.Lebih senang dan berbaloi menggunakannya.

    SEO Friendly Image

    seo friendly images

    Salah satu komponen yang beri kesan kepada ranking adalah gambar.Apabila gambar itu bersifat seo-optimized, gambar senang dijumpai Google.Amalan terbaik dalam menjadikan gambar mesra Google adalah dengan menamakan Title dan Alt pada gambar itu.Cuma bagaimana andai kata sudah banyak gambar di muat naik.Dan gambar itu belum ada ALT.Andai kata nak set satu persatu, “tak mampu den”.Gunakan plugin PB SEO Friendly Image.Plugin ini akan bantu anda untuk cipta Alt dan Title dengan mudah.Jadi apa tunggu lagi.Terus install dan guna.

    AMP for WP

    Google AMP

    AMP bermaksud Accelerated Mobile Pages.Ianya merupakan satu projek usaha-sama.Tujuannya bagi mempercepatkan kelajuan website apabila menggunakan smartfon.Google cenderung untuk meletakkan website yang ada AMP berada di atas bagi carian menggunakan smartfon.Malah siap ada logo AMP lagi.“Susah ke nak setup?”Senang sangat.Install dan aktifkan sahaja.Kemudian plugin ini akan bekerja untuk anda.

    WP Rocket

    WPROCKET

    Fungsi WP Rocket adalah mempercepatkan kelajuan website berganda-ganda. Dan ternyata plugin ini melaksanakan fungsinya dengan betul. WP Rocket merupakan satu plugin berbayar yang berbaloi mendapatkannya.Kelajuan website memberikan kesan kepada kedudukan website di Google. Ianya berkait rapat dengan pengalaman pengguna (user experience). Apabila website perlahan, pengguna keluar.

    Bounce rate meningkat. Average time spent menurun. Lalu Google menurunkan website anda.Cara menggunakan WP Rocket senang.Install dan aktifkan.Kemudian ikut sahaja panduan yang disediakan.No rocket science!

    Kesimpulan: Nak Pilih Plugin SEO Mana?

    Baik. Ini soalan cepu mas.Terutamanya selepas saya berikan 4 plugin SEO yang utama.Makin keliru mahu guna yang mana.Untuk permulaan, saya cadangkan,+ All in One SEO+ SEO Friendly Images+ WP RocketBagi yang sudah biasa dengan SEO,+ Yoast SEO+ Broken Link Checker+ Quick Redirection+ WP Rocket+ All in One Schema+ AMP for WPBoleh boleh?

  • Teknik SEO: Apakah trend SEO 2018?

    Teknik SEO: Apakah trend SEO 2018?

    Menjelang 2018, apakah yang terjadi kepada dunia SEO. Apa trend SEO 2018? Apa pula kemaskini dunia SEO? Ada trik terbaru untuk muncul di Google?Saya mengkaji dapatan dan ramalan dari blog terkemuka SEO seperti Moz, Search Engine Watch, Search Engine Journal, Backlinko dan banyak lagi.Hasilnya saya buat rumusan dalam satu artikel panjang.Sebelum itu lihat graf ini.Perhatikan trend FB.Makin membesar dari hari ke hari.

    trend seo 2018

    “Google sudah mati?”Sabar!Graf diatas ini tidak tepat sebenarnya.Sedikit misleading.Ada peningkatan pada carian di Facebook.Tapi tidak dinyatakan adakah ini bermaksud carian di Google menurun?Bagi mendapatkan data yang lebih tepat, lihat maklumat ini.

    teknik seo 2018

    Google menunjukkan peningkatan sebanyak +3.4% sebagai saluran kemasukan pelawat ke website.Berbanding Facebook yang menurun sebanyak -0.6%.Jadi ini adalah peluang keemasan untuk anda.Masukkan website dalam senarai top 10 hasil carian.Bagi memudahkan anda membaca ramalan dunia SEO 2018, saya buatkan menu pantas.Klik saja menu pilihan dan baca segmen berkenaan.

    Trend SEO 2018GOOGLE RANKBRAINSERP FEATURESGOOGLE PREDICTIVE INTENTKONTEN KOMPREHENSIF dan USER SIGNALBACKLINK BERKUALITIGOOGLE MOBILE-FIRST INDEXVOICE SEARCHSEO 2018

    GOOGLE RANKBRAIN

    “In the few months it has been deployed, RankBrain has become the third-most important signal contributing to the result of a search query.”

    Rank Brain ambil respon dan interaksi pengguna.Katakan anda buat carian tentang “Cara Menjawab Soalan Temuduga”.

    Lihat hasil carian.Anda klik hasil carian keempat.

    hasil carian cara menjawab soalan temuduga

    “Wow! Ini yang saya cari selama ini”Anda baca artikel itu satu persatu.Dan betul-betul puas hati.RankBrain akan catat reaksi ini dan ambil kira untuk naikkan ranking website anda.Dalam masa yang sama, perkara yang sebaliknya pun boleh terjadi.“Apa maksudnya?”Anda klik hasil carian pertama.Sekali artikel mengarut.Terus tekan butang back.Alert!RankBrain ambil perhatian.Dia tahu hasil carian pertama tidak relevan.Jadi website itu akan diturunkan daripada kedudukan nombor 1.Dua aspek utama dalam RankBrain:1. Berapa lama pengguna berada di page itu (Dwell Time)2. Berapa ramai yang klik hasil carian (CTR)

    Bagaimana Meningkatkan Dwell Time

    Mengikut kajian oleh SearchMetrics, purata dwell time bagi top 10 hasil carian adalah 3 minit dan 10 saat.

    dwell time

    Jadi andai kata masa pengguna di website anda kurang dari 3 minit, maka website ini akan mengalami kesukaran untuk kekal di top 10.Saya syorkan anda baca artikel Bagaimana Meningkatkan Masa Audien di Website.Artikel ini menunjukkan senarai tips secara terperinci.Semuanya praktikal dan sudah dicuba.Bagi tujuan ini, saya senaraikan 9 teknikmenulis artikel mesra SEO ini sepintas lalu:

    • 1Teknik Website Kurus – manipulasi mata pembaca menggunakan saiz lebar website.
    • 2Teknik Bukit Bukau – menulis ayat pendek-pendek.
    • 3Teknik SLS – memastikan wujud jarak antara satu line dan line seterusnya.
    • 4Teknik Re-Engage – menukar-nukar ‘angle’ pembaca menerusi subheadline, divider, gambar, content upgrade.
    • 5Teknik Listikel – menggunakan list.
    • 6Teknik Typhography – memilih font sans-serif.
    • 7Teknik Perbualan – menulis artikel dalam bentuk percakapan.
    • 8Teknik Inkuiri Penemuan – mencetus rasa ingin tahu.

    Bagaimana Meningkatkan CTR

    Pengguna akan klik satu daripada 10 hasil carian.Sekiranya tidak menarik mereka akan cari website lain.Dalam 10 hasil carian itu, bagaimanakah anda dapat mempengaruhi pengguna.Supaya mereka klik website anda?Semakin kerap pengguna klik website anda, semakin tinggi peluang untuk website berada di kedudukan tiga teratas.“Macam mana nak tahu website saya di kedudukan mana?”

    apa itu position

    Data CTR ini boleh dilihat menerusi Google Search Console.Satu platform percuma dari Google yang berbaloi menggunakannya.Saya ada terangkan panduan Google Search Console dalam artikel ini.Sekarang kita terus saja tekuni beberapa tips yang dapat meningkatkan CTR

    1. Menggunakan Modifier Pada Title Tag

    Modifier adalah perkataan tambahan di hadapan atau di belakang kata kunci.Modifier ditambah bagi tujuan mendapatkan pelanggan spesifik dan menampakkan kelainan berbanding website lain.

    modifier title tag

    Modifier ada yang bersifat commercial intent dan ada yang bersifat informational intent.

    Pemilihan intent bergantung kepada apakah tujuan artikel itu ditulis.

    2. Menggunakan Tajuk Yang Bersifat Emosi

    Menurut Dr Jonah Berger, emosi ada banyak.Dalam banyak-banyak emosi, ada dua kelompok emosi yang tinggi tahap viralnya.Viraliti tinggi = senang viral.

    EMOSI

    Viraliti Tinggi

    Viraliti Rendah

    Positif

    Gembira, Lucu, Inspirasi

    Relaks, Puas hati

    Negatif

    Takut, Marah, Cemburu, Stress

    Sedih

    Usahakan cipta tajuk yang mempunyai emosi inspirasi atau marah.Cuma berhati-hati.Elakkan click-bait.Click-bait akan beri kesan negatif pada RankBrain.

    2. Menggunakan Teknik FECoS

    Teknik ini adalah hasil dari kajian Larry Kim dan Brian Dean.F = FormatE = EmotionalCo = Content TypeS = Subject

    organik ctr seo

    “Apa maksudnya?”Saya tunjukkan contoh.Format + Subjek + Jenis Konten + Emosi = TAJUK“5 Strategi Marketing Luar Biasa”“6 Sebab Utama Kenapa Gadis Cantik Ini Kahwin Lelaki Duda”

    Perhatikan. Saya ubah suai sedikit formula ini dengan meletakkan emosi di belakang. Ini bagi menyesuaikan maksud ayat dalam konteks Bahasa Malaysia.Boleh boleh?Sekarang kita teruskan dengan trend SEO seterusnya.

    SERP FEATURES

    Perhatikan sesuatu.Cuba buka Google dan taip “how to cook chocolate cake”.Lihat apa hasil carian.

    serp features

    Kemudian taip pula “cuaca di kota bharu”.Lihat hasil carian.

    serp features 2

    Taip pula “what is latissimus dorsi”.Nampak apa?

    serp features 3

    Perasan atau tidak kepelbagaian hasil carian.Google bukan sekadar menunjukkan senarai website.Bahkan Google mempersembahkan kepelbagaian hasil carian.Perbuatan ini disebut sebagai SERP Features.Website Tuan dan Cikpuan boleh muncul di dalam SERP Features.“Bagaimana caranya?”Tulis penerangan yang menjawab soalan-soalan pengguna.Bagi mencari apakah soalan-soalan yang sering ditanya, taipkan carian bermula dari perkataan “How…”

    carian how

    Saya ulang, di dalam artikel, pastikan anda menjawab soalan yang ditanya itu.Gunakan ejaan yang lengkap. Bukan singkatan.SERP Features belum masuk sepenuhnya di Malaysia.Tahun 2018 adalah tahun di mana fungsi ini akan mula berkembang.“Kalau semuanya sudah ada jawapan di Google, maksudnya orang sudah tak masuk website?”Betul.Ini yang didapati oleh Moz.Mereka mendapati bagi hasil carian yang bersifat soalan dan jawapan (contohnya cuaca, maksud perkataan, tukaran matawang dsb), hampir 75% pengguna tidak akan klik ke website.Mereka berpuas hati dengan jawapan di Google saja.“Jadi apa untungnya pada kita?”Google sedang membuatkan pengguna Google ketagih.Mereka makin suka mencari di Google.Jadi secara teorinya, semakin mudah mereka dapat jawapan di Google, semakin kerap mereka guna Google.Nampak tak permainan Google?Fuh, dahsyat.Bagaimana dengan trend ini pula?Lagi dahsyat.

    GOOGLE PREDICTIVE INTENT

    Apabila taip sesuatu di Google, akan keluar cadangan carian.Namanya Google Autocomplete.

    google autocomplete

    Bagaimanakah Google tahu nak cadang apa?Inilah yang dinamakan “predictive intent”.Google menggunakan robotnya.Robot Google merakam perangai carian kita sebelum ini.Kemudian carian itu disesuaikan.“Bagaimana Google tahu perangai kita?”Apakah servis Google yang anda guna?Makin banyak servis Google yang digunakan, makin bijak robot Google meneka.Cuma jangan paranoid pula.Tidak mahu guna Google.Disebabkan takut Google tahu semua perkara.“Baik. Cuma apa kaitannya perkara ini dan SEO?”Dari sudut kajian kata kunci,kerja anda jadi mudah.Data-data dari Google ini boleh digunakan untuk melihat apakah kata kunci yang sering dicari.Seterusnya anda boleh gunakan maklumat ini untuk menghasilkan artikel yang mendapat klik.Gabungkan Google Autocomplete dan Google Searches Related.

    google searches related

    Saya tunjukkan contoh aplikasi teknik ini.Katakanlah mahu tulis satu artikel bertajuk “Cara buat website”.Catat semua prediction oleh Google.Google Autocomplete + Google Searches Related.Pilih yang relevan.

    pilih kata kunci relevan

    Dari sini anda sudah dapat satu rangka artikel.Atau dalam erti kata lain, sudah dapat subtopik yang ingin ditulis.

    subtopik artikel

    Kemudian tulislah artikel itu.Contoh yang saya berikan ini adalah apa yang saya buat.Sudah diuji keberkesanannya.Sebelum ini bagi kata kunci “cara buat website”, website wanyusof.com tidak ada dalam senarai.Sekarang berada di kedudukan ketujuh.

    hasil carian cara buat website

    Apa perasaan anda sekarang?Berbaloi baca artikel ini?

    Belum habis.Saya teruskan dengan perkembangan seterusnya.Bacaan yang sangat penting.

    KONTEN KOMPREHENSIF dan USER SIGNAL

    Sekarang ini ada sudah ada berbillion website di dunia.Jumlah ini akan bertambah dari masa ke masa.Dalam erti kata lain,andai kata hari ini ada 1 website berkaitan penjagaan kucing,tahun depan kemungkinan ada 100 website hanya berkaitan kucing.Dari satu aspek, ini adalah bagus.Perkembangan ilmu dan informasi.Dari aspek SEO pula, ini bermakna persaingan makin sengit.Makin ramai website bersaing merebut kedudukan di halaman pertama Google.“Jadi siapa yang akan menang?”Siapa yang mula dahulu dengan teknik yang betul.Google sangat suka website yang kontennya komprehensif dan terperinci.Komprehensif dan terperinci ini bukan sekadar diukur dari sudut jumlah patah perkataan, penggunaan multimedia, cara penyampaian dan gambar sahaja.Bahkan yang paling penting USER SIGNAL!Menggunakan RankBrain, Google dapat mendalami reaksi pengguna terhadap sesuatu website.

    komen di blog

    Salah satu user signal di website

    Maklumat ini kemudiannya digabungkan dengan dapatan dari media sosial.Berapa jumlah share-nya.Berapa jumlah like-nya.Berapa jumlah komen-nya.“Maksudnya kalau orang itu ada ramai follower di media sosial, untunglah dia?”Benar.Inilah kelebihan influencer.Mereka menggunakan pengaruhnya bagi meningkatkan capaian kontennya.“Apa patut saya buat sekarang?”Pertama, jangan menggelabah.Bertenang dan ambil nafas dahulu.Fokus pada penghasilan konten berkualiti.Sasarkan artikel yang mempunyai 1000 patah perkataan.Lengkap dengan video dan gambar.

    patah perkataan google

    Dalam masa yang sama, mulakan bina jenama di media sosial.Andai kata perlukan panduan, saya ada tulis satu catatan.Namanya Nota Premium Content Mastery.Ini adalah catatan yang saya gunakan bagi membangunkan personaliti Wan Yusof Wan Jeffery di Facebook.

    BACKLINK BERKUALITI

    Sewaktu Larry Page membina Google, dia memikirkan cara bagaimanakan mahu menyusun websit di Google.Lalu dia datang dengan idea “backlink”.“Apa itu backlink?”

    link building

    Backlink adalah link daripada website lain yang menuju ke website anda. Backlink ada yang berkualiti dan ada yang tidak berkualiti.Apabila website yang relevan memberikan backlink kepada website anda, maka kedudukan website anda akan dinaikkan oleh Google.Apabila website tidak berkualiti memberikan backlink kepada website anda, yang berlaku pula adalah sebaliknya.“Macam mana nak dapatkan link dari website berkualiti?”Ada pemain SEO yang membeli backlink dari website lain.Maksudnya, mereka cari website berkualiti dan mereka bayar website itu bagi meletakkan link ke website mereka.Perbuatan ini ada risiko yang tersendiri.Bagi saya, fokus pada:1. Cipta konten berkualiti2. Sebarkan konten berkualiti kepada influencerApabila orang mengenali website anda sebagai website berkualiti, mereka secara sukarela akan memberikan backlink.Cuma proses ini tidak berlaku sekelip mata.Backlink yang paling bagus adalah backlink yang bersifat deskriptif.

    • Tidak deskriptif = Klik sini
    • Deskriptif = Ini adalah jenis-jenis link di website.

    Sepanjang artikel ini saya menggunakan link deskriptif. Cuma apa yang saya buat ini adalah internal link. Menghubungkan link dalam satu website yang sama.

    Selain itu, backlink yang datang dari domain kerajaan (.gov) juga bernilai tinggi.

    Tahniah kerana anda masih tekun bersama saya.Saya nak dedahkan trend SEO seterusnya.Ini memang boleh nampak jelas.

    Spot on!

    GOOGLE MOBILE-FIRST INDEX

    Hari ini sudah lebih 60% carian dilakukan menerusi smartfon.Fungsi smartfon semakin menjadi penting.Atas sebab ini, Google sudah mewujudkan AMP.AMP maksudnya Accelerated Mobile Page.Accelerated Mobile Page mempercepatkan akses ke website berganda-ganda.Malah sebagai ganjaran, Google akan memberikan simbol AMP kepada website yang ada fungsi ini.

    google accelerated mobile page

    “Apa keburukkan AMP?”Website WanYusof.com pernah menggunakan AMP.Saya dapati conversion sedikit menurun.Walaupun website jadi sangat laju.Kemudian saya tutup fungsi ini.Kini saya akan memasangkan kembali AMP bagi menghadapi cabaran SEO 2018.“Macam mana nak pasang?”

    1. Pergi ke Plugin > AMP2. Install dan aktifkan

    plugin google amp

    “Itu saja?”Ya. Benar.Untuk makluman anda, Facebook juga peka pada perubahan ini.Lalu Facebook perkenalkan Instant Articles.Instant Articles mirip Google AMP.Ianya mempercepatkan akses ke website serta merta.Proses setup Facebook Instant Articles sedikit mencabar berbanding Google AMP.Facebook Instant Articles melibatkan:1. Plugin wordpress2. Akses ke Facebook API3. Facebook PageTonton video ini untuk tutorial memasang Facebook Instant Articles.

    Point utama yang saya ingin sampaikan adalah kunci utama bagi Google Mobile-First Index adalah kelajuan.Seandainya website anda sudah laju berdesup tanpa menggunakan Google AMP atau Facebook Instant Article, itu terbaik.

    tip lajukan website

    Point utama yang saya ingin sampaikan adalah kunci utama bagi Google Mobile-First Index adalah kelajuan.Seandainya website anda sudah laju berdesup tanpa menggunakan Google AMP atau Facebook Instant Article, itu terbaik.“Macam mana nak check kelajuan website?”Punca-punca website perlahan dan cara mengatasinya ada saya tulis dalam blog ini. Kebiasannya berpunca dari gambar yang banyak dan server yang perlahan.Pernah sekali saya bertanya pada Brian Dean, ada tak cara lain untuk lajukan website selepas kita optimize semua aspek.Brian kata pilih server laju. “You get what you pay for”.

    Baik sekarang, kita pergi teknologi terbaru yang beri pengaruh terhadap kedudukan website di Google.

    VOICE SEARCH

    Selari dengan peningkatan penggunaan smartfon, carian menggunakan suara semakin meningkat.Teknologi Voice Search semakin cekap memahami sebutan dan konteks ayat.Menurut programmer di sebalik teknologi ini,“Pada tahun 2012 kesilapan perkataan adalah 80%. Hari ini kesilapan itu hanya sekitar 20% sahaja”Apatah lagi apabila tiga gergasi, Apple, Amazon dan Google sudah mula menghasilkan produk berasaskan teknologi suara.

    Amazon Echo Dot

    Apple Home

    Google Home

    Bagi memanfaatkan fungsi ini, gunakan teknik seperti Google SERP Features.Banyakkan menjawab soalan dalam bentuk natural language queries.“Apa pula natural language queries?”Bahasa percakapan harian.Bayangkan begini,anda mahu gunakan Siri untuk cari restoran menarik di Kota Bharu.Apa yang anda akan cakap?“Siri mana restoran terbaik di Kota Bharu?”Lihat apa jawapan SIRI

    hasil carian siri

    Dalam kes ini bagaimana Siri memberikan jawapan?Siri menggunakan geo-based targeting.Siri kenal pasti kedudukan saya di mana.Kemudian dia lihat manakah restoran berhampiran yang ada.“Tapi macam mana Siri tahu ada restoran apa di sekitar?”Data.Data dari Google.Data dari media sosial seperti Facebook dan Instagram.Data dari Apple sendiri.Senang cerita, asalkan data itu ada di internet, kemungkinan untuk Siri jumpa sangat tinggi.Jadi langkah seterusnya, daftar Google My Business segera.Ini meingkatkan kemungkinan dijumpai voice search.

    Pengumuman.Kita sudah hampir sampai ke penghujung.Tahniah.

    Sekarang saya mahu buat sedikit rumusan.

    SEO 2018

    Pernah dengar orang cakap “SEO is dead”.Kalau dengar, cepat-cepat lari.SEO akan kekal dan terus berkembang.Malah semakin lama, semakin menarik.Hakikatnya mereka yang berkecimpung awal dalam dunia SEO akan beruntung.Sebab website sudah berada di kedudukan yang baik di Google.Pesaing yang baru masuk akan menghadapi kesukaran untuk melawan.Untuk pengetahuan anda, saya akan melancarkan satu training khas SEO.Saya beri nama SEOVersiti (singkatan dari Universiti SEO).Apa ada dalam ini?Training lengkap SEO untuk pemilik bisnes yang mahu mendapat tempat di Google.Supaya mendapat pelawat ke website setiap masa.Training belum dibuka.Andai anda ingin berada dalam waiting list, klik sini.Selamat mencuba.