Blog

  • Cara Install Google Site Kit

    Cara Install Google Site Kit

    Kini proses untuk melihat Google Analytics dan Google Search Console menjadi sangat mudah. Semua boleh muncul di dashboard wordpress. Tak perlu nak pergi ke website lain. Saya kongsikan cara install Google Site Kit.

    1. Pergi ke plugin dan cari Google Site Kit

    google site mit

    2. Klik install now dan dan aktifkan dengan menekan Activate

    activate google site kit

    3. Setelah selesai diaktifkan, anda akan melihat paparan ini. Klik Start Setup.

    setup google site kit

    4. Anda akan memulakan proses menghubungkan akaun Google dan website. Untuk membenarkan proses ini, anda perlu memberi kebenaran kepada Google untuk akses akaun Analytics dan Search Console. Klik Allow.

    allow google site kit

    5. Setelah proses sambungan itu berjaya, anda akan melihat paparan di bawah.

    berjaya google site kit

    6. Klik Go to my Dashboard untuk melihat status sambungan. Dalam contoh ini, saya belum menyambungkan website ini dengan Google Analytics. Klik Connect Service untuk sambung dan ulang proses yang sama.

    Apabila proses penyambungan ini selesai, kita akan dapat melihat statistik terus dari dashboard wordpress.

    Jadi ianya akan dapat menjimatkan masa anda.Cuma andai kata kita mahu dapatkan data-data yang lebih terperinci, kita masih perlu ke website asal Google.

    dashboard google site kit

  • Bagaimana Melakukan Tagging Pada Iklan

    Bagaimana Melakukan Tagging Pada Iklan

    Salah satu elemen penting dalam pengiklanan adalah attribution.

    Ikut kamus, maksud attribution,

    the action of regarding something as being caused by a person or thing.

    Senang cerita begini.

    Kita buat iklan.

    • Iklan A
    • Iklan B
    • Iklan C
    • Iklan D

    Hasil daripada kesemua iklan ini dapat 40 jualan.

    Persoalannya, iklan manakah yang menyumbang kepada 40 jualan ini?

    Apabila kita tahu iklan mana yang berkesan, maka kita boleh jimatkan bajet pengiklanan.

    Ada banyak cara untuk melihat attribution ini.

    Satu cara yang mudah adalah menggunakan UTM Tagging.

    UTM tagging adalah seperti menampalkan pelekat pada setiap iklan itu.

    • Iklan A = pelekat A
    • Iklan B = pelekat B
    • Iklan C = pelekat C
    • Iklan D = pelekat D

    Hasilnya apabila jualan masuk, kita lihat pelekat mana yang masuk.

    Dari situ kita dapat sahkan iklan mana yang berkesan.

    Dalam contoh ini, saya dapat melihat iklan bertanda “Ads_2411_launching” mendapat klik paling tinggi berbanding iklan nombor 8 dan nombor 10.

    Data seterusnya yang kita mahukan adalah berapakah jumlah jualan yang dihasilkan daripada iklan “Ads_2411_launching” ini.

    Cuma yang itu kita tinggalkan dahulu.

    Saya kongsikan cara untuk menanda atau menggunakan fungsi tagging.

    1. Pergi ke halaman ini https://ga-dev-tools.appspot.com/campaign-url-builder/

    2. Masukkan alamat destinasi page pada kotak Website URL

    3. Pada kotak Campaign Source, masukkan kod yang membolehkan anda mengenal iklan itu.

    Kebiasaanya saya akan menggunakan struktur ini:

    JENIS MEDIUM_TARIKH_DESKRIPSI

    Contoh:

    fbads_1512_iklanpegangbuku

    Email_1412_tentangotak

    4. Setelah itu pergi ke kotak bawah dan copy link UTM

    “Kenapa tidak isi kotak Medium dan juga Name”

    Ianya adalah optional.
    Saya suka untuk keep it simple.

    Lagipun struktur tagging saya sebenarnya sudah mengikut format kotak-kotak itu.
    Cuma satu kotak.

    Andai kata saya ingin isikan kotak-kotak itu, maka ianya akan jadi begini:

    Adakah ini cara yang lebih tepat?

    Sebenarnya terpulang.

    Cuma sebagaimana saya beritahu tadi, saya pilih cara ini kerana ianya lebih senang untuk saya baca.

    Paling penting, anda laksanakan fungsi tagging ini dan lihat hasilnya

  • Status Quo Bias

    Rajah menunjukkan dua kategori negara.

    Kredit

    Negara-negara warna emas dan biru memberikan kebebasan derma organ kepada rakyatnya.

    Tetapi kenapa jurangnya terlalu besar?

    Belanda merupakan negaea yang paling agresif (berbanding 3 yang lain) dalam mempromosikan derma organ.

    Pun begitu, Belanda tidak mampu menyaingi satu pun negara-negara berwarna biru.

    “Mengapakah perbezaan ini begitu ketara?”

    Di negara-negara keemasan, anda harus tandakan persetujuan untuk derma organ. Sekiranya tidak tanda, maka anda secara automatik tidak mahu derma.

    Di negara-negara biru pula, anda harus tandakan persetujuan untuk TIDAK mahu derma organ.

    Maknanya, seandainya anda tidak tanda, maka anda dikira bersetuju untuk derma organ.

    Fenomena opt in dan opt out ini mendapat perhatian behaviour analyst. Mereka menggelarkan sebagai Status Quo Bias.

    Dalam erti mudahnya, kita cenderung untuk ikut default option.

  • Fenomena The IKEA Effect

    Fenomena The IKEA Effect

    Sekitar tahun 1950, instant cake mixes diperkenalkan. Sasaran jualannya tinggi kerana ianya akan memudahkan suri rumah buat kek. Buka paket, masukkan ke dalam oven. Siap!

    Gambar Hiasa. Kredit.

    Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

    Surirumah TIDAK MAHU beli kerana ianya menyebabkan proses memasak kek menjadi terlalu mudah.

    Mereka beranggapan perbuatan ini merendahkan kemahiran memasak mereka.

    “Apa yang syarikat pengeluar buat?”

    Mereka melakukan sedikit perubahan.
    Kali ini instant cake mixes memerlukan campur tangan suri rumah.

    Surirumah perlu memasukkan beberapa biji telur ke dalam ramuan ini. Kemudian masukkan ke dalam oven. Hasilnya surirumah rasa ini adalah ‘air tangan’ mereka.

    Kesannya jualan meroket.

    Fenomena ini juga dialami oleh mereka yang membeli di IKEA.

    The Ikea Effect. Kredit.

    Pembeli produk IKEA memasang sendiri produk yang dialami. Perbuatan memasang sendiri perabot IKEA telah menyebabkan pembeli rasa dialah yang mencipta perabot itu. Kesannya mereka jatuh cinta pada IKEA. Biarpun perabot itu tidak menjadi seperti mana perabot yang dipamerkan.

    Dan Ariely dan Daniel Mochon menggelarkan fenomena ini sebagai The IKEA Effect.

    Secara rumusannya, apabila pengguna memberikan sumbangan dalam apa jua bentuk, mereka merasakan sebahagian daripada program atau produk itu.

  • Bukti Sosial

    Pesawat selamat mendarat.
    Beratur keluar.

    Pusing kiri dan kanan.
    Cari “Baggage Reclaim”.

    Nampak orang di hadapan ke kanan.
    Ikut ke kanan

    “Eh salah arah rupanya. Patut ke kiri”

    Situasi 2…

    Mahu buat keputusan nak makan di kedai mana.
    Restoran A atau restoran B.

    “Haa…restoran A nampak ramai orang. Mesti sedap”

    Anda pernah alami situasi begini?

    Ini adalah contoh bagaimana manusia ikut manusia.
    Robert Cialdini menyebut fenomena ini sebagai “Social Proof”.

    Bukti sosial akan membuatkan manusia kurang menggunakan logik.
    Terus menggunakan primal brain.

    Bukti sosial yang biasa digunakan di dunia bisnes adalah testimonial.

    Selepas bakal pelanggan membaca testimonial, primal brain diaktifkan. Mereka buat keputusan. Done transfer!

    Kemudian baru mereka gunakan rasional untuk justifikasi.

    Walaupun testimonial itu terlalu tidak logik, masih ada yang kata, “tak apalah kita ikhtiar saja. kalau jadi untung”. 
    ( rasional yang tidak berapa rasional 

    Situasi 2…

    Mahu buat keputusan nak makan di kedai mana.
    Restoran A atau restoran B.

    “Haa…restoran A nampak ramai orang. Mesti sedap”

    Anda pernah alami situasi begini?

    Ini adalah contoh bagaimana manusia ikut manusia.
    Robert Cialdini menyebut fenomena ini sebagai “Social Proof”.

    Bukti sosial akan membuatkan manusia kurang menggunakan logik.
    Terus menggunakan primal brain.

    Bukti sosial yang biasa digunakan di dunia bisnes adalah testimonial.

    Selepas bakal pelanggan membaca testimonial, primal brain diaktifkan. Mereka buat keputusan. Done transfer!

    Kemudian baru mereka gunakan rasional untuk justifikasi.

    Walaupun testimonial itu terlalu tidak logik, masih ada yang kata, “tak apalah kita ikhtiar saja. kalau jadi untung”. 
    ( rasional yang tidak berapa rasional 

    =P )

  • Price Decoy

    Small
    Medium
    Large


    Nak pilih yang mana?

    Akan ada dua kelompok.
    Satu pilih small.
    Satu lagi pilih large.

    Medium?

    Kelompok yang pilih medium hampir tidak ada.

    Pilihan medium bertindak sebagai “decoy”.

    Senang cerita pilihan medium bertujuan membantu pembeli buat keputusan. Sama ada small atau large.

    Apabila manusia mahu membuat perbandingan, kita perlukan satu kayu aras untuk dibandingkan.

    Jadi dalam situasi ini, kita akan bandingkan small vs medium dan large vs medium.

    Perbandingan antara small vs medium menyebabkan mereka yang mahu beli medium rasa berbaloi. Small itu memadai bagi mereka.

    Manakalah perbandingan medium vs large membuatkan mereka yang mahu beli medium rasa rugi. Akhirnya memujuk mereka untuk beli large.