folder Filed in Ads
Iklan PPE vs Iklan Link Clicks: Mana Yang Lebih Berbaloi?
By Wan Yusof Wan Jeffery comment One Comment access_time 2 min read

Kebiasaannya apabila kita membuat iklan Page Post Engagement (PPE), jumlah shares memang banyak.
Cuma, adakah pengguna klik dan masuk link yang diletakkan di dalam PPE itu?

Bagi menjawab persoalan ini, saya membuat eksperimen ringkas.

Lihat perbandingan kesan antara Page Post Engagement(PPE) vs Link Clicks.

Langkah pertama, saya tulis post di FB.
Jadikan ianya sebagai status.

Bagi memastikan link itu boleh dikesan, saya gunakan UTM Builder untuk menandakan link itu (tagging).

UTM tagging

Link di atas disalin dan diletakkan di FB.

fb tagging

Kemudian saya jadikan iklan ini sebagai iklan Page Post Engagement.

Seterusnya buat satu lagi iklan.
Kali ini objective-nya adalah Link Clicks.
Copywriting dan audiencenya sama.

Link ini juga ditandakan menerusi URL Builder.

UTM Tagging 2

Iklan dibiarkan berjalan beberapa hari.
Kemudian saya lihat data di Google Analytics.

Analytics 1

Sebanyak 475 users masuk ke website menerusi link iklan PPE.
Kemudian saya lihat pula jumlah klik yang masuk hasil daripada iklan Link Clicks.

analytics 2

Jumlah link clicks adalah sebanyak 228 klik.

"Bagaimana dengan kos pula?"

Jumlah Klik

Kos

Iklan PPE

475

RM 95.15

Iklan Link Clicks

228

RM 28.96

Seterusnya kita buat kira-kira mudah,
kos per klik untuk iklan PPE = RM 0.20
kos per klik untuk iklan Link Clicks = RM 0.13

Kemudian lihat pula perbandingan conversion.

Jumlah Klik

Kos

CONVERSIONS

Iklan PPE

475

RM 95.15

0

Iklan Link Clicks

228

RM 28.96

3

Hasilnya didapati iklan Link Clicks menghasilkan 3 jualan berbanding iklan PPE.
Maka iklan Link Clicks akan diteruskan.

Data ini adalah daripada kempen sebenar yang dijalankan selama 10 hari.
Cuma ianya bukan untuk Teknik SEO Sempoi.
Saya gunakan page Teknik SEO Sempoi di atas adalah sebagai contoh bagi menunjukkan penggunaan URL Builder.

Apa Tindakan Seterusnya?

Poin utama dalam DMN#2 adalah untuk memberitahu betapa pentingnya melakukan tagging. Yakni menandakan iklan dengan betul. Supaya kita dapat lihat data yang betul.

"Macam mana mahu track link wasap?"

Boleh gunakan jom.chat.
Atau gunakan kata kunci pada link wasap.my.

Contohnya:
wasap.my/60123456789/linkclicks (kod iklan link clicks)
wasap.my/60123456789/ppe (kod iklan ppe)


Boleh boleh?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Cancel Post Comment