Blog

  • Cara Buat Domain Verification Untuk Facebook Ads (Langkah demi Langkah)

    Cara Buat Domain Verification Untuk Facebook Ads (Langkah demi Langkah)

    Ini adalah tutorial cara buat domain verification untuk Facebook. Domain verification kini adalah sesuatu yang wajib dibuat oleh FB Ads advertiser.

    Apabila domain anda sudah disahkan, baharulah anda boleh menghubungkan dengan assets yang lain ataupun berkongsi dengan business manager yang lain.

    Panduan ini akan saya kemas kini dari masa ke masa.

    Kenapa FB Mahu Bisnes Buat Verification?

    Proses verification ini menyulitkan advertiser.Tapi FB mempunyai sebab yang tersendiri kenapa mereka mahu wajibkan fungsi ini.

    Salah satu sebab utama adalah untuk mengurangkan clickbait dan juga spam.

    Apabila bisnes itu mempunyai verifikasi, maka FB sudah boleh menapis sebahagian daripada spammer.

    Dalam erti kata lain ini adalah salah satu proses bagi meningkatkan sekuriti.Kebaikkannya adalah untuk advertiser dan user juga.

    Baiklah sekarang kita terus kepada cara untuk melakukan domain verification.

  • 1. Log masuk ke Business Manager dan pilih Brand Safety
  • cara domain verification

    2. Klik Add untuk menambahkan domain

    tambah domain

    3. Masukkan domain tanpa https dan www. Terus kepada domain itu contoh wanyusof.com. Kemudian klik Add Domain

    domain wanyusof

    4. Ada 3 pilihan untuk melakukan verifikasi. Pilih meta-tag verification.

    meta tag verification

    5. Sekarang copy code yang diberikan dan kita akan masukkan ke website. Bagi tujuan memasukkan di website, saya gunakan plugin PixelYourSite. Sekiranya anda tidak menggunakan plugin ini, lihat cara alternatif di bawah.

    copy meta verification

    6. Pergi ke website, cari plugin PixelYourSite dan klik Head and Footer.

    masukkan tag

    7. Paste kod yang disalin (copy) tadi dan klik save.

    save domain verification

    8. Setelah itu, kembali ke Facebook Business Manager dan klik verify.

    verify fb domain verification

    9. Dan anda telah pun siap melakukan FB Domain Verification. Tahniah.

    fb domain verified

    Cara Alternatif Untuk Paste Kod Dari FB

    Selain dari PixelYourSite, anda boleh menggunakan beberapa alternatif lain. Kuncinya adalah untuk memasukkan kod tadi ke dalam Header.

    Jadi mana-mana plugin yang menawarkan fungsi ini boleh melakukan fungsi ini.

    Thrive Theme

    Pergi ke Thrive Dashboard > Analytics & Script > Kemudian masukkan kod tadi pada bahagian Before<head>

    verification guna Thrive

    HFCM

    Ke menu HFCM > Add New Snippet dan masukkan kod ke dalam Code Snippet.

    guna HFCM

    Macam mana?

    Proses ini straight forwad. Andai kata ada masalah boleh komen di bawah dan saya akan bantu.

  • Contoh Copywriting Power? Ini 6 Perkara Yang Saya Belajar daripada Iklan 12 Jenama Top di Malaysia

    Contoh Copywriting Power? Ini 6 Perkara Yang Saya Belajar daripada Iklan 12 Jenama Top di Malaysia

    Saya melihat dan memerhati contoh copywriting power iklan-iklan daripada 12 jenama terkenal di Malaysia. Dari niche fesyen, marketplace, umum, elektronik dan training.Hasilnya saya kongsikan dalam artikel ini. Ada 6 poin penting.Sebelum teruskan bacaan, saya terangkan istilah-istilah yang digunakan.

    Definisi

    • Copywriting = merujuk kepada ayat jualan yang ditulis
    • Creative = merujuk kepada format iklan. Contohnya poster, gif, video
    • Creative + Copywriting = Iklan (Ad Unit)
    • Short Form = Copywriting yang pendek dan tidak terlalu panjang. Antara 3-15 baris.
    • Long Form = Copywriting yang sangat panjang.

    Fashion Valet

    Sekali imbas, Facebook Ads bukan sumber trafik utama Fashion Valet. Hanya ada satu kempen conversion yang dijalankan.

    Dan kempen ini sudah bermula sejak Februari 2020.

    iklan fashionvalet

    Kempen lain yang sedang berjalan adalah pertandingan dan kempen awareness 10 tahun Fashion Valet.Tidak ada pattern khusus untuk copywriting dan creative. Cuma nampak variasi dari sudut format creative iklan yang digunakan. Ada carousel, video dan image.

    Fashion Valet menggunakan emoticon di dalam copywriting mereka.Copywriting yang digunakan adalah dalam bentuk short form.

    Oxwhite

    Oxwhite mempunyai banyak produk. Kesemua kempen yang dijalankan adalah kempen conversion.Apabila klik, kita akan dibawa ke landing page produk berkenaan.Dari sudut copywriting, Oxwhite menggunakan satu jenis copywriting sahaja. Mereka mendapatkan winning copywriting. Kemudian copywriting ini dipadankan dengan beberapa jenis kreatif.

    iklan oxwhite

    Jadi kuncinya terletak kepada kreatif!Oxwhite juga menggunakan emoticon dalam copywriting mereka.

    NAELOFAR

    Iklan-iklan Naelofar ada dalam dua bahasa, Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.Jadi ini menunjukkan iklan-iklan ini target audien berbeza.

    Berbanding Oxwhite, Naelofar mempunyai beberapa variasi copywriting.Copywriting yang digunakan bersifat short form.Dari sudut creative, Naelofar tidak menggunakan banyak variasi creative yang berbeza-beza untuk koleksi Dian. Creative yang digunakan menggunakan konsep yang sama.Kalau melihat kepada iklan-iklan yang dijalankan, boleh dikatakan untuk satu produk, hanya 2 jenis creative yang diguna pakai.

    Penggunaan emoticon masih digunakan dan ianya konsisten untuk kesemua jenama fesyen yang saya lihat.

    Mr DIY

    Kempen yang dijalankan oleh MR DIY adalah sangat banyak. Ada kempen awareness dan conversion.Antara kempen awareness adalah “Like Us On Facebook”.Kempen ini mungkin boleh dinilai balik relevan atau tidak.

    Pada ketika ini iklan FB bukan lagi kepada likers, tapi kepada engagers.

    Engagers bermaksud orang yang berinteraksi dengan iklan anda. Tidak kisah sama ada dia like atau tidak page itu.Iklan Mr DIY disesuaikan dengan creative.Format copywriting adalah short form.Elemen branding konsisten untuk majoriti iklan Mr DIY.

    Untuk monitor iklan pada jumlah ini boleh tahan…

    SENHENG

    Kempen iklan dari SENHENG lebih senang diukur berbanding Mr DIY.Kempen SENHENG bawa audien terus ke website mereka.Dari sudut copywriting, SENHENG hanya menggunakan teknik yang simple.Short form copywriting.

    Untuk creative, SENHENG menggunakan satu konsep yang sama untuk satu kempen. Saiz disesuaikan mengikut placement iklan.

    Apa yang menarik tentang iklan dari SENHENG adalah audien yang klik iklan akan dibawa ke landing page khusus. 

    Landing page itu penuh dengan voucher. Dan gambar yang digunakan jelas, menarik. Jadi jangan main-main klik, nanti terbeli pula.

    Photobook

    Ada beberapa kempen yang sedang djalankan serentak.Copywriting disesuaikan mengikut kempen.Bagi setiap kempen, Photobook menggunakan 1-2 copywriting yang sama. Yang berbeza adalah pada creative.Konsep tema Christmas dikekalkan.

    iklan photobook

    Apabila klik iklan, kita akan dibawa ke landing page.Landing page ambil masa untuk loading.

    Jadi ini boleh mencacatkan conversion.

    Lazada

    Lazada mempunyai banyak sangat produk di dalamnya.Jadi Lazada akan menggunakan teknik yang biasa digunakan oleh jenama-jenama besar.Pertama mereka akan tentukan minggu atau bulan ini mereka mahu fokus pada kempen apa.Kemudian dari situ, mereka akan ambil produk mengikut kempen yang diputuskan.Lazada banyak fokus kepada creative berbanding copywriting.

    Biasanya copywriting Lazada akan sama saja mengikut kempen.Copywritingnya bersifat umum, menggunakan emoticon.

    Untuk butang call to action, Lazada menggunakan Shop Now.Lazada juga menampakkan lagi tawaran menerusi free shipping label.Lazada juga menggunakan beberapa jenis format creative seperti image, video dan carousel.

    Shopee

    Shopee pun menggunakan kaedah yang lebih kurang sama dengan Lazada.Cuma Shopee dilihat lebih konsisten menggunakan elemen branding.

    iklan shopee

    Hampir kesemua creative Shopee menggunakan warna oren.Warna oren adalah warna brand Shopee dan warna ini juga sangat menyerlah.

    Copywriting yang digunakan adalah short form copywriting.Untuk placement Instagram, Shopee akan menggunakan #hashtag yang relevan.

    Sekarang mari kita lihat copywriting iklan-iklan dalam niche training pula…

    SifuBads

    SifuFBAds dalam proses menjenamakan semula nama brand mereka.Dari SifuFBAds kepada SifuBads.Pada ketika ini tidak ada product launch yang berjalan. Jadi tidak banyak iklan yang aktif.Kempen yang berlansung pada ketika ini adalah waiting list ke program Marketing From Zero 2.0.

    iklan sifubad

    Dari sudut copywriting, iklan yang digunakan bersifat education + testimonial.Disampaikan dalam bentuk storytelling.Untuk menguatkan cerita iklan ini, ada gambar yang berkaitan dimasukkan bersama.Ada iklan yang fokus khusus untuk placement insta atau FB story. Jadi ini mungkin antara satu channel yang efektif yang anda boleh cuba.

    Untuk format copywriting, kita boleh nampak jelas SifuBad akan memulakan dengan headline yang CAPS LOCK. Format yang biasa digunakan adalah long form copywriting.

    Hasbul Brothers

    Pada ketika ini Hasbul Brothers akan melancarkan seminar terbaru mereka, Grow Your Business Extended.Copywriting yang digunakan oleh kebanyakan iklan Hasbul Brothers bersifat long form copywriting.Copywriting Hasbul Brothers juga bersifat education based marketing.

    iklan hasbul brothers

    Kemudian mereka padankan copywriting ini dengan kepelbagaian creative.Apa yang menarik tentang iklan-iklan Hasbul Brothers adalah mereka mengekalkan elemen branding mereka.Maksudnya, apabila kita lihat iklan-iklan ‘style’ begini, kita akan terus dapat tangkap yang iklan ini dari Hasbul Brothers.Sama seperti yang saya sebutkan di iklan Shopee tadi.Hasbul Brothers juga melancarkan banyak iklan berbentuk testimoni.Testimoni diadun dalam bentuk storytelling.

    iklan hasbul brothers 2

    Mohd Asri

    Tuan Haji Mohd Asri adalah guru saham tersohor di Malaysia.Pada ketika ini hanya 3 iklan yang aktif.2 iklan yang dijalankan membawa audien ke landing page.Dari sudut copywriting, format yang digunakan adalah short form.Format ini berbeza berbanding SifuBad dan Hasbul Brothers.

    iklan mohd asri

    Untuk ketiga-tiga niche training yang saya lihat, kesemuanya konsisten menggunakan pendekatan education based marketing.

    Mereka berikan value terlebih dahulu.

    Serantau Muslim

    Ini merupakan NGO yang sangat aktif menggunakan platform media sosial untuk mendapatkan sumbangan.

    Ada banyak iklan yang dijalankan serentak.Secara keseluruhannya, iklan dari Serantau Muslim menggunakan short form copywriting.

    Butang call to action jelas “Donate Now”.

    Copywriting Serantau adalah berbentuk emosi.Elemen branding juga konsisten untuk iklan-iklan yang dijalankan.

    Selain daripada iklan sumbangan, ada juga iklan education based content.Iklan-iklan ini menggunakan video.

    Kemungkinan besar iklan-iklan ini adalah untuk cold audience ataupun top of the funnel.Penonton video-video ini akan melihat iklan retargeting sumbangan.

    Hasil Pemerhatian

    Apa yang anda dapat tangkap daripada contoh copywriting dan iklan-iklan ini?Ada poin-poin menarik?

    Ini adalah hasil penelitian terhadap copywriting dan iklan-iklan jenama di atas…

    1. 1Apabila buat iklan, cari satu format atau template copywriting yang berjaya secepat yang boleh. Format dan template ini digunakan berterusan sehinggalah hasilnya sudah menurun.
    2. 2Hasilkan banyak creative. Cuba eksperimen dengan pelbagai jenis format dan bentuk creative seperti video, carousel, gif, image dan macam-macam lagi.
    3. 3Masukkan elemen branding secara konsisten dalam iklan anda supaya audien ingat jenama anda.
    4. 4Bagi E-Commerce yang banyak produk, pilih kategori atau produk yang ingin dijadikan iklan. Fokus kepada produk-produk ini terlebih dahulu. Iklan produk-produk anda mengikut tema kempen yang ditetapkan.
    5. 5Bagi iklan training atau seminar, gunakan format Education Based Marketing (EBM). Selitkan unsur mendidik. Gabung jalin menggunakan testimonial dan sampaikan dalam bentuk storytelling.
    6. 6Bina landing page yang khusus. Landing page ini mestilah relevan dengan iklan yang dibuat.

    DON’T MISS OUT: Saya ada kongsi Koleksi Copywriting Formula. Dalamnya ada formula-formula headline untuk anda guna dalam beriklan. Klik sini untuk open new tab dan baca.

  • Masalah Sales Page Tak Convert? Gunakan 14-Step Sales Page Sequence

    Masalah Sales Page Tak Convert? Gunakan 14-Step Sales Page Sequence

    Iklan sudah cantik. Banyak klik. Kos per klik pun murah. Cuma tak ada yang membeli. Adakah sebab ayat copywriting tak power? Atau Sales Page tak menarik?Dalam artikel ini saya akan berkongsi 12+2 Step Sales Page Sequence.Apabila digunakan anda akan melihat perubahan pada conversion rate sales page.

    Kalau anda nak cepat, pilih terus elemen mana yang anda nak baca dulu.Cuma jangan lupa baca elemen laaaasst sekali(hint: ada bonus)

    #1 Cakap Kepada Siapa

    Panggil atau sebut terus siapakah audien yang kita mahu. Ini akan menyebabkan audiens yang relevan akan berkata, “Ya saya…”

    Lihat bagaimana Todd Brown menggunakan elemen call out dalam sales page.

    Call out ini biasanya diletakkan di bahagian atas sekali dan warnanya kontras berbanding yang lain.

    #2 Grab Attention – BHAH

    Big, Hairy, Audacious Goals – dipopularkan oleh Jim Collins.

    Big, Hairy, Audacious HEADLINE – ini adalah elemen untuk tangkap perhatian audien.

    Headline yang biasa-biasa tak ada siapa nak baca.

    Headline BHAH adalah headline yang memberikan apa yang audiens mahu.Bukan hype. Bukan overclaim. Headline ini mesti benar dan betul.

    Sekarang kita lihat dulu contoh-contoh headline BHAH.

    Pertama dari Russell Brunson.

    Yang ini pula dari The 21.7 Billion Dollar Man, Jay Abraham.

    Cuba kenal pasti apakah yang menyebabkan headline ini dikenali sebagai headline BHAH.

    Kalau anda nak belajar lebih dalam bagaimana membina headline BHAH, saya ada ajarkan dalam kelas Super Sales Page.

    Saya terangkan dan tunjukkan step by step bagaimana nak bina headline BHAH. Ada teknik dan caranya.

    Headline BHAH akan ada sistem sokongan.Sistem sokongan ini dikenali sebagai…

    #3 Sokong Headline

    Penyokong headline adalah subheadline.

    Subheadline berfungsi membantu menguatkan lagi headline.Subheadline boleh berada di atas atau di bawah headline.

    “Adakah saya patut menggunakan subheadline?”

    Jawapan yang paling mudah adalah cuba a.k.a test.

    Jawapan yang lebih saintifik adalah belajar market sophistication.Apabila anda faham market sophistication, anda akan lebih jelas bagaimana memposisikan produk anda dan apakah subheadline yang sesuai.

    Video dari founder Mindvalley, Vishen Lakhiani, menerangkan dengan baik tentang market sophistication.

    Sekarang anda sudah dapat tarik perhatian audien.

    Audien sudah baca headline dan subheadline.Maka terus sahaja kepada hot spot audiens…

    #4 Kenal Pasti MASALAH Audien

    Kesilapan sales page yang sering kali dilakukan oleh ramai orang adalah asyik bercakap tentang produk mereka sahaja.

    Sedangkan audien mahu tahu adakah produk ini boleh menyelesaikan masalah mereka.

    Sampaikan masalah audien itu dalam bentuk cerita.Cerita akan membuatkan audien terpesona.

    Perkara penting yang mesti dilakukan apabila bercerita tentang masalah:

    • NYATAKAN apakah masalah itu
    • TUNJUKKAN atau BERIKAN contoh worst case scenario sekiranya masalah itu masih tidak diselesaikan
    • SEDARKAN mereka apakah yang akan terjadi sekiranya mereka tidak dapatkan produk/servis
    • GAMBARKAN apakah yang mereka rasa selepas masalah ini diselesaikan

    “Tapi kat mana saya nak cari cerita masalah-masalah ini?”

    Lakukan kajian.Bercakap dengan pelanggan sedia ada.

    Hanya apabila anda betul-betul kenal audien, baru anda dapat tahu masalah mereka.

    Dan hanya apabila anda tahu apa masalah mereka, baru anda dapat…

    #5 Persembahkan Solusi

    Pada ketika ini, audien yang membaca sales page anda akan mula teruja dengan produk anda.

    Mereka mahu tahu lebih lagi…

    Jadi terangkan dan tunjukkan kepada mereka bagaimana produk atau servis anda boleh menyelesaikan masalah mereka.

    Persembahkan solusi kepada mereka dalam bentuk yang jelas sejelasnya. Antaranya,

    1. Demo Produk

    2. Kes Studi

    kes studi

    3. Free Trial

    Alternatifnya, anda boleh gunakan teknik F.A.B juga untuk mempersembahkan solusi anda.

    Teknik F.A.B

    • Features = Apakah yang ada pada produk anda
    • Advantage = Apakah kelebihan yang ada pada produk anda
    • Benefits = Apa prospek akan dapat daripada F,A tadi (hint: ini yang paling penting)

    Ada satu teknik lagi. Teknik ini apabila digunakan akan menyebabkan prospek semakin terliur.

    Bayangkan selepas dia baca tentang solusi produk anda, dia akan terus berkata “Yes! This is it. Aku nak sekarang!”. Teknik ini saya dedahkan dalam Super Sales Page.

    Sekarang kita move on ke elemen seterusnya.

    #6 Siapa Anda

    Satu kunci penting dalam sales page adalah kepercayaan.

    Audien hanya akan serahkan duit apabila,

    1. 1Mereka percaya produk itu boleh bantu mereka
    2. 2Mereka percaya dengan siapa mereka berurus niaga

    Jadi anda perlu beritahu siapa anda. Sama ada syarikat atau individu.

    AWAS!!!

    Saya pernah jumpa ada orang letak di sales page:AJK Persatuan ….AJK Kelab …Alumni …

    Paparkan anugerah-anugerah, gambar bersama tokoh, acara yang anda rasmikan atau dijemput sebagai speaker…kuncinya gambar bukti-bukti kejayaan.

    Lihat contoh dari SifufBads.

    credibility fb ads

    Kunci dalam memberitahu siapa anda adalah berpada-pada.

    Jangan sampai separuh sales page itu cerita pasal diri anda saja.

    Ini orang kampung saya panggil “jeng kreng!”.

    Selepas audien kenal anda, kini masanya untuk…

    #7 Manfaat, Manfaat, Manfaat

    Manfaat adalah apa yang audien dapat.Bukan ciri-ciri produk itu.

    Tadi saya beritahu teknik F.A.B.

    Kita lihat bagaimana Apple gunakan FA+B.

    Features : Ceramic Shield

    Advantage : Clearly Tougher Than Any Smartphone Glass

    Benefit : 4x better drop performance

    Lihat satu lagi contoh.Dari ClickFunnels. Bawah sekali.

    Selepas anda tunjukkan manfaat,tunjukkan pula elemen seterusnya.

    Audien akan terus tergamam!

    #8 Mana Bukti Anda

    Ini berkait dengan poin di atas.

    Selepas anda tunjukkan kredibiliti, tunjukkan bukti produk anda boleh melakukan apa jua claim yang anda buat tadi.

    Cara yang paling mudah untuk menunjukkan bukti adalah testimoni.

    Anda mesti jadi gila untuk mendapatkan testimoni.

    Testimoni adalah bukti produk anda deliver the results.

    Ini contoh yang ditunjukkan oleh The Ultimate CEO.Mereka menjual kelas training Shopee.Dalam sales page, mereka menyatakan salah satu manfaat yang akan didapati setelah mengikuti kelas adalah dapat jana duit menerusi Shopee.

    Sekiranya anda belum mendapatkan testimoni, hubungi pelanggan sebelum ini.

    Wujudkan bank testimoni.

    Kumpulkan testimoni di satu lokasi.

    Sebaiknya dapat diakses oleh semua tim.

    Pada saat ini audien yang teruja sudah bersedia untuk beli produk anda.

    Maka muncullah…

    #9 Tawaran Yang Tak Dapat Ditepis

    Ini adalah peringkat yang paling penting.Pada ketika ini, anda akan tunjukkan tawaran istimewa.

    Tawaran ini mestilah tawaran yang tidak dapat ditepis.

    Irresistible. No brainer.

    Tawaran yang menarik biasanya mempunyai gabungan komponen-komponen berikut:

    Tawaran Menarik

    • Terhad (ada saya explain di bawah sekali)
    • Penjimatan dalam bentuk diskaun atau belian dengan belian atau pakej
    • Bonus yang ada nilai
    • Free gift atau Free Shipping

    Anda tidak perlu menggunakan keempat-empat elemen.Cuma apabila keempat-empat ini bergabung, kesannya memang luar biasa.

    Kalau anda ada masalah nak bina tawaran yang menggiurkan atau nak susun macam mana tawaran, saya cadangkan anda sertai Super Sales Page.

    Dalam kelas ini, kita akan go deep bagaimana membina irresistable offer.

    Apabila anda menguasai kemahiran ini, audien memang terpaksa beli.

    Mereka akan cakap, orang gila saja yang tak grab peluang ini.

    “Macam mana kalau offer biasa-biasa saja? Saya ejen. Kena ikut HQ”

    Kalau begitu, gabungkan tawaran biasa-biasa anda dengan elemen seterusnya.

    #10 Beri Mereka Jaminan

    Di awal tadi saya beritahu kunci untuk jualan berlaku adalah kepercayaan.

    Apabila audien percaya, mereka mudah membeli.

    Bagaimanakah ingin buat mereka lebih percaya?

    Berikan jaminan.

    Jaminan dalam bentuk pemulangan wang.Jaminan dalam bentuk tukaran barang.

    Mudahnya, kenal pasti apakah bentuk jaminan yang prospek mahu dan anda boleh berikan.

    “Saya risau kalau bagi money back guarantee nanti ramai customer tipu…”

    Setakat pengalaman saya, kes pelanggan tipu ini tidak banyak.

    Yang minta refund pun sangat-sangat sedikit.

    Kalaju jual 100, mungkin yang refund 1-2 kes sahaja.

    Kalau anda takut pada refund, letakkan CONDITIONAL REFUND.

    Conditional refund adalah pemulangan bersyarat.Contohnya anda akan pulangkan kembali wang selepas mereka cuba produk itu dan terbukti tidak ada hasil.

    Macam yang ditunjukkan oleh Neuroversiti oleh Dr Rizal.

    Jelas?

    Ok. Sekarang kita perkenalkan elemen seterusnya

    Elemen ini akan menjadikan audien bertindak segera!

    #11 Saya Nak Ke Toilet Dah Ni

    Bayangkan anda sakit perut yang amat.

    Tiba-tiba bos panggil meeting.

    Apa anda buat?

    Tak jadi ke toilet? Sorry…

    Ini namanya Teknik U.S

    Apabila U.S bergabung, audien akan buat tindakan sekarang.U = urgency S = scarcity

    Caranya adalah dengan memberitahu audien, produk atau tawaran ini:

    Teknik U.S

    • Urgency – Terhad masaContoh: Tawaran ini akan berakhir hari ini.
    • Scarcity – Terhad kuantitiContoh: Stok hanya tinggal 17 unit sahaja lagi

    PENTING: Beritahu masa atau kuantiti yang betul. Jangan salah guna teknik ini semata-mata untuk paksa audien ambil tindakan sahaja.

    Teknik U.S ini biasanya dibuat menggunakan Countdown Timer.Di bawah ini adalah contoh countdown timer yang digunakan oleh Tony Robbins.

    Pada ketika ini, audien yang baca sampai ke peringkat ini sudah siap untuk membuat belian.

    Maka terus munculkan…

    #Call To Action

    Audien sudah bersedia untuk membeli.Mereka dah jelas tawaran.Mereka mahu beli sekarang.

    Beritahu mereka buat tindakan sekarang menerusi CALL TO ACTION.

    Letak butang CALL TO ACTION sejelas-jelasnya.

    Mengikut kajian, warna butang yang paling bagus adalah warna merah.

    Berdasarkan pengalaman saya, warna apa pun tidak kisah.

    Yang penting mesti BERBEZA dan KONTRAS berbanding elemen lain.

    Satu Lagi Rahsia…

    Apabila anda gunakan elemen-elemen ini, anda akan dapati perubahan pada kadar konversi.

    Kalau anda mahu tingkatkan lagi, saya bagi satu lagi tips.

    Susun ikut sequence seperti mana saya susun di atas tadi (tips 13).

    Dari nombor 1 hingga nombor 14.

    Dan disebabkan anda sudah baca sehingga ke sini, saya dedahkan satu lagi tips. Yang keempat belas.

    Gunakan P/S.

    Masukkan summary kepada tawaran anda dalam P/S.

    Ramai orang suka baca skip-skip (mungkin sebab itu anda baca yang ini dulu kan)

    Don’t worry, untuk skippers, ini 14 elemen yang mesti ada pada sales page.Anda boleh right click dan save as.

    Dan andai kata anda mahu belajar macam mana nak transform sales page kepada Super Sales Page, saya akan buat satu training.

    Dalam training ini saya akan kongsikan bagaimana nak baiki landing page yang conversion rate-nya (CR) 0.91% kepada 10%.

    Bayangkan, kalau ada 1000 orang pelawat,CR = 0.91% x 1000= 9 orang pembeli

    CR = 10% x 1000= 100 orang pembeli

    Anda akan siap dapat template Super Sales Page Structure lagi.

    Klik sini untuk ke waiting list Super Sales Page.

  • Bagaimana Kedai Kopi Ini Buat Extra RM30,000 Sehari

    Bagaimana Kedai Kopi Ini Buat Extra RM30,000 Sehari

    Suatu hari saya ke Starbucks.Barista tanya nak order apa?

    “Saya nak Frappucino Chocolate satu”

    “Nak size besar tak? Tambah seringgit je” sambil barista tu tunjukkan size gelas besar.

    Tambah seringgit? Wah macam berbaloi. “Ok!”

    Apa yang terjadi apabila saya setuju untuk tambah seringgit?

    Starbucks telah meningkatkan nilai belian.Asalnya nak bayar RM16, sekarang sudah bayar RM17.

    Anda mungkin kata, “hek eleh seringgit je…”

    Katakanlah setiap hari ada 500 orang masuk ke satu cawangan Starbucks.Dari 500 itu, ada 100 orang yang setuju untuk upgrade RM1.

    RM 100 x 1 = RM 100

    Ada berapa cawangan Starbucks di seluruh dunia?

    RM 100 x 1 x 30,000 = RM 30,000

    Dan ini RM 30,000 SEHARI!

    Bayangkan kalau sebulan, berapa pertambahan duit Starbucks?

    Ini adalah yang dikatakan Average Dollar Purchase (ADP).

    Ada 3 cara yang biasa digunakan untuk meningkatkan ADP.

    Cara #1 – Upsell

    Upsell bererti kita tawarkan produk yang lebih mahal daripada produk yang dibeli. Sasarannya adalah untuk meningkatkan ADP berganda-ganda.

    upsell example

    Sumber Gambar: https://ecommercefastlane.com/why-upsells-after-checkout-on-shopify-will-be-your-highest-converting-click/

    “Hmm…ada orang beli ke?”

    Sebenarnya itu bukan kerja anda untuk tentukan orang beli atau tidak.Kerja anda adalah untuk tawarkan.

    Jadi tak perlu pening-pening fikir perkara yang tidak perlu.

    Alternatif kepada upsell adalah…

    Cara #2 – Downsell

    Downsell pula bermaksud menawarkan produk yang lebih murah berbanding produk asal.Kadar konversi downsell boleh mencecah 50%. Bergantung kepada apa produk yang ditawarkan.

    Russell Brunson menggunakan istilah order bump yang membawa maksud yang sama.

    Ini adalah contoh order bump yang digunakan Todd Brown.

    Contoh Order Bump

    Order bump ini hanya ditunjukkan apabila pelanggan mahu checkout.Dalam erti kata lain, order bump hanya ditawarkan SELEPAS pelanggan buat keputusan untuk beli produk utama.

    Cara #3 – Cross Sell

    Ini adalah kaedah ketiga untuk meningkatkan ADP.Disebut sebagai cross sell.

    Cross sell adalah teknik menawarkan produk yang melengkapi produk utama.

    Contohnya Amazon menawarkan produk yang melengkapi pembelian kamera.

    Nak Guna Yang Mana?

    Tujuan utama upsell, downsell dan cross sell adalah untuk meningkatkan jumlah nilai transaksi dalam setiap pembelian.

    Anda boleh gunakan ketiga-tiga cara ini secara berasingan.Ataupun boleh gabungkan.

    Kebanyakkan internet marketer yang menjual kursus online akan menggabungkan ketiga-tiga cara ini.

    Begini mereka dapat memaksimumkan ADP.

    Tugasan anda…

    Pernahkah anda terkena dengan game ADP? 

    Cuba share di ruangan komen

  • Fogg Behaviour Model

    Fogg Behaviour Model

    Macam mana nak buat tabiat baru?
    Kenapa tabiat baru tak kekal lama…

    Salah motivasi?
    Salah big-why?

    B.J Fogg melakukan penyelidikan. Mengenal pasti apakah komponen yang mendorong manusia melakukan sesuatu.

    Dia terangkan menerusi Teori Perangai (Behavior Model).

    Ada tiga komponen utama yang mendorong manusia melakukan tindakan.

    Behaviour = Motivation x Action x Trigger

    Behaviour adalah apakah perkara spesifik yang kita mahu seseorang itu lakukan.

    Untuk seseorang melakukan Behaviour baru, tiga elemen M-A-T ini harus bersepadu.

    Motivation

    Apakah motivation yang akan membuatkan seseorang melakukan behavior baru?

    Makin tinggi motivation untuk melakukan behaviour baru itu, makin tinggi peluang untuk behaviour baru berlaku.

    Motivasi inilah yang orang selalu sebut sebagi big why.

    Cuma motivasi sahaja tak cukup…

    Ability

    Ability adalah tahap kesukaran untuk melakukan behaviour itu.

    Yang ini straight forward, makin muda, maka makin tinggi peluang behaviour itu dilakukan.

    Contohnya, kita buat giveaway…

    Untuk pelanggan sertai giveaway, mereka hanya perlu daftar di website sahaja.

    Macam mana kalau tambah syarat?

    Untuk pelanggan sertai giveaway, mereka hanya perlu daftar di website, gunakan hashtag tertentu, hantarkan screenshot kemudian share dengan 5 orang kawan terdekat.

    Yang mana satu ramai penyertaan?

    Penafian: Ini bukanlah bermaksud cara giveaway kedua tidak boleh diguna pakai.

    Point yang saya ingin kongsikan adalah, kalau sekiranya Ability itu sukar dan Motivation rendah, behaviour tidak akan berlaku.

    Tetapi kalau Ability itu tinggi dan Motivation pun tinggi, behaviour masih boleh berlaku.

    Cara untuk boost Motivation ataupun Ability adalah wujudkan…

    Trigger

    Pernahkah anda ke tempat kerja ataupun ke kelas kemudian baru sedar anda tertinggal smartphone di rumah?

    Apa yang anda buat apabila tiada smartphone disisi?

    Sekarang bayangkan smartphone ada disisi macam biasa…

    Berapa kali anda tengok skrin smartphone?

    Trigger adalah signal yang mencetuskan behaviour.

    Apabila kita nampak signal itu, kita terdorong untuk melakukan behaviour itu.

    Signal boleh dicipta atau tercipta dengan sendiri.

    Contohnya, anda nak mulakan senaman setiap hari untuk kuruskan badan sebab anda ingin hidup sihat walafiat.

    Motivation sudah ada.

    Sekarang jadikan Ability itu mudah.

    Tukar senaman setiap hari kepada lari setempat dalam masa 60 saat.

    Ini lebih mudahkan?

    Kemudian masukkan signal.

    Lari setempat dalam masa 60 saat setiap kali sebelum makan.

    Signal = makan.

    Nampak?

  • FB Ads : The 2 Step System

    FB Ads : The 2 Step System

    “Saya sudah buat iklan di FB tapi sales masih sendu”

    “Cost per purchase saya makin mahal. Dah tak ada untung dah”

    “Iklan saya tak jadi. Klik banyak. Tapi hasilnya krik krik”

    Adakah anda pernah mengalami masalah di atas?

    Saya ingin kongsikan The 2 Step System.Satu sistem yang saya dan tim gunakan untuk klien-klien kami.

    Dan saya tunjukkan satu hasil daripada kempen yang kami jalankan.

    Disclaimer: Tujuan saya tunjukkan jualan ini adalah bukan untuk menunjuk. Sekadar untuk memberitahu yang kaedah ini terbukti berkesan.

    Apakah The 2 Step System

    Taktik ini merupakan teknik pengiklanan yang paling mudah dan ringkas.Namun hasilnya tetap berbaloi.

    Dalam taktik ini, kita membahagikan audien kepada dua kumpulan sahaja:

    COLD AUDIENCE WARM AUDIENCE
    Audience yang tidak pernah kenal produk atau brand kita Audience yang baru nampak iklan kita / engagers / video watchers

    Setelah membahagikan audience kepada dua kumpulan, kita cipta iklan yang khusus untuk mereka ini.

    Iklan Cold fokus pada mendapatkan KLIK.Iklan Warm fokus pada mendapatkan JUALAN.

    Funnel The 2 Step System

    Dalam funnel ini, anda perlukan:1. Iklan cold (Step 1)2. Landing page3. Iklan warm (Step 2)

    Iklan cold dicipta untuk menarik audience ke dalam landing page.Setelah audience masuk ke landing page, maka mereka akan nampak iklan warm itu.

    Dalam istilah lain, iklan warm adalah iklan retargeting.

    Bagaimana Buat Iklan Warm

    Untuk mencipta iklan warm, perkara pertama yang anda perlu ada adalah FB Pixels.

    Pastikan FB Pixels dimasukkan ke dalam website. Gunakan extension FB Pixels Helper (link) untuk melakukan semakan.

    Setelah itu pergi ke business manager Facebook, dan pilih menu Audience.

    Klik Create Audience dan pilih website. Masukkan link landing page itu.Sebagai contoh,

    LINK LANDING PAGE : www.wanyusof.com/the-2-step-systemMASUKKAN : /the-2-step-system

    Anda boleh pilih jumlah hari. Pemilihan jumlah hari ini bergantung kepada berapa lama funnel ini akan berjalan.

    “Apa yang terjadi kalau saya set jumlah hari = 14?”

    Facebook akan semak siapakah yang melawat landing page itu dalam masa 14 hari yang lalu. Kemudian Facebook kumpulkan mereka dalam satu kolam.

    Seterusnya iklan anda akan dipaparkan kepada kolam itu.

    Kenapa The 2 Step System Berhasil

    Teknik ini menunjukkan iklan yang betul kepada orang yang betul.

    Teknik ini juga menjimatkan kos kerana ianya mengasingkan cold dan warm. Tidak tembak semua orang serentak.

    Landing page anda memainkan peranan yang cukup penting.Landing page yang dibuat berfungsi sebagai FILTER + FIRST TOUCH.

    Filter bererti mereka yang berminat akan terus membaca landing page sampai ke hujung.

    Manakala First Touch bererti anda membuat penampilan pertama dalam minda pelawat. Secara analoginya, first touch ini cinta pandang pertama!

    Ada pelawat yang akan beli terus.Tapi majoriti akan keluar tanpa sebarang pembelian.

    Repetion is the mother of success

    anonymous

    Bagi mereka yang belum jatuh cinta pandang pertama, maka tugas ini diserahkan kepada iklan warm.

    Iklan warm kebiasaannya akan fokus kepada:1. Tawaran meleleh2. Halangan-halangan membeli (objection handling)3. Bonus

    Last Point Untuk Anda

    Pertama, sekarang masa untuk tindakan.Lakukan sekarang dan lihat keberkesanannya.

    Kedua, andai kata anda berminat untuk belajar The 2 Step System – Advanced Methood dengan lebih terperinci, saya ada tawaran istimewa.

    Pada ketika ini saya sedang mencari pemilik E-Commerce yang ingin belajar bagaimana membuat jualan menerusi website.

    Konsep pembelajaran adalah senang sahaja:1. Anda akan masuk ke dalam satu kumpulan rahsia.2. Setiap bulan saya akan share 1 video tutorial kes studi: Bagaimana Kempen Yang Kami Buat dan Hasilnya3. Anda boleh tanya sebarang soalan, dan saya akan jawab.

    Nama group ini adalah E-Commerce Mentoring

    “Bagaimana kalau saya tidak ada e-commerce?”

    Sekiranya proses pembelian produk anda berlaku menerusi website, maka anda boleh sertai.

    Namun sekiranya pembelian produk anda TIDAK melibatkan website, kumpulan ini tidak sesuai.

    E-Commerce Mentoring juga memerlukan mereka yang sudah tahu asas pengiklanan di FB seperti setup iklan, tanam pixels.

    Andai kata anda berminat, boleh terus pergi ke sini.