Nota Content Marketing Percuma »

SEO Lokal: 6 Tip Memasarkan Kedai Offline Secara Online

seo lokal

Ada dua perkara menarik tentang bisnes lokal (offline).
Pertama, website bisnes lokal lebih mudah untuk muncul di Google berbanding website informasi.

Kedua conversion website bisnes lokal lebih tinggi.

Saya kongsikan pengalaman sendiri.

Satu hari mengidam mahu makan sushi.
Dalam fikiran teringat sushi king.
Saya pun taip di Google “sushi king”.

sushi king near me

Lihat hasil carian yang dipaparkan.
Google bukan sekadar rekomen Restoran Sushi King.
Paling penting, Google berikan Restoran Sushi King di Kota Bharu (tempat di mana saya tinggal).

Lihat betapa tepat dan spesifiknya carian Google untuk bisnes lokal.

Cuma...

Kelebihan ini akan dimiliki oleh website yang optimized untuk SEO lokal sahaja.

Dan inilah yang akan saya kongsikan dalam artikel ini.
6 Teknik pemasaran bisnes offline secara online.
Supaya senang dijumpai pelanggan.

Ayuh mulakan sekarang.

Sudah baca (skroll ini nanti akan bergerak)

1. Daftar Google My Business

Google My Business merupakan satu initiatif Google.
Ruang ini beri peluang untuk bisnes lokal senang dijumpai.

“Macam mana Google Business beri kesan?”

Saya buat satu carian “kedai komputer Kota Bharu”.

kedai komputer kota bharu

Google tidak paparkan hasil carian biasa.
Sebaliknya Google tunjukkan peta.

Dari peta ini, kita diberi pilihan sama ada mahu dapatkan jalan untuk ke kedai itu atau mahu lawat website.

"Berapa kena bayar untuk muncul di atas?"

Percuma!

Sebab itu saya sangat galakkan pemilik bisnes lokal daftar.
Dan anda tidak perlu ada website pun untuk daftar di Google Business.
Saya ada tulis panduan langkah demi langkah bagaimana mendaftarkan Google Business.

Sekarang saya nak beritahu satu rahsia.

Cuba lihat kembali gambar di atas.
Kenapa Monaliza boleh berada di kedudukan paling atas?

Nak tahu jawapannya?

Teruskan membaca =)

Sudah baca

2. Teknik NAP

Teknik ini adalah teknik paling senang.
Pernah sekali saya terangkan pada kawan.
Dia tercengang.

Dia kata, “Betul ke macam ni je?”.

Saya angguk.

Teknik NAP.

Teknik ini menekankan cara menulis maklumat bisnes offline di platform online.
Susunannya seperti ini.

TEKNIK NAP

  • check-circle-o
    Masukkan nama​​​​
  • check-circle-o
    Masukkan alamat
  • check-circle-o
    Masukkan nombor telefon

Contoh:
Wan Yusof
PT 2303 Berek 12 Jalan Hospital, 15200 Kota Bharu, Kelantan
09-123 4567

Amalkan teknik ini dalam menulis alamat bisnes di mana-mana.
Sama ada di Facebook, Instagram dan semuanya.

Selesai. Senangkan?

Sekarang saya dedahkan rahsia Monaliza.

Bagaimana website itu boleh berada di tangga pertama?

Sudah baca

3. Review Dari Pelanggan

Perasan-kan pada deskripsi Monaliza ada bintang.
Bintang ini adalah review yang diberikan pengguna.

kedai komputer kota bharu

Google pandang serius review.
Walaupun satu atau dua review, kesannya sudah mula dirasakan.

Jadi dapatkan review untuk bisnes offline anda.

"Bagaimana?"

Tip Dapatkan Review Pelanggan

  • Apabila pelanggan datang ke kedai, minta mereka review sekarang juga.
  • Hubungi pelanggan menerusi telefon, dapatkan maklumbalas daripada mereka.
  • Hantarkan email kepada mereka bagi mendapatkan review.

Dalam mendapatkan review ini, usah tergesa-gesa.
Mahu dapat 100 review sekelip mata.

Sabar.

Usahakan satu persatu.
Fokusnya review berkualiti.
Bukan penghargaan semata.

Lagi satu, dapatkan juga review di Facebook.
Review di Facebook juga beri kesan kepada page.
(p/s: andai kata dalam niche anda tidak ada persaingan, review simple pun masih berkesan)

Sudah baca

4. LOKAL ON PAGE SEO

On page SEO mempunyai kesan signifikan bagi bisnes lokal.
Syaratnya perlu kena taktik dan caranya.

“Macam mana nak buat?”

Setting On Page SEO secara terperinci ada saya dedahkan di dalam ebook Actionable SEO.

Untuk post kali ini fokusnya khusus untuk SEO bisnes lokal sahaja.

Lakukan perkara ini.

Masukkan Nama Kawasan Pada Title Tag

Cipta satu page.
Boleh guna page tentang kami (about us).

Pada bahagian title tag, letakkan nama kawasan bisnes anda.

perkataan lokal 2

Formula yang biasa diguna pakai adalah:
Kata kunci + Nama Kawasan

Beberapa contoh lain:
Kedai Dobi Setapak | Kedai Sejahtera
Restoran Simpang Empat Kuala Terengganu
Hotel Seksyen 7 Shah Alam (Hotel Alami)

Masukkan Nama Kawasan Pada <H1>

Kebiasaannya di wordpress, H1 adalah tajuk page.
H1 merujuk kepada Heading Tag.
(lihat artikel on-page SEO untuk penjelasan lebih terperinci)

heading tag guideline

Sama konsep seperti teknik title tag.
Masukkan nama kawasan pada H1.

Lihat beberapa contoh website yang mengamalkan teknik ini.

10_Kedai_Makan_Bandar_Baru_Bangi

Dari blog PencariMakan.com

pantai kemasik terengganu

Dari beautifulterengganu.com

10 tempat makan di port dickson

Dari caridestinasi.com

Masukkan Nama Kawasan Pada <URL>

URL adalah alamat website.
Nama lain bagi URL adalah permalinks.

Bagi melakukan proses ini, pergi ke bahagian Settings > Permalinks.

permalinks

Setkan Permalinks kepada Post ataupun Custom.

settings permalinks

Seterusnya cipta page atau post baharu.
Masukkan nama kawasan pada url itu.

kedai kopi shah alam

Masukkan Nama Kawasan Pada Gambar

Mengapa pengguna mencari gambar kedai di Google Image?

Boleh jadi dia mahu tahu kedai itu wujud atau tidak. (Kredibiliti)
Boleh jadi dia sedang cari lokasi kedai itu di mana. (Visibiliti)

Jadi muat naik gambar bisnes anda dengan betul.
Elakkan nama IMG30333.png.
Berikan nama kedai + nama kawasan.

kedai_komputer_kota_bharu

Carian Google Image "kedai komputer Kota Bharu".

Masukkan Nama Kawasan Pada Meta Description

Saya mulakan dengan penafian dulu.
Meta description tidak akan mempengaruhi kedudukan di Google.

Meta description beri kesan pada kadar pencari klik. (Click Through Rate)

Saya berikan contoh.
Saya nak makan roti canai atas bukit di Bangi.
Lalu buka Google dan taip "roti canai atas bukit bangi"

roti canai atas bukit bangi

Hasil carian roti canai atas bukit Bangi.

Kebiasaannya saya akan klik website yang ada sebut kata kunci dalam meta description (kotak merah jambu).

"Macam mana saya nak set seperti di atas?"

Gunakan plugin Yoast atau All in One SEO.
Skroll ke bawah dan cari kotak Meta Description.
Masukkan nama kawasan di dalam kotak itu.

ubah meta desciription

Meta description menggunakan All in One SEO Pack.

meta description yoast

Meta description menggunakan Yoast.

Masukkan Embedded Peta Google

Apabila daftar Google My Business, kita akan beritahu Google lokasi kedai.
Teknik ini adalah tambahan (add-on).

Pergi ke Google Map dan klik pada bisnes anda.
Tekan ikon Share.

Embed Google Map

Pilih Embed Map dan salin kod yang diberikan.

Seterusnya log masuk ke website dan buat New Page atau New Post.
Pilih tab Text.
Masukkan pengenalan dan letakkan kod yang disalin tadi.

Cara embed kod google

"Kenapa nak kena embed map?"

Ini adalah teknik tambahan. Pilihan.
Teknik ini didapati membantu menaikkan ranking website di Google.
Secara perlahan-lahan dan berkumpulan (cumulative).

Sudah baca

5. Teknik Near Me

Perasan tak pada gambar Sushi King di atas tadi.
Ada "sesuatu".

Apa dia?

sushi king near me

Perkataan "near me".
Perkataan ini merupakan salah satu perkataan yang sering ditaip oleh mereka yang mencari.

Malah perkataan "near me" menjadi pilihan pertama Google Autosuggest.

near me

"Macam mana saya nak guna teknik ini?"

Cipta ​satu page atau post baru.
Gabungkan dengan Teknik On Page SEO Lokal.
Bezanya?

​Masukkan perkataan "Near Me".
Contohnya Best Restaurants Near Me macam TripAdvisor buat.

teknik near me

Lihat lagi satu contoh.
Kali ini dari Adwords.
Siap ada yang bida kata kunci "Near Me".

Ini tanda memang sah ada pengguna yang mencari perkataan sebegini.
Dan ini juga mengambil peluang di atas carian Google yang bersifat lokal (geotargeting).

car rental near me
Sudah baca

6. Fokus Pada Conversion

Kesilapan ramai pemain SEO.
Terlalu obses dengan ranking.
Nak dapat nombor 1 di Google.

Kemudian apa?

SEO ini satu saluran bagi mendapatkan penunjung.
Pengunjung masuk ke website.
Namun mereka tak buat apa-apa.
Jadi tidak ada makna.

Sebab itu pemilik website harus peka pada conversion.

Conversion = menukar pelawat kepada pelanggan.

Fokus conversion ada tiga.

3 FOKUS CONVERSION

  • check-circle-o
    Menambah List Custom Audience/Retargeting
  • check-circle-o
    Mendapatkan Data
  • check-circle-o
    Mendapatkan Jualan

Menambah List Custom Audience

Apabila pelawat masuk website, mereka akan keluar.
Bila pelawat website akan masuk balik?

"Tak tahu".

Pelawat perlu diajak masuk kembali.
Baharulah mereka datang lagi.

Untuk ajak, gunakan retargeting.
Di dalam kempen retargeting, siapa yang masuk akan direkod.
Kemudian iklan yang direka khusus untuk mereka ini akan dipamerkan di media sosial.

retargeting-cycle

Kredit gambar: Socialgains.co.uk

Taktik ini banyak diguna pakai.
Ada yang panggil teknik Saka.
Ada yang panggil teknik Hantu.
Dan macam-macam nama lagi.

Taktik ini berbaloi dipelajari.
Malah boleh dikatakan satu kemahiran yang mesti dikuasai.

Mendapatkan Data

Website yang tidak ambil data audien berisiko tinggi.
Di zaman informasi berlambak ini, biasanya jarang pengguna membuat keputusan sekali harung.

Mereka akan bandingkan di tempat lain.

Jadi andai kata website kita tidak ada data pelawat, bagaimanakah kita mahu menghubungi pelawat kembali?

Sebab itu anda perlu usahakan data.
Data dalam bentuk email.
Atau nombor telefon.

"Macam mana nak dapatkan data?".

3 LANGKAH MENDAPATKAN DATA

  • check-circle-o
    Kenal pasti siapa audien yang mahu disimpan datanya
  • check-circle-o
    Berikan sesuatu yang diingini oleh audien itu
  • check-circle-o
    Cipta borang menggunakan opt-in atau Google Form

SifuFBAds menggunakan sidebar opt-in bagi mendapatkan data mereka yang berminat dengan iklan pemasaran di Facebook.

sifufbads

Neil Patel memulakan prosesnya dengan memberikan analisa prestasi website. Kaedah ini juga dikenali sebagai double-opt in.

opt-in neil patel

Brian Dean mencipta satu page khusus (landing page) bagi mendapatkan data ini. 

opt in backlinko

Mendapatkan Jualan

Ada website yang mahu buat jualan.
Namun websitenya tidak dicipta mesra buat jualan.

"Apa maksudnya?".

Bayangkan begini.
Kita mahu tempah pizza yang dihantar ke rumah.
Apabila buka website, tidak ada borang tempahan.
Malah tidak ada nombor telefon untuk dihubungi.

Apa jadi?

Website yang mahu buat jualan perlu cipta konten bagi meningkatkan jualan.
Di dalam artikel ini, saya terangkan dengan lebih terperinci bagaimana mencipta konten yang betul kepada audien yang betul.

Cuma jangan salah faham.
Apabila saya sebut konten untuk jualan, ianya tidak terhad pada artikel saja.

KONTEN UNTUK JUALAN

  • check-circle-o
    Link ke page jualan
  • check-circle-o
    Testimonial dalam pelbagai bentuk (teks, imej, video)
  • check-circle-o
    Artikel menerangkan tentang produk
  • check-circle-o
    Kod kupon diskaun
  • check-circle-o
    Tawaran Free trial

Lihat beberapa contoh konten untuk jualan.

Digital Marketer menyediakan satu link khusus untuk ke produk mereka.
Mereka yang mahu beli akan terus klik link itu.

jualan dm

Bagi website e-commerce, butang pembelian mesti jelas dan terang. Supaya senang ditekan oleh pengguna. Inilah yang dilakukan oleh Lazada.

jualan lazada

FreshBooks menawarkan tawaran percuma untuk guna produk. Bagi tempoh tertentu. Ini menggalakkan mereka terus cuba dan terikat dengan produk.

jualan freshbook

Kesimpulan

Lokal SEO mesti diguna pakai oleh pemilik bisnes.
Berbaloi dan percuma.
Jadi satu saluran mendapatkan pelanggan pada kos yang sangat murah.

Nak mula dengan yang mana?

Mulakan saja ikut suka.
Kata kuncinya, "Mula sekarang"

KOMEN: Apakah Teknik Yang Anda Sudah Gunakan? 


p/s: Bantu saya untuk sebarkan artikel ini. Klik butang "Share" untuk kongsikan dengan kawan-kawan ya.

7 comments
mrhanafi - September 18, 2017

memang ada teknik yang sudah gunakan..

memang terbaik…

ada juga yang masih lagi dalam KIV..

nie la susahnya.
mrhanafi recently posted…3 Tip Hadapi Kemelesetan Ekonomi MalaysiaMy Profile

Reply
Azwan - September 18, 2017

Yup. Peniaga tempatan harus ambil kesempatan letakkan perniagaan sendiri di google Malaysia. Lebih banyak pendedahan. Luang sikit sahaja masa untuk belajar, hasilnya berbaloi-baloi.
Azwan recently posted…Air kosong boleh membantu poket anda untuk tidak kosong.My Profile

Reply
Gum Arabic Al-Manna - September 20, 2017

Terima kasih. Panduan yang sangat berguna dalam dunia online dan boleh digunakan juga untuk perniagaan offline.
Gum Arabic Al-Manna recently posted…Al-Manna Ameer Bukan Ubat Rawat PenyakitMy Profile

Reply
soffar ahmad - September 20, 2017

Alhamdulillah . perkongsian yang bermanfaat . mudah di fahami

Reply
Hanim - September 20, 2017

Dah buat yg google business…br nk belajar utk naikkan rank…tq

Reply
omblogging - September 21, 2017

Capek juga bacanya, sangat panjang, tapi terima kasih sudah berbagi. salam..

Reply
broayietech - September 27, 2017

Perkongsian yang bagus… Terima kasih 😊
broayietech recently posted…Cara Daftar E-mail Domain Sendiri Di Zoho MailMy Profile

Reply
Click here to add a comment

Leave a comment:

CommentLuv badge