Nota Content Marketing Percuma ยป

Kajian Kata Kunci

Kajian kata Kunci

Dalam artikel ini saya akan terangkan cara melakukan kajian kata kunci. Bagi memudahkan penjelasan saya akan gunakan niche hartanah sebagai contoh.

Nota ini adalah sebagai rumusan daripada Bengkel SEO & Content Marketing bersama kontraktor-kontraktor di Kelantan baru-baru ini.

PENTING: Meskipun contoh hartanah digunakan, kaedah kajian kata kunci ini boleh diaplikasikan dalam industri lain juga. Prosesnya sama

Baik. Kita terus ke topik utama.
(andai kata anda mahu lompat ke topik tertentu, klik saja menu di bawah ini)

PELANGGAN SASARAN

Ini paling penting.
Apabila jelas siapa audien sasaran, kita jelas apakah yang perlu ditulis.

Bina profil pelanggan.
Lihat demografik, sosiografik dan psikografik pelanggan.

Digital Marketer ada menyediakan artikel panjang dan template bagi mencipta profil pelanggan.

Profil Pelanggan dari Digital Marketer

Contoh profil pelanggan dari Digital Marketer

Sebagai contoh, dalam artikel ini saya mudahkan profil pelanggan.

Kita anggap audien sasaran adalah mereka yang ingin membeli rumah lelong. Bajet sekitar RM200,000 hingga RM300,000. Bekerja sebagai doktor. Tinggal di Kuala Lumpur. Dan sedang mencari maklumat berkaitan proses jual beli rumah lelong.

Selepas memiliki profil pelanggan, masuk ke proses kedua.
Proses membaca minda profil.

KAJIAN KATA KUNCI

Anggapkan anda berada di tempat pelanggan ini.
Apakah yang akan anda taip di Google bagi mendapatkan maklumat?

Jangan meneka!
Apabila anda meneka, ini bahaya.
Seperti berjudi. (Maafkan saya)

"Jadi macam mana kalau tidak mahu berjudi?"

Di sinilah datangnya kaedah kajian kata kunci.
Satu proses mendapatkan data apakah yang ditaip oleh pelanggan begini di Google.
Ada 4 teknik kajian kata kunci.

Teknik 1: Lakukan Survey

Ini teknik paling senang diamalkan.
Angkat telefon dan hubungi bakal atau pelanggan terdahulu.
Tanyakan kepada mereka apakah yang mereka taip di Google.

Alternatifnya lakukan survey secara online.
Tanya di forum.
Tanya di media sosial.

Kuncinya adalah bertanya kepada pelanggan sasaran.
Catat perkataan mereka sepatah-sepatah.

Sebagai contoh hasil survey mendapati, pelanggan sasaran mahukan maklumat seperti,
1. Cara beli rumah lelong
2. Senarai bank yang beri loan
3. Bahaya beli rumah lelong

Letakkan maklumat yang diperolehi ini dalam satu file excel. Supaya dapat digabungkan dengan data seterusnya.

Teknik 2: Google Autocomplete

Apabila taip sesuatu di Google, Google berikan pembayang.

google autocomplete

Pembayang ini namanya Google Autocomplete.
Google Autocomplete merupakan senarai carian yang kerap dibuat pengguna Google.
Bahasa mudahnya = ini adalah apa yang orang cari

Jadi buka Microsoft Excel, catatkan setiap kata kunci itu.

catat kata kunci di excel

Kemudian gabung dengan teknik ketiga.
Namanya Teknik GSR.

Teknik 3: Google Searches Related

Selepas taip "panduan beli rumah", tekan enter.
Ada hasil carian.
Turun ke bahagian paling bawah.

Cari perkataan "Searches related to panduan beli rumah".

google related searches

Ini juga adalah kata kunci yang orang sering cari.
Pilih yang relevan.
Catat di fail excel tadi.

Seterusnya kita akan pergi ke Gold Mine!
Tempat lubuk kata kunci yang belum digali ramai orang.

"Apa dia? Di mana?"

Teknik 4: FB Graph Search

Salah satu enjin pencari yang ada banyak data selain Google adalah Facebook!
Cuma masih jarang digunakan.
Jadi ambil peluang ini.

Log masuk ke dalam FB.
Pada kotak carian, taip kata kunci.
Lihat paparan yang mirip Google Autocomplete.
Salin kata kunci.

kata kunci FB

Andai ada kata kunci berulang, tinggalkan.
Andai ada kata kunci baru, catatkan di fail excel yang sama.

senarai kata kunci

MENYARING DATA

Apa yang ada dapat adalah data kasar.
Kita perlu menyaring data ini.

"Kenapa nak saring?"

Walaupun data-data ini adalah antara carian yang pernah dibuat pengguna Google, namun kita tidak ada maklumat tepat:
1. Berapa banyak carian yang dibuat setiap bulan?
2. Adakah persaingan bagi kata kunci ini sengit?


Paling ideal, kita mahu kata kunci itu:
1. Ada banyak carian setiap bulan
2. Tidak ada atau kurang persaingan


"Ada cara nak tengok?"

Ada.
Inilah yang saya mahu tunjukkan.

Buka fail excel tadi.
Namakan kotak pertama sebagai Kata Kunci.
Cipta kotak kedua. Namakan Allintitle.

kotak allintitle

Kemudian buka google.com
Salin kata kunci pertama.
Taip di kotak carian "allintitle:Panduan beli rumah".

allintitle panduan beli rumah

Lihat nombor yang dipaparkan.
Salin nombor itu dan letakkan dalam fail excel.
Ulang buat untuk kata kunci lain sehingga habis.

selepas allintitle

Perhatikan data di atas.
Ada yang nombornya 6470.
Ada yang 0.

"Apa maksudnya?"

Apabila menggunakan "ALLINTITLE", kita sedang menggeledah Google.
Kita sedang mencari berapa banyakkan kata kunci itu yang ada dalam pengkalan data Google.

Contohnya bagi kata kunci "Panduan beli rumah", ada 1740 halaman yang menggunakan perkatan itu dalam artikel mereka.

Semakin tinggi angka allintitle, semakin tinggi persaingan.

"Wah kalau begitu saya mahu ambil yang angka 0".

Sabar.
Angka 0 beri satu maklumat kritikal.
Angka 0 bererti carian bagi kata kunci itu sangat rendah.
Permintaan rendah.

Jumlah terbaik allintitle adalah 100 < x < 2000

"Macam mana kalau kata kunci saya semuanya tidak sampai 100?"

Tambahkan.
Lihat potensi trafik.

Sebagai contoh, bagi kata kunci "rumah lelong", ada tiga kata kunci yang hampir sama.
Apabila ditambahkan, jumlahnya menjadi 777.

tambah allintitle

Ini bermakna, carian kata kunci "rumah lelong" mempunyai jumlah carian signifikan.
Dan dalam masa yang sama persaingannya tidak sengit.

"Jadi saya ada peluang cerah untuk jadi nombor satu di Google?"

Yesza. Tepat sekali.
Sekarang selesai proses ketiga.

Sebelum masuk ke topik seterusnya, saya mahu tunjukkan sesuatu.
Proses menyemak setiap allintitle ini ambil masa.
Jadi kadang-kadang ada yang tidak sanggup melakukannya.

Alternatifnya, boleh gunakan KWfinder.com.
Tool ini bantu anda buat semua proses itu sekelip mata.

kajian panduan beli rumah kwfinder

Tool ini memberikan anda buat carian 3 kata kunci sehari secara percuma.
Andai kata mahu lebih, perlu langgan.

Saya syorkan anda langgan tool ini andaikata mahu serius dalam bidang ini. Berbaloi-baloi.

KATA KUNCI LSI

Sekarang kita sudah saring data.
Dan pilih kata kunci pertama yang menjadi sasaran.

Google sekarang makin bijak dalam membaca artikel.
Dulu-dulu, apabila ada satu kata kunci, hanya perlu ulang sebut kata kunci itu banyak kali dalam artikel. Kemudian Google akan naikkan website ke tangga teratas.

Sekarang sudah tidak menjadi.
Malah ini dikira satu teknik spamming: Keyword Spamming.

Bagi mengelakkan perkara ini, gunakan kata kunci LSI.

"LSI itu apa?"

LSI bermaksud Latent Semantic Index.
Kata kunci yang berkaitan.

Saya menulis satu artikel yang menerangkan LSI dengan panjang lebar dan tiga kes studi kesan LSI terhadap kedudukan website.

Bagi mendapatkan kata kunci LSI, pergi LSIgraph.com.
Kemudian masukkan kata kunci itu.

guna LSIgraph

Catatkan kata kunci berkaitan yang relevan.

Sekarang kajian kata kunci sudah hampir siap.
Masa untuk menulis.

DRAF ARTIKEL

Teknik yang saya gunakan adalah Teknik SPM.
Teknik ini adalah sebagaimana yang kita belajar sewaktu mengambil Sijil Pelajaran Malaysia.

teknik SPM

Gambar: Dari Ebook Actionable SEO

Senarikan pendahuluan, isi penting dan penutup.
Contohnya,
Pendahuluan: Cara Beli Rumah Lelong
Isi 1: Proses Beli Rumah Lelong
Isi 2: Cara Beli Rumah Lelong Terus Dari Bank
Isi 3: Cara Kira Kelayakan Pinjaman Perumahan
Isi 4: Cara Bijak Beli Rumah Lelong
Penutup: Kesimpulan


Kemudian mula mengarang.
Terangkan setiap proses satu persatu.
Gunakan gambar.

Pada pertukaran isi, gunakan heading tag berbeza.
Heading tag adalah indikator kepada Google dan audien bahawa tajuk sudah bertukar.
(Rujuk bab heading tag di Actionable SEO untuk penerangan terperinci).

H1: Cara Beli Rumah Lelong
H2: Proses Beli Rumah Lelong
H2: Cara Beli Rumah Lelong Terus Dari Bank
H2: Cara Kira Kelayakan Pinjaman Perumahan
H2: Cara Bijak Beli Rumah Lelong
H2: Kesimpulan

Apabila siap tulis artikel, tibalah masa yang ditunggu-tunggu.
Masa keemasan.

SEBARKAN ARTIKEL

Selepas artikel siap ditulis, tiba masa kritikal.
Percaya atau tidak, proses ini sering diabaikan ramai orang.
Mereka tidak sebarkan artikel!

Dalam menyebarkan artikel, gunakan tiga langkah mudah:

Pertama - Senaraikan saluran sebaran yang akan digunakan. Bahagikan saluran itu kepada media berbayar, media percuma dan media berpengaruh.

Saksikan video ini untuk pencerahan tiga jenis media.

Kedua - Tetapkan tarikh sebaran bagi setiap saluran.

Ketiga - Sebarkan =)

Tip sebaran artikel adalah usah gopoh.
Usah mahu kau semua channel serentak.
Buatkan secara berperingkat.
Begini anda tidak akan penat.

KESIMPULAN

Saya sudah tunjukkan 6 proses ini langkah demi langkah.
Apabila dibuat, anda akan dapati hasilnya berbaloi-baloi.

Sebelum saya tamatkan, ada beberapa pemberitahuan.

Pertama, saya tidak sebut Google Keyword Planner sebagai satu tool dalam contoh ini.
Ini kerana data dalam tool ini sudah kurang tepat.
Banyak data disembunyikan melainkan anda membuat iklan (Google Adwords).
Namun tool ini masih boleh digunakan.

Kedua, artikel ini juga tidak menyebut berkaitan Title Tag, Meta Description, Submission & Tracking. Kesemua ini adalah proses teknikal SEO yang telah disentuh dalam artikel lain.

Ataupun anda boleh dapatkan Ebook Actionable SEO. Ebook ini saya tulis sebagai panduan langkah demi langkah bagaimana menjadikan website mudah dijumpai Google.

kandungan ebook actionable seo

Akhir kata, saya harap artikel ini dapat membantu anda dalam proses kajian kata kunci.
Satu proses yang mencabar namun berbaloi melakukannya.


p/s: Bantu saya untuk sebarkan artikel ini. 
Klik butang "Share" di bawah =)

1 comment
mrhanafi - November 19, 2017

menarik sangat tuan.

mudah difahami.

mudah diaplikasi.

in shaa Allah saya akan praktik selalu.
mrhanafi recently posted…Kisah Sebak Seorang Penagih Najis DadahMy Profile

Reply
Click here to add a comment

Leave a comment:

CommentLuv badge