folder Filed in SEO
Strategi Latent Semantic Index
By Wan Yusof Wan Jeffery comment 4 Comments access_time 3 min read

Satu perkara yang sangat menarik tentang Google adalah cepatnya mereka berevolusi. Pelbagai macam produk dan kemaskini dilakukan setiap waktu. Keupayaan ini bertitik tolak daripada budaya inovasi yang dibentuk di Google sebagaimana yang ditulis oleh Eric Schmidt dalam bukunya “How Google Works”

To develop a culture of innovation like Google has at your own company, make it a priority to hire and retain “smart creatives”, or uniquely talented and motivated employess.

Antara inovasi yang sangat terkehadapan dalam industri enjin pencari adalah “Latent Semantic Index (LSI).” Teknologi ini sangat hebat dan luar biasa. Latent Semantic Index adalah teknologi yang membolehkan robot enjin pencari menafsir dan memahami artikel mengikut konteks yang betul.

Robot enjin pencari adalah robot. Maksudnya robot ini tidak memahami apa yang kita tulis pada asalnya. Robot ini menafsirkan ayat-ayat berdasarkan tanda noktah, koma, tanda seru, struktur ayat dan sebagainya. Sebagai contoh, kedua-dua ayat di bawah adalah lengkap dan sempurna, jadi pada robot ayat-ayat ini boleh dikira sebagai ayat yang sempurna.

Ayat 1: Hari ini saya makan maggi di kedai Cik Kiah bersama kawan-kawan. Rasanya sedap dan lazat. Harga pun boleh tahan.

Ayat 2: Hari ini saya minum maggi di kedai Cik Kiah bersama beruang-beruang. Rasanya cantik dan busuk. Harga pun sempoi.

Tetapi bagi manusia, kita dengan cepatnya tahu bahawa ayat kedua salah dan tidak tepat. Ada kemungkinan penulis tidak berapa fasih Bahasa Melayu atau menggunakan Google Translation =P

Jadi ini adalah kelemahan robot Google pada awalnya. Namun selepas pengenalan Latent Semantic Index, robot Google sudah boleh memahami ayat yang ditulis!

Latent Semantic Index merupakan satu kaedah matematik yang menggunakan teknik Singular Value Decomposition untuk memahami paten dan kaitan antara konsep dan istilah. Dalam bahasa mudahnya, robot Google akan membandingkan perkataan-perkataan yang digunakan dalam ayat itu.

Sebagi contohnya, apabila kita bercakap tentang memasak, maka perkataan yang berkaitan dengan memasak adalah seperti sayur, minyak dan makanan. Google akan mencari perkataan-perkataan ini di dalam artikel anda. Jika anda maka artikel anda dikira relevan. Tetapi jika dalam artikel memasak, tiba-tiba keluar perkataan iPhone”, maka Google dengan segera mengenalpasti yang artikel anda adalah spam!

Strategi Latent Semantic Index

Terdapat beberapa aplikasi yang menawarkan analisa perkataan-perkataan berkaitan seperi SEO Context Analyzer dan Market Samurai. Kedua-duanya merupakan software berbayar dan disarankan jika anda ingin serius dalam industri SEO. Namun jika anda inginkan strategi yang percuma, maka pastikan artikel anda ditulis oleh manusia.

“Hah…ada ke artikel bukan ditulis oleh manusia??”

Ada. Terdapat plugin atau robot yang boleh menulis artikel. Robot ini cukup unik dan hebat juga. Anda hanya perlu masukkan kata kunci berkaitan dan robot ini akan siapkan artikel untuk anda. Tetapi risikonya adalah seperti ayat 2. Jadi saya tidak sarankan anda menggunakan kaedah ini.

related searches

Yang keduanya adalah anda boleh melihat indikator daripada Google. Selepas anda membuat carian, turun ke bawah dan cari “Searches related to…”(rujuk gambar di atas). Kotak ini memaparkan perkataan-perkataan berkaitan. Jadi semasa anda menulis artikel, cuba masukkan kata-kata kunci yang ditebalkan(bold) oleh Google.

Jika anda mempunyai persoalan berkenaan Latent Semantic Index, boleh komen di ruangan di bawah ataupun PM saya di FB. Dan sekiranya artikel ini bermanfaat, kongsikan juga dengan kawan-kawan yang lain.

latent semantic index lsi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Cancel Post Comment

  1. Salam tuan, terima kasih perkongsian artikel tentang lsi ni dan case study dalam artikel yg lagi 1 itu sangat menarik.

    Boleh tak tn buatkan langkah-langkah , bagaimana tn gunakan LSI dalam menghasilkan sesebuah artikel?

    Beberapa kali kata kunci yg sama boleh diguna berulang kali, saringan dan perkara yg kemungkinan bakal di ban oleh google memgunakan strategi LSI, takut dianggap google sbgi spam jika sy tersalah langkah nanti.

    Sekian, terima kasih

    1. Wsalam, apabila menggunakan LSI, Tuan tidak perlu risau pada pengulangan. LSI melibatkan banyak perkataan. Berbeza dengan keyword repetition. Cara terbaik menggunakan LSI adalah dengan menabur LSI sepanjang artikel.

      LSI biasanya akan datang sendiri apabila kita menulis artikel panjang.

      Sebagai contoh, andaikata saya tulis artikel 100 patah perkataan, tak banyak LSI yang boleh dimasukkan.
      Namun apabila menulis artikel 1000 patah perkataan, kesemua LSI akan ditarik masuk secara tidak sedar.

  2. Assalamualaikum tuan,

    Saya nak tanya, adakah keyword LSI ini perlu juga dilakukan saringan untuk melihat jumlah cariannya? Macam yang kita buat pada kata kunci utama.

    Atau tak perlu.