Blog

  • Teknik Baru SEO 2026 -Conversational Keywords

    Ramai orang buat SEO.
    Tapi masih tak dapat sales.

    Masalahnya bukan pada content.
    Masalahnya pada keyword yang dipilih.

    Kebanyakan orang target:

    1. Keyword pendek
    2. Keyword high volume
    3. Keyword generic

    Contoh:

    “digital marketing”
    “facebook ads”

    Masalah: tak jelas niat (intent)

    Realitinya hari ini…
    Orang tak search macam dulu.
    Mereka search macam bercakap.

    Contoh:

    “kenapa ads facebook saya tak convert walaupun dah spend banyak?”
    “macam mana nak dapat customer guna iklan tiktok?”

    Ini dipanggil Conversational Keywords (ulang baca 3X).

    Dan inilah teknik SEO 2026 yang:

    1. Lebih mudah ranking
    2. Lebih tinggi conversion
    3. Lebih senang closing

    Apa Itu Conversational Keywords?

    Ayat carian yang ditulis seperti cara manusia bercakap, biasanya dalam bentuk soalan atau situasi sebenar.

    ❌ Keyword biasa✅ Conversational keyword
    facebook ads tipsmacam mana nak buat facebook ads yang betul untuk bisnes kecil?

    Cara Kenal Pasti Conversational Keywords (Step-by-Step)

    Langkah 1: Dengar Bahasa Customer (Bukan Fikir Sendiri)

    Ini langkah paling penting.
    Jangan cipta keyword.
    Tangkap keyword dari real conversation

    Sumber terbaik:

    1. WhatsApp / DM / Sales Chat

    Contoh ayat sebenar:

    “kenapa iklan saya tak jalan?”
    “saya dah run ads tapi tak ada sales”

    Ini bukan sekadar mesej.
    Ini adalah conversational keyword yang hidup.

    1. Komen di Facebook / TikTok

    Orang akan tanya:

    “betul ke ads ni menjadi?”
    “kalau budget kecil boleh ke?”

    1. Google Search Autocomplete

    Taip:

    “kenapa iklan fb….”

    Google akan suggest:

    Ini data dari jutaan carian sebenar.
    Yang sah-sah dari pencari (user) sebenar.

    1. YouTube & Forum

    Lihat cara orang explain masalah mereka.

    Langkah 2: Tapis Keyword (3 Syarat Wajib)

    Tak semua ayat sesuai jadi keyword.

    Keyword yang baik mesti ada:

    MNK

    1. Masalah jelas

    Contoh:

    “tak ada sales”
    “mahal”
    “tak faham”

    1. Niat untuk selesaikan

    Contoh:

    “macam mana nak…”
    “kenapa jadi macam ni…”

    1. Konteks spesifik

    Contoh:

    ❌ marketing susah
    ✅ kenapa ads facebook mahal tapi tak ada sales

    Langkah 3: Susun Jadi Tajuk (Tanpa Hilang Human Tone)

    Jangan terlalu “SEO robotic”.
    Bila orang baca,
    orang tahu ini tulisan AI.

    Kembali pada asas.
    Pembaca kita adalah manusia.
    Write for them.

    Contohnya…

    Ayat asal:

    “aku dah run ads tapi tak ada sale langsung”

    Tukar jadi:

    Kenapa Ads FB Tak Ada Sales Walaupun Dah Run Iklan?

    Ini masih natural
    dan lebih kemas untuk SEO.

    Langkah 4: Gunakan Format Keyword Yang Betul

    Pernah dengar formula 5 isteri + 1 suami?
    5W+1H.

    Dengan sedikit penambahan.
    Tengok jadual di bawah.

    WHYkenapa fb ads tak convert
    WHATtop 5….
    WHEREtempat makan apa paling….
    WHENbila tarikh…
    HOWmacam mana nak…
    PROBLEM-BASEDads mahal tapi tak ada sales
    COMPARISONboost post vs ads manager mana lebih baik

    Gunakan format ini untuk bina persoalan.
    Dari sini biasanya muncul “conversational keywords”.

    Kesimpulan: Conversational Keywords

    Sekarang cuba lakukan eksperimen sendiri.
    Kenal pasti conversational keywords untuk produk anda.

    Kemudian tulis artikel.

    Tujuan conversational keywords adalah supaya anda dipetik oleh AI nanti 🙂

  • Steve Jobs dan Fokus

    Tahun 1997…
    Steve Jobs baru re-joined Apple.
    Dia masuk meeting penting.
    Tim Apple present macam-macam projek yang mereka nak buat dengan bangganya.

    Jobs tengok senarai tu.
    Dia tarikh nafas panjang.
    Dia kata,

    “NO”

    Semua terlopong.
    Bilik meeting tadi jadi sunyi sepi serta merta.

    Jobs cakap, “Kita hanya buat empat benda tahun ni”

    Hah?
    Semua terkejut.
    Sebab Apple masa itu belum stabil.

    “Kalau kita cuba buat semua…kita takkan jadi hebat dalam apa-apa”

    Dia ambil marker.
    Buat 4 garisan kotak gariskan pada whiteboard:

    …Consumer desktop
    …Consumer laptop
    …Pro desktop
    …Pro laptop

    “Ini sahaja. Selain 4 ini…DELETE”

    Apa jadi lepas itu?

    Lahirlah:
    iMac
    iBook
    PowerMac
    PowerBook

    4 produk.
    Bukan 40.
    Tapi 4 inilah yang selamatkan Apple dari bankrap.

    Kata Jobs,
    “People think focus means saying YES.
    Actually…focus is saying NO to the hundred other great ideas.

    Produktiviti ala Steve Jobs bukan tentang buat banyak.

    Tapi tentang
    ❌ buang noise
    ❌ buang side quest
    ❌ buang idea yang nampak menarik…tapi tak bawa impak

    Dan commit pada
    SATU perkara penting setiap hari.
    Relentlessly. Non-stop.

  • Strategi Bukan Kemenangan

    Ramai lihat strategi sebagai rancangan untuk menang.
    Tapi dalam dunia sebenar, strategi bukan soal kemenangan.
    Strategi adalah soal ketepatan memilih medan.

    Tanpa strategi, semua usaha kelihatan penting.
    Dengan strategi, hanya yang beri kesan akan diberi perhatian.

    Strategi ialah seni mengatakan tidak kepada perkara yang kelihatan menarik tetapi tidak membawa ke mana (ulang baca).

    Ia bukan peta untuk menewaskan pesaing,
    tetapi kompas untuk kekal setia pada tujuan asal.

    Dalam dunia yang sibuk dengan “lebih cepat, lebih banyak, lebih hebat”
    strategi mengingatkan kita pada satu perkara…

    Kadang-kadang langkah paling bijak ialah berhenti sejenak dan memastikan kita masih menuju arah yang betul.

  • Kepercayaan

    Setiap jenama mahu dipercayai.
    Namun kepercayaan bukan sesuatu yang boleh direka atau diiklankan.

    Kepercayaan tak lahir daripada slogan yang indah,
    tapi daripada tindakan kecil yang berulang.

    Setiap kali janji ditepati, kepercayaan bertambah sedikit.
    Setiap kali janji dimungkiri, kepercayaan hilang banyak.

    Kepercayaan tidak terbina semasa pelancaran besar,
    tetapi dalam detik-detik kecil yang jarang dilihat.

    Cara menjawab mesej pelanggan…
    Cara menangani kesilapan…
    Cara hadir tanpa alasan…

    Hujungnya, kepercayaan bukanlah strategi pemasaran.
    Tapi cerminan siapa kita apabila tiada siapa yang sedang menilai.

  • Persepsi vs Realiti

    Dalam pemasaran realiti tidak menentukan jualan.
    Sebaliknya persepsi yang mainkan peranan.

    Dua produk boleh sama,
    tapi cara pelanggan melihat boleh jadi berbeza.

    Persepsi terbentuk jauh sebelum logik berfungsi.
    Satu warna, satu ayat, satu nada suara.
    Semuanya membentuk gambaran tentang “siapa” jenama itu.

    Orang jarang menilai kebenaran.
    Mereka menilai rasa benar.(Ulang baca)

    Itulah sebabnya kerja seorang marketer.
    Bukan sekadar jual produk,
    tapi membentuk persepsi yang membuatkan pelanggan percaya produk yang mereka beli itu adalah pilihan mereka sendiri.

  • Positioning

    Ramai ingat positioning adalah memilih siapa pelanggan sasaran.

    Sebenarnya itu hanya sebahagian kecil.

    Positioning bukan tentang siapa yang mahu membeli.

    Ia tentang siapa yang mereka jadi apabila mereka membeli.

    Orang tidak membeli minuman tenaga…
    mereka membeli semangat untuk tidak mudah kalah.


    Orang tidak membeli komputer riba…
    mereka membeli rasa cekap dan yakin diri.


    Orang tidak membeli kerana apa yang ditawarkan tetapi kerana bagaimana mereka mahu melihat diri sendiri selepas memilikinya. (ULANG BACA)

    Harga boleh diubah.

    Reka bentuk boleh diperindah.

    Namun jika positioning tidak jelas,
    semuanya hanyalah bunyi tanpa makna.

    Produk mungkin serupa tapi makna yang dirasakan itulah yang membezakan.