Nota Content Marketing Percuma »

Berapakah Jumlah Patah Perkataan Yang Disukai Google?

patah perkataan

Mari kita main teka-teki.

Cuba teka.

Berapakah panjang artikel yang disukai Google?

Apabila Google suka, Google akan naikkan ranking website.
Apabila ranking website naik, peluang diklik meningkat.

Kajian menunjukkan hampir 70% pengguna hanya klik 3 hasil carian teratas.

Sebelum saya dedahkan jumlah patah perkataan yang disukai Google, ada pengumuman.

Pendedahan ini adalah berdasarkan kajian-kajian yang akan dinyatakan. Bukanlah pengumuman rasmi daripada Google.

KONTEN PANJANG VS PENDEK

Apabila kita lihat konten panjang, kita berkata, "Mak oi, panjangnya”.

Ada rasa berat.
Ada rasa sukar nak sampai ke penamat.

Lalu ada yang baca lompat-lompat.

Namun ada sesuatu yang berlaku dalam pemikiran kita. Ada persepsi terbentuk.

Kita anggap website tulis konten panjang sebagai:
1/ Website berkualiti
2/ Website boleh dipercayai

Kesannya di kemudian hari.

Contohnya begini. Tuan dan Cikpuan baca artikel SEO di blog saya. Tulisannya panjang dan puas hati.

Apabila Tuan dan Cikpuan ada persoalan berkaitan SEO, siapakah yang akan dicari?

Kemungkinan besar blog saya.

Kenapa?

Sebab sudah terbentuk persepsi blog WanYusof.com = pakar SEO.

Perkara ini tidak pelik. Malah sering terjadi. Dan akan terus terjadi.

Lihat website SifuFBAds. Di dalamnya penuh konten berkaitan pemasaran di FB. Itu belum campur lagi konten di facebook page.

Contoh content marketing dari SifuFBAds

Contoh content marketing dari SifuFBAds

Jadi siapakah yang akan dicari andai ada persoalan berkaitan FB?

JUMLAH PATAH PERKATAAN OPTIMUM

Mengikut kajian yang dijalankan oleh SerpIQ, website yang kontennya melebihi 2000 patah perkataan berpotensi besar berada di top 10 hasil carian Google.

Dapatan SerpIQ

Dapatan SerpIQ

Menurut SerpIQ lagi, website yang berada di kedudukan belakang mempunyai konten yang pendek-pendek.

Dapatan yang sama diberitahu oleh Brian Dean dan Eric Van Buskirk.

Dapatan Brian dan Eric

Dapatan Bryan dan Eric

Brian dan Eric buat analisa terhadap 1,000,000 hasil carian.

Menurut mereka,“Berdasarkan data dari SERP oleh SEMRush, konten panjang cenderung untuk mendapat kedududkan teratas di Google. Secara puratanya, website yang muncul di halaman pertama Google mempunyai 1890 patah perkataan”.

Berdasarkan data dari SERP oleh SEMRush, konten panjang cenderung untuk mendapat kedududkan teratas di Google.

MENGAPA GOOGLE SUKA KONTEN PANJANG

Berbalik pada contoh di awal tadi.

Apabila baca konten panjang, kita rasa tak larat.

Namun kesannya terbentuk persepsi.

Konten panjang = konten berkualiti

Apabila konten berkualiti, Google sangat suka.
Malah menjadi misi Google untuk memberikan hasil carian berkualiti pada pengguna.

Panduan dari Google Webmaster Academy

Panduan dari Google Webmaster Academy

Tidak dinafikan, menulis konten panjang mencabar.

Usahkan 2000 patah perkataan, 500 patah perkataan pun sudah pening kepala.

Tapi saya akan tunjukkan cara bagaimana kita boleh menulis konten panjang dengan cara yang mudah.

Teruskan membaca.

BAGAIMANA MENULIS KONTEN PANJANG

Menulis konten panjang ini satu kemahiran dan kegilaan.

Kemahiran = latihan ulangan
Keterujaan = minat dan kecenderungan

Professor Abdullah Hassan pernah beritahu. Ada tiga perkara yang manusia sangat-sangat ingin melakukannya.

Menyanyi, Menulis, Memancing.

Menulis ini satu kemahiran.

Penulisan kita takkan sempurna hari ini.
Penulisan kita takkan sempurna juga esok hari.
Penulisan kita akan bertambah baik dari hari ke hari.

Kuncinya latihan setiap hari. Biasakan menulis. Ulang buat dan perbaiki.

Keterujaan datang apabila kita menulis sesuatu yang kita suka.

Saya suka Content Mastery. Jadi saya menulis perihal konten.

Tulisan saya ada unsur passion.
Lalu pembaca beronok-ronok membacanya.

Apakah keterujaan Tuan dan Cikpuan?​

TEKNIK MENULIS KONTEN PANJANG

Tuan dan Cikpuan mahu jalan pintas?

Ada beberapa teknik yang boleh digunakan.
Teknik ini bantu kita hasilkan konten panjang dalam masa yang singkat.

Saya kongsikan empat teknik dulu.

(Untuk makluman, saya ada buat satu training khas. Content Mastery. Fokus pada bagaimana mencipta, menyebar dan memaksimumkan konten Tuan dan Cikpuan. Klik sini untuk baca berkenaan Content Mastery)​

content mastery malaysia

Teknik Embedded

Kenal pasti topik kita. Buka Youtube. Lihat 10 video yang berkaitan.

Kemudian tulis ulasan dan pendapat berkaitan setiap video itu. Kepilkan bersama embedded code dari youtube.

Embedded code

Embedded code dari Youtube

Selain Youtube, kita juga boleh gantikan dengan gambar.
Pilih gambar dan tulis ulasan. 

Lihat contoh artikel dari DIYProjects.com.
Penulis pilih 17 gambar berkaitan topik dekorasi.
Kemudian digabungkan jadi satu artikel.

Contoh post dari DIYprojects

Contoh post dari DIYprojects

Perkara paling penting dalam teknik ini adalah memberikan kredit kepada pemilik asal.

Teknik Ulasan

Teknik ini berbaloi-baloi untuk diamalkan.

Kenal pasti orang berpengaruh dalam niche kita.
Kemudian adakan temuramah.
Temuramah boleh dilakukan secara online atau offline.

Bagi temuramah online, ianya boleh dilakukan menerusi skype, video call, email atau FB messenger.

Kenalkan diri. Berikan satu soalan, contohnya, “Apakah Trend Pemasaran Konten 2017”

Jawapan yang diberikan kita catat. Kemudian gabungkan kesemua jawapan itu dalam satu post.

Andainya tidak ada kesempatan untuk menemuramah, kita boleh cari kata-kata atau pendapat yang pernah dikeluarkan.

Dalam artikel Content Marketing Tips From Experts, penulis menggunakan kata-kata sebagai poin artikel.

Dia petik 8 kata-kata orang berpengaruh dalam content marketing, kemudian tulis sedikit ulasan.

Contoh Teknik Ulasan

Contoh Teknik Ulasan

Teknik Bagaimana

Salah satu artikel yang senang viral di Facebook adalah ________

Cuba teka.

Mula dengan huruf R.

Artikel R cukup digemari.

Sekali keluar, jumlah share-nya mencecah ribuan.

R = Resepi

Artikel resepi adalah artikel bagaimana (how-to).
Artikel bagaimana memang secara umumnya bersifat terperinci.

Kita menerangkan satu persatu langkah dan kaedah.
Mereka yang membacanya suka.
Mereka simpan dan ulang baca.

Salah satu artikel yang cukup digemari di blog ini adalah Cara Percuma Iklankan Bisnes Anda di Google.

Contoh artikel bagaimana

Contoh artikel bagaimana

Artikel ini terus kekal sebagai top artikel.
Sampai sekarang.

Artikel ini adalah artikel bagaimana.

Teknik Listicle

Variasi kepada teknik embed. Teknik ini menyenaraikan sesuatu.

Boleh jadi senarai semak.
Boleh jadi nama orang.
Boleh jadi senarai website.

Blog direktori banyak mengguna pakai teknik ini. Saya ada tulis satu artikel. Guna pakai teknik ini. 20 Idea Menulis Blog.

Contoh aplikasi teknik Listicle

Contoh aplikasi teknik Listicle

Ramai orang takut guna teknik ini.
Mereka tak mahu berikan link kepada website lain.
Risau takut orang sudah tak masuk blog mereka.

Pemikiran begini salah dan bahaya.

Apabila website kita meletakkan link website lain sebagai rujukan, website kita dipandang tinggi.

Dinilai sebagai sebuah website ada kredibiliti.
Boleh dipercayai.

CARA KIRA JUMLAH PERKATAAN

Selepas siap tulis artikel, simpan dulu. Peram.
Pergi buat air kopi. Pergi jalan-jalan. Tinggalkan artikel untuk beberapa ketika.

Kemudian datang kembali dan lakukan semakan.
Betulkan ejaan. Masukkan gambar. Betulkan tatabahasa.

Amalan peram ini bertujuan bagi menampakkan kesilapan kita.

Biasanya sewaktu menulis artikel, kita teruja. Kesannya tidak nampak kesilapan yang dilakukan.

Setelah berpuas hati, lihat jumlah patah perkataan.
Jumlah patah perkataan boleh disemak menggunakan beberapa tools.

WordPress​

Bagi pengguna wordpress, skrol ke bawah. Lihat di hujung kiri. Di situ ada dituliskan jumlah patah perkataan.​

word count wp

Microsoft Word

Alternatifnya, buka Microsoft Word. ​Kemudian tulis atau paste artikel yang ditulis. Word akan memaparkan jumlah patah perkataan di bahagian bawah paparan.

word count word

Word Counter

Buka website wordcounter.net. Paste kandungan artikel di situ. WordCounter akan memaparkan jumlah patah perkataaan dan jumlah abjad yang digunakan.

word counter.net

PELAN TINDAKAN

Saya sudah kongsikan empat teknik mudah.
Cara tulis artikel panjang.

Boleh kongsikan apa pendapat Tuan dan Cikpuan?

Adakah artikel ini membantu?

Kesimpulannya, menulis konten panjang perlukan kemahiran dan kegilaan.

Ulang latihan berterusan. Tulis perkara yang menjadi kesukaan.

Andai bertemu halangan, redah saja.
Andai patah semangat, tulis saja.
Andai tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

Sebelum saya noktahkan artikel ini.
Ada satu berita baik.

Ikut kajian di atas konten yang cenderung dapat kedudukan baik di Google adalah konten panjang.
Seeloknya 2000 patah perkataan ke atas.

Itu tahap dunia!

Tahap Malaysia tidak setinggi itu. (Wah, betul ke?)

Blog-blog di Malaysia masih dalam kategori tulisan pendek-pendek.

Blog-blog di Malaysia masih dalam kategori tulisan pendek-pendek.
Jadi peluang masih cerah. 
Syaratnya mula sekarang!

Andai kita lakukan praktis. Menulis 1000 patah perkataan ke atas, konten kita akan berada berpuluh-puluh langkah ke hadapan.

Mula sekarang. Caiyok.

content mastery malaysia
11 comments
Uncle Zuan - March 30, 2017

alhamdulillah, terima kasih atas perkongsian ni. saya jarang tulis panjang-panjang di blog, biasanya dalam 300-500 patah perkataan sahaja

Reply
Edzahrin - April 2, 2017

Terima kasih tuan untuk tips2 yang diberi. Boleh sya tahu 2000 patah perkataan tu brape panjang.. Ada apps untuk word count tak ?

Reply
Laila Mukhtar - April 13, 2017

Terima kasih Tuan.

Kena latih diri untuk menulis panjang-panjang.

kena tanamkan passion, baru boleh menulis dengan asyik dan semangat membara.

Reply
Aziana - May 23, 2017

Terima kasih Tuan berkongsi info yang sangat berguna untuk newbie seperti saya.

Berusaha menulis dengan lebih passion dan seronok selepas ini.

Reply
Fahmi Ishak - June 20, 2017

Terima kasih atas perkongsian tuan ini, setakat ni saya pernah tulisa sampai 300++ perkataan je. Nak kena buat banyak latihan ni

Reply
thehaikal - July 11, 2017

Tak dinafikan konten yang lebih panjang dan teliti lebih baik. Cumenya masalah masa untuk buat kajian dan penulisan yang menyebabkan kebanyakan orang tulis simple je…

Lagi satu pada pendapat saya, rakyat Malaysia ni tak ramai yang nak baca panjang-panjang sangat artikel..

Ramai yang just ‘scan’ je artikel dan baca part yang diorang nak..

Sekadar pendapat murahan.. 🙂
thehaikal recently posted…Apa Kaitan Blogger dan Shopback?My Profile

Reply
Belang Tarung - July 13, 2017

setakat kini saya memfokuskan hanya 500-600 sahaja..selepas pembacaan ini mungkin cuba untuk sampai ke 1000

kena kuatkan lagi otak dalam menyusun kata huhu

Reply
mrhanafi - July 20, 2017

Saya dah cuba semua..

150..

300..

500.

1000..

2000..

Paling win 2000 perkataan sebab nak tulis tak cukup 5 jam
mrhanafi recently posted…Tukar Aplikasi Duit Menjadi Aplikasi IstighfarMy Profile

Reply
Mohd - July 31, 2017

Apabila tulisan panjang, ditambah dengan fakta akan nampak kredibiliti penulis cuba menyampaikan ilmu kepada pembaca.

Biasanya jika artikel berguna dan menarik minat, orang akan scroll sampai habis.
Mohd recently posted…3 Tips Ampuh Menangani Stress Pada Waktu KerjaMy Profile

Reply
Click here to add a comment

Leave a comment:

CommentLuv badge