Nota Content Marketing Percuma »

Naikkan Ranking Website di Google – 6 Google Ranking Factors (Terbaru)

naikkan website - 6 google ranking factors

Artikel ini akan menerangkan bagaimana menaikkan ranking website di Google.

Dan apakah 6 faktor utama (Google Ranking Factors) yang perlu diberi perhatian.

Kesemua 6 faktor ini adalah berdasarkan kajian daripada SearchMetrics, Backlinko dan SEO PowerSuite.

Saya bahagikan 6 faktor ini dalam kategori tersendiri.
Anda boleh baca ikut turutan.
Ataupun boleh lompat ke topik yang menjadi pilihan.

Pada setiap faktor itu, saya terangkan bagaimana proses optimisasi boleh dilakukan.

1

CIPTA KONTEN BERKUALITI

Setiap masa dan ketika, algoritma Google akan berubah.
Ada proses kemas kini.
Namun satu perkara yang tidak akan berubah adalah misi Google.

Google mahu berikan hasil carian berkualiti kepada pengguna.

misi google memberikan carian berkualiti

Malah disebabkan oleh hasil carian yang berkualiti-lah, ramai pengguna memilih Google.

Apabila konten website berkualiti, bukan saja Google suka.
Bahkan pengguna tergila-gila.

Malah website yang fokus pada konten berkualiti akan naik dengan sendiri di Google.

Walaupun pemilik website itu tidak faham apa itu seo!

Menurut Anrey Lipattsev, Search QUality Senior Strategist di Google,
“Konten merupakan antara faktor terpenting dalam Google Ranking Factors”

“Apa yang dimaksudkan dengan artikel berkualiti?”

Menurut Search Engine Journal, artikel berkualiti ada dua ciri:
1. Komprehensif
2. Relevan

Cipta Artikel Komprehensif

Beberapa minggu yang lalu, saya menghadapi satu cabaran.

Website perlahan untuk loading.
Lalu saya Google, “Cara lajukan website”.

kata kunci cara lajukan website

Hasil carian kata kunci "cara lajukan website"

Apabila meneliti hasil carian, banyak artikel tidak relevan.

"Hmm..rugi begini. Artikel tak relevan, Google tak suka, pengguna pun tak suka"

Jadi saya tulis satu artikel.

Artikel ini menerangkan punca website perlahan dan 9 cara mengatasinya.

Dalam masa seminggu, artikel ini sudah muncul di top 3.
Malah CTR artikel ini mencecah 66%!
(apa kaitan CTR dan SEO- saya terangkan sekejap lagi)

serp cara lajukan website

Malah saya juga mendominasi Google Images!

serp cara lajukan website google image

“Mengapakah artikel baru saya boleh berada di hasil carian teratas Google?"

Komprehensif.

Artikel ini memberikan apa yang pengguna mahu.
Punca-punca website perlahan dan cara melajukannya diterangkan satu persatu.
Lengkap dengan gambar.

Supaya apabila pembaca baca artikel ini, mereka boleh terus buat.

Selain itu artikel ini mempunyai 2135 patah perkataan.

Berdasarkan kajian, purata artikel yang muncul di halaman pertama Google adalah artikel yang ada 1890 patah perkataan.

Jumlah patah perkataan yang disukai Google

Jumlah patah perkataan yang disukai Google (Kajian oleh Brian dan Eric)

“Jadi kalau tulis artikel panjang-panjang confirmlah dapat ranking?”

Ya.
Dengan syarat artikel itu mesti relevan.

Bagaimana relevan?

Cipta Artikel Relevan

Google ambil kira isi kandungan artikel berbanding kata kunci semata-mata.

Isi kandungan artikel yang lebih komprehensif diberi keutamaan.

Komprehensif = in-depth

Apakah yang dimaksudkan dengan in-depth content?

Cuba buat carian di Google “What is the capital city of Malaysia?”

carian capital city of malaysia

Hasil carian capital city of Malaysia

Lihat hasil carian. Terutamanya yang pertama.

Tidak ada pun kata kunci “capital city of malaysia”.
Namun kenapa website itu boleh berada paling atas?

Satu lagi contoh.

Sekarang cuba google “how to cook chicken rice”.

hasil carian how to cook chicken rice

Hasil carian how to cook chicken rice

Lihat hasil carian.
Hasil carian pertama tidak ada sebut lansung kata kunci “how to cook rice”.

Soalan yang sama: Bagaimana mereka boleh berada di atas?

Kini Google fokus kepada isi kandungan yang relevan.
Berbanding kata kunci semata-mata.

Isi kandungan relevan mempunyai dua elemen utama.
1. Ada kata kunci latent semantic index (LSI keywords)
2. Mesra RankBrain

Kata kunci LSI bererti kata kunci yang berkaitan.

Sebagai contoh apabila carian berkaitan what is the capital city of Malaysia, kata kunci LSI-nya adalah Kuala Lumpur, Malaysia, South East Asia.

Artikel yang ada kata kunci LSI akan diberikan keutamaan.
Berbanding artikel yang hanya mengulang kata kunci banyak kali. (keyword density)

“Bagaimana Google tahu kata kunci LSI?”

Google gunakan RankBrain.

RankBrain merupakan satu mesin yang berfungsi secara Artificial Intelligent.
Mesin ini berupaya menyusun dan memilih konten yang relevan dengan hasil carian.

apa itu google rankbrain

RankBrain merupakan satu daripada komponen Google Hummingbird yang dikeluarkan pada tahun 2015.

Ini bermakna komponen ini sudah berusia 2 tahun!

Jadi dari sudut kematangan, mesin ini makin cekap dalam menapis artikel di website.

APA NAK BUAT

Fokus pada penghasilan artikel berkualiti.

Artikel berkualiti harus ada dua elemen: relevan dan komprehensif.

Proses menghasilkan artikel berkualiti ambil masa.
Mula hari ini belum tentu menjadi.
Tidak mengapa.
Mulakan.

Yang pastinya andai tidak bermula, memang sah tidak akan menjadi.​

  • Tulis artikel yang jumlah patah perkataannya antara 800-1000 patah perkataan.
  • Gunakan kata kunci LSI dalam artikel.
  • Masukkan gambar dan video dalam artikel.
  • Elakkan keyword stuffing.
  • Elakkan juga keyword density yang melampau.
2

Apabila website dapat link dari website lain, website menerima kredit.

Makin banyak kredit yang diterima, makin cepat website berada di halaman pertama.
Link sebegini disebut sebagai “backlink”.

link building

Kesan daripada perbuatan ini timbul beberapa kaedah membeli backlinks.

Bayar RMXX kepada agensi, mereka akan cipta link ke website.
Dengan harapan ranking akan meningkat.

Tawaran daripada agensi sebegini muncul dengan nama,

  • Article submissions
  • Directory listings
  • Article spinners
  • Private link network

Kaedah ini sangat berbahaya.

Kerana Google sudah dapat kenal pasti siapakah yang berikan link itu.

Apabila website yang tidak berkualiti berikan link, Google tak akan naikkan ranking.

Malah Google kenakan penalti pula.
Sudah jatuh ditimpa tangga.

“Jadi bagaimana mahu dapatkan backlinks bagus?”

Teruskan membaca.

Di atas tadi, saya terangkan link berkualiti.

Dari sudut SEO, istilahnya Link Authority.

Sekarang tekuni dua lagi perkara berkaitan backlink.
Link quantity dan link diversity.

Link quantity mengatakan makin banyak backlink berkualiti yang didapati, makin cepat dan lama website bertahan di Google.

Manakala link diversity pula menyarankan kepada pemilik website bagi mempelbagaikan jenis backlink.

link building

Antaranya do follow backlink dan no follow backlink.

Do follow backlink bererti website menerima kredit daripada link itu.
Manakala no follow backlink website tidak menerima kredit.

Artikel backlink ini menerangkan dengan lebih terperinci jenis-jenis link juice yang ada.

Baiklah.

APA NAK BUAT

Lihat elemen pertama.
Cipta konten berkualiti.

Apabila website dikenali sebagai website berkualiti, pengunjung akan bertambah secara organik.
Dari hari ke hari.

Dan backlink akan mula diberikan.

Dalam membina backlink, fokus pada link authority, link quantity dan link diversity.

  • Cipta konten berkualiti.
  • Dapatkan backlink daripada website berautoriti.
  • Pelbagaikan link yang hadir: do follow dan no follow
  • Elakkan membeli backlink.
3

SIGNAL MOBILE

Majoriti pengguna hari ini melayari website menggunakan smartfon.

Perangai pengguna di smartfon sedikit berbeza dengan perangai pengguna di laptop.

Lama dahulu kita diberitahu, cipta website mobile-responsive.

Mobile responsive bererti mesra smartfon.

Hari ini sudah 85% website mobile-responsive.

Jadi apakah faktor lain bagi membolehkan website mobile-responsive anda menang berbanding website lain?

Ada dua kunci.
Yang pertama kelajuan website.

Pengguna smartfon hanya sanggup menunggu loading sekitar 3 saat sahaja.

Apabila lebih 3 saat menunggu, mereka lari keluar.
Kesannya bounce rate meningkat.

Apabila bounce rate meningkat, ianya seolah-olah memberitahu Google, “website ini tidak relevan”.

Lalu Google akan menurunkan ranking website.

“Bagaimana mahu lajukan website?”.

Kenal pasti punca website perlahan.
Kemudian atasi punca itu satu persatu.

Kunci kedua adalah think mobile.

Bayangkan saiz skrin smartfon.
Cipta konten bersesuaian dengan smartfon.

dimensi saiz gambar smartfon

Apa lagi?

APA NAK BUAT

Bagi pengguna smartfon, kelajuan loading adalah sangat signifkan.

Makin laju website, makin disukai.
Begitu juga sebaliknya.

Ambil berat dimensi saiz gambar dan video.
Ada gambar tidak mesra smartfon.​

  • Kenal pasti punca website perlahan.
  • Lajukan website.
  • Cipta konten optimized untuk smartfon.
  • Cuba layari sendiri konten yang dihasilkan menggunakan smartfon.
4

USER SIGNAL

Di dalam elemen pertama, saya ada sebut pasal Click Through Rate (CTR).

CTR adalah elemen yang ramai terlepas pandang.
Sebab jarang diceritakan.

CTR merupakan satu user signal yang Google ambil kira dalam menentukan ranking website.

Apabila taip “Wan Yusof”, dapat hasil carian.

Ada sepuluh hasil carian di halama pertama Google.

Daripada 10 pengguna yang cari “Wan Yusof”, 7 orang akan klik website saya.

“Macam mana kamu tahu?”

ctr wan yusof

CTR carian Wan Yusof

Berdasarkan maklumat dari Google Search Console, CTR bagi carian “Wan Yusof” adalah 76.4%.

Kerana ramainya orang klik website wanyusof.com, Google memahami bahawa hasil website itu disukai pengguna.

Jadi Google akan terus kekalkan website itu di tangga teratas.

“Ada lagi tak User Signals yang penting?”

Ada dua lagi.

Ada satu signal yang saya sering ulang sepanjang artikel ini.

Cuba teka.

Ini klu-nya

B _ U _ C _   R _ T _

Tepat!

Bounce rate beritahu adakah website itu relevan atau tidak.

Saya gunakan contoh Wan Yusof di atas.
Apabila pengguna klik masuk ke website, dan mereka dapati website kosong.

Apa mereka buat?

Mereka segera tutup.
Bounce rate meningkat.
Google mengambil isyarat ini sebagai pengguna tidak suka.

Lalu Google akan turunkan ranking website.

Elemen ketiga adalah Time On Site.

Masa yang diambil oleh pengguna untuk berada di website itu.

Elemen ini sangat berkait rapat dengan bounce rate.

Bagaimana?

Saksikan video ini.
Saya terangkan bagaimana melihat bounce rate dan time on site.

APA NAK BUAT

User signal adalah elemen responsif.

Apa tindak balas yang pengguna berikan apabila melayari website.
Google ambil berat signal ini.

  • Buka Google Search Console.
  • Lihat CTR yang dilaporkan.
  • Gunakan Teknik Modifier (dalam video).
  • Cipta konten yang berkualiti.
  • Lihat perubahan pada Bounce Rate dan Average Time Spent.
5

SIGNAL MEDIA SOSIAL

Satu mitos yang acap kali berlegar di dunia SEO adalah “media sosial tidak ada nilai”.

Andai dengar 'pengamal SEO' sebut begini, lari cepat-cepat.

Media sosial sangat berkesan.
Malah media sosial sudah disahkan memberi impak terhadap ranking di website.

kesan signal sosial

“Bagaimana media sosial beri kesan?”

Apabila konten dikongsi di website, ianya isyarat pengguna suka konten itu.

Apabila pengguna suka konten itu, bermakna konten itu relevan.

Konten relevan = konten berkualiti.

Jadi content rules!

Dalam banyak-banyak media sosial, Facebook paling memberi kesan.

Laporan dari SearchMetrics mengatakan,
"Facebook remains the social network with by far the highest level of user interactions. Furthermore, Facebook, compared with the other social networks, shows relatively high signals across the first search results page"​

APA NAK BUAT

Amalkan berkongsi konten di media sosial.
Selain daripada trafik, konten di media sosial membantu meningkatkan authority website secara tidak lansung.

Saya amalkan begini.

Apabila konten siap ditulis, pecahkan proses sebaran konten kepada tiga jenis media.

Tiga jenis media sebaran konten
Media sendiri : FB Page, FB Profile, Instagram

Media berbayar : FB Ads, Google Ads, Paid Influencer
Media reputasi : Influencer

  • Senaraikan channel setiap media yang anda ada.
  • Asingkan mengikut media.
  • Mulakan sebaran dengan media milik sendiri.
  • Kemudian media berbayar.
  • Dan media reputasi.

“Berapa bayaran media berbayar?”

Terpulang. Tidak ada garis panduan spesifik
Asalkan capai KPI.

6

FAKTOR TEKNIKAL SEO

Apabila website baru bermula, tidak ada siapa yang mahu berikan backlink.

Konten website pula masih sedikit.

Jadi bagaimana mahu mula berbaik dengan Google?

Di sini faktor teknikal memainkan peranan.
Kesemua tutorial bagaimana melakukan optimisasi faktor teknik SEO saya terangkan langkah demi langkah dalam Ebook Actionable SEO.

Saya syorkan anda milik ebook ini hari ini.

“Apakah faktor teknikal yang perlu saya ambil tahu?”

Pertama, miliki sijil SSL.
Apakah itu SSL?

SSL merupakan satu data yang memberitahu pengguna website itu selamat dilayari.

SSL certificate

Apabila website memilik sijil SSL, alamat website berubah dari http kepada https.

Website https cenderung untuk muncul di Google berbanding website yang tidak ada https.

HTTPS-vs-Position

kredit: MatthewBarry

Keduanya memiliki Heading Tags H2.

Secara kebiasaannya artikel akan mempunyai H1.
H1 = tajuk artikel.

Amalan SEO menyarankan supaya memasukkan kata kunci ke dalam H1.
Amalan ini masih relevan walaupun peranannya sudah berkurang disebabkan oleh RankBrain.

Bagi menampung kekurangan ini, gunakan heading tag H2.

Dapatan dari SearchMetrics memberitahu 77% website yang berada di top 10 hasil carian memiliki heading tag H2.

Ketiga, panjang URL.

Brian Dean mendapati URL yang lebih pendek cenderung untuk berada di halaman pertama Google.
Berbanding URL yang terlalu panjang.

URL Pendek = wanyusof.com/apa-itu-seo

URL Panjang = wanyusof.com/2/3/2017/blog/seo/apa-itu-seo

jumlah URL mempengaruhi seo

URL pendek cenderung berada di top 10 hasil carian.

"Nak panjang mana? Nak pendek mana?"

Amalan terbaik menyarankan supaya URL tidak melebihi 5 patah perkataan.

url pendek

APA NAK BUAT

Elemen teknikal mungkin sedikit sukar bagi sesetengah pemilik website.

Secara individu, elemen-elemen ini kecil kesannya.
Namun apabila semuanya dilaksanakan, kesannya signifikan.

  • Hubungi syarikat hosting.
  • Tanyakan pasal SSL.
  • Minta mereka atau web developer install SSL.
  • Baca artikel 13 Teknik On Page SEO yang anda boleh buat sekarang.
  • Gunakan H1 dan H2 dalam artikel.
  • Dapatkan Ebook Actionable SEO.

KESIMPULAN

Algoritma Google berubah dari hari ke hari.
Dulunya PageRank sahaja.

Sekarang ada RankBrain.
Bahkan ada 199 lagi faktor yang diambil kira dalam penentuan ranking website.

Dalam erti kata lain, siapa mula awal dalam dunia SEO, dia akan beruntung.

Sekali website berada di halaman pertama dengan strategi yang betul, website itu akan kekal untuk satu tempoh masa yang lama.

Bagi meningkatkan ranking website, ambil kisah 6 Google Signal ini.

Perubahan dapat dilihat pada,
1. Jumlah pengunjung yang masuk
2. Kedudukan website di Google

Apakah signal yang anda mahu mulakan dahulu?
Komen di bawah =)

14 comments
Gum Arabic Al-Manna - August 1, 2017

Artikel berkualiti sangat penting untuk mudah berada di tangga carian google. Sekarang banyak blog telah muncul dan banyak pula kegiatan CnP berlaku menyebabkan google lebih utamakan content yang berkualiti.
Gum Arabic Al-Manna recently posted…Cara Penyediaan Gum Arabic Serbuk Al-Manna AmeerMy Profile

Reply
    Wan Yusof Wan Jeffery - August 2, 2017

    Robot Google boleh tahu siapa publish dahulu.
    Dalam kes Copy dan Paste, apabila dapat kesan, hubungi mereka dan minta berikan kredit. Begini boleh dapat backlink.

    Reply
      mrhanafi - September 7, 2017

      satu saranan yang bagus..

      boleh sangat dijadikan panduan..

      terima kasih sifu

      Reply
mrhanafi - August 1, 2017

Selepas kita menghasilkan konten berkualiti..

Ada orang buat copy and paste tanpa kredit.

Dalam situasi begini siapa yang lebih beruntung tuan..

Kita atau penciplak pada mata pandangan Google
mrhanafi recently posted…Kenapa kita Selalu Teringatkan SeseorangMy Profile

Reply
    Wan Yusof Wan Jeffery - August 2, 2017

    Robot Google boleh tahu siapa publish dahulu.

    Apabila berhadapan kes sebegini, hubungi mereka.
    Beritahu mereka untuk letakkan kredit sewajarnya.

    Sekiranya tidak diendahkan kita boleh buat laporan.

    Reply
      mrhanafi - August 3, 2017

      ok..saya take noted tuan..

      sangat menarik dan boleh dipraktikan.

      terima kasih.

      Reply
azrinros - August 2, 2017

Setiap kali sudah mula membuat perancangan teknikal dari segi teknikal dengan mengamal knowledge yang Dr kongsikan.

Reply
    mrhanafi - August 4, 2017

    Aspek teknikal kalau tiada panduan yang lengkap boleh pening kepala.

    Reply
Belang Tarung - August 2, 2017

patut lah kalau kita buat perbandingan search di google dengan orang lain..kadang2 kedudukan artikel berada di kedudukan berlainan dari apa yang kita cari..bot semakin pintar huhu
Belang Tarung recently posted…Wonderfood Museum Penang Galeri Replika ‘Life-Like Food’ Bersaiz Hulk KelaparanMy Profile

Reply
Sobri Mansor - August 22, 2017

Saya tidak risau jika kandungan di copy paste. Sebelum google dapat tau, pengunjung terlebih dulu akan tau dan beri respon kepada kita. Itu menandakan yang isi kandungan kita diminati. hehehe
Sobri Mansor recently posted…Email Marketing Tools 2017 Percuma yang anda patut cuba dan gunaMy Profile

Reply
    Wan Yusof Wan Jeffery - August 23, 2017

    Benar Tuan Sobri. Sebab itu dalam isu copy ini ada dua mazhab:
    copy-right = tidak boleh copy paste sesuka hati
    copy-left = copylah sesuka hati

    Reply
Pengedar Vivix Shaklee - September 7, 2017

Baru2 ni saya tulis artikel dan ditiru beberapa blogger

saya check di google, langsung tak masuk carta artikel tu

huhu

macam mana nak betulkan ya?

Reply
ahmad - September 11, 2017

Artikel yang sangat menarik. Banyak tips dan ilmu baru yang dapat dipelajari yang boleh digunapakai untuk memperbaiki penulisan di blog saya. Terima kasih tuan atas sharing ini.

Reply
Click here to add a comment

Leave a comment:

CommentLuv badge