Blog

  • Cara Buat Website Sendiri

    Cara Buat Website Sendiri

    Dalam tutorial ini, saya akan terangkan cara buat website dan cara buat blog sendiri. Website ibarat kedai. Bezanya, kedai di dunia offline ada waktunya. Kedai di dunia online terbuka setiap masa. Pelanggan boleh datang sentiasa.“Kenapa nak buat website sendiri?”Perhatikan perangai pengguna internet. Bagaimana mereka mencari sesuatu? Mereka Google.

    cara bina website sendiri

    Apabila Google, mereka dapat hasil carian.Hasil carian berupa senarai website.Adakah semua website dalam dunia ini ada dalam Google?Tidak!Hanya website yang ada dalam database Google saja akan keluar.Bayangkan Google seperti perpustakaan yang besar.Di dalammnya ada banyak buku-buku.Setiap buku disusun ikut kategori tertentu.Buku-buku ini adalah senarai website yang ada.Hanya website yang ada dalam perpustakaan Google saja akan dijumpai.Ilmu memasukkan website ke dalam Google ini ada diterangkan dengan terperinci dalam blog ini (artikel lain).Fokus artikel ini adalah pada membina blog atau website sendiri.Memandangkan artikel ini panjang, saya pecahkan kepada subtopik.Supaya anda boleh terus lompat ke topik pilihan.

    DON’T MISS OUT: Saya ada kongsi Koleksi Copywriting Formula. Dalamnya ada formula-formula headline untuk anda guna dalam beriklan. Klik sini untuk open new tab dan baca.

    Asas Buat Website

    Bagi sebuah website dan blog berfungsi, ada tiga komponen utama:1. Domain2. Hosting3. KontenDomain adalah nama website. Nama website ada yang percuma dan ada yang berbayar.

    Domain Percuma

    Domain Berbayar

    wanyusof.blogspot.com

    wanyusof.wordpress.com

    wanyusof.tumblr.com

    wanyusof.com

    wanyusof.net

    wanyusof.org

    Domain ibarat alamat rumah. Apabila ada alamat rumah, baharu pengguna dapat cari.Andai kata alamat rumah (domain) salah, maka website itu tidak akan dijumpai.

    website salah alamat

    Selepas mendapatkan domain, website perlu ada tempat simpanan.Segala maklumat website akan disimpan di dalam tempat simpanan ini.Nama tempat simpanan ini adalah hosting.Kemudian apabila sudah ada hosting, baharulah masukkan konten.Konten tidak semestinya artikel semata-mata.Konten boleh jadi video, audio dan imej juga.

    Kos Buat Website Sendiri

    Buat website ada percuma dan ada yang berbayar.Untuk buat blog atau website secara percuma, terus klik pada topik:1. Cara Buat Website Guna Blogspot2. Cara Buat Website Guna WordPress

    Dalam subtopik ini, saya akan terangkan anggaran kos buat website sendiri. DIY.Kos ini tidak sah seandainya anda lantik web developer untuk membina website anda.

    “Apa beza buat sendiri vs upah developer?”

    Web developer berpengalaman mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang tinggi. Mereka berupaya menghasilkan website yang menarik. Cuma harganya boleh tahan “menarik”.

    Berbeza apabila bina website sendiri, terutamanya kali pertama, pengalaman masih kurang. Akan jumpa banyak cabaran. Kelebihannya dari sudut kos, ianya menjimatkan. 

    Anggaran kos blog peribadi versi bajet (basic):

    Produk

    Kos

    Domain (.com)Dibeli dari namesilo.com

    RM 40

    Hosting (Pakej Basic)Dibeli dari ServerFreak

    RM 100

    ​ThemeGuna yang percuma

    RM 0

    JUMLAH

    RM 140

    Anggaran kos website versi pertengahan (intermediate):

    Produk

    Kos

    Domain (.com)Dibeli dari namesilo.com

    RM 40

    Hosting (Pakej Startup)Dibeli dari ServerFreak

    RM 239

    ​ThemeDibeli dari ThemeForest.com

    RM 240

    JUMLAH

    RM 519

    Anggaran kos website versi atasan (advanced):

    Produk

    Kos

    Domain (.com)Dibeli dari namesilo.com

    RM 40

    Hosting (Pakej Startup)Dibeli dari ServerFreak

    RM 239

    ThemeDibeli dari ThemeForest.com

    RM 240

    ​Plugin Thrive ArchitectDibeli dari ThriveThemes.(Alternatifnya Divi atau Elementor)

    RM 273

    Plugin WP RocketDibeli dari WPRocket.me

    RM 159

    JUMLAH

    RM 951

    Nota penting:Domain dan hosting perlu diperbaharui setiap tahun. Begitu juga dengan plugin. Jadi sebagai persiapan awal, lihat anggaran kos ini sebagai anggaran tahunan.

    “Macam mana dengan kos hire web developer?”

    Kos ini bergantung kepada tahap kompleksiti website dan siapakah web developer yang akan buat.Semakin kompleks website, semakin mahal kosnya.Semakin berpengalaman web developer, semakin mahal juga kosnya.

    Cara Beli Domain

    Domain yang berakhir dengan .com, .net, .org merupakan antara TLD domain.Bagi memiliki domain sebegini, anda perlu mendaftarkan domain ini bersama registrar.Kos pendaftaran adalah sekitar RM40-RM60.Ada juga domain yang bersifat lokal.Domain sebegini berakhir dengan kod negara.Contohnya .com.my, .my, .org.my, .edu.my.Kos domain lokal biasanya lebih mahal berbanding domain jenis TLD.Prosesnya juga sedikit lama.Domain lokal memerlukan bukti anda berada di negara itu atau memiliki syarikat yang sah di negara itu.Bagi membeli domain, saya cadangkan guna namesilo.com

    namesilo

    Dari sudut harga, kosnya lebih kurang sama.Namun kelebihan namesilo adalah setiap domain didatangkan bersama-sama privacy protection.Maksudnya, orang lain tidak boleh tahu siapa pemilik domain berkenaan.Maklumatnya disembunyikan.

    perbandingan namesilo

    Cara Install SSL Certificate

    SSL bermaksud Secure Socket Layer (SSL). SSL berfungsi melindungi perpindahan data yang berlaku antara server dan website. Supaya tidak dapat dilihat oleh orang lain.

    Website yang ada SSL akan bermula dengan HTTPS.Bukan HTTP seperti kebanyakkan website.

    https wan yusof

    Website yang ada SSL mempunyai kelebihan dari sudut SEO.Website begini lebih dipandang Google.Terutama apabila website ini ada melibatkan transaksi kad kredit.

    Bagi memasukkan sijil SSL ke dalam website, masuk ke Cpanel.Pilih bahagian Security > Lets Encrypt SSL.

    install ssl

    Pilih domain yang mahu dimasukkan SSL.

    issue ssl

    Klik Issue dan tunggu proses siap.

    ssl secured socket certificate

    “The SSL certificate is now installed…” sudah siap. Senang dan pantas.

    siap install SSL

    Pilihan ini berbeza mengikut syarikat hosting.Ada syarikat yang mengenakan bayaran bagi proses install SSL.

    Sebetulnya boleh dibuat sendiri.Cara install SSL ada seperti di atas saja.

    Cara Memilih Hosting Website

    Apabila mahu menyimpan data, kita gunakan usb thumb drive (pendrive).Apabila data terlalu besar, kita guna external hard disk drive.Ini semua contoh storan yang ada.Storan fungsinya menyimpan data.Demikian juga fungsi hosting website.Menyimpan data website.Syarikat yang menyediakan hosting ada banyak.Terlalu banyak. Syarikat tempatan mahupun luar negara.Dalam memilih hosting, kenal pasti tujuan utama website.Elakkan memilih hosting hanya kerana harganya yang sangat murah.“You get what you paid for”Terdapat beberapa perkara penting dalam memilih hosting website.

    • Shared vs Dedicated – Hosting jenis shared hosting sedikit perlahan. Hosting ini berkongsi dengan ramai orang. Sekiranya website baru nak mula, masih sesuai. Namun apabila website sudah banyak trafik, pilih dedicated hosting. Salah satu faktor lagi adalah jenis storan yang digunakan. Hosting yang menggunakan SSD lebih laju berbanding yang menggunakan HDD.
    • Jenis Storan – Hosting yang menggunakan SSD lebih laju berbanding yang menggunakan HDD.
    • Bandwidth – Setiap hosting biasanya mempunyai jumlah kuota perpindahan data. Apabila kuota itu lebih, website tidak dapat dimasuki pengguna. Macam smartfon yang habis kredit, tak dapat buat panggilan keluar.
    • Sokongan – Ini sangat penting. Dapatkan maklum balas daripada mereka yang pernah guna hosting itu. Bagaimanakah tahap respon sistem sokongan. Penyedia hosting yang bagus akan berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi bila-bila masa. Elakkan syarikat hosting yang lambat respon.

    “Adakah hosting luar negara bagus?”Tidak semestinya. Saya pernah menggunakan khidmat hosting BlueHost (luar negara).Namun saya lebih berpuas hati dengan khidmat hosting ServerFreak.Berganda-ganda puas hati.

    serverfreak hosting

    Pernah sekali saya menghadapi masalah, lalu buat aduan, BlueHost ambil masa 1-2 hari bagi menyelesaikan masalah itu.Dan dihujungnya dia cadangkan saya upgrade ke pakej lebih mahal!Berbeza dengan hosting ServerFreak, setiap kali saya ada masalah, mereka cuba selesaikan seberapa segera.Walaupun jam 2 pagi, email saya tetap akan ada orang jawab.Sebab itu saya sentiasa cadangkan hosting ini kepada kawan-kawan. Berbaloi dan terbaik.Baik.Selepas beli hosting, masa untuk bina website.Bagi yang memilih kaedah ini, terus lompat kepada tajuk Cara Buat Website Self-Hosted WordPress.

    Cara Buat Website Guna Blogspot

    Blogspot merupakan satu platform bina website yang dimiliki Google.Kelebihan menggunakan platform ini adalah ianya mudah dan pantas.Tak perlu beli hosting.Tak perlu beli domain.Semuanya disediakan.

    1. Bagi mencipta website menggunakan blogspot, pergi ke blogger.com. Klik Create Your Blog.

    cipta blog guna blogger

    2. Masukkan akaun Gmail dan klik Next.

    daftar blogger

    3. Cipta profile dan klik Continue To Blogger.

    profile blogger

    4. Klik Create New Blog.

    cipta new blog

    5. Masukkan alamat, tajuk blog dan pilih desain blog.

    maklumat blog

    6. Sekarang website sudah siap! Bagi mula menulis blog, hanya klik New Post.

    buat new post

    Senang dan mudah. Website siap dalam masa kurang dari 5 minit.“Ok ke website begini?”Ok. Website begini sudah boleh buat duit!Yang penting tentukan apakah konten yang ingin dimasukkan.Konten bakal menentukan survival website.Beberapa nota tambahan berkaitan blogger.

    • Stats = ruang lihat statistik website
    • Comments = jumlah komen pengunjung
    • Earnings = melihat duit masuk (perlu sambungkan dengan Google Adsense)
    • Campaigns = mahu buat iklan di Google
    • Pages = mencipta page
    • Layout = menentukan susun atur website
    • Theme = memilih desain website
    • Settings = perkara-perkara teknikal lain berkaitan website

    Sekarang kita bergerak kepada satu lagi alternatif buat website.Cipta website guna wordpress.

    Cara Buat Website Guna WordPress

    Sebanyak 74,652,825 website di dunia ini menggunakan wordpress sebagai platform.Jumlah ini sangat tinggi.“Kenapa orang suka guna wordpress?”WordPress merupakan platform yang sangat mesra pengguna.Dan mempunyai sistem sokongan yang sangat lengkap.Bayangkan wordpress seperti kereta.Kereta pada asasnya sudah boleh berfungsi untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.Namun kereta perlukan aksesori.Ada aksesori nak tambah fungsi.Ada aksesori bagi kereta nampak berseri.Dan macam-macam lagi.Menerusi wordpress, kita dapat jadikan website sebagai blog, website korporat, e-commerce, review.Wordpress sangat fleksibel dari sudut fungsinya.Sebelum itu, satu perkara penting.Wordpress ada dua jenis.Yang pertama dipanggil sebagai wordpress.com.Yang kedua disebut sebagai wordpress.org.“Apa bezanya?”WordPress.com sama seperti blogger.Hosting dan domain diuruskan oleh wordpress.Manakala wordpress.org diuruskan oleh kita sendiri.Cara dan fungsi wordpress.org akan saya terangkan di topik di bawah.Dalam subtopik ini, fokus pada wordpress.com dahulu.1. Bagi mencipta website menggunakan wordpress.com, daftar di wordpress.com.

    daftar wordpress

    2. Pilih kategori website.

    pilihan wordpress

    3. Pilih nama (domain) website dan klik pada domain yang FREE.

    nama wordpress

    4. Klik pada pakej FREE.

    pilih website free

    5. Sekarang website sudah siap! Dan anda boleh mula memasukkan konten.

    mula tulis wordpress

    Beberapa perkata penting berkaitan website wordpress (sebagai nota tambahan)

    • Site Pages = Bagi mencipta page baru
    • Blog Posts = Bagi mencipta post baru
    • Media = Ruang memuat naik gambar, video dan dokumen
    • Comments = Ruang melihat komen pengunjung
    • Themes = Memilih desain website
    • Plugins = Menambah fungsi lain wordpress
    • Settings = Perkara-perkara teknikal lain berkaitan website wordpress

    Sekarang sudah selesai tutorial buat website guna blogger dan wordpress.

    Kita masuk kepada topik paling menarik.Membina website self-hosted wordpress.

    Secara mudahnya, inilah sebenarnya website sendiri.Kerana kita ada kawalan sepenuhnya terhadap semua perkara.

    Cara Buat Website Self-Hosted WordPress

    Bagi menggunakan platform wordpress, anda perlu install wordpress ke dalam hosting.

    1. Log masuk ke dalam cpanel web hosting. Cari Softaculous installer atau Installatron.

    softaculous apps installer

    2. Pilih WordPress, klik Install dan masukkan butiran yang diperlukan.

    wordpress installation

    3. Proses installation ini hanya ambil masa kurang dari 2 minit. Sebaik saja selesai anda akan menerima alamat login.

    alamat login

    4. Sudah siap! Selamat datang ke wordpress.

    paparan wordpress

    Begini website sudah boleh berfungsi.Dalam erti kata lain, pengguna sudah boleh masuk ke website anda.

    Sekarang kita mahu siapkan urusan teknikal.Supaya website perniagaan anda senang dijumpai Google.

    Setting Asas SEO WordPress

    Seringkali orang tanya, “Kenapa nak setting sekarang untuk SEO?”

    Benar, setting SEO boleh dibuat kemudian.Cuma alang-alang sudah mula dari awal, kita bermula dengan betul terus.

    Saya akan tunjukkan kepada anda beberapa setting asas bagi menjadikan website mesra Google. Setting yang lebih terperinci ada di dalam ebook Actionable SEO.

    1. Pergi ke Settings > Permalink dan pilih Post Name.

    set permalink to post name

    2. Pergi ke Plugins > Add New. Taip Yoast SEO dan klik Install Now.

    Yoast SEO

    3. Aktifkan plugin itu. Kemudian klik menu Yoast  > Dashboard > General dan klik Open the Configuration Wizard.

    Yoast Setting 1

    4. Klik configure Yoast SEO dan pilih option A.

    option a

    5. Pilih jenis website perniagaan anda dan klik next.

    site type

    6. Isikan maklumat berkaitan website dan klik next. Ulang buat untuk proses seterusnya.

    maklumat person

    7. Di bahagian ini pastikan ruang Page dan Post ditandakan “visible”.

    post setting

    8. Ini adalah bahagian yang penting. Bahagian ini akan menyambungkan website anda dan Google. Klik Get Google Authorization Code.

    get google authorization code

    9. Pilih akaun Gmail dan klik Allow.

    allow google to manage

    10. Salin kod yang diberikan dan letakkan pada kotak awal tadi.

    salin kodauthenticate kod

    11. Seandainya anda menghadapi masalah tidak ada profile. Usah bimbang. Ikuti langkah seterusnya.

    no profiles found

    12. Pergi ke Google Search Console. Klik log masuk dan masukkan alamat website anda. Seterusnya klik Add New Property.

    add property

    13. Satu paparan verifikasi akan muncul. Abaikan paparan ini. Kembali ke Yoast SEO.

    verifikasi search console

    14. Klik Reauthenticate With Google. Ulang langkah 9 dan 10. Pilih profil dan klik next.

    pilih profil gsc

    15. Pada paparan ini tentukan tajuk halaman utama website anda. (Pilihan ini boleh diubah suai bila-bila masa)

    title settings

    16. Klik next dua kali dan sukses =)

    Setting Asas Kelajuan WordPress

    Mengikut Google, pengguna internet akan lari keluar apabila website loading lebih dari 3 saat.

    Kelajuan website sangat kritikal sehinggakan Google mengiktiraf komponen ini sebagai satu komponen yang beri kesan kepada SEO.

    Artikel ini menerangkan punca-punca website perlahan dan cara mengatasinya.

    Bagi tujuan tutorial ini, saya tunjukkan setting asas yang penting.

    1. Pergi ke Plugins > Add New > Taip WP Super Cache > Install Now.

    klik install wp super cache

    2. Aktifkan plugin ini dan pergi ke dashboard WP Super Cache.

    aktifkan wp super cache

    3. Pilih mod Caching On dan klik Update Status.

    caching on wp super cache

    Itu sahaja.

    “Tak ada setting lain?”

    Tak ada. Setting mudah.Alternatif kepada plugin ini adalah WP Rocket.WP Rocket merupakan plugin berbayar.Untuk permulaan, plugin WP Super Cache sudah memadai.

    Cara Menukar Theme Website

    Theme ibarat baju.Theme merupakan desain website.

    Ada theme yang berbayar.Ada theme percuma.

    Theme berbayar boleh dibeli daripada Theme Forest. Harganya lebih kurang $50-$60.

    Theme percuma ada banyak. Hanya klik Add New Theme.

    add new theme

    Pilih theme yang berkenan, klik Install dan kemudian aktifkan.

    install new theme

    Bagi theme yang dibeli, theme ini perlu dimuat naik. Pilih Upload Theme dan klik aktifkan.

    upload theme

    Setiap theme mempunyai features tersendiri. Bagi melihat features ini, pergi ke Appearance > Theme > Customize.

    customize menu

    Cara Mencipta Menu Website

    Menu bertindak sebagai navigasi pantas.Menu digunakan oleh pengunjung website untuk pergi ke page berkenaan.

    Contohnya di website ini, menunya ada di bahagian paling atas.

    set menu wordpress

    Bagi mengubah setting Menu, pergi ke Appearance dan cari Menus.

    cara set menu wordpress

    Perhatikan ada “Pages” dan ada “Posts”. Saya akan terangkan perbezaan dua ini sekarang.

    Cara Mencipta Pages dan Post

    Pages merujuk kepada halaman yang tidak bergantung antara satu sama lain.

    Post pula saling berkait rapat dan bergantungan.

    “Apa maksudnya?”

    Apabila saya mencipta post baru, post itu akan menyesarkan post yang lama. Muncul paling depan.

    post baru

    Tetapi apabila saya mencipta page baru, page itu tidak akan muncul di mana-mana.

    Bagi menimbulkan page yang baru dicipta, saya boleh letakkan link ke page berkenaan pada Menu atau Sidebar.

    Supaya anda lebih faham perbezaan konsep ini, cuba cipta New Page.

    add new page

    Kemudian cipta New Post. Lihat perbezaannya.

    add new post

    Cara Scheduled Post

    WordPress membenarkan penggunanya menjadualkan (scheduled) artikel atau page yang mahu disiarkan.Hanya post yang telah diklik Published akan disiarkan. Post dalam mod draf tidak akan muncul di website.

    wordpress post setting

    Kesimpulan

    Proses buat website sekarang jauh lebih mudah berbanding satu ketika dahulu.

    Kebanyakkan tools dan semuanya sudah tersedia. Tinggal lagi kita mahu manfaatkan atau biarkan.

    Website ini adalah aset digital.Apabila dijaga dengan betul, nilainya sangat tinggi.

    Adakah ada lagi tutorial berkaitan website yang anda mahu tahu?

    p/s: Bantu saya untuk sebarkan artikel ini. Supaya manfaatnya lebih tersebar luas.Klik butang “Share” di bawah =)

  • Kajian Kata Kunci

    Kajian Kata Kunci

    Dalam artikel ini saya akan terangkan cara melakukan kajian kata kunci. Bagi memudahkan penjelasan saya akan gunakan niche hartanah sebagai contoh.PENTING: Meskipun contoh hartanah digunakan, kaedah kajian kata kunci ini boleh diaplikasikan dalam industri lain juga. Prosesnya sama

    Selepas membaca artikel ini, saya syorkan anda baca 7 Kesilapan Dalam Kajian Kata Kunci.Baik. Kita terus ke topik utama.(andai kata anda mahu lompat ke topik tertentu, klik saja menu di bawah ini)

    PELANGGAN SASARAN

    Ini paling penting. Apabila jelas siapa audien sasaran, kita jelas apakah yang perlu ditulis.Bina profil pelanggan. Lihat demografik, sosiografik dan psikografik pelanggan.

    Digital Marketer ada menyediakan artikel panjang dan template bagi mencipta profil pelanggan.

    Profil Pelanggan dari Digital Marketer

    Contoh profil pelanggan dari Digital Marketer

    Sebagai contoh, dalam artikel ini saya mudahkan profil pelanggan.Kita anggap audien sasaran adalah mereka yang ingin membeli rumah lelong. Bajet sekitar RM200,000 hingga RM300,000. Bekerja sebagai doktor. Tinggal di Kuala Lumpur. Dan sedang mencari maklumat berkaitan proses jual beli rumah lelong.

    Selepas memiliki profil pelanggan, masuk ke proses kedua.Proses membaca minda profil.

    KAJIAN KATA KUNCI

    Anggapkan anda berada di tempat pelanggan ini. Apakah yang akan anda taip di Google bagi mendapatkan maklumat?Jangan meneka!Apabila anda meneka, ini bahaya.Seperti berjudi. (Maafkan saya)“Jadi macam mana kalau tidak mahu berjudi?”Di sinilah datangnya kaedah kajian kata kunci.Satu proses mendapatkan data apakah yang ditaip oleh pelanggan begini di Google.Ada 4 teknik kajian kata kunci.

    Teknik 1: Lakukan Survey

    Ini teknik paling senang diamalkan.Angkat telefon dan hubungi bakal atau pelanggan terdahulu.Tanyakan kepada mereka apakah yang mereka taip di Google.Alternatifnya lakukan survey secara online.Tanya di forum.Tanya di media sosial.Kuncinya adalah bertanya kepada pelanggan sasaran.Catat perkataan mereka sepatah-sepatah.Sebagai contoh hasil survey mendapati, pelanggan sasaran mahukan maklumat seperti,1. Cara beli rumah lelong2. Senarai bank yang beri loan3. Bahaya beli rumah lelong

    Letakkan maklumat yang diperolehi ini dalam satu file excel. Supaya dapat digabungkan dengan data seterusnya.

    Teknik 2: Google Autocomplete

    Apabila taip sesuatu di Google, Google berikan pembayang.

    google autocomplete

    Pembayang ini namanya Google Autocomplete.Google Autocomplete merupakan senarai carian yang kerap dibuat pengguna Google.Bahasa mudahnya = ini adalah apa yang orang cariJadi buka Microsoft Excel, catatkan setiap kata kunci itu.

    catat kata kunci di excel

    Kemudian gabung dengan teknik ketiga.Namanya Teknik GSR.

    Teknik 3: Google Searches Related

    Selepas taip “panduan beli rumah”, tekan enter.Ada hasil carian.Turun ke bahagian paling bawah.Cari perkataan “Searches related to panduan beli rumah”.

    google related searches

    Ini juga adalah kata kunci yang orang sering cari.Pilih yang relevan.Catat di fail excel tadi.

    Seterusnya kita akan pergi ke Gold Mine!Tempat lubuk kata kunci yang belum digali ramai orang.

    “Apa dia? Di mana?”

    Teknik 4: FB Graph Search

    Salah satu enjin pencari yang ada banyak data selain Google adalah Facebook!Cuma masih jarang digunakan.Jadi ambil peluang ini.Log masuk ke dalam FB.Pada kotak carian, taip kata kunci.Lihat paparan yang mirip Google Autocomplete.Salin kata kunci.

    kata kunci FB

    Andai ada kata kunci berulang, tinggalkan.Andai ada kata kunci baru, catatkan di fail excel yang sama.

    senarai kata kunci

    MENYARING DATA

    Apa yang ada dapat adalah data kasar.Kita perlu menyaring data ini.“Kenapa nak saring?”Walaupun data-data ini adalah antara carian yang pernah dibuat pengguna Google, namun kita tidak ada maklumat tepat:1. Berapa banyak carian yang dibuat setiap bulan?2. Adakah persaingan bagi kata kunci ini sengit?Paling ideal, kita mahu kata kunci itu:1. Ada banyak carian setiap bulan2. Tidak ada atau kurang persaingan“Ada cara nak tengok?”Ada.Inilah yang saya mahu tunjukkan.

    Buka fail excel tadi.Namakan kotak pertama sebagai Kata Kunci.Cipta kotak kedua. Namakan Allintitle.

    kotak allintitle

    Kemudian buka google.comSalin kata kunci pertama.Taip di kotak carian “allintitle:Panduan beli rumah”.

    allintitle panduan beli rumah

    Lihat nombor yang dipaparkan.Salin nombor itu dan letakkan dalam fail excel.Ulang buat untuk kata kunci lain sehingga habis.

    selepas allintitle

    Perhatikan data di atas.Ada yang nombornya 6470.Ada yang 0.“Apa maksudnya?”Apabila menggunakan “ALLINTITLE”, kita sedang menggeledah Google.Kita sedang mencari berapa banyakkan kata kunci itu yang ada dalam pengkalan data Google.Contohnya bagi kata kunci “Panduan beli rumah”, ada 1740 halaman yang menggunakan perkatan itu dalam artikel mereka.Semakin tinggi angka allintitle, semakin tinggi persaingan.“Wah kalau begitu saya mahu ambil yang angka 0”.Sabar.Angka 0 beri satu maklumat kritikal.Angka 0 bererti carian bagi kata kunci itu sangat rendah.Permintaan rendah.

    Jumlah terbaik allintitle adalah 100 < x < 2000

    “Macam mana kalau kata kunci saya semuanya tidak sampai 100?”Tambahkan.Lihat potensi trafik.Sebagai contoh, bagi kata kunci “rumah lelong”, ada tiga kata kunci yang hampir sama.Apabila ditambahkan, jumlahnya menjadi 777.

    tambah allintitle

    Ini bermakna, carian kata kunci “rumah lelong” mempunyai jumlah carian signifikan.Dan dalam masa yang sama persaingannya tidak sengit.“Jadi saya ada peluang cerah untuk jadi nombor satu di Google?”Yesza. Tepat sekali.Sekarang selesai proses ketiga.

    Sebelum masuk ke topik seterusnya, saya mahu tunjukkan sesuatu.Proses menyemak setiap allintitle ini ambil masa.Jadi kadang-kadang ada yang tidak sanggup melakukannya.Alternatifnya, boleh gunakan KWfinder.com.Tool ini bantu anda buat semua proses itu sekelip mata.

    kajian panduan beli rumah kwfinder

    Tool ini memberikan anda buat carian 3 kata kunci sehari secara percuma.Andai kata mahu lebih, perlu langgan.Saya syorkan anda langgan tool ini andaikata mahu serius dalam bidang ini. Berbaloi-baloi.

    KATA KUNCI LSI

    Sekarang kita sudah saring data.Dan pilih kata kunci pertama yang menjadi sasaran.Google sekarang makin bijak dalam membaca artikel.Dulu-dulu, apabila ada satu kata kunci, hanya perlu ulang sebut kata kunci itu banyak kali dalam artikel. Kemudian Google akan naikkan website ke tangga teratas.Sekarang sudah tidak menjadi.Malah ini dikira satu teknik spamming: Keyword Spamming.Bagi mengelakkan perkara ini, gunakan kata kunci LSI.“LSI itu apa?”LSI bermaksud Latent Semantic Index.Kata kunci yang berkaitan.Saya menulis satu artikel yang menerangkan LSI dengan panjang lebar dan tiga kes studi kesan LSI terhadap kedudukan website.

    Bagi mendapatkan kata kunci LSI, pergi LSIgraph.com.Kemudian masukkan kata kunci itu.

    guna LSIgraph

    Catatkan kata kunci berkaitan yang relevan.Sekarang kajian kata kunci sudah hampir siap.Masa untuk menulis.

    DRAF ARTIKEL

    Teknik yang saya gunakan adalah Teknik SPM.Teknik ini adalah sebagaimana yang kita belajar sewaktu mengambil Sijil Pelajaran Malaysia.

    teknik SPM

    Gambar: Dari Ebook Actionable SEO

    Senarikan pendahuluan, isi penting dan penutup.Contohnya,Pendahuluan: Cara Beli Rumah LelongIsi 1: Proses Beli Rumah LelongIsi 2: Cara Beli Rumah Lelong Terus Dari BankIsi 3: Cara Kira Kelayakan Pinjaman PerumahanIsi 4: Cara Bijak Beli Rumah LelongPenutup: KesimpulanKemudian mula mengarang.Terangkan setiap proses satu persatu.Gunakan gambar.Pada pertukaran isi, gunakan heading tag berbeza.Heading tag adalah indikator kepada Google dan audien bahawa tajuk sudah bertukar.(Rujuk bab heading tag di Actionable SEO untuk penerangan terperinci).

    H1: Cara Beli Rumah LelongH2: Proses Beli Rumah LelongH2: Cara Beli Rumah Lelong Terus Dari BankH2: Cara Kira Kelayakan Pinjaman PerumahanH2: Cara Bijak Beli Rumah LelongH2: Kesimpulan

    Apabila siap tulis artikel, tibalah masa yang ditunggu-tunggu.Masa keemasan.

    SEBARKAN ARTIKEL

    Selepas artikel siap ditulis, tiba masa kritikal.Percaya atau tidak, proses ini sering diabaikan ramai orang.Mereka tidak sebarkan artikel!Dalam menyebarkan artikel, gunakan tiga langkah mudah:

    Pertama – Senaraikan saluran sebaran yang akan digunakan. Bahagikan saluran itu kepada media berbayar, media percuma dan media berpengaruh.

    Saksikan video ini untuk pencerahan tiga jenis media.

    Kedua – Tetapkan tarikh sebaran bagi setiap saluran.Ketiga – Sebarkan =)Tip sebaran artikel adalah usah gopoh.Usah mahu kau semua channel serentak.Buatkan secara berperingkat.Begini anda tidak akan penat.

    KESIMPULAN

    Saya sudah tunjukkan 6 proses ini langkah demi langkah.Apabila dibuat, anda akan dapati hasilnya berbaloi-baloi.Sebelum saya tamatkan, ada beberapa pemberitahuan.Pertama, saya tidak sebut Google Keyword Planner sebagai satu tool dalam contoh ini.Ini kerana data dalam tool ini sudah kurang tepat.Banyak data disembunyikan melainkan anda membuat iklan (Google Adwords).Namun tool ini masih boleh digunakan.Kedua, artikel ini juga tidak menyebut berkaitan Title Tag, Meta Description, Submission & Tracking. Kesemua ini adalah proses teknikal SEO yang telah disentuh dalam artikel lain.Ataupun anda boleh dapatkan Ebook Actionable SEO. Ebook ini saya tulis sebagai panduan langkah demi langkah bagaimana menjadikan website mudah dijumpai Google.

    kandungan ebook actionable seo

    Akhir kata, saya harap artikel ini dapat membantu anda dalam proses kajian kata kunci.Satu proses yang mencabar namun berbaloi melakukannya.

    p/s: Bantu saya untuk sebarkan artikel ini. Klik butang “Share” di bawah =)

  • Conversion Optimization: 7 Cara Meningkatkan “Conversion” di Website

    Conversion Optimization: 7 Cara Meningkatkan “Conversion” di Website

    Saya bertemu dengan sebuah pemilik kedai. Dia ada website.Saya tanya berapa ramai pelawat sehari?Dia kata dalam 200 orang sehari.Lalu saya tanya apa yang terjadi pada 200 orang itu?Dia geleng kepala. “Tak tahu”.“Dapat email?”“Tak ada. Kalau ada pun satu atau dua saja”.Saya tidak teruskan pertanyaan.Daripada maklumat ini sudah ada tanda-tanda penyakit.Penyakit sebegini biasa melanda website bisnes lokal.Mereka ada jumlah pelawat yang masuk secara konsisten,sayangnya, gagal di fasa conversion.Pelawat yang mereka dapat ini sudah bersifat spesifik.Kekurangannya adalah pada daya upaya menukar pelawat kepada pembeli.Dalam artikel kali ini, saya ingin berkongsi 7 langkah meningkatkan conversion bagi pemilik bisnes.Tip ini adalah sambungan daripada artikel Panduan SEO untuk Bisnes Lokal.Kesemua langkah ini telah dicuba.Dan berkesan!Mari kita mulakan.

    1. GOOGLE FORM

    “Hah Google Form?”Betul.Google Form merupakan satu tools percuma yang berbaloi menggunakannya.Jadikan Google Form sebagai alat penangkap email.

    Saya tunjukkan langkahnya satu persatu.Pertama pergi ke Google Drive.

    1. Klik New > Google Forms > Blank Form

    google form

    2. Cipta soalan-soalan atau data yang ingin diperolehi

    lead form

    3. Klik butang Send dan salin kod Embed HTML

    google form integration

    Kod yang disalin boleh diletakkan pada post baru.Kod ini boleh juga dihubungkan dengan gambar.Apabila gambar diklik, mereka dibawa ke form ini.

    embed form

    Menerusi teknik semudah ini, saya mendapat leads hampir setiap hari!“Kalau tak nak guna Google Form boleh ke?”Boleh saja.Mana-mana tools itu tidak mengapa.Saya gunakan Google Form kerana ianya percuma dan boleh dibuat oleh semua orang.Kuncinya dapatkan leads.

    leads accumulation

    Contoh lead yang masuk setiap hari

    2. TAWK

    Taktik ini makin banyak digunakan.Sistem online chat.Kelebihan menggunakan online chat adalah pelanggan dapat meninggalkan mesej kepada syarikat.Atau berhubung terus (live chat).

    Seterusnya syarikat boleh menghubungi kembali pelanggan itu.Lihat contoh online chat yang digunakan oleh TheLorry.

    online chat dari TheLorry

    TheLorry.com menggunakan Intercomm

    Ada banyak sistem online chat yang ada di pasaran.Yang paling terkenal adalam Intercom.Intercom mempunyai bayaran mengikut pakej yang dipilih.

    Bagi pemilik bisnes yang baru mula, saya cadangkan Tawk.to.Tawk.to mempunyai fungsi online chatting dan tinggalkan mesej.

    Yang paling menarik, Tawk.to percuma.

    offline message dari Tawk

    Contoh mesej yang ditinggalkan oleh pelanggan.

    Bagi mengggunakan Tawk.to, daftar di website mereka.Kemudian install plugin Tawk dan aktifkan.

    install tawk

    3. SUMO

    Ada yang sebut taktik ini sebagai taktik Dropbox.Ada yang panggil teknik Viral.Ada juga yang kata teknik Sharing is Caring.Taktik ini sebenarnya merupakan satu bentuk referral.Apabila pengguna mendapatkan servis atau membaca artikel di website, kita minta mereka share.Kebiasaannya pengguna tidak sanggup untuk copy link dan paste di media sosial mereka. Ini terlalu banyak kerja.Namun mereka akan share andai kata ada satu butang share.Poinnya mudahkan pengguna untuk menyebarkan maklumat.Caranya adalah menerusi penggunaan plugin media sosial.Salah satu plugin yang boleh membantu melaksanakan fungsi ini adalah Sumo.com.

    kelebihan sumo

    Beberapa fungsi dari Sumo.com

    Plugin Sumo ini boleh dimasukkan secara terus ke website.Taip “Sumo” di bahagian plugin.Klik activate.

    plugin sumo

    Sumo boleh terus digunakan selepas pengaktifan akaun.Sumo ada menawarkan pakej berbayar bagi pengguna yang mahukan lebih fungsi.

    4. THRIVE ARCHITECT

    Saya terima satu soalan.Dia tanya, “Macam mana nak buat landing page yang simple dengan mudah”.Landing page ini halaman khas yang mempunyai misi tertentu.Contoh misi landing page: membuat jualan, mendapatkan data.Servis mencipta landing page ini boleh tahan harganya.Andai kata Tuan ada satu produk, boleh upah pencipta landing page buatkan.Cara ini lebih pantas dan mudah.Namun apa jadi andai kata ada 10 produk?Kos upah 10 landing page boleh tahan harganya.Jadi penyelesaian kepada cabaran ini adalah Thrive Architect.Thrive Architect merupakan satu plugin yang mesra pengguna.Tidak perlu tahu coding.Hanya drag dan drop.Saya tunjukkan dalam bentuk video betapa mudahnya Thrive Architect.(video ini dirakam oleh Authority Hacker)

    Thrive Architect bukan setakat digunakan untuk mencipta landing page.Bahkan blog post!

    Kesemua artikel terbaru di blog saya ditulis menggunakan Thrive Architect.Plugin ini sangat memudahkan kerja.Berbaloi mencubanya.

    thrive architect

    Saya menulis artikel ini menggunakan Thrive Architect.

    5. WP SUPER CACHE

    Majoriti pengguna hari ini melayari website guna smartfon.Pengguna smartfon hanya boleh bersabar 3 saat saja.Andai kata lebih 3 saat, pengguna smartfon akan keluar dari website.“Apa punca website perlahan?”Dalam artikel ini saya terangkan dengan panjang lebar punca website perlahan dan cara mengatasinya.Ada 9 cara kesemuanya.Sekarang saya ambil satu.Gunakan plugin WP Super Cache.Plugin ini mempercepatkan pelawat akses konten website.

    1. Pergi ke Plugins > Add New > WP Super Cache

    plugin wp super cache

    2. Setkan kepada mod Caching On (Recommended)

    Setting wp super cache

    Alternatif kepada plugin ini adalah WP Rocket.“Apa bezanya?”WP Rocket berbayar manakala WP Super Cache percuma.WP Rocket mempunyai lebih banyak fungsi.Andai kata ada peruntukkan, saya cadangkan langgan WP Rocket.

    6. REDIRECTION

    Percaya atau tidak ini merupakan salah satu di antara masalah yang paling banyak melanda website bisnes lokal.Masalah ini biasanya timbul kerana berlaku pertukaran kuasa.Apabila webmaster baru ambil alih website, mereka bawa idea baru.Kesannya ada halaman-halaman terdahulu yang sudah jadi nombor satu di Google dipadamkan. Lalu audien tidak dapat masuk.Dalam istilahnya disebut sebagai “broken link”.

    404 redirection

    Secara analoginya, ibarat kedai yang sudah berpindah alamat.Namun tidak diwarwarkan kepada pelawat.Bagi mengelakkan masalah ini, gunakan Google Search Console untuk melihat broken link.

    1. Google Search Console > Crawl > Crawl Errors

    crawl errors

    2. Lihat Response Code. Perhatikan kod 404. (Kod 404 memberitahu konten itu tidak wujud)

    response code

    3. Log masuk ke website > Plugins > Quick Redirection

    plugin quick redirect

    4. Masukkan link yang bermasalah tadi dan gantikan link yang baru

    link redirect

    7. HIERARKI KONTEN

    Di internet, ramai skimmers.Skimmers ini lompat-lompat.Mereka tidak baca satu persatu.“Habis tu macam mana?”Di sini peri penting teknik memegang perhatian audien.Apabila perhatian mereka dipegang, mereka akan baca sampai habis.Teknik ini namannya Hierarki KontenSetiap konten dalam website disusun mengikut hierarki.Dari atas ke bawah.

    hierarki konten

    Ada banyak variasi Hierarki Konten.Prinsip asasnya adalah setiap konten disusun dengan teliti.Supaya audien tidak terlepas pandang.

    KESIMPULAN

    Sekarang sudah tiba masa aplikasi.Pilih teknik mana satu yang mahu digunakan.Mula buat sekarang.

    Conversion merupakan elemen kritikal bagi website bisnes.Apabila proses ini dijaga baik, kita akan melihat peningkatan pada jualan.

    Boleh boleh?

    p/s: Bantu saya untuk sebarkan artikel ini. Klik butang “Share” di bawah =)

    Share0

  • Sekolah Strategi: 101 Catatan Poin-Poin Penting

    Sekolah Strategi: 101 Catatan Poin-Poin Penting

    Sekolah Strategi berlansung buat julung kalinya di Janda Baik. Sekolah ini menampilkan tiga orang guru:

    puan guru ainon mohd

    Puan Guru Ainon

    dato roslan ab hamid

    Dato’ Roslan

    Ustaz Ahmad Saifuddin

    Di dalam Sekolah Strategi, kami menekuni sirah Nabawiyah.

    Kami belajar bagaimana melihat strategi Nabi (baca selawat) dalam menghadapi musuhnya.

    Seterusnya bagaimana menggunakan strategi itu dalam situasi sekarang.Kaedah yang diguna pakai adalah parallel thinking.

    Video ini memaparkan sedutan Sekolah Strategi.

    101 Poin-Poin Penting Sekolah Strategi

    Ini adalah 101 dapatan penting Sekolah Strategi.Pada setiap poin ini ada pelajaran tersembunyi.

    1. Strategi itu ada tiga jenis. Strategi baik, strategi buruk, tiada strategi. Strategi itu bukan destinasi.2. Tidak ada strategi tidak mengapa. Cuma tidak tahu ke mana. Bagai lalang ditiup angin. Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan.3. Paling parah apabila guna strategi buruk. Padahnya seperti barah. Merebak dan menghancurkan.4. Strategi yang baik itu diagnosable, mempunyai kebebasan dan had limit, bersepadu tindakan.5. Strategi tanpa perlaksanaan ibarat orang bijak yang tidak bertindak. Cakap kuat, habuk tarak.6. Boat Noodle mengguna pakai word of mouth sebagai taktik viral. Dia menjadikan pelanggan menyusun mangkuk bertingkat-tingkat, lalu dikongsi di mana-mana. Perbuatan ini menimbulkan keterujaan yang memandang.

    boat noodle

    Selepas makan di Boat Noodle (kredit:http://www.huislaw.com/2014/08/boat-noodle-at-jaya-one-petaling-jaya/)

    7. Networking bergantung kepada personaliti. Personaliti yang baik menarik orang yang baik.8. Lima (5S) Usahawan: Spirit, Stamina, Strategi, Skill dan Speed.9. Strategi itu apa yang ada dalam kepala. Taktik apa yang ada depan mata.10. Bagi startup, miliki 6 strategi ini:

    • checkLean StartupIkat perut. Berjimat. Berpada-pada.
    • checkLeverageGuna apa yang ada. Jadikan kelebihan itu kelebihan. Jadikan kelemahan itu juga kelebihan.
    • checkUnfair AdvantageMiliki kelebihan tersendiri. Yang tidak mampu ditandingi.
    • checkKolaborasiZaman ini zaman bekerjasama dan usahasama.
    • checkBerlumba-lumba bukan bersaingApabila berlumba-lumba, semua orang menang. Cuma detik kemenangan itu yang berbeza.
    • checkMengkayakan pelabur

    11. Garis masa kehidupan Nabi:

    • check8-12 tahunBekerja sendiri sebagai pengembala kambing.
    • check12-18 tahunMasuk sekolah bisnes Abu Talib (belajar sambil buat).
    • check18-36 tahunBuka syarikat trading.
    • check36-38 tahunMenghasilkan (manufacturer) produk kulit.
    • check38-40 tahunCuti tanpa gaji selama 2 tahun.
    • check40-53 tahunPendakwah sepenuh masa.
    • check53 sehingga wafatAhli ekonomi dan pemimpin negara.

    12. Apabila membaca sirah, kita menggunakan teknik berfikir selari (Parallel Thinking).13. Nabi memulakan perniagaan dalam bidang Agro-Servis. Nabi menjadi pengembala kambing. Kambing adalah harta orang kaya. Nabi menjaga harta orang kaya.

    14. Sebagai pengembala kambing, Nabi tidak memerlukan modal yang tinggi. Nabi memiliki personaliti menarik. Personaliti ini adalah modal sosial.15. Tempoh Nabi berniaga sendiri adalah 4 tahun sahaja. Kemudian Nabi mengikuti perniagaan Abu Talib.16. Abu Talib ini saudagar besar. Bisnesnya perniagaan antarabangsa iaitu import dan eksport.17. Nabi belajar bisnes ini dari Abu Talib menerusi gaya apprenticeship. Dalam gaya ini, Nabi belajar sambil buat dari guru yang tepat.18. Nabi mengikuti Abu Talib selama 6 tahun.19. Apakah yang perlu ada dalam satu proses melahirkan graduan yang cemerlang?

    • checkSilibus praktikal
    • checkAda introducers dan influencers
    • checkNetworking dan connections
    • checkRangkaian channels
    • checkRangkaian pembekal
    • checkMengenali pelabur dan pemodal

    20. Apakah kelebihan sekolah gaya apprenticeship?

    • checkIlmu dan skill bisnes praktikal
    • checkMentor bisnes
    • checkMengenali introducer yang boleh menjadi peruding (negotiatior)
    • checkBerpotensi menjadi atau mencari partners
    • checkMengetahui rangkaian channel pengedaran
    • checkMengenali rangkaian pembekal
    • checkMengenali bakal pemodal dan pelabur

    21. Di dalam sekolah gaya apprenticeship, pelajar menyumbangkan dirinya sebagai tenaga kerja.22. Apakah hasil dari sekolah gaya apprenticeship?

    • checkMampu terus buka syarikat
    • checkTiada risiko langgar dinding
    • checkBimbingan berterusan dari mentor
    • checkMendapat pembekal berkualiti
    • checkRangkaian channels yang sudah disediakan
    • checkTerlepas dari meminjam duit

    23. Nabi kemudiannya berbisnes secara berpartner. Partner Nabi bersifat tiga penjuru. Khadijah sebagai pemodal pasif, Maisarah sebagai pengurus intrapreneur dan Nabi sebagai entrepreneur.24. Apabila ikan besar berada di dalam akuarium kecil, ikan itu tidak akan ke mana.25. Nabi tidak berpartner dengan Abu Bakar. Abu Bakar itu kawan rapat Nabi.26. Model bisnes Nabi:

    • checkNabi sebagai orang tengah
    • checkTrading intermediate goods
    • checkNabi memasuki sektor B2B (Business to Business)
    • checkNabi berniaga secara pukal (volume)
    • checkNabi tidak membuka kedai
    • checkPerniagaan Nabi bersifat multifokal. Beli di sini, jual di sana.

    27. Nabi bergerak dalam ekosistem kafilah. Dalam sistem ini, ramai peniaga bergerak seiringan.28. Apabila bergerak secara kolaborasi, banyak perkara dikongsi. Konsepnya seperti shared office. 10 syarikat berkongsi satu ofis yang sama. Bil internet dibayar bersama. Jadi dapat ambil pakej internet paling mahal pada harga rendah (setiap orang berkongsi bayar).

    29. Nabi menjual:

    • checkGandum – sektor makanan
    • checkTali – barang modal
    • checkKain tenun dari Yaman – tekstil
    • checkKulit – sektor bahan binaan

    30. Nabi menjual bahan kering dan berada dalam sektor keperluan.31. Kita adalah orang yang biasa pada pandangan orang yang tidak dikenali.32. Kita adalah orang yang menarik pada pandangan orang yang faham kita.33. Kita adalah orang yang istimewa pada orang yang mengasihi kita.34. Kita adalah peribadi yang menyakitkan hati pada pandangan orang yang iri hati.35. Kita adalah orang jahat dan keji pada pandangan orang yang dengki.36. Jangan beri nasihat apabila tidak diminta. Nanti nasihat itu akan jadi murah. Barang murah akan jadi sampah.37. Brainstorm 20 USP. Begini kita akan jelas kelebihan kita. Fokus pada kita. Bukan kelebihan kita berbanding orang lain.38. Manusia membeli apabila melihat manusia lain membeli.39. Manusia adalah pengumpul.40. Orang yang tenang akan menang. Orang yang tenang akan senang.

    Orang yang tenang akan menang. Orang yang tenang akan senang.

    Click to Tweet

    41. Kehidupan itu adalah pada mengenal paten. Apakah paten perniagaan kita sekarang.42. Dalam strategi hijrah, Nabi tidak terus berhijrah. Nabi menghantar Musaib terlebih dahulu sebagai wakil. Wakil Nabi tinggal di sana pada ketika itu.43. Nabi bermalam di gua bersama orang yang paling dipercayai. Nabi tinggal bersama-sama di satu tempat (Gua Thur). Tempat itu asing dan tidak diketahui.44. Nabi mendapatkan berita apa yang berlaku di Mekah menerusi anak Abu Bakar. Apabila anak Abu Bakar memberikan laporan, Nabi tidak memberikan sebarang komentar.45. Pada saat ini, Nabi masih tidur seperti biasa. Nabi mendapatkan kerehatan secukupnya.46. Apabila berhijrah, Nabi membawa bersama pembantu Abu Bakar. Pembantu ini boleh menulis.47. Apabila Nabi berhijrah, Nabi menggunakan unta. Nabi tidak guna kuda.48. Dalam tradisi orang arab, ada suatu kelompok yang mahir membaca tapak kaki. Nabi menghilangkan jejak tapak kaki menggunakan kambing. Supaya tidak dikesan pergerakan mereka di awalnya.49. Jalan hijrah adalah jalan yang tidak pernah dilalui Nabi. Lalu baginda memerlukan seorang penunjuk jalan. Nabi tidak kenal siapa penunjuk jalan ini (Abdullah bin Uraquit). Tetapi Nabi percaya dia. Penunjuk jalan ini adalah kafir.

    jalan hijrah nabi

    Kredit: https://mushollabaitulmuminin0413.files.wordpress.com/

    50. Nabi mempunyai 2 kali transit. Di awalnya berhenti seketika di Gua Thur. Kemudian sekali lagi di Quba’.51. Nabi melakukan 4x cross-check.52. Apabila Nabi berdepan dengan Suraqah, Nabi menawarkan gelang Raja Parsi. Gelang ini adalah simbol kuasa. Pada waktu itu, Nabi belum pun sampai ke Madinah. Malah Islam pun masih lagi belum kuat.53. Suraqah bersetuju dan meminta Nabi menulis perjanjian ini. Rekod itu mesti.54. Nabi berhenti di khemah Ummu Ma’bad untuk mendapatkan bekalan makanan. Nabi menggunakan mukjizatnya untuk menghasilkan susu. Dan Nabi memberikan juga susu itu kepada Ummu Ma’bad.55. Apabila sampai di Quba’, Nabi berkumpul bersama dengan orang Islam yang lain. Kemudian mereka beramai-ramai bergerak ke Madinah.56. Nabi tidak membuat keputusan di mana masjid akan didirikan. Sebaliknya Nabi membiarkan unta Baginda membuat keputusan.57. Nabi mempunyai pasukan. Ada ketika pasukannya sekecil dua orang. Ada ketika pasukkannya seramai ribuan orang. Dalam pasukan ada ketua. Ketua beri arahan. Anak buah melaksanakan.58. Setibanya di Madinah, Nabi mendirikan pusat pentadbiran berupa sebuah masjid. Nabi beli tanah untuk dirikan masjid. Nabi tidak ambil percuma.59. Pasukan itu kuat apabila terikat. Ibarat sekelompok lidi yang diikat kemas. Nabi mempersaudarakan Ansar dan Muhajirin.60. Apabila mencari partner, cari yang berminda pendatang.

    61. Dalam perang Mu’tah, Nabi menamakan tiga orang panglima. Ketiga-tiga mereka syahid. 

    perang mu'tah

    kredit: http://mnlfnet.com/

    62. Panglima keempat dipilih ikut situasi. Siapa yang paling arif bagi mengetuai.63. Taktik Khalid dalam perang Mu’tah:

    • checkTukar kedudukan (yang sebelah kiri ke kanan, yang sebelah kanan ke kiri).
    • checkKhalid arahkan beberapa kelompok undur belakang. Mereka datang esok seolah-olah seperti bantuan baru yang tiba.
    • checkKelompok itu diarahkan memijak debu supaya memperlihatkan banyaknya tentera.
    • checkRom lari meninggalkan harta.
    • checkKhalid tidak ambil. Sebaliknya berundur segera.

    64. Dalam sariyah Zat al-Salasil, Nabi melantik Amr-Al Asr sebagai panglima. Walaupun Amr baru beberapa bulan masuk agama Islam.65. Suku kaum di situ: Baliyy, Uzrah, Balqain. Nenek Amr datang dari suku kaum Baliyy. Nabi menghantar wakilnya dari susur galur keturunan yang sama.66. Amr minta bantuan. Nabi hantar tentera Abu Ubaidah. Dalamnya ada Abu Bakr dan Umar (sahabat kanan).67. Nabi beri pesanan supaya mereka bergabung dan tidak berpecah.68. Amr keluarkan arahan pelik (Nabi membenarkan kesemua tindakannya apabial ditanya sahabat):

    • checkDalam cuaca sejuk, tidak dibenarkan nyalakan api.
    • checkAmr berhadas besar, tetapi dia tidak mandi wajib. Hanya bertayammun.
    • checkAmr imamkan solat Subuh walaupun ada sahabat kanan.
    • checkSelepas solat Fajar, mereka terus serang.

    69. 4 puncak kejayaan: Bisnes, Internet, Saham, Hartanah.70. 4 negara kuasa dunia: China, India, Indonesia, Amerika.71. Perkasakan back stage supaya kukuh front stage.

    Perkasakan back stage supaya kukuh front stage.

    Click to Tweet

    72. Perjanjian Hudaibiyah dan Fathul Mekah mesti dibaca bersama-sama. Pembukaan Mekah adalah hasil daripada perjanjian Hudaibiyah.73. Imigran memainkan peranan signifikan dalam membangunkan ekonomi sesebuah negara.74. Nabi mahu mengerjakan umrah pada tahun keenam hijrah. Nabi bawa 1400 orang, 70 ekor unta, ternakan untuk korban dan senjata yang dibawa unta.75. Apabila penduduk Mekah tahu, mereka tunggu di tanah halal.76. Khalid menanti bersama tenteranya.77. Nabi berjaya mencari jalan pintas memotong Khalid. Khalid terkejut.78. Nabi pakai ihram tetapi Nabi berkhemah di luar tanah haram.79. Nabi menyampaikan mesej yang bertentangan. Sekali imbas, nampak macam mahu berperang. Satu sisi lagi nampak macam mahu buat umrah.80. Di sebelah malam, ada 40 orang pasukan Mekah menyusup masuk. Semuanya dapat ditangkap oleh pasukan Nabi. Kesemua mereka dilepaskan.

    Apabila budak kecil mahu lawan budak besar, gunakan perang saraf.

    Click to Tweet

    81. Apabila budak kecil mahu lawan budak besar, gunakan perang saraf.82. Nabi hantar wakil masuk ke Mekah. Nabi hantar Usman. Usman ini datang dari puak yang sama seperti Abu Sufyan.83. Usman pulang lambat. Pada ketika itu sampai gosip Usman telah dibunuh. Tentera Islam bersiap untuk berperang.84. Penduduk Mekah gentar. Mereka lalu hantar Suhail untuk berbincang.85. Nama “Suhail” bererti pendamai. Apabila Nabi melihat Suhail datang, Nabi berkata, “Allah permudahkan urusanmu”.86. Nabi memuji menggunakan maksud nama.87. Apabila melawan budak besar, hilangkan keyakinan mereka.88. Nabi memanggil Ali untuk menulis dokumen.89. Suhail menyatakan permintaan. Nabi membenarkan kesemua permintaan Suhail.90. Ali tidak bersetuju. Nabi diam dan tidak melatah.91. Nabi fokus pada mendapatkan satu klaus sahaja. Nabi mahukan gencatan senjata.92. Hasil gencatan senjata membolehkan Nabi fokus meluaskan dakwah.

    93. Dalam masa 2 tahun gencatan senjata, Nabi menyerang lembah Khaybar. Lembah ini adalah lubuk harta.94. Harta dari Khaybar digunakan untuk menampung keperluan dan kegunaan orang Islam.95. Perjanjian Hudaibiyah terbatal apabila sekutu Quraisy melanggar perjanjian. Abu Sufyan ke Madinah untuk berunding tetapi tidak dilayan.96. Selepas 19 tahun berjuang, pengikut Nabi adalah seramai 1400 orang.Dua tahun selepas Perjanjian Hudaibiyah, Nabi ada seramai 10,000 orang.97. Nabi bawa 10,000 orang ke Mekah. Berapakah keperluan yang diperlukan untuk menampung perjalanan 10,000 orang sejauh 400km? (Dari Madinah ke Mekah).98. Ada tempoh untuk menang selepas kalah. Bersabar.99. Dalam tradisi barat, kemenangan adalah dalam dokumen. Dalam tradisi Nabi, kemenangan adalah di luar dokumen.100. Nabi mempunyai roadmap kejayaan yang tersendiri.101. Apabila Nabi masuk Mekah, Nabi beri kata dua yang selamat keduanya.

    • checkMasuk masjid
    • checkMasuk rumah Abu Sufyan

    pembukaan kota mekah (fathul mekah)

    kredit: segalainfo.com

    Kesimpulan

    Catatan-catatan ini adalah poin-poin penting yang dibentangkan sepanjang Sekolah Strategi.

    Poin-poin ini bertindak sebagai pernyataan untuk difikirkan hikmah dan kebijaksanaan.Dalam mengaplikasi konsep parallel thinking, kita tidak berdebat pada memenangkan sesuatu.Sebaliknya bersama-sama menggali maksud dan aplikasi.

    p/s: Bantu saya untuk sebarkan artikel ini. Klik butang “Share” untuk kongsikan dengan kawan-kawan ya.

    Klik Untuk Share0

  • 10 Psikologi Membeli Yang Mempengaruhi Keputusan Pelanggan

    10 Psikologi Membeli Yang Mempengaruhi Keputusan Pelanggan

    Apakah faktor yang mempengaruhi pelanggan membeli? Apakah ada teknik psikologi yang mendorong mereka untuk buaut keputusan?

    Dalam artikel ini saya akan berkongsi 10 psikologi membeli.Psikologi membeli bermaksud faktor yang beri kesan kepada keputusan pelanggan. Sama ada secara lansung atau tidak lansung.

    Sebelum itu, ambil berat pesan Guru, Puan Ainon Mohd.Teknik psikologi ini seringkali disalah guna. Apabila disalah guna, jadi hype.

    Hype tidak patuh syariah!

    pesan puan ainon mohd

    Setiap topik dipecahkan kepada dua bahagian.Penerangan tentang teknik psikologi dan bagaimana aplikasi dalam dunia perniagaan.

    TEKNIK PSIKOLOGI (boleh diklik)#1: KESAKITAN & KETAKUTANAPLIKASI#2: SUMBANGAN MURNIAPLIKASI#3: KENAPA OH KENAPAAPLIKASI#4: JAM ROLEXAPLIKASI#5: FORMULA MMCAPLIKASI#6: JURANG INFORMASIAPLIKASI#7: SIAPA SEKUFUAPLIKASI#8: AUTORITI & KREDIBILITIAPLIKASI#9: EDISI TERHADAPLIKASI#10: KEPERCAYAAN & PENGULANGANAPLIKASI

    #1: KESAKITAN & KETAKUTAN

    Manusia ada masalah.Apabila ada masalah, mereka mahukan penyelesaian.Masalah itu adalah kesakitan dan ketakutan.Penyelesaian itu adalah impian.Apabila kesakitan dan ketakutan diatasi, manusia hidup di alam impian.Demikian fantasi kita semua.Mahukan sesuatu yang indah dan bahagia.Taktik masalah dan penyelesaian ini acap kali diguna pakai dalam jualan.Tapi,sebelum menggunakan kaedah ini, lakukan kajian pelanggan.Bentuk profil pelanggan yang tepat.“Kenapa?”Setiap manusia mempunyai ketakutan dan kesakitan yang berbeza.Hanya apabila butang ketakutan dan kesakitan yang betul ditekan, baharulah mereka melakukan tindakan.

    Hanya apabila butang ketakutan dan kesakitan yang betul ditekan, baharulah mereka melakukan tindakan.

    Click to Tweet

    Kesilapan yang dilakukan oleh ramai orang adalah pukul rata.Saya sering melihat agen insuran menakutkan seluruh rakyat Malaysia.“Siapa nak tanggung bil hospital?”Adakah ini ketakutan majoriti bakal klien?Adakah ini kesakitan majoriti bakal pelanggan insurans?

    APLIKASI

    Lakukan kajian pelanggan dengan bertanya kepada pelanggan.Apakah ketakutan mereka.Apakah impian mereka.Menerusi kajian pelanggan yang tepat, kita akan dapat cipta mesej yang tepat.Elakkan syok sendiri dan rasa (aku rasa…).

    Salah satu tools bagi membantu proses ini adalah Value Proposition Canvas (VPC).

    Value-Proposition-Canvas-Alexander-Osterwalder

    VPC. Dari toolshero.com.

    Dalam VPC, pada bahagian bulatan, ada Customer Profile Map.Di sini kita perlu kenal pasti apakah kesakitan dan keinginan pelanggan.

    Caranya?

    Lakukan survey. Tanya pelanggan terdahulu.Atau tanyakan bakal pelanggan yang relavan. (bukan tanya seluruh rakyat Malaysia).

    Usahakan data sekurang-kurangnya 40 orang dan lebih.Begini kita akan nampak pola dan trend yang sebenar.

    Boleh boleh?

    Sekarang saya ada satu cerita.Bagaimana manipulasi ini buatkan kita tak mampu tolak.

    Terpaksa beli.

    #2: SUMBANGAN MURNI

    Satu hari saya duduk di kedai makan.Tiba-tiba ada seorang kanak-kanak datang.Dia beritahu, “Abang, saya ada jual kerepek. Untuk bina rumah anak yatim. RM 5 satu”.Apa reaksi saya?Saya, “Abang tak nak kerepek. Tapi adik ambil lah duit ini. Derma”.Saya ambil duit RM2 dan berikan kepada adik itu.Kenapa saya beri RM2?Apabila beri RM2, saya menyokong dia untuk membina rumah anak yatim.Membantu rumah anak yatim adalah perbuatan murni.Lalu saya terdorong untuk membantu.

    sumbangan murni

    Contoh sumbangan murni

    sumbangan murni 2

    Contoh sumbangan murni

    APLIKASI

    Apabila pelanggan mendapati mereka bakal membantu sesuatu kebaikan, mereka lebih terdorong bagi melakukan pembelian.Terutamanya apabila kebaikan itu berkaitan agama, politik dan sosial.“Adakah ianya salah?”Bergantung kepada tujuan.

    NGO dan Badan Kebajikan adalah seringkali menggunakan kaedah ini. Cuma mereka gunakan bagi mendapatkan wang untuk menampung keperluan.

    Dalam masa yang sama, ada juga yang menyamar NGO!Ini satu penipuan.Poin saya adalah taktik ini sangat berkesan. Guna ikut iman.

    Manipulasi ketiga.Ini juga berbaloi ditekuni.Malah sering digabung jalin dengan Teknik Sumbangan Murni.

    Apa dia?

    #3: KENAPA OH KENAPA

    Satu hari saya sedang beratur untuk buat pembayaran.Line agak panjang.Tengok jam.Sudah 30 minit.Tiba-tiba ada seorang pakcik datang potong.Saya terkejut.“Hish ini tak boleh jadi!”.

    potong line

    kredit gambar: innonews24.com

    Tiba-tiba pakcik itu beritahu, “Anak, pakcik minta kebenaran. Pakcik nak cepat. Pakcik bayar dulu ya”.Saya tidak jadi marah.Tiba-tiba diam. Dan angguk saja.Pakcik itu bayar dan terus pergi.Pernah alami situasi begini?

    Robert Cialdini, penulis buku Influence (cari dan khatam buku ini), beritahu.Ada satu eksperimen yang dilakukan oleh Ellen Langer.Eksperimen ini dilakukan bagi menguji bagaimanakah manusia yang sedang beratur berikan reaksi terhadap orang yang memotong barisan.Pemotong barisan akan menggunakan tiga jenis alasan berbeza sewaktu memotong.

    Alasan 1 : Maafkan saya, saya nak fotostat 5 helai. Boleh saya gunakan Xerox (mesin fotostat) ini sebab saya nak cepat?Alasan 2 : Maafkan saya, saya nak fotostat 5 helai. Boleh saya gunakan Xerox (mesin fotostat) ini?Alasan 3 : Maafkan saya, saya nak fotostat 5 helai. Boleh saya gunakan Xerox (mesin fotostat), sebab saya nak fotostat.

    Hasil eksperimen mendapati,94% manusia membenarkan mereka dipotong apabila alasan 1 (alasan sebenar) diberikan.60% manusia membenarkan mereka dipotong apabila alasan 2 (sebenarnya tidak ada alasan) diberikan.93% manusia membenarkan mereka dipotong apabila alasan 3 (alasan main-main) diberikan.Cuba lihat balik cerita saya di awal tadi.Kenapa saya benarkan Pakcik itu potong barisan?Sebab Pakcik itu berikan alasan.Dia beritahu dia nak cepat.Walaupun dia tidak jelaskan kenapa dia nak cepat!Sama seperti alasan 1.Dalam alasan 1, tidak ada penjelasan terperinci apakah yang menyebabkan pemotong itu nak cepat. Namun alasan itu tetap diterima.

    APLIKASI

    Apabila kita beritahu kenapa, pelanggan akan gunakan kenapa itu bagi merasionalkan pembelian.Kita mengetahui yang manusia membeli disebabkan emosi.Kemudian manusia menggunakan logik untuk memberikan justifikasi.“Saya beli iphone sebab iphone ini terbaik. Fungsinya mantap…”Hakikatnya iPhone memberikan kepuasan emosi.Kemudian bagi memastikan tidak ada rasa bersalah, segala logik akal akan diguna pakai.Jadi apakah alasan dan sebab untuk pelanggan membuat justifikasi bagi produk anda?

    #4: JAM ROLEX

    Ada dua jam.Satu jenama Rolex.Satu lagi jenama Cap Ayam.Saya mahu berikan kepada anda.Hadiah.

    Pilih yang mana satu berkenan.

    jam rolex

    kredit gambar: bloomberg

    Yang mana anda mahu?“Cap Ayam”.Hehe.Ini mimpi.Pastinya Rolex jadi pilihan.Kenapa?Mahal, kualiti, hebat, bergaya…(senarai ini tak akan habis).Sebenarnya kita memilih Rolex kerana cerita tentang Rolex sudah masyhur.Orang di sekeliling bercakap-cakap tentang kehebatan Rolex.Cerita adalah makanan manusia.Makin menarik cerita itu, makin berselera kita menikmati.Apabila satu produk itu ada cerita, produk itu senang jual.Malah produk itu akan laku keras dengan sendiri.Word of mouth marketing.“Apakah itu cerita produk?”Testimoni.Testimoni adalah cerita yang sangat mempengaruhi psikologi pelanggan dalam membeli.

    Cuma, ada sedikit salah faham.Kata Tuan Aqif Azizan, ramai orang tertukar antara testimonial dan penghargaan.

    aqif azizan

    Baca testimonial pertama,“Produk awak ini terbaiklah!”.Bandingkan pula dengan testimonial kedua.“Mula-mula saya tidak mahu pakai. Tapi kawan asyik beritahu cuba la, cuba la..dia kata kalau tak cuba, jerawat kat muka saya makin menggila. nanti tak ada siapa pandang. saya pun cubalah sebab malu dengan kawan. Bila pakai..seminggu saja, kulit jadi putih melepak. Sedara mara semua terkejut. Dierang tanya pakai apa, beli kat mana. Siap ada yang pm personal lagi di FB..haha”Macam mana?

    Testimonial pertama adalah penghargaan. Bukan testimonial.Testimonial kedua menceritakan pengalaman.Ada masalah, penyelesaian dan hasil.

    APLIKASI

    Dapatkan cerita produk anda. Bukan cerita rekaan. Cerita betul.Bagi mendapatkan cerita yang bagus, tanyakan soalan spesifik.Elakkan soalan umum seperti “macam mana produk saya sis?”.Seeloknya cuba jumpa pelangan secara berdepan.Rekod setiap patah perkataan yang keluar.Jangan buat ayat sendiri.

    Testimonial seterusnya dikumpul dalam satu pengkalan data.Bank testimonial.

    Gunakan testimonial yang betul pada pelanggan yang betul.Bukan semua testimonial boleh guna untuk semua pelanggan.

    Ok?

    Sekarang kita nak masuk ke teknik kelima.Teknik ini paling banyak digunakan di mana-mana.Dan teknik ini sangat mempengaruhi manusia.

    Saya ceritakan teknik ini supaya anda dapat ilmu kebal.Menahan diri dari terpengaruh.

    #5: FORMULA MMC

    Baru-baru ini kecoh satu Malaysia.Ada orang buat iklan jual rumah.Hanya RM50,000 saja.

    rumah mengarut

    Logik?“Hmm…”Ada yang beli rumah itu?“Ada”.Kenapa?Sebab mereka guna formula MMC bagi mempengaruhi pelanggan.Apakah itu MMC?

    Formula MMC

    Apabila sesuatu produk itu Murah, Mudah dan Cepat, manusia sudah hilang akal fikiran waras.

    Dalam erti kata lain, apabila produk anda jatuh dalam kategori ini, manusia sudah tidak fikir banyak. Semua tolak tepi.Biarpun produk itu belum tentu menjadi, namun kesan psikologinya terlalu kuat.Lihat cerita Tiga Abdul.Tan Sri P.Ramlee memamparkan betapa manusia ini akan gila apabila sesuatu barang diberi percuma.

    Kebiasaannya formula MMC ini sering dimasukkan ke dalam tajuk (headline).

    Contohnya,Rahsia Buat 5 angka dalam masa 5 hari.Teknik Jana 7 angka dalam masa 7 hari.

    Sekarang cuba tukarkan begini.Rahsia Buat 5 angka dalam masa 5 tahunTeknik Jana 7 angka dalam masa 7 dekad.

    Ada yang nak sertai?

    APLIKASI

    Ada beberapa cara dalam menggunakan formula ini.Cuma saya mahu pesan awal-awal.

    Formula ini sangat senang jatuh dalam unsur hype.Unsur hype bawa unsur penipuan.

    Hukum asas satu perkara.Andai terlalu indah ceritanya, maka berhati-hatilah wahai pengguna.

    If it sounds too good to be true, it probably isn’t.

    Click to Tweet

    Formula MMC ini boleh digunakan untuk buat analisa produk secara ringkas.

    Adakah produk ini murah?Adakah produk ini mudah?Adakah produk ini bawa hasil cepat?

    Andai kata Ya untuk kesemuanya, cepat lari jauh-jauh. Hehe.

    #6: JURANG INFORMASI

    Mula diperkenalkan oleh Yakov Ben-Haim sekitar tahun 1980.Teori ini mengatakan apabila manusia tidak diberikan jawapan, mereka resah gelisah.Lalu mereka mencari-cari penyelesaian.Dalam erti kata lain, teori ini menyebakan pelanggan rasa ingin tahu.Perhatikan video ini (andai nak tonton video boleh klik gambar):

    customer coma

    Derek Halpern menulis, “The Customer Coma..”.Secara automatiknya kita akan tertanya-tanya apa maksudnya?Kemudian dia besarkan lagi jurang informasi. Dia beritahu “#1 Sales Killer” tapi dia tidak nyatakan apa dia.

    Semakin besar jurang informasi, rasa ingin tahu makin tinggi.Kemudian ada pula bukti sosial.Video ini sudah ditonton 17,462 kali!

    Agak-agak ada yang tonton?

    Saya tunjukkan satu lagi contoh.Artikel ini adalah dari TheVocket.

    Cuba teka berapakah jumlah shares artikel ini?

    post viral the vocket

    Artikel ini merupakan artikel paling viral di TheVocket untuk tahun lepas.Artikel ini mendapat 237,500 shares di Facebook.

    total shares

    Tajuknya menyebut inilah “6 Jadual Makan dan Diet Saya…”.Tapi sekali lagi tidak dinyatakan apakah 6 jadual itu.

    Andai mahu tahu, kena klik dan baca artikel.(p/s: Ada yang sudah Google artikel ini? Hehe)

    APLIKASI

    Kunci trigger ini adalah mencetuskan rasa ingin tahu.Buka jurang informasi.Apabila jurang informasi dibuka, manusia dahaga.Apabila dahaga mereka akan terdorong melakukan tindakan.Dalam contoh di atas, saya tunjukkan penggunaan jurang informasi dalam headline.

    Penggunaannya tidak terhad di situ saja.Dalam artikel ini pun banyak menggunakan jurang informasi.Bagi mendorong anda baca sehingga ke ayat ini. (hehe)

    ​Satu perkara penting.Jurang informasi apabila disalahgunakan berpotensi menyebabkan hype.

    Apabila ada unsur hype, pengguna masih akan tekan.Cuma sekali tekan saja. Selepas itu mereka tidak akan masuk lagi.Sudah kena senarai hitamkan (blacklist).Saya tunjukkan satu lagi contoh.Ramit Sethi menghantar email.

    ramit sethi email

    Dia tulis “This is not the email you’re expecting”.Secara automatik saya berkata, “Email macam mana ya..hmm”.

    Lalu saya klik dan baca.

    #7: SIAPA SEKUFU

    Pernah tak anda menonton video di Youtube kerana melihat jumlah viewers yang banyak?Kenapa?Pada jumlah viewers itu ada bukti sosial.Ianya seolah-olah memberitahu, video ini menarik sebab itu ramai yang tonton.Disebabkan ingin menjadi sebahagian daripada penonton video menarik itu, maka kita menonton juga video itu.Ada juga yang tekan butang trending.Trending ertinya apa yang paling hangat di pasaran.Kenapa mahu tengok apa yang trending?

    trending

    Manusia adalah social creature.Makhluk yang perlu berhubung.Apabila perlu berhubung, kita akan memilih siapakah yang mahu dihubungi.Atas sebab ini, kita cenderung memilih untuk berhubung dengan mereka yang ada banyak persamaan.Bayangkan begini.Dalam satu kelas. Tanya orang sebelah.“Kamu dari mana?”“Kawe dari Kelate”“Hok aloh..samolah kito. Kawe pun Kelate jugok”.

    Manusia cenderung memilih untuk berhubung dengan mereka yang ada banyak persamaan @mrwanyusof

    Click to Tweet

    Biasa alami situasi begini?Tiba-tiba orang yang tidak pernah dikenali jadi macam kawan karib. Hanya kerana sama negeri.Bayangkan pula apabila orang Sabah dan orang Perak berjumpa di London.“Kamu dari Malaysia?”.“Ya”.“Wah sama kita bah”.

    APLIKASI

    Apabila pelanggan mempunyai persamaan dengan produk anda, mereka rasa sekufu.Sekufu ertinya sama, sependapat, sepakat.Rasa sekufu ini dicetuskan menerusi cerita.Contohnya cerita pengalaman pelanggan yang telah guna produk itu (testimonial).

    Apabila ada testimonial yang kena sejibik macam masalah pelanggan, mereka akan terus beli.Mereka sudah jumpa rakan sekufu!Selain itu, rasa sama ini juga boleh dibentuk dari masa ke masa menerusi konten yang dikongsi secara konsisten.Apabila saya konsisten menulis berkaitan SEO dan Content Marketing, saya mula mengumpulkan mereka yang sekufu.Followers saya terdiri daripada mereka yang minat dua topik ini.Seth Godin menyebut istilah ini sebagai Tribe Marketing.

    #8: AUTORITI & KREDIBILITI

    Satu ketika tersebar satu mesej di Whatsapp.Dari Kementerian Dalam Negeri!Mesej ini mengatakan kesemua perbualan telefon kita direkodkan.Seterusnya diberikan cara untuk semak.

    kementerian dalam negeri

    Mesej ini tular.Dari satu group wassap sebelah ke satu lagi group sebelah.

    Mesej ini adalah mesej palsu.Mesej ini adalah mesej yang sama sejak tahun 2015!Namun apa yang menarik perhatian adalah kenapa orang sangat mudah percaya?Autoriti!Biarpun mesej ini tidak tahu siapa yang tulis, pernyataan “Kementerian Dalam Negeri” sudah cukup menjentik butang share dan forward.Dalam kes autoriti, kebanyakkan penyebar tidak menyiasat dengan terperinci pun sama ada mesej itu benar atau tidak.Yang penting sumbernya “dipercayai”.

    APLIKASI

    Autoriti adalah sebahagian daripada bukti sosial.Ianya mendorong meyakinkan pelanggan bahawa produk itu berjaya dan dipercayai.Max Weber, seorang ahli sosiologi membahagikan autoriti kepada tiga peringkat.

    Rasionalautoriti ini didapati secara rasmi menerusi lantikan, undian, agensi kerajaan, pihak berkuasa. Contoh adalah seperti Kementerian Dalam Negeri.Tradisional autoriti ini diperolehi daripada mengetuai kumpulan atau organisasi sosial. Contohnya Imam, Raja, Pakar, Sifu.Karismaautoriti ini terhasil daripada contoh yang ditunjukkan oleh seseorang itu. Walk the talk. Contohnya Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (baca Al-Fatihah).

    Autoriti mempunyai pengaruh yang sangat luar biasa pada manusia.Saya tunjukkan beberapa contoh penggunaan autoriti di tempat-tempat lain.

    • checkGelaran (Datuk, Dr, Profesor, YAB)
    • checkAs Seen On
    • checkSenarai Sijil Produk (Halal, GMP,)
    • checkSenarai Anugerah
    • checkJumlah Pelanggan (sudah 100000 orang menggunakannya)
    • checkTestimonial dari pelanggan lain
    • checkRekomendasi dari pihak berautoriti

    “Adakah autoriti menipu?”

    Andai kata autoriti itu dibuat-buat, sah menipu.Andai kata autoriti itu memang diterima secara telus, maka ini adalah kelebihan yang dimiliki.

    Dari kaca mata pengguna, autoriti boleh menjadi panduan pembelian. Sama ada produk itu dipercayai atau tidak.

    Dalam masa yang sama, berikan penelitian. Berhati-hati dengan autoriti ciptaan sendiri (palsu).

    #9: EDISI TERHAD

    Jam 10 malam semalam saya melintasi Subway.“Mak oi panjang giler orang beratur! Biasa tak macam ini?”Saya buka Subway Malaysia.Rupa-rupanya ada tawaran istimewa hari ini.Percuma 1 Sub.Dan tawaran ini hanya sah SEHARI saja.

    scarcity subway

    Percuma + Terhad = Meletup!Apabila sesuatu itu terhad, pelanggan akan memberikan nilai yang lebih kepada produk.Satu eksperimen dilakukan oleh Stephen Worchel, Jerry Lee, dan Akanbi Adewole.

    eksperimen rating

    Setiap peserta diminta memberikan rating kepada biskut coklat.Mereka dibahagikan kepada dua kumpulan.

    Kumpulan PertamaAmbil biskut dari sebuah balang. Dalam balang itu ada 10 biskut coklat cip.Kumpulan KeduaAmbil biskut itu dari sebuah balang. Cuma dalam balang kumpulan ini hanya ada 2 biskut coklat cip.

    Biskut dalam kedua-dua balang adalah sama hanya kuantiti berbeza.

    “Apa hasilnya?”

    Kumpulan kedua memberikan rating yang lebih tinggi kepada biskut coklat cip berbanding kumpulan satu.Walaupun biskutnya sama.

    “Kenapa?”

    APLIKASI

    Eksperimen di atas beritahu, “Apabila sesuatu itu dilihat sedikit, manusia lebih menghargai”.

    Dalam erti kata lain, elemen ini adalah elemen terhad.Elemen terhad acap kali diguna pakai dalam menggerakan pelanggan supaya ambil tindakan.

    Elemen terhad ini biasanya hadir dalam tiga bentuk,

    • checkTerhad Masa
    • checkTerhad Bilangan
    • checkTerhad Harga

    Satu perkara penting dalam menggunakan elemen terhad ini adalah bersikap jujur.Ada penjual yang mengatakan harga diskaun untuk 10 orang pertama.Tapi apabila orang ke 21 beli, harga masih lagi sama.

    Kejujuran penjual sebetulnya adalah aset paling bernilai.

    “Kenapa dan bagaimana?”Saya terangkan dalam teknik terakhir ini.

    #10: KEPERCAYAAN & PENGULANGAN

    Lakukan eksperimen mudah ini dengan kawan sebelah.Tanya mereka.Senaraikan 3 minuman berkarbonat pilihan?Senaraikan 3 restoran fast food pilihan?Saya pasti Coke, Pepsi, McDonald, KFC (warna tulisan sengaja dipudarkan) akan ada dalam senarai.“Kenapa?”Produk ini sering diulang tayang.Mereka ada di mana-mana.Dalam erti kata lain, produk ini kesemuanya terlalu kerap diulang sehingga ianya melekat dalam kepala.Apabila terlalu kerap diulang, produk ini akan jadi produk pertama muncul dalam kepala.(First in mind)Apabila sudah jadi pertama muncul dalam kepala, peluang untuk produk ini dibeli sangat tinggi.Kesan seterusnya daripada pengulangan adalah kepercayaan.Cuba ingat kembali.Apakah produk yang dulunya kita pandang sinis, tapi disebabkan sering nampak, akhirnya cuba.Silap haribulan jadi pelanggan setia.

    APLIKASI

    Berapa kalikah produk anda sudah diulang tayang kepada pelanggan?Menurut SalesForce,pelanggan memerlukan sekurang-kurang 6 hingga 8 sentuhan sebelum buat pembelian.

    Menurut kajian Top 100 Marketing Influencers, Gary Vaynerchuk berada di kedudukan paling atas. Beliau mempunyai capaian media sosialnya sehingga 132.4 juta orang.Dan Gary ada di mana-mana touchpoints!

    gary vaynerchuk

    Selain daripada pengulangan iklan, reka sistem follow-up.Ada orang rasa malu nak tanya banyak kali.Takut pelanggan menyampah.Bagi yang nak beli, mereka suka ditanya.Bagi yang tidak mahu beli, mereka serabut ditanya.Fokus pada yang nak beli.Hasil daripada follow-up akan membolehkan kita mengasingkan dua kelompok ini.

    Follow-up merupakan satu proses pengulangan (touchpoint).

    Pengulangan boleh juga dihantar dalam bentuk email.Kita berkongsi tips dan informasi.Kuncinya makin kerap jenama atau produk diingati, makin tinggi peluang dibeli.

    Boleh boleh?

    KESIMPULAN

    Ilmu psikologi bagaimana pelanggan membeli adalah ilmu yang menarik untuk ditekuni.

    Perhatikan di sekeliling dan lihat apa yang kita boleh belajar.Kemudian cuba amal. Rasa keberkesanannya.

    Ada tak lagi faktor-faktor yang mempengaruhi psikologi pelanggan membeli yang saya tidak sebutkan?

    Boleh kongsikan? Komen di bawah ya =)

    p/s: Apa pendapat anda tentang artikel ini? Berbaloi dibaca? Bantu saya untuk sebarkan artikel ini. Share dengan kawan-kawan ya.

    KLIK UNTUK SHARE0

  • Google Search Console: Panduan Lengkap & Strategi CTR 2X

    Google Search Console: Panduan Lengkap & Strategi CTR 2X

    Google Search Console merupakan tool percuma yang diberi oleh Google.Fungsinya sangat berbaloi ditekuni.Malah terus terang saya katakan, tool ini lebih padu berbanding Google Analytics.Saya akan terangkan asas Google Search Console.Dan bagaimana anda boleh manfaatkan tool ini.Supaya website lebih senang muncul di Google.Strategi dan taktiknya di bawah.Mulakan sekarang.

    Kandungan Pantas (Boleh klik)1. Apa Itu Google Search Console2. Kenapa Nak Guna Google Search Console3. Cara Install Google Search Console4. Perkara Asas Yang Utama5. Strategi Google Search Console5.1 Tukar Title Tag5.2 Tukar Meta Description5.3 Submit Sitemap5.4 Fetch As Google6. Kesimpulan

    1. Apa Itu Google Search Console

    Google Search Console merupakan satu servis percuma yang diberikan oleh Google. Fungsinya untuk memantau perkembangan website di Google. Google Search Console bertindak sebagai alat penghubung.

    apa itu google search console

    Itu definisi buku (baca: Google).Senang cerita.Google Search Console adalah messenger antara website dengan Google.Apabila Google kesan website kita ada masalah, Google akan hubungi webmaster menerusi Google Search Console.Dulunya GSC dikenali sebagai Google Webmaster Tools.Mana-mana namapun tidak kisah.Asalkan kita tahu fungsi dan cara menggunakannya.

    “Kenapa nak guna Google Search Console?”

    2. Kenapa Nak Guna Google Search Console

    Gold!Emas!Google Search Console menyimpan maklumat-maklumat yang kita cari selama ini.Fungsi Google Search Console boleh dipecahkan kepada dua kategori utama.

    1. Berhubung dengan Google dan memantau perkembangan website

    • checkMenerusi GSC, pemilik website akan dapat melihat sama ada Google dapat akses website atau tidak.
    • checkAdakah website ada masalah?
    • checkMemaklumkan kepada Google perubahan website.
    • checkMelihat dan memantau malware atau spam

    2. Memantau perkembangan website dan kata kunci berpotensi

    • checkMelihat kedudukan website bagi kata kunci tertentu.
    • checkMelihat jumlah clicks, impressions, CTR.
    • checkMelihat external link/backlink.
    • checkMelihat prestasi website di paparan smartfon.
    • checkMelihat kedudukan website di Google.

    3. Cara Install Google Search Console

    Bagi pengguna wordpress, ada dua plugin yang boleh digunakan.Yoast SEO atau All in One SEO.Di dalam video ini saya terangkan bagaimana menggunakan fungsi ini.

    Cara aktifkan Google Search Console menerusi Yoast SEO.

    Cara aktifkan Google Search Console menggunakan All in One SEO.

    4. Perkara Asas Yang Utama

    Sekarang kita akan mulakan dengan asas.Ini adalah istilah-istilah yang akan digunakan.Supaya anda faham maksud dan tujuan.Log masuk ke Google Search Console.Lihat menu di sebelah kiri.Klik Search Traffic.

    gsc search traffic

    Sekarang kita akan lihat istilah penting satu persatu.

    apa itu clicks

    Clicks = Berapakah jumlah klik yang website dapat apabila muncul di hasil carian Google.

    apa itu impressions

    Impressions = Berapa kalikah audien melihat website anda di hasil carian Google.

    apa itu ctr

    CTR = Berapa kalikah website anda di-klik oleh pelawat. Nilainya diberi dalam bentuk percentage.

    apa itu position

    Position = Kedudukan website di hasil carian Google.

    apa itu queries

    Queries = Memaparkan perkataan-perkataan yang dicari oleh audien yang membawa mereka masuk ke website.

    apa itu pages

    Pages = Menunjukkan senarai pages/post yang muncul di hasil carian Google.

    apa itu countries

    Countries = Menunjukkan dari mana audien datang.

    apa itu devices

    Devices = Menunjukkan peranti mana yang digunakan dalam melayari website.

    apa itu search types

    ​Search Type = Memaparkan jenis-jenis carian yang dibuat seperti web search, video, image dan sebagainya.

    Sekarang kita masuk ke topik penting.Bagaimana menggunakan maklumat ini bagi meningkatkan pengunjung ke website?

    5. Strategi Google Search Console

    Bagi tujuan ini, saya akan gunakan satu kes studi.Bagaimana saya melakukan optimisasi untuk artikel Cara Melombong Bitcoin.

    Pertama tandakan pada Clicks, Impressions dan CTR (andai nak tandakan position pun boleh).Pastikan Queries juga ditandakan.

    strategi google search console

    Lihat senarai queries yang dipaparkan.Fokus pada queries yang relevan yang tinggi Impressions tetapi CTR-nya rendah.Query begini maksudnya muncul banyak kali tapi tidak mendapat klik dari pengguna.

    senarai queries

    Dalam kes ini saya dapati pada queries “bitcoin malaysia, bitcoin mining malaysia, cara mining” , artikel muncul di Google tetapi tidak dapat klik.Jadi apa saya buat?

    5.1 Tukar Title Tag

    Perhatikan hasil carian di halaman pertama.Lihat adwords.

    adwords bitcoin

    Catat perkataan yang berkemungkinan mendorong kepada CTR yang tinggi.Kemudian lihat pula hasil carian organik.Ulang buat proses yang sama.

    organic bitcoins

    Jadi ubah suai Title Tag mirip 3 hasil carian teratas ini.Contohnya:Cara Melombong Bitcoin Malaysia- Panduan LengkapCara Melombong Bitcoin dan RIG TerbaikPanduan Melombong Bitcoin Selamat

    Kemudian ikuti langkah seterusnya pula.

    5.2 Tukar Meta Description

    Sama konsep seperti title tag.Dalam kes ini ubah suai meta description supaya audien nak klik.Di dalam meta description masukkan perkataan memujuk atau mendorong.Dalam Bahasa Inggeris disebut sebagai persuasive words.

    SENARAI PERKATAAN MEMUJUK (PERSUASIVE WORDS)

    • checkYou
    • checkFree
    • checkBecause
    • checkDiscount
    • checkInstantly
    • checkNew
    • checkTerbaru
    • checkTerkini

    Lihat topik Bucket Brigade pada artikel ini: Cara Tulis Artikel

    Satu perkara penting dalam memilih perkataan mendorong.Pemilihan perkataan ini bergantung kepada niche masing-masing.Kuncinya adalah supaya audien nak klik apabila baca.

    Seterusnya kita akan gunakan fungsi Crawl pada Google Search Console.

    fungsi crawl

    5.3 Submit Sitemap

    Sitemap ini macam peta.Google gunakan maklumat pada sitemap untuk melihat struktur website.Apabila kita submit sitemap kepada Google, kerja robotnya bertambah mudah.Robot Google boleh masuk website dengan lebih efektif.

    google baca sitemap

    Cara Google baca sitemap

    Sitemap ada dua jenis.Format HTML dan XML.Google hanya kisah format XML.Bagi mencipta sitemap format XML, aktifkan fungsi ini pada plugin Yoast atau All in One SEO.

    Klik enabled pada Yoast SEO.

    enable yoast sitemap

    Klik activate pada All in One SEO (gunakan salah satu plugin sahaja)

    enable all in one seo sitemap

    Kemudian pergi ke Google Search Console.Klik Crawl. Pilih Sitemaps.

    pilih sitemaps

    ​Klik butang Add/Test Sitemap.Masukkan nama website di situ.Klik Submit Sitemap.

    sitemap xml google

    Sekarang kita lihat teknik terakhir.Teknik ini dipanggil Teknik Memanggil Google.

    5.4 Fetch As Google

    Apabila buat perubahan drastik pada website, cara termudah untuk beritahu Google adalah menerusi Google Search Console.Cara ini lebih pasti kerana dilakukan secara manual.(kita sendiri yang beritahu Google)Andai kata tidak beritahu menerusi kaedah ini, tidak mengapa.Google masih boleh kesan.Cuma untuk lebih pasti, elok beritahu terus Google.Bagi melakukan proses Fetching, pergi ke Google Search Console.Klik Fetch as Google.

    fetch as google

    Andai kata mahu Google fetch website utama, terus klik Fetch.Andai kata mahu Google fetch page dalam website, masukkan alamat penuh page itu dan klik Fetch.

    fetch as google 2

    6. Kesimpulan

    Sebelum tamatkan panduan ini, saya mahu buat rumusan.Bagaimana menaikkan jumlah pengunjung website menggunakan Google Search Console.

    Kita buat kira-kira sikit.

    teori impressions

    Dari data di atas,Jumlah Clicks = 96Jumlah Impressions = 1264Jumlah CTR = 7.59%

    Andai kata saya dapat tingkatkan CTR 2x kali ganda,Anggaran CTR = 14.59%

    Saya akan dapat Clicks 2x ganda.Anggaran Clicks = 192

    Ini bererti saya mendapat tambahan 192 pengunjung baru ke website. (andaian: setiap klik tambahan adalah pelawat baru)

    “Bagaimana menggandakan CTR?”

    Itulah yang diterangkan di atas =)

    p/s: Apa pendapat anda tentang artikel ini? Berbaloi dibaca? Bantu saya untuk sebarkan artikel ini. Share dengan kawan-kawan ya.

    Klik Sini Untuk Share0