folder Filed in SEO
Apa itu SEO?
By Wan Yusof Wan Jeffery comment 2 Comments access_time 1 min read

40,000 carian dibuat setiap saat di Google. Lebih 3.5 billion carian dibuat dalam masa sehari. Bayangkan jumlah carian yang dibuat dalam masa setahun? Google mesti memiliki teknologi terkini. Supaya dapat memberikan keputusan yang relevan kepada pengguna.

Apabila kita membuat carian, kita dapat hasil carian. Sebagai contoh, hasil carian kata kunci “Wan Yusof”:

Hasil Carian Wan Yusof Wan Jeffery

Hasil carian Google disusun. Ada kedudukan nombor 1 sampai nombor 10. Kemudian ada halaman kedua. Halaman ini juga ada sepuluh hasil carian. Begitulah seterusnya sampai habis data yang ada dalam Google.

jumlah page Google

Kenapa Ada Yang Dapat No 1?

Apakah yang menentukan website itu berada di nombor 1 atau nombor 10? Jawapannya Search Engine Optimization (SEO). Ianya adalah satu proses website kita berkawan dengan Google. Apabila berkawan rapat, Google akan meletakkan website kita dalam hasil carian teratas.

google best practice

Google sangat patuh pada polisi. Matlamat Google adalah memberikan hasil carian yang terbaik. Website kita ingin berkawan dengan Google. Website kita mesti patuh pada polisi Google. Barulah website itu diterima. Polisi dan teknik ini akan dikupas satu persatu.

Bagaimana Nak Dapat No 1

SEO adalah satu proses. Ada elemen sains, seni dan masa. Kedudukan nombor 1 bergantung pada persaingan. Apabila tidak ada persaingan, kita boleh naik ke tempat teratas secepat 24 jam. Apabila ada persaingan sengit, tempoh masanya tidak menentu.

Andainya anda baru nak bermula dalam SEO, mulakan dengan membaca Panduan SEO Untuk Bisnes Baru. Artikel ini ditulis untuk anda memahami SEO langkah demi langkah.

asas seo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Cancel Post Comment