folder Filed in SEO
Cara Tulis Artikel SEO: 8 Teknik Praktikal Mempengaruhi RankBrain
By Wan Yusof Wan Jeffery comment 42 Comments access_time 9 min read

Dalam artikel ini saya akan dedahkan 8 Teknik Tulis Artikel Bagi Meningkatkan Masa Pembaca di Website.
Supaya mereka tidak lari keluar.
Malah mereka ulang baca dan ulang tiba.

Masa pelawat di artikel On Page SEO puratanya 5 minit 44 saat.

Masa pelawat di artikel On Page SEO puratanya 5 minit 44 saat.

Kesemua teknik sudah saya cuba.
Berkesan dan menjadi.

Teknik tulis artikel ini tidak memerlukan sebarang tools yang pelik dan ajaib.

Sekarang saya perturunkan kepada anda.

Kita mulakan sekarang.

Teknik Website Kurus

Mari kita buat eksperimen.
Selepas eksperimen ini anda akan terus faham apa maksudnya.

Baca ayat 1 dan ayat 2.

Ayat 1:
Hari ini hari Ahad

Ayat 2:
Menurut akhbar, hari ini merupakan hari yang pertama dalam minggu ini, iaitu hari Ahad.

Manakah yang lebih mudah dibaca?
A atau B.

"A"

Yesza.

Apabila kita membaca, kita baca dari kiri ke kanan.
Mata kita bergerak dari kiri ke kanan. Satu persatu.

pergerakan mata pembaca

Apabila ayat pendek seperti dalam contoh A, mata kita suka.
Senang membaca, tidak penat.

Berbeza apabila contoh B ditunjukkan. Mata kita bekerja keras.
Dan dalam contoh B, saya hanya tunjukkan satu ayat pendek.
Bagaimana dengan ayat di bawah ini?

Link memunyai gred yang tersendiri. Kualiti link ditentukan oleh Autoriti dan Kredibiliti. Link yang berkualiti dikira sebagai buah mulut yang positif. Sebagai contoh, jika artikel anda dikeluarkan oleh Berita Harian, maka link itu dikira berkualiti kerana website Berita Harian adalah website yang berautoriti dan berkredibiliti dalam industri penulisan.

Jadi jika website anda mendapat ‘referral link’ dari Berita Harian, ranking website anda akan naik. Tetapi jika link itu datang dari website NtahApaApaNtah, link itu dikira lemah dan tidak berkualiti jadi kesannya tidak seberapa. Lebih malang lagi jika link anda datang daripada website spam, maka anda ada potensi untuk dikenakan penalti.

"Berapa ramai yang baca contoh di atas?"
Tak laratkan.

Jadi teknik pertama, kuruskan lebar website
Kelebaran optimum adalah 400-700 pixels.

Lihat website Neil Patel. Lebarnya adalah 700 pixels.

lebar website neil patel

Lebar website NeilPatel.com adalah 700 pixels

Dan ini pula website Appsumo.
Lebar websitenya hanya 570 pixels.

lebar appsumo

Lebar website Appsumo hanya 570 pixels.

Bagaimana Nak Kuruskan Website?

Proses ini berbeza mengikut theme yang digunakan.
Jadi saya tak dapat nak tunjuk langkah demi langkah.

Cuma andai tak dapat kuruskan lebar website, jangan bimbang.

Guna trik kedua.

Teknik Bukit Bukau

Sekarang kita akan lakukan sedikit aktiviti.

Lihat teks C dan D.
Baca C dahulu.

teks c

Seterusnya baca teks ini.

teks d

Sudah?

Sekarang, bayangkan begini.
Letakkan noktah pada awal ayat dan setiap hujung ayat.
Kemudian bina satu garisan yang menyambungkan noktah itu.

teknik bangunan

Sekarang ulang buat untuk teks D.

teknik bukit bukau

Anda akan dapati di teks C, satu bangunan terbentuk.
Manakala di teks D, ada bukit bukau.

Apa kesannya?

perbandingan teknik bukit bukau dan teknik bangunan

Apabila audien baca teks C, lama kelamaan mata audien penat.
Ttulisan jenis teks C cenderung jadi panjang. Meleret-leret.
Dan membosankan.

"Kenapa bosan?"

Sebab susunannya sama.
Apabila sesuatu itu sama saja, manusia cepat bosan.

Berbeza di teks D.
Hujungnya berbeza-beza noktah.
Lalu pattern-nya juga berubah-rubah.
Secara diam-diam, audien jadi seronok membaca artikel.

"Erm...ada satu perkara saya nak beritahu"

Anda sudah baca sampai ke sini.
Tahniah.
Artikel ini ditulis menggunakan Teknik Bukit Bukau.

Menarik?

Lagi menarik teknik seterusnya.
Gabungkan teknik Bukit Bukau dengan teknik ketiga.

Teknik SLS

Apakah beza paparan website di smartfon berbanding laptop?

"Saiz skrin"

Saiz skrin smartfon biasanya dalam 4 hingga 5 inci lebar.
Tidak besar.
Ditambah lagi dengan pancaran biru.
Pancaran biru ini secara senyap-senyap buatkan mata manusia sakit.

blue light dari smartfon

Pancaran cahaya biru dari smartfon (kredit gambar: all.theglobalpoint.com)

Jadi makin banyak teks dalam satu paparan,
Makin perit mata menahan.

Bagi mengatasi masalah ini, wujudkan ruang antara baris.
Begini nampak lapang.
Senang memandang.

Teknik ini dipanggil Teknik SLS.
Teknik Single Line Spacing.

Lihat contoh dari DigitalMarketer.
Ada ruang (line spacing) antara perenggan dengan perenggan.

teknik sls

Bagaimana Nak Buat Teknik SLS

Buka wordpress macam biasa.
Klik New Post.
Masukkan konten artikel seperti biasa.

Pada perenggan yang ingin dijarakkan tekan enter pada keyboard.
Siap.

teknik single line spacing

Bagi sesetengah theme, developer ada menyediakan fungsi ini pada ruang menu.
Jadi boleh juga gunakan fungsi yang telah disediakan.

Sekarang kita ke teknik keempat.

Sebelum itu saya terangkan sedikit.
Majoriti pembaca blog bermula sebagai scanners.

Mereka scan (lompat) dahulu ke hujung artikel.
Kemudian mereka buat keputusan.
Nak baca atau tidak baca.

Bagaimana nak tukar scanners kepada readers?

Teknik Re-Engage

Cerita, Filem sangat digemari orang.
Terutamanya action-packed movie.

Apa beza action-packed movie berbanding dengan movie biasa?

Action-packed movie menampilkan aksi-aksi menarik dan luar biasa.
Mereka menonjolkan aksi-aksi dengan menukar angle kamera.

Ini dalam cerita.
Boleh tukar-tukar angle kamera.

Bagaimana nak tukar angle menerusi artikel?

1. Subheadline

Cipta subheadline.
Subheadline biasanya bersaiz besar dan warnanya terang berbanding tulisan konten.

Subheadline akan terus menangkap perhatian audien.
Jadi mereka akan berhenti seketika.
Untuk baca dan lihat apa yang tersedia.

Sebagai contoh, artikel dari ViperChill biasanya sangat terperinci.
Sehingga boleh cecah 30 minit untuk habiskan satu artikel.
Bagi mengekalkan perhatian pembaca, artikelnya dipecahkan kepada subheadline.

artikel viperchill

2. Divider

Apabila divider digunakan, ianya memberi isyarat, konten di bawah adalah konten baharu.
Apabila konten baharu, audien mahu tahu.

Perhatikan ini.
Artikel di blog Brian Dean biasanya mengandungi 4000 patah perkataan.
Sangat panjang!

Jadi bagi mengekalkan mata pembaca, Brian Dean menggunakan divider.

Divider boleh dilakukan menerusi ikon, warna, teks atau kombinasi antara beberapa elemen.

divider brian dean

3. Gambar

Kajian dari Nielsen Norman Group mengatakan mata audien hampir 100% akan ​​melekat pada gambar. Terutamanya apabila gambar itu relevan dan kena dengan mesej.

kepentingan gambar

Gambar semacam gam.
Menangkap perhatian.

Menurut Blog Pros, gambar yang paling diminati pembaca adalah gambar lukisan tangan (hand-drawn).

Ini adalah contoh hand-drawn image yang dihasilkan oleh Shane Melaugh, pengasas Thrive Themes dalam blog beliau (ActiveGrowth).

Contoh hand-drawn image dari ActiveGrowth.com

Contoh hand-drawn image dari ActiveGrowth.com

4. Content Upgrade

Saya ada menulis satu artikel khas yang menerangkan 13 Jenis Content Upgrade dan bagaimana menciptanya.

Content Upgrade fungsinya lebih kepada mendapatkan data.

Namun ianya juga boleh digunakan untuk re-engage audien.
Ini adalah conton Content Upgrade yang saya aplikasikan dalam artikel 13 Teknik Mudah On-Page SEO.

contoh content upgrade

Contoh Content Upgrade dalam artikel On Page SEO.

Alternatif kepada Teknik Re-Engage adalah Teknik Listikel.
Teknik ini merupakan teknik yang digunakan Wikipedia.

Teknik Listikel

Sekarang mari kita ulang ingat apa teknik-teknik yang sudah anda dapat.

  • check
    Teknik Website Kurus
  • check
    Teknik Bukit Bukau
  • check
    Teknik SLS
  • check
    Teknik Re-Engage
  • check
    Teknik Listikel
  • check
    Teknik T__________
  • check
    Teknik P__________
  • check
    Teknik S__________

Apa itu Teknik Listikel?

Teknik ini menggunakan bullet list bagi memudahkan mata menangkap poin-poin.
Malah list memberi isyarat seolah-olah ini poin penting.

Apabila pengguna skroll ke bawah dan mereka jumpa list,
Pengguna cenderung untuk berhenti seketika.
Mereka mahu lihat list apa.

Teknik Listikel dari Wikipedia.

Teknik Listikel dari Wikipedia.

Bagaimana Mahu Buat List?

Ada dua cara.
Cara pertama masukkan konten ke dalam ruang editor.
Highlightkan bahagian yang ingin dijadikan list.
Kemudian klik ikon bulleted list.

cara buat bullet list

Cara kedua pula spesifik kepada theme yang digunakan.
Sebagai contoh, Thrive Themes menyediakan setting khas bagi mencipta list seperti yang anda lihat di atas tadi.

thrive list

Contoh setting untuk cipta list guna Thrive Architect.

List sangat digemari oleh scanners.
Ada perasaan 'jimat masa' apabila membaca list berbanding membaca artikel teknik bangunan.

Jadi teknik listikel akan menyebabkan scanners bertukar jadi readers.

Kita sudah hampir ke penghujung.
Teknik seterusnya adalah Teknik T_____________.

Teknik Typhography

Ini adalah satu daripada 7 perkara kecil yang pemilik website sering terlepas pandang.

Font beri kesan kepada audien.
Kesilapan memilih font yang salah menyebabkan audien lari keluar.

Font ada dua jenis yang utama:

  • edit
    Jenis Serif
  • edit
    Jenis Sans-Serif

Menurut kajian, font jenis serif lebih senang dibaca dalam media bercetak.
Manakala font jenis sans-serif lebih mesra digital.

Jadi gunakan font jenis sans-serif.

serif-san-serif

Beza serif dan sans-serif (kredit gambar: maconprinting.com)

Bagaimana Mahu Tukar Font?

Di wordpress, pergi menu Appearance dan klik Theme.
Kemudian klik Customize.

Cari tab Font.
Dan pilih font yang mahu digunakan.

tukar font

Bagi memilih font, saya cadangkan guna fontpair.co.
Website ini memberikan cadangan kombinasi font yang sesuai.

pilih kombinasi font
kombinasi font 2

Seterusnya saiz font.
Ini sangat kritikal.
Kerana majoriti pengguna hari ini membaca menerusi smartfon.

Saiz font yang terlalu kecil menyebabkan mereka sakit mata.
Lalu mereka keluar.

Saiz optimum yang dicadangkan adalah 16 px hingga 20 px.
Saiz font ini boleh diubah menggunakan kaedah yang sama seperti mahu menukar jenis font.

Baik.

Saya sudah dedahkan 6 teknik menulis artikel.
Supaya pembaca akan baca sampai habis.

Sekarang saya persembahkan satu lagi teknik yang mencipta revolusi kepada website ini.

Apabila saya menggunakan teknik ini, jumlah shares artikel meningkat berganda-ganda.

Perkenalkan...

Teknik Perbualan

"Perbualan?"
"Maksudnya?"

Ya. Perbualan. Dialog. Percakapan.

Teknik ini tidak ada sembunyi apa-apa.
Saya menulis dengan membayangkan anda ada di hadapan.
Jadi gaya penulisan yang digunakan adalah gaya percakapan.

Bagaimana anda bercakap,
begitulah anda menulis ayat.
Straight forward.

Apabila kita menulis dalam bahasa bercakap, pembaca rasa sangat dekat.
Mereka rasa macam kita berada di sisi.

Teknik Perbualan ini biarpun nampak biasa, kesannya luar biasa.
Terutama apabila digabung dengan teknik terakhir.

Teknik Inkuiri Penemuan

Teknik ini Cikgu Sejarah Tingkatan 3 yang ajar.
Punca perkembangan zaman renaissance.

Cikgu beritahu, “Zaman Renaissance merupakan zaman kebangkitan bangsa Eropah. Pada zaman ini manusia mempunyai rasa ingin tahu yang luar biasa”.

Apabila tercetus rasa ingin tahu,
Mereka terdorong untuk klik.
Mereka terdorong untuk baca.

Rasa ingin tahu ini boleh dicetuskan menerusi:

1. Headline atau Subheadline

Perhatikan subheadline dari blog Backlinko.
Setiap subheadline-nya mendorong pembaca untuk baca.
Kita mahu tahu apa yang dia tulis.

backlinko

2. Bucket Brigade

Pernah tengok cerita bersiri?
Apa yang berlaku dihujungnya?

Ada perkataan "bersambung..."

Secara psikologi, penonton ternanti-nanti episod seterusnya.
Jadi kita boleh guna teknik yang sama.
Bahagikan artikel kepada beberapa siri.

Atau gunakan bucket brigade.

Bucket brigade adalah perkataan mendorong.
Perkataan ini semacam memberikan pembayang apa yang ingin diceritakan seterusnya.
Lalu pembaca nak baca lagi, nak baca lagi dan nak baca lagi.

Sepanjang artikel ini saya banyak menggunakan bucket brigades. Antaranya:

  • Sekarang saya...
  • Ada 1 saja lagi yang terakhir...
  • Saya panggil teknik ini sebagai...
  • Perkenalkan...
  • Seterusnya...

Kesimpulan

Ada satu soalan cepu mas.
Mengapa penting sangat pembaca baca sampai habis?

Apabila pembaca baca artikel sampai habis, kesannya pada tiga perkara:

  • dashboard
    Masa pembaca berada di website (Average Time on Page)
  • dashboard
    Kadar pembaca lari keluar (Bounce rate)
  • dashboard
    Jumlah page yang dilawati (Pages per visit)

Ketiga-tiga perkara ini adalah indikator website kita disukai pengguna atau tidak.
Apabila website disukai pengguna, ranking website akan mula meningkat naik.

Kajian dari Backlinko mengesahkan teori ini.

Bagaimana masa pelawat di website beri kesan pada ranking (kredit gambar: Backlinko)

Bagaimana masa pelawat di website beri kesan pada ranking (kredit gambar: Backlinko)

Kesimpulannya, pilih teknik mana yang mahu dicuba.
Mula aplikasikan dan lihat sama ada menjadi atau tidak.

SOALAN: Apa Teknik Yang Anda Mahu Cuba Dulu (komen dibawah)?


p/s: Apa pendapat anda tentang artikel ini? Berbaloi dibaca? Bantu saya untuk sebarkan artikel ini. Share dengan kawan-kawan ya.

bagaimana meningkatkan average time spent bagaimana menurunkan bounce rate cara tulis artikel blog cara tulis artikel seo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Cancel Post Comment

  1. bentuk perenggan pun menjadi penyebab juga..menarik..paling risau bila taip panjang2 masih ada bounce rate..kena betulkan gunakan apa yg tuan terangkan mungkin masalah selesai

  2. Saya sendiri baca banyak kali dan cuba kaitan perkongsian dari Dr.Wan, mengapa saya boleh habis baca sampai perenggan ayat terkahir…rasanya saya kena bookmark blog Dr.Wan…terima kasih sudi kongsikan tips-tips premium kepada kami..

  3. perkongsian info yang cukup hebat dan menarik..

    saya baca berulangkali pun tak kisah supaya boleh faham kaw-kaw..

    dah faham senang la nak amal

    terima kasih Dr Wan Yusof

  4. Dalam banyak – banyak artikel yang saya baca minggu ini,

    Artikel ini yang paling berguna dan boleh terus praktikkan.

    Terima Kasih sebab bagi ilmu free.

  5. Saya suka theme dan cara tuan tulis artikel ni ada bold, italic dll. Semua elemen digunakan sebaiknya

    Cara Headline dipresent pun lain – text dalam kotak.

    Menarik!

    Bdw terima kasih untuk content yang sangat bantu untuk perbaiki struktur blog saya.

    Ada sebahagian yang saya dah buat

  6. Perkongsian yang sangat menarik dari tuan..

    Dan teknik-teknik yang tuan kongsikan semua applicable..

    Tertarik dengan teknik bukit bukau..

    Jadi yang itu yang pertama saya cuba..

    Sangat teruja nak mencuba teknik-teknik lain yang tuan konsikan..

    Terima kasih..

  7. Subhanallah, banyak inputnya dari tuan.

    Baru saya faham.

    Sebelum ini guna teknik caca merba.

    Guru saya pernah pesan “ilmu perlu dikongsi, dan tuan berkongsi dengan sangat baik”.

    Selepas ini kena set tulisan san seriff.

    Saya tumpang tinggal jejak, tapi kalau tuan melawat blog saya, jangan digelakkan.

    Lagi satu tuan seorang penulis teknikal yang bagus.

    Ohh… Lupa, ini blog saya
    http://www.mayalacottage.wordpress.com

    Tuan rasa adakah saya patut upgrade .com sahaja.

    Saya tertinggal lagi satu perkara yang saya perlu bagitahu tuan.

    Kalau tuan perasan saya sedang cuba aplikasikan teknik yang tuan ajar.

    Agak-agak betul ke cara saya aplikasikan teknik tuan.

    Terima kasih tuan, semoga Allah rahmati tuan.

  8. Teknik perbualan tu sangat betul tuan.

    Selepas pelbagai blog yang saya research penulisan begitu Sgt mudah pembaca fahami dan hayati.

    Saya akan praktikkan semua ilmu diatas.

    Terima kasih atas ilmu bernilai ini tuan.

  9. Saya suka Teknik Listikel untuk menangkap pembaca scanner, yang guna cada scan bila membaca dengan cepat. Mereka ini menggunakan speed reading. Membaca tanpa menyebut dimulut mahu pun dalam hati tetapi terus digambarkan di otak.

    Tun Mahadhir dikatakan menggunakan cara speed reading ini.

    RankBrain adalah senjata Google untuk mengalahkan spammer dan Black Hat SEO. Nampaknya Google telah berjaya menjinakkan para black hat ini. Banyak nama besar SEO dulu adalah Black Hat atau mereka kata Grey Hat. Antaranya adalah Alex Becker yang terkenal dengan blog PBN-private blog network.
    Ramai follower beliau dah habiskan beribu dolar menggunakan teknik ini dan tiba-tiba Google masukkan Grey hat teknik ini ke dalam senarai Black hat.

    Ramai menangis tidak berbunyi. Saya dah tidak follow lagi Alex Backer ni walaupun Alex Backer ni, selalu bergaya dengan Ferrari kuning.