Blog

  • SEO Lokal: 6 Tip Memasarkan Kedai Offline Secara Online

    SEO Lokal: 6 Tip Memasarkan Kedai Offline Secara Online

    Ada dua perkara menarik tentang bisnes lokal (offline).Pertama, website bisnes lokal lebih mudah untuk muncul di Google berbanding website informasi.Kedua conversion website bisnes lokal lebih tinggi.Saya kongsikan pengalaman sendiri.Satu hari mengidam mahu makan sushi.Dalam fikiran teringat sushi king.Saya pun taip di Google “sushi king”.

    sushi king near me

    Lihat hasil carian yang dipaparkan.Google bukan sekadar rekomen Restoran Sushi King.Paling penting, Google berikan Restoran Sushi King di Kota Bharu (tempat di mana saya tinggal).Lihat betapa tepat dan spesifiknya carian Google untuk bisnes lokal.Cuma…Kelebihan ini akan dimiliki oleh website yang optimized untuk SEO lokal sahaja.

    Dan inilah yang akan saya kongsikan dalam artikel ini.6 Teknik pemasaran bisnes offline secara online.Supaya senang dijumpai pelanggan.

    Ayuh mulakan sekarang.

    1. Daftar Google My Business

    Google My Business merupakan satu initiatif Google.Ruang ini beri peluang untuk bisnes lokal senang dijumpai.“Macam mana Google Business beri kesan?”Saya buat satu carian “kedai komputer Kota Bharu”.

    kedai komputer kota bharu

    Google tidak paparkan hasil carian biasa.Sebaliknya Google tunjukkan peta.

    Dari peta ini, kita diberi pilihan sama ada mahu dapatkan jalan untuk ke kedai itu atau mahu lawat website.

    “Berapa kena bayar untuk muncul di atas?”

    Percuma!

    Sebab itu saya sangat galakkan pemilik bisnes lokal daftar.Dan anda tidak perlu ada website pun untuk daftar di Google Business.Saya ada tulis panduan langkah demi langkah bagaimana mendaftarkan Google Business.

    Sekarang saya nak beritahu satu rahsia.

    Cuba lihat kembali gambar di atas.Kenapa Monaliza boleh berada di kedudukan paling atas?

    Nak tahu jawapannya?

    Teruskan membaca =)

    2. Teknik NAP

    Teknik ini adalah teknik paling senang.Pernah sekali saya terangkan pada kawan.Dia tercengang.Dia kata, “Betul ke macam ni je?”.Saya angguk.Teknik NAP.Teknik ini menekankan cara menulis maklumat bisnes offline di platform online.Susunannya seperti ini.

    TEKNIK NAP

    • Masukkan nama
    • Masukkan alamat
    • Masukkan nombor telefon

    Contoh:Wan YusofPT 2303 Berek 12 Jalan Hospital, 15200 Kota Bharu, Kelantan09-123 4567

    Amalkan teknik ini dalam menulis alamat bisnes di mana-mana.Sama ada di Facebook, Instagram dan semuanya.Selesai. Senangkan?Sekarang saya dedahkan rahsia Monaliza.Bagaimana website itu boleh berada di tangga pertama?

    3. Review Dari Pelanggan

    Perasan-kan pada deskripsi Monaliza ada bintang.Bintang ini adalah review yang diberikan pengguna.

    kedai komputer kota bharu

    Google pandang serius review.Walaupun satu atau dua review, kesannya sudah mula dirasakan.Jadi dapatkan review untuk bisnes offline anda.“Bagaimana?”

    Tip Dapatkan Review Pelanggan

    • Apabila pelanggan datang ke kedai, minta mereka review sekarang juga.
    • Hubungi pelanggan menerusi telefon, dapatkan maklumbalas daripada mereka.
    • Hantarkan email kepada mereka bagi mendapatkan review.

    Dalam mendapatkan review ini, usah tergesa-gesa.Mahu dapat 100 review sekelip mata.Sabar.Usahakan satu persatu.Fokusnya reviewberkualiti.Bukan penghargaan semata.Lagi satu, dapatkan juga review di Facebook.Review di Facebook juga beri kesan kepada page.(p/s: andai kata dalam niche anda tidak ada persaingan, review simple pun masih berkesan)

    4. LOKAL ON PAGE SEO

    On page SEO mempunyai kesan signifikan bagi bisnes lokal.Syaratnya perlu kena taktik dan caranya.“Macam mana nak buat?”Setting On Page SEO secara terperinci ada saya dedahkan di dalam ebook Actionable SEO.Untuk post kali ini fokusnya khusus untuk SEO bisnes lokal sahaja.Lakukan perkara ini.

    Masukkan Nama Kawasan Pada Title Tag

    Cipta satu page.Boleh guna page tentang kami (about us).

    Pada bahagian title tag, letakkan nama kawasan bisnes anda.

    perkataan lokal 2

    Formula yang biasa diguna pakai adalah:Kata kunci + Nama Kawasan

    Beberapa contoh lain:Kedai Dobi Setapak | Kedai SejahteraRestoran Simpang Empat Kuala TerengganuHotel Seksyen 7 Shah Alam (Hotel Alami)

    Masukkan Nama Kawasan Pada <H1>

    Kebiasaannya di wordpress, H1 adalah tajuk page.H1 merujuk kepada Heading Tag.(lihat artikel on-page SEO untuk penjelasan lebih terperinci)

    heading tag guideline

    Sama konsep seperti teknik title tag.Masukkan nama kawasan pada H1.

    Lihat beberapa contoh website yang mengamalkan teknik ini.

    10_Kedai_Makan_Bandar_Baru_Bangi

    Dari blog PencariMakan.com

    pantai kemasik terengganu

    Dari beautifulterengganu.com

    10 tempat makan di port dickson

    Dari caridestinasi.com

    Masukkan Nama Kawasan Pada <URL>

    URL adalah alamat website.Nama lain bagi URL adalah permalinks.

    Bagi melakukan proses ini, pergi ke bahagian Settings > Permalinks.

    permalinks

    Setkan Permalinks kepada Post ataupun Custom.

    settings permalinks

    Seterusnya cipta page atau post baharu.Masukkan nama kawasan pada url itu.

    kedai kopi shah alam

    Masukkan Nama Kawasan Pada Gambar

    Mengapa pengguna mencari gambar kedai di Google Image?

    Boleh jadi dia mahu tahu kedai itu wujud atau tidak. (Kredibiliti)Boleh jadi dia sedang cari lokasi kedai itu di mana. (Visibiliti)

    Jadi muat naik gambar bisnes anda dengan betul.Elakkan nama IMG30333.png.Berikan nama kedai + nama kawasan.

    kedai_komputer_kota_bharu

    Carian Google Image “kedai komputer Kota Bharu”.

    Masukkan Nama Kawasan Pada Meta Description

    Saya mulakan dengan penafian dulu.Meta description tidak akan mempengaruhi kedudukan di Google.

    Meta description beri kesan pada kadar pencari klik. (Click Through Rate)

    Saya berikan contoh.Saya nak makan roti canai atas bukit di Bangi.Lalu buka Google dan taip “roti canai atas bukit bangi”

    roti canai atas bukit bangi

    Hasil carian roti canai atas bukit Bangi.

    Kebiasaannya saya akan klik website yang ada sebut kata kunci dalam meta description (kotak merah jambu).

    “Macam mana saya nak set seperti di atas?”

    Gunakan plugin Yoast atau All in One SEO.Skroll ke bawah dan cari kotak Meta Description.Masukkan nama kawasan di dalam kotak itu.

    ubah meta desciription

    Meta description menggunakan All in One SEO Pack.

    meta description yoast

    Meta description menggunakan Yoast.

    Masukkan Embedded Peta Google

    Apabila daftar Google My Business, kita akan beritahu Google lokasi kedai.Teknik ini adalah tambahan (add-on).

    Pergi ke Google Map dan klik pada bisnes anda.Tekan ikon Share.

    Embed Google Map

    Pilih Embed Map dan salin kod yang diberikan.

    Seterusnya log masuk ke website dan buat New Page atau New Post.Pilih tab Text.Masukkan pengenalan dan letakkan kod yang disalin tadi.

    Cara embed kod google

    “Kenapa nak kena embed map?”

    Ini adalah teknik tambahan. Pilihan.Teknik ini didapati membantu menaikkan ranking website di Google.Secara perlahan-lahan dan berkumpulan (cumulative).

    5. Teknik Near Me

    Perasan tak pada gambar Sushi King di atas tadi.Ada “sesuatu”.

    Apa dia?

    sushi king near me

    Perkataan “near me”.Perkataan ini merupakan salah satu perkataan yang sering ditaip oleh mereka yang mencari.

    Malah perkataan “near me” menjadi pilihan pertama Google Autosuggest.

    near me

    “Macam mana saya nak guna teknik ini?”

    Cipta satu page atau post baru.Gabungkan dengan Teknik On Page SEO Lokal.Bezanya?

    Masukkan perkataan “Near Me”.Contohnya Best Restaurants Near Me macam TripAdvisor buat.

    teknik near me

    Lihat lagi satu contoh.Kali ini dari Adwords.Siap ada yang bida kata kunci “Near Me”.

    Ini tanda memang sah ada pengguna yang mencari perkataan sebegini.Dan ini juga mengambil peluang di atas carian Google yang bersifat lokal (geotargeting).

    car rental near me

    6. Fokus Pada Conversion

    Kesilapan ramai pemain SEO.Terlalu obses dengan ranking.Nak dapat nombor 1 di Google.

    Kemudian apa?

    SEO ini satu saluran bagi mendapatkan penunjung.Pengunjung masuk ke website.Namun mereka tak buat apa-apa.Jadi tidak ada makna.

    Sebab itu pemilik website harus peka pada conversion.

    Conversion = menukar pelawat kepada pelanggan.

    Fokus conversion ada tiga.

    3 FOKUS CONVERSION

    • Menambah List Custom Audience/Retargeting
    • Mendapatkan Data
    • Mendapatkan Jualan

    Menambah List Custom Audience

    Apabila pelawat masuk website, mereka akan keluar.Bila pelawat website akan masuk balik?

    “Tak tahu”.

    Pelawat perlu diajak masuk kembali.Baharulah mereka datang lagi.

    Untuk ajak, gunakan retargeting.Di dalam kempen retargeting, siapa yang masuk akan direkod.Kemudian iklan yang direka khusus untuk mereka ini akan dipamerkan di media sosial.

    retargeting-cycle

    Kredit gambar: Socialgains.co.uk

    Taktik ini banyak diguna pakai.Ada yang panggil teknik Saka.Ada yang panggil teknik Hantu.Dan macam-macam nama lagi.

    Taktik ini berbaloi dipelajari.Malah boleh dikatakan satu kemahiran yang mesti dikuasai.

    Mendapatkan Data

    Website yang tidak ambil data audien berisiko tinggi.Di zaman informasi berlambak ini, biasanya jarang pengguna membuat keputusan sekali harung.

    Mereka akan bandingkan di tempat lain.

    Jadi andai kata website kita tidak ada data pelawat, bagaimanakah kita mahu menghubungi pelawat kembali?

    Sebab itu anda perlu usahakan data.Data dalam bentuk email.Atau nombor telefon.

    “Macam mana nak dapatkan data?”.

    3 LANGKAH MENDAPATKAN DATA

    • Kenal pasti siapa audien yang mahu disimpan datanya
    • Berikan sesuatu yang diingini oleh audien itu
    • Cipta borang menggunakan opt-in atau Google Form

    SifuFBAds menggunakan sidebar opt-in bagi mendapatkan data mereka yang berminat dengan iklan pemasaran di Facebook.

    sifufbads

    Neil Patel memulakan prosesnya dengan memberikan analisa prestasi website. Kaedah ini juga dikenali sebagai double-opt in.

    opt-in neil patel

    Brian Dean mencipta satu page khusus (landing page) bagi mendapatkan data ini. 

    opt in backlinko

    Mendapatkan Jualan

    Ada website yang mahu buat jualan.Namun websitenya tidak dicipta mesra buat jualan.

    “Apa maksudnya?”.

    Bayangkan begini.Kita mahu tempah pizza yang dihantar ke rumah.Apabila buka website, tidak ada borang tempahan.Malah tidak ada nombor telefon untuk dihubungi.

    Apa jadi?

    Website yang mahu buat jualan perlu cipta konten bagi meningkatkan jualan.Di dalam artikel ini, saya terangkan dengan lebih terperinci bagaimana mencipta konten yang betul kepada audien yang betul.

    Cuma jangan salah faham.Apabila saya sebut konten untuk jualan, ianya tidak terhad pada artikel saja.

    KONTEN UNTUK JUALAN

    • Link ke page jualan
    • Testimonial dalam pelbagai bentuk (teks, imej, video)
    • Artikel menerangkan tentang produk
    • Kod kupon diskaun
    • Tawaran Free trial

    Lihat beberapa contoh konten untuk jualan.

    Digital Marketer menyediakan satu link khusus untuk ke produk mereka.Mereka yang mahu beli akan terus klik link itu.

    jualan dm

    Bagi website e-commerce, butang pembelian mesti jelas dan terang. Supaya senang ditekan oleh pengguna. Inilah yang dilakukan oleh Lazada.

    jualan lazada

    FreshBooks menawarkan tawaran percuma untuk guna produk. Bagi tempoh tertentu. Ini menggalakkan mereka terus cuba dan terikat dengan produk.

    jualan freshbook

    Kesimpulan

    Lokal SEO mesti diguna pakai oleh pemilik bisnes.Berbaloi dan percuma.Jadi satu saluran mendapatkan pelanggan pada kos yang sangat murah.

    Nak mula dengan yang mana?

    Mulakan saja ikut suka.Kata kuncinya, “Mula sekarang”p/s: dalam artikel ini saya kongsi 6 teknik. Ada 4 lagi teknik unexplored yang simple dan berkesan. klik sini untuk dapatkan 10 Teknik SEO Lokal

    p/s: Bantu saya untuk sebarkan artikel ini. Klik butang “Share” untuk kongsikan dengan kawan-kawan ya.

  • Cara Tulis Artikel SEO: 8 Teknik Praktikal Mempengaruhi RankBrain

    Cara Tulis Artikel SEO: 8 Teknik Praktikal Mempengaruhi RankBrain

    Dalam artikel ini saya akan dedahkan 8 Teknik Tulis Artikel Bagi Meningkatkan Masa Pembaca di Website.Supaya mereka tidak lari keluar.Malah mereka ulang baca dan ulang tiba.

    Masa pelawat di artikel On Page SEO puratanya 5 minit 44 saat.

    Masa pelawat di artikel On Page SEO puratanya 5 minit 44 saat.

    Kesemua teknik sudah saya cuba.Berkesan dan menjadi.

    Teknik tulis artikel ini tidak memerlukan sebarang tools yang pelik dan ajaib.

    Sekarang saya perturunkan kepada anda.

    Kita mulakan sekarang.

    Teknik Website Kurus

    Mari kita buat eksperimen.Selepas eksperimen ini anda akan terus faham apa maksudnya.

    Baca ayat 1 dan ayat 2.

    Ayat 1:Hari ini hari Ahad

    Ayat 2:Menurut akhbar, hari ini merupakan hari yang pertama dalam minggu ini, iaitu hari Ahad.

    Manakah yang lebih mudah dibaca? A atau B.“A”Yesza.Apabila kita membaca, kita baca dari kiri ke kanan.Mata kita bergerak dari kiri ke kanan. Satu persatu.

    pergerakan mata pembaca

    Apabila ayat pendek seperti dalam contoh A, mata kita suka.Senang membaca, tidak penat.Berbeza apabila contoh B ditunjukkan. Mata kita bekerja keras.Dan dalam contoh B, saya hanya tunjukkan satu ayat pendek.Bagaimana dengan ayat di bawah ini?

    Link memunyai gred yang tersendiri. Kualiti link ditentukan oleh Autoriti dan Kredibiliti. Link yang berkualiti dikira sebagai buah mulut yang positif. Sebagai contoh, jika artikel anda dikeluarkan oleh Berita Harian, maka link itu dikira berkualiti kerana website Berita Harian adalah website yang berautoriti dan berkredibiliti dalam industri penulisan.

    Jadi jika website anda mendapat ‘referral link’ dari Berita Harian, ranking website anda akan naik. Tetapi jika link itu datang dari website NtahApaApaNtah, link itu dikira lemah dan tidak berkualiti jadi kesannya tidak seberapa. Lebih malang lagi jika link anda datang daripada website spam, maka anda ada potensi untuk dikenakan penalti.

    “Berapa ramai yang baca contoh di atas?”Tak laratkan.Jadi teknik pertama, kuruskan lebar websiteKelebaran optimum adalah 400-700 pixels.

    Lihat website Neil Patel. Lebarnya adalah 700 pixels.

    lebar website neil patel

    Lebar website NeilPatel.com adalah 700 pixels

    Dan ini pula website Appsumo.Lebar websitenya hanya 570 pixels.

    lebar appsumo

    Lebar website Appsumo hanya 570 pixels.

    Bagaimana Nak Kuruskan Website?

    Proses ini berbeza mengikut theme yang digunakan.Jadi saya tak dapat nak tunjuk langkah demi langkah.Cuma andai tak dapat kuruskan lebar website, jangan bimbang.Guna trik kedua.

    Teknik Bukit Bukau

    Sekarang kita akan lakukan sedikit aktiviti.Lihat teks C dan D.Baca C dahulu.

    teks c

    Seterusnya baca teks ini.

    teks d

    Sudah?Sekarang, bayangkan begini.Letakkan noktah pada awal ayat dan setiap hujung ayat.Kemudian bina satu garisan yang menyambungkan noktah itu.

    teknik bangunan

    Sekarang ulang buat untuk teks D.

    teknik bukit bukau

    Anda akan dapati di teks C, satu bangunan terbentuk.Manakala di teks D, ada bukit bukau.Apa kesannya?

    perbandingan teknik bukit bukau dan teknik bangunan

    Apabila audien baca teks C, lama kelamaan mata audien penat.Ttulisan jenis teks C cenderung jadi panjang. Meleret-leret.Dan membosankan.“Kenapa bosan?”Sebab susunannya sama.Apabila sesuatu itu sama saja, manusia cepat bosan.Berbeza di teks D.Hujungnya berbeza-beza noktah.Lalu pattern-nya juga berubah-rubah.Secara diam-diam, audien jadi seronok membaca artikel.“Erm…ada satu perkara saya nak beritahu”Anda sudah baca sampai ke sini.Tahniah.Artikel ini ditulis menggunakan Teknik Bukit Bukau.Menarik?Lagi menarik teknik seterusnya.Gabungkan teknik Bukit Bukau dengan teknik ketiga.

    Teknik SLS

    Apakah beza paparan website di smartfon berbanding laptop?“Saiz skrin”Saiz skrin smartfon biasanya dalam 4 hingga 5 inci lebar.Tidak besar.Ditambah lagi dengan pancaran biru.Pancaran biru ini secara senyap-senyap buatkan mata manusia sakit.

    blue light dari smartfon

    Pancaran cahaya biru dari smartfon (kredit gambar: all.theglobalpoint.com)

    Jadi makin banyak teks dalam satu paparan,Makin perit mata menahan.Bagi mengatasi masalah ini, wujudkan ruang antara baris.Begini nampak lapang.Senang memandang.Teknik ini dipanggil Teknik SLS.Teknik Single Line Spacing.

    Lihat contoh dari DigitalMarketer.Ada ruang (line spacing) antara perenggan dengan perenggan.

    teknik sls

    Bagaimana Nak Buat Teknik SLS

    Buka wordpress macam biasa.Klik New Post.Masukkan konten artikel seperti biasa.

    Pada perenggan yang ingin dijarakkan tekan enter pada keyboard.Siap.

    teknik single line spacing

    Bagi sesetengah theme, developer ada menyediakan fungsi ini pada ruang menu.Jadi boleh juga gunakan fungsi yang telah disediakan.

    Sekarang kita ke teknik keempat.Sebelum itu saya terangkan sedikit.Majoriti pembaca blog bermula sebagai scanners.Mereka scan (lompat) dahulu ke hujung artikel.Kemudian mereka buat keputusan.Nak baca atau tidak baca.Bagaimana nak tukar scanners kepada readers?

    Teknik Re-Engage

    Cerita, Filem sangat digemari orang.Terutamanya action-packed movie.Apa beza action-packed movie berbanding dengan movie biasa?Action-packed movie menampilkan aksi-aksi menarik dan luar biasa.Mereka menonjolkan aksi-aksi dengan menukar angle kamera.Ini dalam cerita.Boleh tukar-tukar angle kamera.Bagaimana nak tukar angle menerusi artikel?

    1. Subheadline

    Cipta subheadline.Subheadline biasanya bersaiz besar dan warnanya terang berbanding tulisan konten.Subheadline akan terus menangkap perhatian audien.Jadi mereka akan berhenti seketika.Untuk baca dan lihat apa yang tersedia.

    Sebagai contoh, artikel dari ViperChill biasanya sangat terperinci.Sehingga boleh cecah 30 minit untuk habiskan satu artikel.Bagi mengekalkan perhatian pembaca, artikelnya dipecahkan kepada subheadline.

    artikel viperchill

    2. Divider

    Apabila divider digunakan, ianya memberi isyarat, konten di bawah adalah konten baharu.Apabila konten baharu, audien mahu tahu.Perhatikan ini.Artikel di blog Brian Dean biasanya mengandungi 4000 patah perkataan.Sangat panjang!Jadi bagi mengekalkan mata pembaca, Brian Dean menggunakan divider.Divider boleh dilakukan menerusi ikon, warna, teks atau kombinasi antara beberapa elemen.

    divider brian dean

    3. Gambar

    Kajian dari Nielsen Norman Group mengatakan mata audien hampir 100% akan ​​melekat pada gambar. Terutamanya apabila gambar itu relevan dan kena dengan mesej.

    kepentingan gambar

    Gambar semacam gam.Menangkap perhatian.Menurut Blog Pros, gambar yang paling diminati pembaca adalah gambar lukisan tangan (hand-drawn).

    Ini adalah contoh hand-drawn image yang dihasilkan oleh Shane Melaugh, pengasas Thrive Themes dalam blog beliau (ActiveGrowth).

    Contoh hand-drawn image dari ActiveGrowth.com

    Contoh hand-drawn image dari ActiveGrowth.com

    4. Content Upgrade

    Saya ada menulis satu artikel khas yang menerangkan 13 Jenis Content Upgrade dan bagaimana menciptanya.Content Upgrade fungsinya lebih kepada mendapatkan data.Namun ianya juga boleh digunakan untuk re-engage audien.Ini adalah conton Content Upgrade yang saya aplikasikan dalam artikel 13 Teknik Mudah On-Page SEO.

    contoh content upgrade

    Contoh Content Upgrade dalam artikel On Page SEO.

    Alternatif kepada Teknik Re-Engage adalah Teknik Listikel.Teknik ini merupakan teknik yang digunakan Wikipedia.

    Teknik Listikel

    Sekarang mari kita ulang ingat apa teknik-teknik yang sudah anda dapat.

    • checkTeknik Website Kurus
    • checkTeknik Bukit Bukau
    • checkTeknik SLS
    • checkTeknik Re-Engage
    • checkTeknik Listikel
    • checkTeknik T__________
    • checkTeknik P__________
    • checkTeknik S__________

    Apa itu Teknik Listikel?Teknik ini menggunakan bullet list bagi memudahkan mata menangkap poin-poin.Malah list memberi isyarat seolah-olah ini poin penting.Apabila pengguna skroll ke bawah dan mereka jumpa list,Pengguna cenderung untuk berhenti seketika.Mereka mahu lihat list apa.

    Teknik Listikel dari Wikipedia.

    Teknik Listikel dari Wikipedia.

    Bagaimana Mahu Buat List?

    Ada dua cara.Cara pertama masukkan konten ke dalam ruang editor.Highlightkan bahagian yang ingin dijadikan list.Kemudian klik ikon bulleted list.

    cara buat bullet list

    Cara kedua pula spesifik kepada theme yang digunakan.Sebagai contoh, Thrive Themes menyediakan setting khas bagi mencipta list seperti yang anda lihat di atas tadi.

    thrive list

    Contoh setting untuk cipta list guna Thrive Architect.

    List sangat digemari oleh scanners.Ada perasaan ‘jimat masa’ apabila membaca list berbanding membaca artikel teknik bangunan.Jadi teknik listikel akan menyebabkan scanners bertukar jadi readers.

    Kita sudah hampir ke penghujung.Teknik seterusnya adalah Teknik T_____________.

    Teknik Typhography

    Ini adalah satu daripada 7 perkara kecil yang pemilik website sering terlepas pandang.Font beri kesan kepada audien.Kesilapan memilih font yang salah menyebabkan audien lari keluar.Font ada dua jenis yang utama:

    • editJenis Serif
    • editJenis Sans-Serif

    Menurut kajian, font jenis serif lebih senang dibaca dalam media bercetak.Manakala font jenis sans-serif lebih mesra digital.Jadi gunakan font jenis sans-serif.

    serif-san-serif

    Beza serif dan sans-serif (kredit gambar: maconprinting.com)

    Bagaimana Mahu Tukar Font?

    Di wordpress, pergi menu Appearance dan klik Theme.Kemudian klik Customize.

    Cari tab Font.Dan pilih font yang mahu digunakan.

    tukar font

    Bagi memilih font, saya cadangkan guna fontpair.co.Website ini memberikan cadangan kombinasi font yang sesuai.

    pilih kombinasi fontkombinasi font 2

    Seterusnya saiz font.Ini sangat kritikal.Kerana majoriti pengguna hari ini membaca menerusi smartfon.

    Saiz font yang terlalu kecil menyebabkan mereka sakit mata.Lalu mereka keluar.

    Saiz optimum yang dicadangkan adalah 16 px hingga 20 px.Saiz font ini boleh diubah menggunakan kaedah yang sama seperti mahu menukar jenis font.

    Baik.

    Saya sudah dedahkan 6 teknik menulis artikel.Supaya pembaca akan baca sampai habis.

    Sekarang saya persembahkan satu lagi teknik yang mencipta revolusi kepada website ini.

    Apabila saya menggunakan teknik ini, jumlah shares artikel meningkat berganda-ganda.

    Perkenalkan…

    Teknik Perbualan

    “Perbualan?””Maksudnya?”

    Ya. Perbualan. Dialog. Percakapan.

    Teknik ini tidak ada sembunyi apa-apa.Saya menulis dengan membayangkan anda ada di hadapan.Jadi gaya penulisan yang digunakan adalah gaya percakapan.

    Bagaimana anda bercakap,begitulah anda menulis ayat.Straight forward.

    Apabila kita menulis dalam bahasa bercakap, pembaca rasa sangat dekat.Mereka rasa macam kita berada di sisi.

    Teknik Perbualan ini biarpun nampak biasa, kesannya luar biasa.Terutama apabila digabung dengan teknik terakhir.

    Teknik Inkuiri Penemuan

    Teknik ini Cikgu Sejarah Tingkatan 3 yang ajar.Punca perkembangan zaman renaissance.Cikgu beritahu, “Zaman Renaissance merupakan zaman kebangkitan bangsa Eropah. Pada zaman ini manusia mempunyai rasa ingin tahu yang luar biasa”.Apabila tercetus rasa ingin tahu,Mereka terdorong untuk klik.Mereka terdorong untuk baca.

    Rasa ingin tahu ini boleh dicetuskan menerusi:

    1. Headline atau Subheadline

    Perhatikan subheadline dari blog Backlinko.Setiap subheadline-nya mendorong pembaca untuk baca.Kita mahu tahu apa yang dia tulis.

    backlinko

    2. Bucket Brigade

    Pernah tengok cerita bersiri?Apa yang berlaku dihujungnya?

    Ada perkataan “bersambung…”

    Secara psikologi, penonton ternanti-nanti episod seterusnya.Jadi kita boleh guna teknik yang sama.Bahagikan artikel kepada beberapa siri.

    Atau gunakan bucket brigade.

    Bucket brigade adalah perkataan mendorong.Perkataan ini semacam memberikan pembayang apa yang ingin diceritakan seterusnya.Lalu pembaca nak baca lagi, nak baca lagi dan nak baca lagi.

     

    Sepanjang artikel ini saya banyak menggunakan bucket brigades. Antaranya:

    • Sekarang saya…
    • Ada 1 saja lagi yang terakhir…
    • Saya panggil teknik ini sebagai…
    • Perkenalkan…
    • Seterusnya…

    Kesimpulan

    Ada satu soalan cepu mas.Mengapa penting sangat pembaca baca sampai habis?

    Apabila pembaca baca artikel sampai habis, kesannya pada tiga perkara:

    • dashboardMasa pembaca berada di website (Average Time on Page)
    • dashboardKadar pembaca lari keluar (Bounce rate)
    • dashboardJumlah page yang dilawati (Pages per visit)

    Ketiga-tiga perkara ini adalah indikator website kita disukai pengguna atau tidak.Apabila website disukai pengguna, ranking website akan mula meningkat naik.

    Kajian dari Backlinko mengesahkan teori ini.

    Bagaimana masa pelawat di website beri kesan pada ranking (kredit gambar: Backlinko)

    Bagaimana masa pelawat di website beri kesan pada ranking (kredit gambar: Backlinko)

    Kesimpulannya, pilih teknik mana yang mahu dicuba.Mula aplikasikan dan lihat sama ada menjadi atau tidak.

    SOALAN: Apa Teknik Yang Anda Mahu Cuba Dulu (komen dibawah)?

    p/s: Apa pendapat anda tentang artikel ini? Berbaloi dibaca? Bantu saya untuk sebarkan artikel ini. Share dengan kawan-kawan ya.

    Klik Untuk Share0