folder Filed in SEO
Cara PERCUMA Untuk Iklankan Bisnes Anda di Google
By Wan Yusof Wan Jeffery comment 34 Comments access_time 2 min read

Google mempunyai satu direktori khas yang dikenali sebagai Google Business. Apabila anda mendaftar dengan Google Business, maka ianya akan meningkatkan visibiliti bisnes anda di Google. Dalam erti kata lain, apabila pelanggan Google ‘Jenama Anda’, maka website anda akan muncul di halaman utama Google.

Contohnya hasil aplikasi Google Business adalah seperti gambar di bawah.

monaliza

Anda akan dapati carian ‘monaliza kb mall’ memenuhi segenap hasil carian di muka utama Google. Siap dipaparkan dengan peta, no telefon dan macam-macam lagi. Agak-agaknya, kalau anda pelanggan, adakah anda akan klik dan percaya pada syarikat ini?

Jadi, kelebihan Google Business,ianya bukan sahaja meningkatkan visibiliti anda di Google, tapi anda juga dapat KREDIBILITI daripada audiens.

Google Business Adalah PERCUMA.

Untuk daftarkan syarikat anda di Google, ianya percuma. Tidak ada bayaran pun. Saya akan tunjukkan langkah demi langkah.

1. Masuk ke Google Business

google business

2. Klik Get On Goolge

3. Masukkan alamat anda

google business 2

4. Sekiranya bisnes anda belum muncul di carian, Klik Add Your Business

5. Masukkan maklumat syarikat anda (pastikan kategori anda adalah kategori yang betul)

google business 3

6. Sekiranya alamat anda tidak ditemui oleh Google, maka klik Set Marker Location dan pilih lokasi anda dengan tepat. Gerakkan marker(petanda) ke alamat anda.

google business 4

7. Sekiranya anda memilih Option ‘Sending Goods To Customer’ maka masukkan poskod atau radius lokasi penghantaran.

google business 5

8. Seterusnya klik ‘I am authorized to manage this business and I agree to the Terms of Service’ dan klik Continue.

google business 6

9. Seterusnya Google akan meminta pengesahan untuk menghantar Kod Verifikasi menerusi POS. Biasanya ianya mengambil masa 2 minggu untuk anda menerima surat cinta daripada Google.

iklan seo wide 1

10. Masukkan nama anda pada kota di bawah supaya orang lain tidak ambil surat anda =)

google business 7

11. Selepas itu anda hanya perlu kemas kini Google Page anda. Ianya sama seperti Facebook Page. Jika anda ingin cepat, masukkan maklumat-maklumat penting sahaja seperti No Telefon, Alamat Website. Ingat fungsi ini adalah memudahkan pelanggan mencari anda. Jadi pastikan ianya mempunyai kredibiliti.

12. Apabila anda telah mendapat surat dari Google, anda masuk kembali ke business.google.com dan masuk ke page anda. Seterusnya klik Verify Now.

google business 8

13. Masukkan kod yang anda dapat dan klik Submit.

14. Selesai =)

google google business seo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Cancel Post Comment

    1. Di masa akan datang, semua carian bisnes yang ada kedai (lokal) akan diberikan dalam bentuk peta sebagaimana di US. Peta hanya akan muncul andai kita berdaftar dengan Google Business.

      Dari sudut SEO, ada beberapa kelebihan berdaftar dengan Google Business:
      1) Tingkatkan kredibiliti
      2) Dapat ruang hasil carian yang besar

  1. Assalam tuan,
    Macamana saya nak promote bisnes orang lain atau dalam erti kata lain saya agen kepada syarikat terbabit.Adakah sesuai untuk saya promote menggunakan platform ni atau ada cara lain?

  2. as salam / selamat sejahtera pd yg berkenaan..saya nak tanya,kalau untuk penyewaan boleh juga ke?i means like bus for rent? minta reply ASAP ye.. pertimbangan dan tunjuk ajar mr/ms amat saya hargai

  3. saya sudah register.tapi masih tak faham lagi macam mana google hantar code melalui POS. Adakah google terus hantar ke peti surat seperti alamat yang saya berikan? Lebih dari sebulan sudah saya belum dapat code lagi.

  4. Perkongsian yg bermanfaat bagi semua org yg bisnes online atau pun offline seperti saya. Laman pun saya buat free je melalui google, duit domain dan hosting boleh buat iklan utk tingkatkan sales. Jom singgah di web saya yg free tu dan anda juga boleh buat perkara yg sama mcm saya.

  5. Saya nk tnya…saya da buat google bisnes dan tnggu verify code tu lama tak sampai2..dah sebulan tak sampai..ke sebab saya da masukkn bhan2 iklan di sana mnyebabkn verify tu tak sampai2? Saya pun tak thu nk buat mcm mna lgi…please tolong saya ya

  6. saya dah daftar…dah 2 kali buat tinggal tunggu postcard sampai tuk varify tp tak sampai2 dah 3 bulan sy tunggu .. kenapa y?