Nota Content Marketing Percuma »

Sepetang Bersama Blogger 2017 – Catatan Perkongsian

sepetang bersama blogger 2017

Sepetang Bersama Blogger 2017 melabuhkan tirai.
Acara istimewa yang mengumpulkan 300 bloggers seluruh negara.

Bahkan ada yang datang dari Indonesia.

Blogger adalah micro-influencer.
Orang berpengaruh.
Dalam bidang tersendiri.

Dalam acara SBB 2017 ini saya berkongsi satu topik.

"Content Mastery"

Strategi membina konten.
Supaya konten bekerja dengan cara yang betul.

Ini nota-nota sesi Content Mastery.
Pecah kepada empat topik utama.

Pilih saja mahu mulakan dengan yang mana.

BONUS: DOWNLOAD

Klik sini sekarang untuk muat turun nota Sepetang Bersama Blogger 2017. Percuma.

tiga media
seo mapping ikon
content funnel
vl score

1.TIGA MEDIA BERKUASA

Dalam dunia ekonomi digital, ada tiga jenis media.

  • Media milik sendiri (Owned Media)
  • Media Berbayar (Paid Media)
  • Media Reputasi (Earned Media)

Apabila mahir menggunakan tiga jenis media ini, kita akan menguasai ekonomi digital.

Bahkan beberapa hari yang lalu, kita dihebohkan dengan laporan Media Prima membeli RevAsia pada nilai RM105 juta.

media prima beli rev asia

Laporan dari TheStar Online

Apakah makna di sebalik semua ini?

Teruskan membaca.

Media Milik Sendiri (Owned Media)

Ini adalah media yang kita ada kuasa terhadapnya.
Blog, FB Profile, FB Page, Instagram dan seterusnya.

Kelebihan media sendiri adalah kita bebas melakukan sesuatu.

Kelemahannya pula, capaiannya mungkin terhad dan terbatas.

Kuasa media sendiri banyak bergantung kepada jumlah pengikut.
Makin ramai pengikut, kuasa media sendiri makin berpengaruh.

blog denai hati

Media Berbayar (Paid Media)

Media ini adalah media yang kita keluarkan perbelanjaan untuk muncul di dalamnya.

Facebook Ads, Google Ads, Paid Influencer, Banner Ads.

Asalkan ada duit dikeluarkan = paid media

Media berbayar ini seronok.
Terutamanya iklan di Facebook.

ads on facebook

Facebook menjadi pilihan pengiklanan ramai pemain internet marketing.

Kedatangan Facebook ads telah mengubah landskap pengiklanan.

Dulunya kos pengiklanan berbayar terlalu mahal bagi peniaga kecil.
Namun kini semua orang boleh mencipta iklan di Facebook.

Jadi kegilaan peniaga terhadap Facebook ads bukan kepalang.
Siang malam asyik buat iklan.
Kursus-kursus FB ads jualannya kencang.

Dalam menggunakan media berbayar, fokus kepada asas dan fundamental.

Elak mata dikaburi oleh nama-nama teknik yang pelbagai.

Dihujungnya kita mahu lihat jualan.

Media Reputasi (Earned Media)

Media ini media yang cukup unik.
Media ini andai betul caranya, sangat-sangat berpengaruh.

Media reputasi adalah media di mana orang mencanangkan nama produk kita.

Ianya seolah-olah word of mouth. Versi online.

Media reputasi boleh hadir dalam bentuk

  • Shares
  • Mention
  • Retweet
  • Repost
  • Review
  • Backlink

Bagi menguasai media reputasi, amalkan ilmu mengorat.
Orang kampung saya sebut, “Influencer Marketing”.

Apabila produk kita disebut orang berpengaruh, hasilnya berbaloi-baloi.

Puan Guru Ainon menulis cerita ilmu mengorat ini dalam siri-siri post beliau di FB.

Post itu seterusnya dirumuskan oleh Dato’ Roslan Ab Hamid.

influencer marketing

2. SEO MAPPING

Saya bertanya kepada peserta, “Apakah page yang paling bernilai di blog Tuan dan Cikpuan?”.

Pandang kiri kanan.

Soalan kedua.

“Apakah pintu masuk ke blog Tuan dan Cikpuan?”.

“Pintu masuk macam mana?”.

Blog kita ibarat rumah.
Rumah ada pintu.
Tetamu masuk ikut pintu.

Jadi di manakah pintu masuk blog Tuan?

Bagaimanakah Tuan boleh masuk ke blog ini? (yang tengah baca sekarang)​

Artikel ini = pintu masuk ke blog WanYusof.com.

seo mapping

Apabila orang nampak artikel itu, orang terdorong untuk klik.

Sesebuah website boleh ada banyak pintu masuk.
Pintu masuk fungsinya menarik orang masuk.

Makin ramai orang masuk, makin beruntung.

p/s: artikel Strategi Terpenting SEO 2017 ini berbaloi-baloi dibaca supaya topik ini lebih terang benderang.

Kenapa?

Jawapannya di bawah.​


3. CONTENT FUNNEL

Dalam artikel Bagaimana Cipta Konten Yang Betul Kepada Audien Yang Betul, saya menerangkan secara terperinci.

Pelawat yang masuk blog ada tiga tahap.

tahap artikel

Di setiap tahap, konten mereka berbeza.

Tahap 1 masuk kerana tertarik dengan artikel pintu masuk.
Apabila masuk, baru mereka sedar blog Tuan ada tawarkan sesuatu.

Namun mereka tak buat apa-apa.
Mereka hanya baca apa yang mereka mahu.
Kemudian keluar.

Usah berduka.

Ini berita gembira!

Mereka sudah masuk fasa pertama.
Dari tak tahu kepada TAHU.

MATLAMAT TAHAP 1

Konten tahap 1 adalah konten yang memberi TAHU.

Meskipun mereka tak beli apa-apa, mereka sedar.

  • Mereka sedar masalah yang dihadapi
  • Mereka sedar penyelesaian yang ada
  • Mereka sedar ada orang yang boleh selesaikan masalah mereka. (siapa orang itu?)

Pelawat di tahap 2 pula adalah mereka yang asalnya dari tahap 1.

Apabila mereka melihat blog Tuan konsisten berkongsi, timbul kepercayaan.

Dari situ timbul kemahuan.

Mereka tak peduli sangat artikel pintu masuk.
Mereka mahu tahu pasal produk.
Mereka mahu tahu perbandingan, testimoni, faedah, jaminan.

MATLAMAT TAHAP 2

Konten tahap 2 adalah konten yang memberi MAHU.

Konten meyakinkan pelawat bahawa produk ini boleh bantu menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Dari tahap 1 > tahap 2 > tahap 3

Satu aliran.

AMARAN: Proses ini tak berlaku dalam sehari.

Bahkan berhari-hari.

Di tahap 3, pelawat mahu melakukan tindakan.
Yakni mahu melakukan pembelian.

Sayangnya ada ketakutan.
Mereka takut produk tak menjadi.
Mereka takut rugi.

MATLAMAT TAHAP 3

Konten tahap 3 dicipta bagi mempengaruhi pelawat supaya segera AMBIL TINDAKAN.

Bagi mempercepatkan tindakan, ada tiga elemen yang sering digunakan.

1/ Elemen Diskaun

Apabila sesebuah produk diberikan diskaun, peminatnya akan menggila.

Apatah lagi andai diskaun itu memang dahsyat.

Diskaun memberikan rasa 'jimat' pada pembeli.
Walaupun pada hakikatnya pembeli masih mengeluarkan duit.

diskaun

Diskaun separuh harga.

2/ Elemen terhad

Elemen terhad menyebabkan pelawat rasa kena ambil tindakan segera.

Andai terlepas rugi.
Terhad boleh hadir dalam bentuk terhad masa.

terhad masa

Aplikasi 'countdown timer' bagi mewujudkan rasa terhad masa.

Ataupun dalam bentuk terhad unit.

terhad unit

Aplikasi terhad unit.

Jauhi dari menipu. Contohnya, beritahu harga ini terhad untuk 10 orang pertama. Namun orang ke-100 pun masih dapat harga yang sama. Haram.

3/ Elemen Jaminan

Jaminan menghilangkan rasa takut produk tak menjadi.

Ada yang memberikan jaminan pemulangan wang, jaminan ganti balik.
Malah ada juga jaminan pemulangan wang dua kali ganda.

jaminan zappos

Jaminan dari Zappos.

Sekarang sudah jelas.

Konten yang ditulis bergantung kepada tahap pelawat.

Blog yang bagus adalah blog yang menyediakan konten bagi setiap tahap pelawat.

Konten tidak semestinya artikel semata-mata.

Baik.

Sekarang masuk kepada poin terakhir.

Bagaimana menulis artikel yang suka dikongsi pembaca.

Perkenalkan...


4. VL SCORE

Pernah dengar lagu Cinta Muka Buku?

Siapa penyanyinya?

Berapakah jumlah penonton yang menonton video klip Cinta Muka Buku?

cinta muka buku

Sehingga ke hari ini, jumlahnya tontongannya sudah mencecah 9,922,116 juta.

Dan video klip ini akan terus ditonton.

Kenapa?

Ikuti penemuan dari Dr Jonah Berger.
Dr Jonah Berger merupakan seorang Professor Pemasaran dari Universiti Pennsylvania.

Dia melakukan kajian.
Mahu menyiasat apakah punca-punca konten itu jadi viral.
Mahu tahu kunci yang menyebabkan manusia menekan butang share.

Dr Jonah menyimpulkan konten yang disukai manusia ini ada 6 ciri.

STEPPS.

(S) Social Currency

Manusia suka apabila dia lebih tahu dari kawannya.
Ini seolah-olah menampakkan dia lebih hebat dari kawannya.

Dalam erti kata lain, apabila maklumat itu eksklusif, manusia lebih terdorong untuk menceritakan.

Mereka sangat suka menjadi orang yang pertama dalam mewar-warkan sesuatu.

Blog dalam kategori ini adalah blog yang membawakan isu atau berita terkini.

Apabila pelawat blog ini membaca artikel terbaru, mereka akan beritahu kawan mereka,

“Weh, kau tahu tak, semalam artis A kahwin artis B”

“Dah 2-1 dah. Alfonso score tadi. Eh kau belum tahu ek?”

“Kau tak baca di pelik.com ke? Ada manusia hidungnya 100m”

CADANGAN APLIKASI

1. Wujudkan rasa eksklusif menerusi kumpulan rahsia FB, wassap dll.
2. Maklumat diberikan kepada ahli kumpulan ini dahulu.

(T) Trigger

Dalam ilmu positioning, kita menentukan niche blog.

Apabila orang sebut blog Tuan, apakah imej yang pelawat bayangkan?

Umpamanya, blog wanyusof.com = blog SEO dan Content Marketing.

Jadi majoriti konten dalam blog ini adalah tentang SEO dan Content Marketing.

Trigger pula merupakan teknik setapak ke hadapan.

Bagaimana Tuan mengaitkan blog Tuan dengan sesuatu.
Supaya apabila orang teringat sesuatu itu, dia akan teringat blog Tuan.

Dalam kes Cinta Muka Buku, video klip ini akan terus dimainkan.

Kerana trigger video klip ini adalah “Muka Buku” (Facebook).
Mereka yang pernah terdedah kepada lagu ini cenderung ingat lagu ini apabila memikirkan lagu yang ada hubung kait dengan Facebook.

Lalu mereka kembali menonton video klip Cinta Muka Buku.

Satu lagi contoh menarik adalah blog Tuan Mahadir.
Beliau menulis pasal makanan.

mahmahu

Blog Mahamahu.com

Makanan adalah trigger.
Apabila teringat makan, teringat blog MahaMahu.
Lalu kita akan kunjungi blog MahaMahu.

CADANGAN APLIKASI

1. Pilih trigger yang betul.
2. Seeloknya pilih trigger yang menjadi rutin harian.
3. Elak trigger bermusim seperti Ramadhan.
4. Apabila trigger bermusim, artikel itu hanya laris pada musim itu.

(E) Emotion

Apabila blog mengandungi banyak artikel emosi didalamnya, blog sebegini mendapat perhatian.

Pelawat suka membacanya.
Malah gemar berkongsi dengan orang lain.

Betul?

Setuju?

Dr Jonah Berger beritahu, “TIDAK semua emosi akan menyebabkan manusia berkongsi”.

Beliau membahagikan emosi kepada dua kategori.

HIGH AROUSAL

LOW AROUSAL

POSITIVE

Gembira, Lucu, Inspirasi

Relaks, Puas hati

NEGATIVE

Takut, Marah, Cemburu, Stress

Sedih

Apabila artikel jatuh dalam kategori positif atau negatif high arousal, artikel sebegini cenderung dikongsi.

Pembaca sangat terdorong menekan butang share.

CADANGAN APLIKASI

1. Tulis artikel positive high arousal.
2. Artikel berbentuk inspirasi dan menggembirakan.

(P) Public

Bayangkan Tuan mahu makan.
Lalu tiba di dua buah kedai bersebelahan.

Satu ramai sungguh orang.
Satu lagi kekosongan.

Tuan akan pilih kedai mana?

beratur vs kosong

Majoriti memilih kedai yang ramai orang.

Kenapa?

Ramai orang = sedap.
Tak ada orang = tak sedap.

Dalam erti kata lain, manusia terdorong melakukan sesuatu apabila lihat ada orang lain melakukannya.

Bahasa mudahnya disebut sebagai testimonial.

Bagi blog yang menonjolkan profil syarikat, testimonial dari pengguna sangat mempengaruhi jualan.

Begitu juga blog yang menjual produk-produk.

Testimonial ibarat ayat pengasih yang akan menarik pelawat untuk membeli.

testimonial kissmetrics

Contoh bukti sosial dari Kissmetrics

Pesanan saya, gunakan testimonial yang betul.
Elakkan testimonial ciptaan sendiri. Itu berdosa.

CADANGAN APLIKASI

1. Letakkan testimonial yang betul.
2. Tampilkan kredibiliti menerusi gambar-gambar aktiviti.

(P) Practical

Pernahkah Tuan melihat orang berkongsi resipi di Facebook?

Berapa jumlah share-nya?

resipi Rafiza Idayu

Resipi dari Cikpuan Rafiza Idayu mendapat 1.3K shares.

Resipi adalah contoh artikel dalam kategori Practical.

Practical = panduan

Kunci artikel panduan mestilah mudah dan boleh dilakukan.
Andai artikel panduan itu terlalu kompleks, artikel itu tidak dipedulikan.

CADANGAN APLIKASI

1. Paparkan langkah demi langkah secara terperinci.
2. Sertakan gambar atau video berkaitan.
3. Susun mengikut aturan yang betul.

(S) Storytelling

Ini adalah satu kategori yang unik.
Artikel storytelling ertinya artikel dalam bentuk cerita.

Cerita adalah jambatan yang menghubungkan dua manusia.A

pabila dua manusia bertemu, mereka bertukar cerita.
Cerita tidak terikat kepada sebarang syarat.

Apabila cerita itu menarik, pelawat akan membacanya sampai habis.

  • walaupun cerita itu panjang
  • walaupun bahasa cerita itu bercampur-campur
  • walaupun cerita itu macam tidak logik

Bagi Tuan yang mahu mendalami ilmu storytelling, ikuti perkongsian Tuan Irfan Jani di kumpulan Facebook A1 Storytelling.

CADANGAN APLIKASI

1. Sertai kumpulan A1 Storytelling.
2. Praktis menulis cerita.
3. Masukkan emosi dalam cerita

Bagaimana Menggunakan STEPPS

Apabila ada satu artikel, kenal pasti elemen STEPPS pada artikel itu.

Berikan skor STEPPS.
Lihat contoh di bawah.

Elemen

Skor (1-10)

Social Currency

8

Triggers

2

Emotion

10

Public

5

Practical

5

Story

9

JUMLAH SKOR

39/60

Artikel yang ditulis mungkin rendah skor dalam satu kategori.
Manakala tinggi pula skornya dalam kategori yang lain.

Tidak mengapa.

Asalkan ada satu ciri yang dominan.
Fokus pada menonjolkan ciri dominan itu.
Lagi satu, lain industri lain responnya.

TINDAKAN SELEPAS SBB2017

Content Marketing adalah ilmu yang masih baru di Malaysia.
Beruntunglah bagi mereka yang sudah mengamalkannya.

Pada ketika ini persaingannya masih lagi rendah.
Terutamanya bagi bisnes B2B.

Ilmu Content Marketing adalah ilmu buat.
Hanya yang buat akan dapat.

Apabila mengamalkan ilmu ini, tanamkan kesabaran.

Ianya ibarat menanam pokok.
Buahnya akan masak. Apabila tiba waktu dan ketikanya.

Akhir kata, blog kita ibarat ladang yang subur.

Semai benih durian, dapat durian.
Semai lalang, dapat lalang.

download sekarang sbb
9 comments
mrhanafi - May 15, 2017

Alhamdulillah..

saya sangat suka membaca dan amat membantu kerjaya saya sekarang ini..

saya baru nak bermula..

terima kasih tuan

Reply
Mohd Rawi - May 15, 2017

Thanks sharing pasal ini. saya ada masa program SBB tu. Perkongsian menarik dari tuan. Nasib ada nota di sini .. thanks

Reply
Opah Jelita - May 15, 2017

Terima Kasih tuan, sessi yang saya nanti2kan sepanjang SBB2017 kali ini.

Terima kasih kerana huraikan kembali secara jelas disini.

#FollowRapat2 untuk newbie macam saya.

Reply
Pendekar Berkuda - May 15, 2017

Alhamdulillah.

menarik perkongsian di SBB tempoh hari. Saya dapat ilmu dengan apa yang tuan dah ajar. Sampai tukar kerusi sebab nak lebih faham.

memang berguna sangat ilmu tersebut. Tahniah dan selamat maju jaya untuk tuan.

Reply
Mahamahu - May 15, 2017

Terima kasih tuan terkejut nama saya disebut dalam artikel ini saya tak pandai nak storytelling sehebat tuan tapi izin saya share atikel sebagai tanda saya kongsi ilmu tuan ini pada semua.

Reply
    Wan Yusof Wan Jeffery - May 16, 2017

    Terima kasih Tuan Mahadir (Mahamahu) kerana sudi mencemar duli. Tuan adalah contoh Storyteller hebat yang konsisten menulis. Saya sangat bertuah bertemu dengan Tuan tempoh hari =)

    Reply
Haidar - May 16, 2017

Rasa rugi yang amat sangat akibat tak dapat hadir ke SBB2017 kerana terlepas peluang menimba ilmu dari para blogger yang hebat terubat apabila membaca ilmu yang tuan turut kongsikan di blog tuan ini.

Reply
Pakcu - May 16, 2017

Allahuakbar tuan, syukur ada pengulangan maklumat bagi penerangan sabtu lepas, Pakcu ingat-ingat lupa, cuma sempat tengok semula peta lakar tu jerr. Alhmadulilah terima kasih yer, Izinkan Pakcu untuk Print nota ni bagi rujukan peribadi.

Reply
Click here to add a comment

Leave a comment: