folder Filed in SEO
[LSI] TIGA Kes Studi Guna Kata Kunci LSI Naikkan Ranking Di Google
By Wan Yusof Wan Jeffery comment 15 Comments access_time 1 min read

Latent Semantic Index?

Apakah itu?

Latent Semantic Index. Ringkasnya LSI.
Satu istilah yang makin mendapat perhatian.
Terutamanya selepas Google Panda.

Apabila faham LSI, faedahnya berbaloi-baloi.
Artikel senang muncul di Google.
Dan bertahan lama.

Dalam post ini, saya akan terangkan.
Dalam bahasa yang mudah.

Dan saya akan tunjukkan bagaimana 3 otai SEO memanipulasi kata kunci LSI di dalam artikel mereka.​

Keyword Density: Apa Cerita?

Keyword Density adalah kepadatan kata kunci dalam satu artikel.

Dalam erti kata lain, berapa kali-kah kata kunci diulang dalam artikel itu.

Teori lama SEO mengatakan,
Semakin kerap kata kunci itu diulang, semakin tinggi dan cepat untuk website berada di halaman pertama Google”.

Jadi taktiknya adalah dengan meningkatkan keyword density bagi perkataan yang menjadi sasaran.

Perhatian: Ini adalah TEORI LAMA.
Yang sudah tidak berkesan dan efektif

Dulu robot Google mentafsirkan kata kunci berulang sebagai signal.
Makin kerap diulang kata kunci itu, makin kuat signalnya.

Namun sekarang, robot Google berupaya memahami artikel seperti manusia.

Caranya, robot Google gunakan Latent Semantic Indexing.

Apakah Latent Semantic Indexing?

Cuba baca ayat di bawah.

Contoh 1
Apple lantai tinggal. Selimut penghawa dingin segar onde-onde. Mycobacterium powerpoint apple. Bahana apple atas hilang apple terbang.
Keyword density = 23.53%

Bandingkan dengan contoh kedua.

Contoh 2
Apple merupakan sebuah syarikat teknologi. Apple menjual produk seperti iMac, Macbook, ipad dan iphone. Pengasas Apple adalah Steve Jobs.
Keyword Density = 15.79%

Kata kunci bagi kedua-dua contoh di atas adalah “Apple”.

Pada contoh pertama, kita terus dapat tangkap contoh itu mengarut.
Berbanding contoh kedua.

Dulu, apabila robot Google membandingkan kedua-dua contoh ini, contoh pertama akan berada di atas.

Kerana keyword density-nya lebih tinggi.
Walaupun tidak masuk akal.

Sekarang tidak lagi.

Menerusi teknologi latent semantic index, Google tahu contoh kedua lebih relevan.

Kerana adanya perkataan-perkatan berkaitan.
Disebut sebagai LSI keywords. (kata kunci LSI)

Apakah LSI keywords dalam contoh kedua itu?

  • teknologi
  • imac
  • macbook
  • ipad
  • iphone
  • Steve Jobs

Bagaimana Nak Guna Kata Kunci LSI di Blog?

LSI keywords juga dikenali sebagai sinonim.

Cuma dari perspektif Google, sinonim di sini bukan bermaksud perkataan sama erti.

Sinonim = perkataan yang berkaitan dengan tema topik.

Bagi menggunakan LSI ini, tentukan tema atau topik utama.
Kemudian senaraikan LSI keywords yang berkaitan.
Masukkan LSI Keywords ke dalam artikel itu.

Elakkan keyword stuffing.
Fokus pada memberikan nilai kepada pembaca.

Apabila LSI keywords tidak dimasukkan secara natural, pembaca dapat kesan.

Ianya ganggu pengalaman pengguna membaca (user experience).

Perbuatan ini boleh meningkatkan bounce rate.
Bounce rate boleh beri kesan pada SEO.
(walaupun kesannya tidak besar).

“Bagaimana saya nak buat di blog?”

Saya akan tunjukkan 3 kes studi dari otai.
Bagaimana mereka mempraktikkan LSI.

1

Kes Studi : Brian Dominasi Content Relaunch

Brian Dean adalah guru SEO saya.
Tempat rujukan dan panduan.
Blognya berbaloi-baloi untuk dilawati dan dibaca.

Dalam kes studi ini, saya gunakan satu artikel dari blog beliau.

Kata kunci = Content Relaunch

Apabila lakukan semakan, kata kunci LSI berkaitan content relaunch adalah:

content relaunch lsi graph

Saya ambil satu kata kunci LSI, "organic".
Lihat bagaimana Brian memasukkan kata kunci LSI ini ke dalam artikel beliau.

Content Relaunch Brian Dean

Hasilnya Brian berada di nombor satu bagi kata kunci “content relaunch”.

Walaupun perkataan “content relaunch” tidak ada dalam title tag!

content_relaunch_-_Google_Search
2

Kes Studi : Neil Patel Lawan Google

Neil hasilkan satu artikel.
Tajuknya Google Search Operators.
Artikel ini bermanfaat untuk ditekuni.

Kata kunci = Google Search Operators

google search operator lsi graph

Neil menggunakan perkataan “Google" sebanyak 42 kali.
Dan perkataan “search operators” sebanyak 25 kali.

Apabila buat carian “Google Search Operators”, website Neil berada di kedudukan ke 9.

neil patel serp google search operator

Walaupun berada di bawah, ini boleh dikira satu pencapaian hebat.

Kerana pesaingnya adalah Google sendiri.

Baik.
Sekarang kita lihat satu lagi otai SEO.

Bagaimana mereka aplikasikan LSI dalam artikel.

Perkenalkan…

3

Kes Studi 3: Moz Berada Nombor #1 di Google

Moz adalah otai dalam dunia SEO.
Tempat rujuk SEO profesional.
Diasaskan oleh Rand Fishkin.

Bagi kata kunci yang super duper kompetitif, “title tag”, Moz menungguli carta.
Malah blog Moz diberikan kelebihan dalam Google Featured lagi

title_tag serp moz

Sekarang mari kita semak kata kunci LSI bagi terma "title tag".

lsi title tag

Salah satu kata kunci LSI adalah "meta".
Dan Moz menggunakan perkataan "meta" sebanyak 5 kali dalam artikel ini.“

Moz Title Tag

Amacam?

Ada rasa teruja?

Kata kunci LSI ini mudah.
Dan kesannya berbaloi-baloi untuk dipraktikkan.

"Di mana Tuan semak kata kunci lsi itu?"

Sekarang saya dedahkan.

Di mana dan bagaimana mendapatkan kata kunci LSI.

Latent Semantic Index Tools

Bagi mendapatkan kata kunci LSI, ada banyak tools yang boleh digunakan.

Kebiasaannya saya hanya gunakan tiga sahaja.
Itupun sudah lebih daripada memadai.

1. Google Auto suggest

google auto suggest

Apabila taip sesuatu di Google, ada perkataan-perkataan cadangan akan muncul.

Perkataan-perkataan ini dikenali sebagai Google Auto Suggest.
Ianya memberitahu apakah perkataan berkaitan dan yang sering dicari.

Salin perkataan itu dan letakkan dalam notepad.

salin title tag

2. Google Searches Related

google searches related

Selepas buat carian, turun ke bawah sekali.
Kita akan temui Searches Related.

Ini juga sumber kata kunci LSI.
Salin dan letak di notepad.

salin google searches related

3. LSIGraph

Ini adalah tool kegemaran.
Senang digunakan.
Percuma lagi.

Masuk LSIgraph.com.
Taip kata kunci yang menjadi sasaran.
Selesaikan captcha.
Klik Generate.

lsi generator title tag

Tadaa!

Ada senarai kata kunci LSI dipaparkan.
Salin dan letak di notepad.

lsi title tag

Langkah Selepas Dapat Kata Kunci LSI

Langkah seterusnya, lakukan saringan.
Pilih kata kunci LSI berkaitan.
Buang perkataan yang tidak sesuai.

Fokus utama artikel adalah pembaca.
Bukan robot.

Kata kunci LSI digunakan bagi membantu melancarkan penulisan.
Supaya kita tidak asyik ulang kata kunci sama setiap masa.

Dan dalam masa yang sama, Google suka.
Jadi teknik ini serampang dua mata.

Seterusnya mula tulis artikel sekarang!

tulis artikel

Kesimpulan

Penggunaan LSI ini semakin meluas di kalangan pengamal SEO.

Saya telah tunjukkan bagaimana tiga nama besar otai SEO mempraktikkan teknik ini.

Dan hasilnya berbaloi-baloi.

Sekarang tiba giliran anda.
Buka artikel. Lihat balik adakah artikel yang ditulis guna kata kunci LSI atau tidak.

Soalan: Belajar sesuatu dari artikel ini? Boleh kongsikan?

latent semantic index lsi lsi keywords lsi tools lsigraph

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Cancel Post Comment

  1. Kali ini adalah kelainan LSI digabungkan dengan keyword density. Sebelum ini dikongsi keyword related dengan keyword utama.

    Seronok nak bereksperimen. 🙂

  2. Info yang sangat bermanfaat…
    Terima kasih… Semoga dengan tunjuk ajar yang diberikan dapat membantu saya mendominasi keyword Homestay di Seri iskandar

  3. sebelum ni memang saya target keyword density. baru hari ni tau pasal lsi. terima kasih atas sharing. kena reedit draf yang scheduled to post ni.hehe

  4. Maaf tuan mencelah. LSI ni bukan milik google. Dia di cipta oleh para seo dan suddenly google suka dan gunakan ia. Untuk info saya telah gunakan lsi since 2009.

    1. Boleh saya tahu di bahagian mana yang saya katakan LSI milik Google Tuan?
      Pada ayat ini-kah “Caranya, robot Google gunakan Latent Semantic Indexing.”

      Andai kata pada ayat ini, saya merujuk kepada robot Google ambil kira LSI sebagai satu faktor.
      Bukannya robot Google memiliki LSI =)

  5. Terima kasih Dr.

    Maaf sy kurang jelas, pada bab akhir selepas dapat LSI keyword, kita akan gunakan semua keyword untuk di masukkan dalam artikel kita?

    Betul kan maksud Dr?

    Atau kita hanya gunakan satu keyword yang menjadi sasaran kita?

  6. Terimakasih, Perkongsian menarik.

    LSI adalah carian yang penting pada masa ini. Kata kunci LSI (Latent Semantic Indexing) pada dasarnya adalah kata kunci yang semantik berkaitan dengan kata kunci utama anda.

    Bertentangan dengan kepercayaan popular, mereka TIDAK hanya sinonim atau kata kunci yang serupa makna.

    Kata kunci LSI juga merupakan kata kunci yang berkaitan secara sentimen dengan kata kunci utama anda. Terdapat banyak algoritma untuk menentukannya.