Nota Content Marketing Percuma »

Sekolah Strategi: 101 Catatan Poin-Poin Penting

sekolah strategi

Sekolah Strategi berlansung buat julung kalinya di Janda Baik. Sekolah ini menampilkan tiga orang guru:

puan guru ainon mohd

Puan Guru Ainon

dato roslan ab hamid

Dato' Roslan

Ustaz Ahmad Saifuddin

Di dalam Sekolah Strategi, kami menekuni sirah Nabawiyah.

Kami belajar bagaimana melihat strategi Nabi (baca selawat) dalam menghadapi musuhnya.

Seterusnya bagaimana menggunakan strategi itu dalam situasi sekarang.
Kaedah yang diguna pakai adalah parallel thinking.

Video ini memaparkan sedutan Sekolah Strategi.

101 Poin-Poin Penting Sekolah Strategi

Ini adalah 101 dapatan penting Sekolah Strategi.
Pada setiap poin ini ada pelajaran tersembunyi.

1. Strategi itu ada tiga jenis. Strategi baik, strategi buruk, tiada strategi. Strategi itu bukan destinasi.

2. Tidak ada strategi tidak mengapa. Cuma tidak tahu ke mana. Bagai lalang ditiup angin. Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan.

3. Paling parah apabila guna strategi buruk. Padahnya seperti barah. Merebak dan menghancurkan.

4. Strategi yang baik itu diagnosable, mempunyai kebebasan dan had limit, bersepadu tindakan.

5. Strategi tanpa perlaksanaan ibarat orang bijak yang tidak bertindak. Cakap kuat, habuk tarak.

6. Boat Noodle mengguna pakai word of mouth sebagai taktik viral. Dia menjadikan pelanggan menyusun mangkuk bertingkat-tingkat, lalu dikongsi di mana-mana. Perbuatan ini menimbulkan keterujaan yang memandang.

boat noodle

Selepas makan di Boat Noodle (kredit:http://www.huislaw.com/2014/08/boat-noodle-at-jaya-one-petaling-jaya/)

7. Networking bergantung kepada personaliti. Personaliti yang baik menarik orang yang baik.

8. Lima (5S) Usahawan: Spirit, Stamina, Strategi, Skill dan Speed.

9. Strategi itu apa yang ada dalam kepala. Taktik apa yang ada depan mata.

10. Bagi startup, miliki 6 strategi ini:

  • check
    Lean Startup
    Ikat perut. Berjimat. Berpada-pada.
  • check
    Leverage
    Guna apa yang ada. Jadikan kelebihan itu kelebihan. Jadikan kelemahan itu juga kelebihan.
  • check
    Unfair Advantage
    Miliki kelebihan tersendiri. Yang tidak mampu ditandingi.
  • check
    Kolaborasi
    Zaman ini zaman bekerjasama dan usahasama.
  • check
    Berlumba-lumba bukan bersaing
    Apabila berlumba-lumba, semua orang menang. Cuma detik kemenangan itu yang berbeza.
  • check
    Mengkayakan pelabur

11. Garis masa kehidupan Nabi:

  • check
    8-12 tahun
    Bekerja sendiri sebagai pengembala kambing.
  • check
    12-18 tahun
    Masuk sekolah bisnes Abu Talib (belajar sambil buat).
  • check
    18-36 tahun
    Buka syarikat trading.
  • check
    36-38 tahun
    Menghasilkan (manufacturer) produk kulit.
  • check
    38-40 tahun
    Cuti tanpa gaji selama 2 tahun.
  • check
    40-53 tahun
    Pendakwah sepenuh masa.
  • check
    53 sehingga wafat
    Ahli ekonomi dan pemimpin negara.

12. Apabila membaca sirah, kita menggunakan teknik berfikir selari (Parallel Thinking).

13. Nabi memulakan perniagaan dalam bidang Agro-Servis. Nabi menjadi pengembala kambing. Kambing adalah harta orang kaya. Nabi menjaga harta orang kaya.

14. Sebagai pengembala kambing, Nabi tidak memerlukan modal yang tinggi. Nabi memiliki personaliti menarik. Personaliti ini adalah modal sosial.

15. Tempoh Nabi berniaga sendiri adalah 4 tahun sahaja. Kemudian Nabi mengikuti perniagaan Abu Talib.

16. Abu Talib ini saudagar besar. Bisnesnya perniagaan antarabangsa iaitu import dan eksport.

17. Nabi belajar bisnes ini dari Abu Talib menerusi gaya apprenticeship. Dalam gaya ini, Nabi belajar sambil buat dari guru yang tepat.

18. Nabi mengikuti Abu Talib selama 6 tahun.

19. Apakah yang perlu ada dalam satu proses melahirkan graduan yang cemerlang?

  • check
    Silibus praktikal
  • check
    Ada introducers dan influencers
  • check
    Networking dan connections
  • check
    Rangkaian channels
  • check
    Rangkaian pembekal
  • check
    Mengenali pelabur dan pemodal

20. Apakah kelebihan sekolah gaya apprenticeship?

  • check
    Ilmu dan skill bisnes praktikal
  • check
    Mentor bisnes
  • check
    Mengenali introducer yang boleh menjadi peruding (negotiatior)
  • check
    Berpotensi menjadi atau mencari partners
  • check
    Mengetahui rangkaian channel pengedaran
  • check
    Mengenali rangkaian pembekal
  • check
    Mengenali bakal pemodal dan pelabur

21. Di dalam sekolah gaya apprenticeship, pelajar menyumbangkan dirinya sebagai tenaga kerja.

22. Apakah hasil dari sekolah gaya apprenticeship?

  • check
    Mampu terus buka syarikat
  • check
    Tiada risiko langgar dinding
  • check
    Bimbingan berterusan dari mentor
  • check
    Mendapat pembekal berkualiti
  • check
    Rangkaian channels yang sudah disediakan
  • check
    Terlepas dari meminjam duit

23. Nabi kemudiannya berbisnes secara berpartner. Partner Nabi bersifat tiga penjuru. Khadijah sebagai pemodal pasif, Maisarah sebagai pengurus intrapreneur dan Nabi sebagai entrepreneur.

24. Apabila ikan besar berada di dalam akuarium kecil, ikan itu tidak akan ke mana.

25. Nabi tidak berpartner dengan Abu Bakar. Abu Bakar itu kawan rapat Nabi.

26. Model bisnes Nabi:

  • check
    Nabi sebagai orang tengah
  • check
    Trading intermediate goods
  • check
    Nabi memasuki sektor B2B (Business to Business)
  • check
    Nabi berniaga secara pukal (volume)
  • check
    Nabi tidak membuka kedai
  • check
    Perniagaan Nabi bersifat multifokal. Beli di sini, jual di sana.

27. Nabi bergerak dalam ekosistem kafilah. Dalam sistem ini, ramai peniaga bergerak seiringan.

28. Apabila bergerak secara kolaborasi, banyak perkara dikongsi. Konsepnya seperti shared office. 10 syarikat berkongsi satu ofis yang sama. Bil internet dibayar bersama. Jadi dapat ambil pakej internet paling mahal pada harga rendah (setiap orang berkongsi bayar).

29. Nabi menjual:

  • check
    Gandum - sektor makanan
  • check
    Tali - barang modal
  • check
    Kain tenun dari Yaman - tekstil
  • check
    Kulit - sektor bahan binaan

30. Nabi menjual bahan kering dan berada dalam sektor keperluan.

31. Kita adalah orang yang biasa pada pandangan orang yang tidak dikenali.

32. Kita adalah orang yang menarik pada pandangan orang yang faham kita.

33. Kita adalah orang yang istimewa pada orang yang mengasihi kita.

34. Kita adalah peribadi yang menyakitkan hati pada pandangan orang yang iri hati.

35. Kita adalah orang jahat dan keji pada pandangan orang yang dengki.

36. Jangan beri nasihat apabila tidak diminta. Nanti nasihat itu akan jadi murah. Barang murah akan jadi sampah.

37. Brainstorm 20 USP. Begini kita akan jelas kelebihan kita. Fokus pada kita. Bukan kelebihan kita berbanding orang lain.

38. Manusia membeli apabila melihat manusia lain membeli.

39. Manusia adalah pengumpul.

40. Orang yang tenang akan menang. Orang yang tenang akan senang.

Orang yang tenang akan menang. Orang yang tenang akan senang.

Click to Tweet

41. Kehidupan itu adalah pada mengenal paten. Apakah paten perniagaan kita sekarang.

42. Dalam strategi hijrah, Nabi tidak terus berhijrah. Nabi menghantar Musaib terlebih dahulu sebagai wakil. Wakil Nabi tinggal di sana pada ketika itu.

43. Nabi bermalam di gua bersama orang yang paling dipercayai. Nabi tinggal bersama-sama di satu tempat (Gua Thur). Tempat itu asing dan tidak diketahui.

44. Nabi mendapatkan berita apa yang berlaku di Mekah menerusi anak Abu Bakar. Apabila anak Abu Bakar memberikan laporan, Nabi tidak memberikan sebarang komentar.

45. Pada saat ini, Nabi masih tidur seperti biasa. Nabi mendapatkan kerehatan secukupnya.

46. Apabila berhijrah, Nabi membawa bersama pembantu Abu Bakar. Pembantu ini boleh menulis.

47. Apabila Nabi berhijrah, Nabi menggunakan unta. Nabi tidak guna kuda.

48. Dalam tradisi orang arab, ada suatu kelompok yang mahir membaca tapak kaki. Nabi menghilangkan jejak tapak kaki menggunakan kambing. Supaya tidak dikesan pergerakan mereka di awalnya.

49. Jalan hijrah adalah jalan yang tidak pernah dilalui Nabi. Lalu baginda memerlukan seorang penunjuk jalan. Nabi tidak kenal siapa penunjuk jalan ini (Abdullah bin Uraquit). Tetapi Nabi percaya dia. Penunjuk jalan ini adalah kafir.

jalan hijrah nabi

Kredit: https://mushollabaitulmuminin0413.files.wordpress.com/

50. Nabi mempunyai 2 kali transit. Di awalnya berhenti seketika di Gua Thur. Kemudian sekali lagi di Quba’.

51. Nabi melakukan 4x cross-check.

52. Apabila Nabi berdepan dengan Suraqah, Nabi menawarkan gelang Raja Parsi. Gelang ini adalah simbol kuasa. Pada waktu itu, Nabi belum pun sampai ke Madinah. Malah Islam pun masih lagi belum kuat.

53. Suraqah bersetuju dan meminta Nabi menulis perjanjian ini. Rekod itu mesti.

54. Nabi berhenti di khemah Ummu Ma’bad untuk mendapatkan bekalan makanan. Nabi menggunakan mukjizatnya untuk menghasilkan susu. Dan Nabi memberikan juga susu itu kepada Ummu Ma’bad.

55. Apabila sampai di Quba’, Nabi berkumpul bersama dengan orang Islam yang lain. Kemudian mereka beramai-ramai bergerak ke Madinah.

56. Nabi tidak membuat keputusan di mana masjid akan didirikan. Sebaliknya Nabi membiarkan unta Baginda membuat keputusan.

57. Nabi mempunyai pasukan. Ada ketika pasukannya sekecil dua orang. Ada ketika pasukkannya seramai ribuan orang. Dalam pasukan ada ketua. Ketua beri arahan. Anak buah melaksanakan.

58. Setibanya di Madinah, Nabi mendirikan pusat pentadbiran berupa sebuah masjid. Nabi beli tanah untuk dirikan masjid. Nabi tidak ambil percuma.

59. Pasukan itu kuat apabila terikat. Ibarat sekelompok lidi yang diikat kemas. Nabi mempersaudarakan Ansar dan Muhajirin.

60. Apabila mencari partner, cari yang berminda pendatang.

61. Dalam perang Mu’tah, Nabi menamakan tiga orang panglima. Ketiga-tiga mereka syahid. 

perang mu'tah

kredit: http://mnlfnet.com/

62. Panglima keempat dipilih ikut situasi. Siapa yang paling arif bagi mengetuai.

63. Taktik Khalid dalam perang Mu’tah:

  • check
    Tukar kedudukan (yang sebelah kiri ke kanan, yang sebelah kanan ke kiri).
  • check
    Khalid arahkan beberapa kelompok undur belakang. Mereka datang esok seolah-olah seperti bantuan baru yang tiba.
  • check
    Kelompok itu diarahkan memijak debu supaya memperlihatkan banyaknya tentera.
  • check
    Rom lari meninggalkan harta.
  • check
    Khalid tidak ambil. Sebaliknya berundur segera.

64. Dalam sariyah Zat al-Salasil, Nabi melantik Amr-Al Asr sebagai panglima. Walaupun Amr baru beberapa bulan masuk agama Islam.

65. Suku kaum di situ: Baliyy, Uzrah, Balqain. Nenek Amr datang dari suku kaum Baliyy. Nabi menghantar wakilnya dari susur galur keturunan yang sama.

66. Amr minta bantuan. Nabi hantar tentera Abu Ubaidah. Dalamnya ada Abu Bakr dan Umar (sahabat kanan).

67. Nabi beri pesanan supaya mereka bergabung dan tidak berpecah.

68. Amr keluarkan arahan pelik (Nabi membenarkan kesemua tindakannya apabial ditanya sahabat):

  • check
    Dalam cuaca sejuk, tidak dibenarkan nyalakan api.
  • check
    Amr berhadas besar, tetapi dia tidak mandi wajib. Hanya bertayammun.
  • check
    Amr imamkan solat Subuh walaupun ada sahabat kanan.
  • check
    Selepas solat Fajar, mereka terus serang.

69. 4 puncak kejayaan: Bisnes, Internet, Saham, Hartanah.

70. 4 negara kuasa dunia: China, India, Indonesia, Amerika.

71. Perkasakan back stage supaya kukuh front stage.

Perkasakan back stage supaya kukuh front stage.

Click to Tweet

72. Perjanjian Hudaibiyah dan Fathul Mekah mesti dibaca bersama-sama. Pembukaan Mekah adalah hasil daripada perjanjian Hudaibiyah.

73. Imigran memainkan peranan signifikan dalam membangunkan ekonomi sesebuah negara.

74. Nabi mahu mengerjakan umrah pada tahun keenam hijrah. Nabi bawa 1400 orang, 70 ekor unta, ternakan untuk korban dan senjata yang dibawa unta.

75. Apabila penduduk Mekah tahu, mereka tunggu di tanah halal.

76. Khalid menanti bersama tenteranya.

77. Nabi berjaya mencari jalan pintas memotong Khalid. Khalid terkejut.

78. Nabi pakai ihram tetapi Nabi berkhemah di luar tanah haram.

79. Nabi menyampaikan mesej yang bertentangan. Sekali imbas, nampak macam mahu berperang. Satu sisi lagi nampak macam mahu buat umrah.

80. Di sebelah malam, ada 40 orang pasukan Mekah menyusup masuk. Semuanya dapat ditangkap oleh pasukan Nabi. Kesemua mereka dilepaskan.

Apabila budak kecil mahu lawan budak besar, gunakan perang saraf.

Click to Tweet

81. Apabila budak kecil mahu lawan budak besar, gunakan perang saraf.

82. Nabi hantar wakil masuk ke Mekah. Nabi hantar Usman. Usman ini datang dari puak yang sama seperti Abu Sufyan.

83. Usman pulang lambat. Pada ketika itu sampai gosip Usman telah dibunuh. Tentera Islam bersiap untuk berperang.

84. Penduduk Mekah gentar. Mereka lalu hantar Suhail untuk berbincang.

85. Nama “Suhail” bererti pendamai. Apabila Nabi melihat Suhail datang, Nabi berkata, “Allah permudahkan urusanmu”.

86. Nabi memuji menggunakan maksud nama.

87. Apabila melawan budak besar, hilangkan keyakinan mereka.

88. Nabi memanggil Ali untuk menulis dokumen.

89. Suhail menyatakan permintaan. Nabi membenarkan kesemua permintaan Suhail.

90. Ali tidak bersetuju. Nabi diam dan tidak melatah.

91. Nabi fokus pada mendapatkan satu klaus sahaja. Nabi mahukan gencatan senjata.

92. Hasil gencatan senjata membolehkan Nabi fokus meluaskan dakwah.

93. Dalam masa 2 tahun gencatan senjata, Nabi menyerang lembah Khaybar. Lembah ini adalah lubuk harta.

94. Harta dari Khaybar digunakan untuk menampung keperluan dan kegunaan orang Islam.

95. Perjanjian Hudaibiyah terbatal apabila sekutu Quraisy melanggar perjanjian. Abu Sufyan ke Madinah untuk berunding tetapi tidak dilayan.

96. Selepas 19 tahun berjuang, pengikut Nabi adalah seramai 1400 orang.
Dua tahun selepas Perjanjian Hudaibiyah, Nabi ada seramai 10,000 orang.

97. Nabi bawa 10,000 orang ke Mekah. Berapakah keperluan yang diperlukan untuk menampung perjalanan 10,000 orang sejauh 400km? (Dari Madinah ke Mekah).

98. Ada tempoh untuk menang selepas kalah. Bersabar.

99. Dalam tradisi barat, kemenangan adalah dalam dokumen. Dalam tradisi Nabi, kemenangan adalah di luar dokumen.

100. Nabi mempunyai roadmap kejayaan yang tersendiri.

101. Apabila Nabi masuk Mekah, Nabi beri kata dua yang selamat keduanya.

  • check
    Masuk masjid
  • check
    Masuk rumah Abu Sufyan
pembukaan kota mekah (fathul mekah)

kredit: segalainfo.com

Kesimpulan

Catatan-catatan ini adalah poin-poin penting yang dibentangkan sepanjang Sekolah Strategi.


Poin-poin ini bertindak sebagai pernyataan untuk difikirkan hikmah dan kebijaksanaan.

Dalam mengaplikasi konsep parallel thinking, kita tidak berdebat pada memenangkan sesuatu.
Sebaliknya bersama-sama menggali maksud dan aplikasi.


p/s: Bantu saya untuk sebarkan artikel ini. Klik butang "Share" untuk kongsikan dengan kawan-kawan ya.

4 comments
azrinros - October 8, 2017

Syukur alhamdulillah dapat baca sejarah kehidupan Rasulullah SAW. Terima kasih berkongsi.
azrinros recently posted…Teknik mudah kumpul RM200 dalam masa sebulanMy Profile

Reply
Mazni Azmi - October 9, 2017

Saya memang suka baca sirah Nabi Muhammad SAW

Ada banyak kisah dalam artikel tuan ini saya tak pernah baca lagi

Memberikan sisi lain perjuangan Rasulullah SAW & sahabatnya

Tidak datang bantuan Allah SWT semata mata tanpa usaha

Setiap gerakan ada strategi jangka pendek dan panjang yang tersusun
Mazni Azmi recently posted…Ibu ini elak kencing manis semasa mengandung. 12 Cara kawal gula. Lega!My Profile

Reply
mrhanafi - October 12, 2017

kisah Rasulullah saw memang wajar diberi perhatian.

Ada 1001 hikmah yang boleh dipelajari untuk kejayaan di dunia dan juga kejayaan di akhirat.

terima kasih kerana berkongsikan info yang sangat menarik ini.
mrhanafi recently posted…Sekolah Agama Samarahan Anjur Ujian Kelayakan Tahun Satu 2018My Profile

Reply
Belang Tarung - October 13, 2017

btol..personaliti penjual tu jadi 1st impression untuk penggna nak dapatkan produknya…

mula mula dah fail..orang takkan nak tgk lagi hehe
Belang Tarung recently posted…Makan Nasi Kambing Bakar Di Restoran Cik Tri Sahara Setia AlamMy Profile

Reply
Click here to add a comment

Leave a comment:

CommentLuv badge