Blog

  • Strategi SEO 2017

    Strategi SEO 2017

    Menjelang 2017. Dunia digital makin meluas. Selari dengan sokongan kerajaan sebagaimana diumumkan dalam belanjawan 2017. Selaras juga dengan perlantikan Jack Ma sebagai penasihat ekonomi digital Malaysia.

    Saya membaca dan menyemak trend SEO menjelang 2017. Cuba meneroka dan meneka. Apakah yang akan terjadi menjelang tahun baru ini. Secara asasnya, ilmu SEO itu sendiri sering berubah-ubah. Namun asasnya tetap kekal. Google mahukan pengguna mendapat hasil carian yang relevan. Pengguna pula mahukan hasil carian yang pantas dan tepat.

    Dalam artikel ini, kita akan melihat beberapa perkara penting. Kesemua aspek ini perlu diberikan perhatian oleh pengamal SEO. Supaya website senang muncul di halaman pertama Google.

    Personalized Search

    Google mahu berikan hasil carian ikut history setiap orang. Google cuba dapatkan maklumat kita. Kesemua maklumat ini disimpan dalam Google MyActivity. Data daripada sini akan digunakan bagi memberikan hasil carian yang bertepatan.

    Lokal SEO

    Local-Business-SEO-1
    credit: 4pointdigital.com

    Selari dengan personalized search, Google berusaha bagi memberikan hasil carian ikut lokasi. Sebagai contoh, apabila kita berada di Malaysia, hasil carian mengutamakan website di Malaysia. Ini satu berita bagus bagi pemilik premis. Daftarkan bisnes Tuan di Google My Business bagi meningkatkan visibiliti. Dari kaca mata pemilik website, mulakan lokal SEO. Lokal SEO merujuk kepada proses mengesahkan website kita wujud di lokasi berkenaan.

    Carian Smartfon

    mobile trend
    sumber: https://moz.com/blog/seo-and-digital-trends-in-2017

    Berbeza dengan generasi terdahulu, generasi sekarang mengenali dunia digital menerusi smartfon. Penggunaan smartfon meningkat dari hari ke hari. Dan trend ini dijangkakan akan terus melompat naik. Dua kehendak utama pengguna smartfon adalah website laju dan mesra smartfon. Jadi pemilik website perlu peka pada perkara ini. Gunakan fungsi AMP bagi melajukan website. Pilih theme yang mesra smartfon. Disebut mobile responsive.

    Konten, konten, konten

    Ini zaman informasi dihujung jari. Setiap hari ada saja konten di sana sini. Andai dulu sasarannya adalah hasilkan konten. Kini langkah seterusnya perlu diatur. Hasilkan konten yang berkualiti. Google kini sudah boleh memahami artikel hampir seperti manusia membaca artikel. Jadi Google sudah boleh mengasingkan website tak berkualiti dan website berkualiti. Website berkualiti diberi keutamaan di halaman pertama Google.

    Video SEO

    Apabila FB memperkenalkan FB Live kepada semua pengguna, ini adalah game-changer. Rata-rata pengguna sudah boleh menerima video yang dirakam oleh amatur. Hasilnya semua orang boleh cipta video. Dan jumlah video consumption meningkat mendadak. Menjelang tahun 2017, konten dalam bentuk video semakin bertambah-tambah. Jadi ini adalah satu kemahiran yang akan meletakkan kita di hadapan andai kita tahu menggunakannya.

    Pelan Tindakan

    Setelah mengetahui lima trend ini, maka apakah strategi SEO website kita bagi tahun 2017. Tahu itu perlu. Buat itu mesti. Di sini saya berkongsi pelan tindakan yang akan saya lakukan sebagai persediaan menghadapi dunia digital 2017.

    1/ Website mesra smartfon.
    2/ Website mesra AMP dan Instant Articles.
    3/ Fokus website menghasilkan artikel berkualiti secara konsisten.
    4/ Aktifkan saluran youtube.
    5/ Mulakan podcast.
    6/ Menghasilkan konten jenis video dan imej.

    Bagi melaksanakan perkara di atas, ini adalah tools yang akan saya gunakan. Ada tools yang berbayar, ada tools yang percuma.

    1/ Penghasilan video – iMovie, Animoto, Powerpoint, VideoMakerFx, RenderForest
    2/ Imej editing – Photoshop, Getstencil
    3/ Rakaman video – Camtasia
    4/ Theme website – Thrive Theme

    Kesimpulan

    Dunia digital 2017 menjanjikan kemanisan bagi yang terus berusaha. Akan ada jatuh bangun. Ini perkara biasa. Apa yang penting adalah tindakan. Perancangan tanpa tindakan hanyalah impian kosong. Mulakan tindakan sekarang.

  • Tawaran Black Friday Yang Tak Boleh Dilepaskan

    Tawaran Black Friday Yang Tak Boleh Dilepaskan

    Setiap 25 November dunia akan bergegar. Gegaran Black Friday. Hari di mana ramai peniaga online dan offline buat tawaran gila-gila. Tawaran ini biasanya disusuli dengan Cyber Monday pada Isnin berikutnya.

    Bagi pemain Digital Marketing, hari ini adalah hari yang elok untuk beli belah tools. Tools ini fungsinya memudahkan kita melakukan sesuatu. Dalam artikel ini saya berkongsi tools menarik bagi peniaga online.

    Buat Minisite & Landing Page

    Upah buat minisite boleh cecah RM1000. Itupun belum tentu berhasil. Bagaimana andai kita dapat buat minisite berkesan dalam masa 10 minit? Inilah perananan Instapage. Satu tool ringkas namun sangat berguna. Ada template yang pelbagai. Pilih dan terus boleh guna.

    instapage

    Saya sudah menggunakan tool ini hampir setahun. Sangat puas hati. Dapat buat macam-macam jenis page dengan hanya satu klik. Bersempena dengan Black Friday, mereka ada buat diskau istimewa. Klik gambar.

    Apa yang menarik tentang Instapage ini adalah kita ada 30 hari tempoh percubaan. Tak payah letak kad kredit. Cuba dahulu. Berminat, baru dapatkan pakej premium.

    Desain Sekelip Mata

    contoh-google

    Lihat poster di atas. Berapa lama agaknya masa yang diambil nak buat poster ini? Hanya 1 minit. Betul. Saya gunakan GetStencil. Ini aplikasi pilihan hati. Aplikasi ini bantu kita cipta poster menarik dengan pantas. GetStencil ada sediakan template. Kita juga bebas nak bermula dari kosong. Cipta sendiri.

    getstencil

    Bagi yang ingin guna GetStencil untuk tujuan pemasaran di Facebook, Twitter, Instagram, Buffer dan Pinterest, aplikasi ini sangat sesuai. Dengan hanya satu klik, kita dapat hantar desain yang dicipta tadi ke saluran media sosial. Jadi buat kerja sekali harung sahaja.

    Stock Gambar Yang Tak Habis-Habis

    Gabungkan GetStencil dan StockUnlimited. Senang cerita. StockUnlimited adalah satu pusat pengumpulan gambar-gambar. Sama seperti DepositPhotos dan ShutterStock. Cuma harganya lebih murah.

    Andai kita banyak gunakan gambar, usah lepaskan peluang keemasan ini. Sempena Black Friday ada tawaran 30% diskaun dari harga biasa. Sangat murah. Cara guna StockUnlimited senang sahaja. Masukkan gambar yang diingini dan klik download. Itu sahaja.

    stockunlimited

    Tak Payah Pening Kepala Ingat Password

    Pernah tak alami situasi tak ingat password. Cuba berkali-kali pun masih tak ingat. Kesannya merana dan sengsara. Ini apa yang saya alami sendiri suatu ketika. Sehinggalah kawan perkenalkan satu senjata. Namany Roboform.

    Roboform merupakan pengurus password. Roboform boleh cipta password dan ingatkan password pada kita. Jadi saya tak perlu susah payah fikirkan password baru. Lebih menarik lagi, Roboform ada fungsi merentasi platform. Maklumat disimpan dalam cloud. Jadi kita masih boleh tengok password guna smartfon, tablet ataupun laptop. Lihat video ini bagi menjelaskan lagi fungsi Roboform.

    Theme WordPress Sekali Beli

    Bagi pengguna wordpress, dapatkan theme Divi.Ini theme yang sangat luar biasa. Theme ini sangat fleksibel. Kita boleh cipta macam-macam template dengan menggunakan Divi Builder. Limitasinya hanya kreativiti. Bersama-sama dengan Divi, ada 87 lagi theme lain.

    Apa yang menarik tentang theme keluaran Elegant Themes ini adalah komitmen mereka. Theme dikemaskini dari masa ke masa. Sistem sokongan juga sangat bagus. Andai ada sebarang masalah, hanya perlu email. Dan soalan kita akan dijawab dalam masa sekejap sahaja. Sehingga ke hari ini, jumlah pengguna Elegant Themes sudah mencecah 371,113 orang.

    Divi WordPress Theme

    Kesimpulan

    Tawaran Black Friday dan Cyber Monday boleh buat kita kelabu mata. Tak tahu nak pilih yang mana. Seeloknya, buatkan senarai keperluan. Dari situ baru pilih apa yang diperlukan.

    Sebagai langkah keselamatan, lihat reputasi dan kredibiliti website. Elak terpedaya dengan harga yang menggoda. Ada yang mahu ambil kesempatan juga di musim orang berbelanja. Beli berpada-pada, guna setiap masa.

  • Teknik Tulang Ikan

    Teknik Tulang Ikan

    Apabila mahu memulakan perkongsian di Facebook, banyak idea di awalnya. Kemudian kita dapati idea mula tiada. Tak tahu nak post apa. Kesannya, perkongsian terhenti di pertengahan. Tak disudahkan.

    Dalam bengkel Content Marketing, saya belajar satu teknik. Diperkenalkan oleh Dato’ Roslan Ab Hamid. Dato’ gelarkan teknik tulang ikan. Teknik ini adaptasi dari satu tool brainstorming- the cause and effect diagram.

    Teknik Tulang Ikan mudah digunakan. Kita perah otak sekali sahaja. Kemudian guna berkali-kali.

    Bagaimana Guna Teknik Tulang Ikan

    Tulang ikan ada ekor dan kepala. Kepala itu tujuan utama. Boleh jadi kepala itu produk. Kepala hanya akan ditawarkan pada hari ke-30. Ekor pula tempat kita bermula. Letakkan tajuk utama.

    Antara ekor dan kepala, letakkan 28 tulang. Pada setiap tulang ini, tuliskan kata kunci perkongsian. Pastikan kata kunci tak menyimpang dari tajuk utama.

    aplikasi-teknik-tulang-ikan

    Bolehkah Teknik Tulang Ikan Diulang

    Apabila kita gunakan teknik tulang ikan, perancangannya untuk jangka masa panjang. Sebab itu kita letakkan kata kunci. Tak letak post penuh. Kata kunci ini perkataan pembayang. Apabila disebut kata kunci, kita dapat idea nak kembangkan.

    Jadi dari satu kata kunci, kita boleh ada macam-macam post. Temanya sama, namun penerangan dan poinnya mungkin berbeza.

    Seandainya kata kunci itu hanya punay satu poin, kita masih boleh ulang poin yang sama. Cuma tukar ayat dan kaedah menyampaikan. Bagi satu tulang ikan untuk berulang, ianya ambil masa hampir 30 hari, jadi audien mungkin sudah lupa.
    content marketing

    Berapa Banyak Tulang Ikan

    Andai Tuan boleh bayangkan, setiap tulang ikan itu bagaikan seekor bilis di dalam perut jerung. Maksudnya ada tujuan paling utama yang kita mahu bawa. Personal branding.

    Kesemua perkongsian kita menjurus kepada satu perkara iaitu profil digital yang ingin dipersembahkan. Kita boleh ada banyak tulang ikan dalam satu perut jerung. Cuma digalakkan kita gunakan tiga tulang ikan sahaja. Supaya perkongsian lebih fokus dan konsisten.

    Kesimpulan

    Klik pada gambar di bawah bagi memuat turun tulang ikan yang kosong. Cetak dan mulakan brainstorming. Simpan tulang ikan dalam smartfon. Begini kita mudah merujuk apabla diperlukan.

    Bagi mengaplikasikan teknik tulang ikan, hanya satu kemahiran diperlukan. Kemahiran buat. Jadi usah tunggu lagi. Buat, buat dan buat.

    teknik-tulang-ikan-kosong

  • 5 Platform Blog Terbaik Bagi Startup

    Website ibarat rumah sendiri. Facebook dan Instagram ibarat rumah sewa. Di rumah sewa, ada perkara yang kita tak dapat buat. Perlu dapat kebenaran dari tuan rumah. Berbeza di rumah sendiri, kita bebas buat sesuka hati.

    Untuk itu, sangat disarankan kepada semua peniaga online supaya pasang cita-cita ada website sendiri. Kumpulkan bajet dan mulakan proses migrasi.

    Saya sering ditanya bagaimana mahu buat website. Jadi artikel ini ditulis khas bagi Tuan yang mahu mulakan website. Kita mulakan dengan yang percuma. Ada lima pilihan kesemuanya. Selamat membaca.

    Blogger

    Dulu dikenali sebagai blogspot. Kemudian dibeli oleh Google. Bagi hasilkan website di blogspot, kita hanya perlukan akaun Google. Pantas dan cepat.

    Ada yang berpendapat, blogspot adalah pilihan paling bagus. Blogspot dimiliki Google. Jadi peluang untuk muncul di Google lebih tinggi. Pernyataan ini tak ada sandaran khusus. Google tak pernah keluarkan kenyataan sokong perkara ini.

    Blogspot didatangkan dengan beberapa template. Ada limitasi dari sudut susun atur dan desain. Namun blogspot adalah pilihan bagus bagi yang mahu mulakan.

    blogger
    Blogger atau Blogspot.

    WordPress

    WordPress merupakan platform yang paling digemari ramai orang. Kelebihan wordpress adalah ianya mudah digunakan dan ada plugin yang banyak. Plugin ini berfungsi sebagai pelengkap kepada wordpress.

    Contohnya begini. WordPress tak sediakan fungsi ecommerce. Bagi menukar website wordpress kepada ecommerce, kita perlu install plugin. Ada banyak plugin yang boleh lakukan perkara ini. Salah satunya Woocommerce.

    Harus difahami, wordpress ada dua. WordPress.com dan wordpress.org. Bagi wordpress.com, fungsinya seperti blogspot. Hanya perlu daftar dan terus boleh guna. Cuma ada had limit memandangkan website kita menumpang di wordpress.com.

    WordPress.org sedikit berbeza. Kita akan download fail wordpress. Seterusnya kita perlu install di hosting sendiri. Kaedah ini lebih digalakkan atas sebab fleksibiliti. Kita boleh buat sesuka hati.

    wordpress
    WordPress.com

    Tumblr

    Dikenali sebagai microblogging. Tumblr membenarkan kita buat blog dengan mudah. Boleh upload gambar, quote, muzik dan tulisan.

    Tumblr telah bertapak sejak tahun 2007. Diasaskan oleh David Karp. Fokus tumblr lebih kepada penulisan pendek-pendek. Namun tak ada sebarang had limit dari sudut jumlah patah perkataaan.

    Paparan antaramuka (interface) tumblr ringkas. Senang difahami dan digunakan. Warna design boleh ditukar ikut pilihan hati. Boleh cuba dan alami sendiri.

    tumblr
    Contoh Paparan Tumblr

    Wix

    Pernahkah Tuan lihat iklan Wix di Facebook? Ini antara syarikat yang cukup agresif dari sudut pengiklanan. Wix menggelarkan diri mereka ‘Free Website Builder’.

    Apabila cipta akaun di Wix, kita diberikan pilihan untuk mengubah suai design website. Terdapat template menarik yang disediakan.

    Wix didatangkan dengan pakej percuma dan pakej berbayar. Bagi pakej berbayar, Wix menyediakan semua fungsi seperti hosting, domain, analytics dan sistem sokongan.

    Andai berminat, cuba yang percuma dahulu. Apabila puas hati baru ambil yang berbayar.

    wix.
    Contoh template Wix.

    Weebly

    Mirip dengan Wix. Weebly juga didatangkan dengan template yang sudah siap. Ada macam-macam pilihan. Weebly juga bertujuan memudahkan kita mendapat design menarik pada harga yang menjimatkan.

    Weebly didatangkan dengan lima pakej. Dari percuma kepada pakej advance. Bagi pakej berbayar, weebly juga berikan kredit Google Ads. Namun fungsi ini bermanfaat andai kita mahu buat iklan di Google.

    Weebly
    Contoh Paparan Weebly.

    Platform Pilihan

    Antara lima pilihan di atas, saya suka memilih WordPress. WordPress ini saya install di dalam hosting sendiri. Proses install hanya sekejap sahaja. Kebanyakan syarikat hosting sudah sediakan fungsi ini. Andai tak pasti, hanya perlu tanya adakah mereka menyediakan Installatron atau Softaculous.

    softaculous
    Aplikasi Softaculous oleh ServerFreak.

    Installatron atau Softaculous merupakan perisian bagi membantu kita install WordPress dengan hanya satu klik sahaja. Tak perlu bersusah payah bedah siasat bahasa programming.

    Selepas proses install, kita sudah boleh akses dan mula menulis. Andai mahu tukar design, ada template disediakan.

    Kesimpulannya, cuba dahulu yang percuma. Pilih yang kita senang menggunakannya. Kemudian barulah dapatkan pakej berbayar.

  • 5 Tool Percuma Supaya Dapat Muncul Di Halaman Pertama Google

    5 Tool Percuma Supaya Dapat Muncul Di Halaman Pertama Google

    Google sangat suka hasilkan produk percuma. Apabila pekerja Google dapat hasilkan produk baru yang percuma dan produk itu diguna ramai orang, pekerja itu akan dapat hadiah.

    Produk percuma bantu Google kenal pasti perangai pengguna. Maklumat ini seterusnya digunakan bagi tujuan pengiklanan. Semakin ramai pengguna bagi sesuatu servis, semakin banyak maklumat direkodkan. Semakin gembiralah Google.

    Bagi menaikkan kedudukan website di Google, kita perlu tahu cara menulis yang betul. Tulis apa yang orang cari. Bukan apa yang kita mahu beri.

    Nak tulis apa yang orang cari tak mudah. Ada tool yang perlu digunakan. Ada tool yang berbayar dan ada yang percuma. Artikel ini berkongsi 5 tool percuma yang disediakan oleh Google bagi bantu website kita muncul di halaman pertama Google.

    Google Adwords: Keyword Planner

    Apabila guna Google, setiap orang ada tujuan tertentu. Mereka yang sedang survey cenderung taip kata kunci umum. Contohnya ‘iphone 7’. Berbeza dengan mereka yang mahu beli iphone. Bagi yang mahu beli, mereka akan taip ‘buy iphone 7 online’.

    Perbezaan carian ini dikenali sebagai searcher intent. Semakin tepat searcher intent, semakin tinggi peluang untuk buat jualan.

    Cuma, bagaimanakah mahu mendapatkan searcher intent yang betul?

    google keyword planner

    Kita bertuah. Google rekod carian yang dibuat. Rekod carian ini boleh didapati menerusi Google Adwords. Tool ini percuma. Hanya perlu daftar akaun Google sahaja.

    Apabila guna tool ini, ambil perhatian pada Average Monthly Searches. Ini adalah purata carian yang dibuat dalam sebulan. Abaikan tab competition. Tab ini bukan bermaksud comptetition di Google. Tab ini lebih berguna andai kita mahu buat iklan di Google.

    Google Analytics

    Apabila pengguna masuk ke website, kita perlu tahu gerak geri mereka. Begini kita tahu apa yang berkesan dan apa yang tak menjadi. Pergerakan pengguna boleh dirakam menggunakan Google Analytics.

    google analytics

    Google Analytics beritahu kita banyak perkara. Antaranya sumber trafik, minat, jenis peralatan yang digunakan, page yang dibaca dan banyak lagi.

    Bagi menghidupkan fungsi Google Analytics, cipta akaun di Google Analytics. Kemudian sambungkan dengan website kita. Ada tutorial disediakan. Pun begitu, andai mengalami kesukaran, boleh dapatkan khidmat web developer.

    Google Search Console

    Website yang berada di halaman pertama Google adalah website yang disukai Google. Website ini sentiasa berhubung dengan Google. Apabila kita berhubung dengan Google, kita dapat macam-macam maklumat. Malah Google juga beritahu andai website kita ada masalah.

    Google Search Console Wan Yusof

    Tool bagi membantu kita berhubung dengan Google dikenali sebagai Google Search Console. Sama seperti servis Google Analytics, tool ini juga percuma. Hanya perlu ada akaun Google.

    Google Trends

    Ada website yang fokus pada isu semasa. Mereka mahu tulis artikel terbaru yang trendy. Nak tahu apa yang trendy bukan mudah. Kadang-kadang sudah kehabisan sumber idea. Untuk itu, gunakan Google Trends.

    Google Trends Wan Yusof

    Google Trends beri maklumat apa carian panas ikut negara. Kita juga boleh lihat carian-carian panas ikut kategori. Maklumat yang diperolehi ini seterusnya boleh digabungkan dengan Google Keyword Planner. Sekaligus menghasilkan artikel yang dicari dan panas.

    Google Doc

    Tool ini nampak mudah namun sangat berguna. Fungsinya sama seperti Microsoft Word. Cuma tool ini percuma dan menggunakan cloud. Hasilnya kita dapat akses di mana-mana sahaja. Tidak bergantung kepada sebuah laptop semata-mata.

    Google Doc juga mempunyai fungsi sharing. Kita boleh berikan akses pada dokumen yang sama kepada tim. Jadi semua orang ada satu rujukan sahaja. Tak ada file bertindan.

    google-docs-icons

    Kesimpulan

    Apabila kita tulis apa yang orang cari, akan ada perubahan dari sudut jumlah pengguna yang masuk ke website. Semakin ramai pengguna masuk website, semakin tinggi peluang buat jualan.

    Proses ini akan ambil masa, takkan jadi sekelip mata. Fokus pada memulakan. Begini, kita setapak kehadapan.

    Andai Tuan mahu dalami lagi ilmu naikkan kedudukan website di Google, boleh baca artikel Panduan SEO Untuk Bisnes Baru. Percuma.

  • 5 Tools Percuma Buat Poster Menarik

    5 Tools Percuma Buat Poster Menarik

    Ada 2 juta carian dibuat di Google setiap minit. Di seluruh dunia. Ini petanda betapa manusia mencari informasi. Tanpa henti. Ini juga beritahu kita betapa manusia sudah mengalami limpahan data. Klik Google terus jumpa. Dapatan kajian daripada IBM.corp lebih memeranjatkan. Sebanyak 2.5 quintillion bytes data dihasilkan dalam tempoh 2 tahun lepas.

    ibm-study

    Data ini ada banyak jenis. Salah satu jenis data yang sedang mencanak naik adalah gambar. Disebut juga sebagai visual. Kita suka akan visual. Otak kita proses data visual 60,000 kali lebih pantas daripada tulisan. Jadi penggunaan visual adalah satu senjata berkesan dalam strategi pemasaran. Gambar yang cantik boleh menukar persepsi kita. Produk biasa nampak luar biasa.

    Bagi menghasilkan gambar yang menarik, ada dua pilihan. Satu kita berikan kepada designer. Mereka ini pakar dalam bidang grafik. Cuma paling tidak ada dua kos. Kos masa dan kos duit. Bagi syarikat yang baru memulakan bisnes, mereka mahu jimat duit. Jadi perlu ada alternatif untuk hasilkan design poster menarik. Di sini saya berkongsi 5 aplikasi grafik percuma yang menarik.

    Canva

    Ini aplikasi macam Adobe Photoshop. Cuma ianya lebih mudah digunakan. Ada 10 juta pengguna internet menggunakan Canva. Tidak ada bayaran dikenakan untuk pendaftaran. Percuma. Di dalamnya ada template yang boleh digunakan. Ada juga imej premium. Imej premium ini boleh dibeli. Kosnya tidak mahal. Canva juga didatangkan dengan Design School. Ini semacam blog yang berikan panduan design menarik.
    canva

    Youzign

    Aplikasi design yang pernah mengegarkan dunia internet. Berbeza dengan Canva, aplikasi ini mempunyai limitasi dari sudut imej editing. Namun kelemahan ini ditampung dengan template yang banyak. Template untuk Facebook, Google+, Kindle, Pinterest, Infografik dan banyak lagi. Andai kita mencari satu aplikasi yang siap segera, Youzign boleh menjadi pilihan.
    youzign

    Photoshop Express Editor

    Ini adalah produk Adobe Photoshop. Bagi yang biasa dengan perisian Adobe, boleh gunakan aplikasi ini. Fungsinya semacam Adobe Photoshop versi ekspress. Tidak ada template disediakan. Cuma kita boleh edit dengan bebas. Aplikasi ini sesuai bagi mereka yang sudah biasa dengan Adobe Photoshop.
    photoshop

    DesignBold

    Hasilkan design profesional dalam sekelip mata. Ini janji DesignBold. Aplikasi cipta visual menarik dan mudah digunakan. DesignBold ini lebih luas penggunaannya. Kita boleh gunakan aplikasi ini bagi menghasilkan poster, ebook, majalah, iklan dan banyak lagi. Kualitinya memang hebat. DesignBold didatangkan dengan imej premium dan imej percuma. Bagi mendapatkan imej premium, kita perlu ada kredit. Ketika ini Appsumo sedang mengadakan promosi tawaran seumur hidup bagi akaun DesignBold. Andai berminat, boleh cuba dahulu sebelum bayar.
    designbold

    Stencil

    Ini adalah aplikasi kegemaran saya. Dulunya dikenali sebagai ShareAs Image. Sekarang berubah kepada Stencil. Fungsinya hampir sama dengan Canva cuma fokus Stencil lebih kepada media sosial. Terdapat template menarik yang sudah sedia ada. Hanya masukkan text dan ubahsuai mana yang kita mahu. Pengguna diberikan pilihan akaun percuma atau akaun berbayar. Gunakan akaun percuma terlebih dahulu. Apabila selesa, baru kita naik taraf ke pilihan berbayar.
    stencil

    Aplikasi Pilihan

    Bagi memastikan aplikasi grafik itu sesuai dengan kita, guna edisi free trial terlebih dahulu. Setiap satu ada kelebihan dan kelemahan tersendiri. Tujuan menggunakan aplikasi grafik ini untuk memudahkan kerja. Kesemua aplikasi yang dikongsi ini menggunakan sistem cloud. Maksudnya kita perlu mempunyai akses internet yang stabil supaya dapat menggunakan aplikasi ini secara optimimum. Saya suka gunakan Stencil bagi hasilkan poster untuk Facebook. Ianya pantas dan sangat mudah digunakan.