Dalam SEO Update #2 saya berkongsi tentang perkara paling asas dalam Search Engine Optimization. Meskipun ini adalah perkara asas, namun ianya sangat-sangat penting.
Apabila carian dibuat, pengguna akan melihat apakah hasil carian yang relevan. Pada kaca mata audien, hasil carian yang relevan adalah website yang ada perkataan yang sama dengan kotak carian.
Bagi menjadikan perkataan website kita sama dengan perkataan yang dimasukkan oleh pengguna, kita perlu ubah Title Tag, Meta Description dan Permalink. Tonton video ini di mana saya menerangkan secara mudah bagaimana mengaplikasi teknik ini.
Suka diingatkan, meta description tidak mempengaruhi ranking SEO. Namun meta description sangat mempengaruhi kadar klik. Dalam erti kata lain, meta description adalah copywriting versi website.
Andai Tuan berminat mengikuti tutorial langkah demi langkah mengubah Title Tag, Meta Description dan Permalink, boleh lawati Teknik SEO Sempoi. Ini adalah website khas bagi mendalami ilmu SEO.
Manusia berfikir secara mudah. Dua sistem yang mengawal manusia. Sistem kawalan tanpa sedar, sistem sedar. Saya terangkan dengan terperinci kedua sistem ini dalam artikel Psikologi Manusia Dalam Membeli Bahagian 1. Artikel ini adalah sambungan bahagian 2.
Sekarang kita masuk ke bab seterusnya. Teknik mempengaruhi psikologi membeli pertama. Bercakap kepada sistem tanpa sedar.
Sistem tanpa sedar buat keputusan pantas. Sekelip mata. Sistem ini tak boleh perlahan. Bayangkan andai Tuan ambil masa satu jam mahu fikir patut naikkan tekanan darah atau turunkan. Bahaya.
Jadi apakah yang mempengaruhi sistem tanpa sedar ini?
Eksperimen Bercakap Dengan Sistem Tanpa Sedar
Sila lakukan eksperimen ini kepada siapa jua yang Tuan jumpa. Tanyakan apakah tiga minuman berkarbonat yang diingati. Mulakan dengan diri Tuan sekarang. Fikirkan tiga minuman itu. Hayati rasa ketika menikmatinya. Minum sejuk-sejuk. Chill!
Adakah ada dalam senarai Tuan air minuman ini: 1/ Coke 2/ Pepsi
Ikut dapatan ujikaji yang saya lakukan 100% ada. Bagaimana pula dengan air minuman ini: 1/ Kickapoo 2/ Air Oren Cap Ayam
Mungkin ada mungkin tak ada. Persoalannya, apakah yang membezakan kumpulan A dan kumpulan B. Mengapa kita mudah mengingati kumpulan A berbanding kumpulan B.
“Iklan”.
Betul. Iklan adalah kaedah menyampaikan mesej. Cuma kita pergi lebih dalam lagi. Apa sebenarnya yang Coke dan Pepsi cuba lakukan menerusi iklan?
Mereka mahu masuk sistem tanpa sedar!
Mereka mahu jenama mereka keluar secara automatik dalam minda kita. Tanpa perlu berfikir pun. Ini disebut sebagai Mental Availability.
Apabila sesuatu jenama mudah muncul (easily mentally accessible), kita secara halus dipaksa menerima jenama itu.
Bagaimana Menjadikan Jenama Kita Mentally Available
James C. Crimmins memberikan dua kunci utama. Pertama jenama itu harus sentiasa muncul. Sentiasa bersama sasaran sedari kecil.
Pernah sekali saya menghubungi kawan. Mahu ajak makan. Tanya dia ada di mana. Dia kata, “Aku kat sekolah sekarang. Tengah distribute susu dutch lady percuma pada budak-budak”.
Apakah faedahnya susu Dutch Lady beri percuma. Beli pula pada kanak-kanak. Kanak-kanak tak ada kuasa membeli. Baik beri pada ibu bapa. Mereka suka, mereka beli lagi. Ini logik mudah.
Tak betul!
Dutch Lady tak mahu kanak-kanak itu beli sekarang. Dutch Lady mahu jadi mental availability pertama dalam dunia kanak-kanak. Supaya apabila kanak-kanak ini fikir susu, mereka nampak Dutch Lady dahulu.
Dalam kempen marketing, proses ini juga disebut sebagai Awareness. Cuma beza Awareness syarikat besar, mereka sanggup mula dari awal. Pulangannya lambat, namun mereka tak kisah.
Kunci kedua adalah asosiasi. Mengaitkan jenama dan pengalaman. Sebagai contoh, apabila nampak logo Apple, kita terbayang produk mahal dan ekslusif. Ini membuatkan orang tergila-gila mahu memiliki produk ini supaya dilihat hebat.
Begitu juga apabila kita melihat logo Ferarri. Ada rasa gah dan bangga andai dapat memiliki produk berjenama ini.
“Bagaimana mahu membina asosiasi?”.
Tim Ferris menulis dalam buku terbarunya Tools of Titan. Fokus pada 1000 pelanggan pertama. Fokus betul-betul. Cipta pengalaman luar biasa kepada mereka. Apabila ini berlaku, mereka akan jadi agen promosi tanpa diminta.
Dalam bahasa mudahnya, kita ada jenama. Jenama itu kaitkan dengan pengalaman yang tak dapat dilupakan. Hasilnya pelanggan akan datang berulang. Terus menerus buat pembelian.
Banyak bisnes aktif buat promosi. Muncul depan pelanggan sekerap yang boleh. Namun apabila pelanggan membeli, pengalaman itu tak diingati. Dilupakan. Kesannya bisnes terus mencari pelanggan baru hari demi hari. Walhal menjual kepada pelanggan yang sedia ada jauh lebih mudah berbanding kepada pelanggan baru.
Pesanan Bahagian Kedua
Dalam ulasan kali ini, teknik mempengaruhi seseorang fokus pada muncul acap kali dan mencipta asosiasi. Asosiasi adalah mengaitkan jenama kita dengan pengalaman yang menggembirakan.
Apabila mahir dua perkara ini, kita akan dapati jualan mula naik dengan sendiri. Pelanggan datang tanpa henti. Mereka membeli kerana mereka suka. Kita juga mudah jual produk berjenama. Harga bukan lagi kayu ukur utama. Yang penting kegembiraan berurus niaga.
Saya membaca sebuah artikel panjang. Ditulis berdasarkan dapatan hasil daripada kajian terhadap 1,000,000 website di seluruh dunia.
Apakah faktor-faktor yang menjadikan website-website ini senang muncul di Google.
Dan apakah pula faktor-faktor yang menjadikan sesetengah website tak disukai Google.
Pada setiap point, saya mengekalkan hasil dapatan kajian dari Tuan Matthew dalam Bahasa Inggeris. Kemudian saya kupas dan terangkan dalam bahasa yang lebih mudah. Selamat membaca.
Dapatan 1
Backlinks matter. On average, the top 2 results on page 1 of Google equated to having 38% of all the backlinks from pages on page 1.
Backlinks adalah link yang diberikan website lain kepada website kita.
Backlinks juga boleh dicipta sendiri. Contohnya buka akaun youtube.
Pada akaun youtube, saya letakkan link ke website saya. Ini juga contoh backlink.
Setiap backlink ada nilai tersendiri. Link daripada website tersohor lebih tinggi nilainya daripada link website biasa-biasa.
Webpages on HTTPS had positive correlation with higher rankings, with 33% of all the sampled URL that ranked either #1, #2 or #3 using HTTPS.
Perkara ini pernah saya kupas di Facebook. Google telah buat pengumuman peri penting HTTPS.
Malah menjelang 2-3 tahun lagi , komponen ini akan menjadi satu komponen wajib bagi setiap website. HTTPS memberi signal website itu selamat untuk sebarang urus niaga. Ianya bukanlah jaminan 100%. Namun insyaAllah sekuritinya lebih tinggi berbanding website yang tak ada HTTPS. Lihat saja website lazada, 11st, semuanya ada HTTPS.
kredit: MatthewBarry
Dapatan 3
Anchor text is still a huge ranking signal. Webpages ranking #1 had an average of 5.42% of their anchor text actually including their target keyword. The further up page 1 you look, the higher this percentage goes.
Apabila kita menulis artikel, ada kalanya kita mahu hubungkan artikel itu dengan artikel lain. Lalu kita cipta link.
Apabila pengguna klik link itu, dia akan dibawa ke artikel berkenaan. Proses ini dipanggil anchor link. Contoh lain anchor link adalah seperti click here, klik di sini, click more dan seterusnya.
Hasil analisa mendapati anchor link yang berbentuk kata kunci mempengaruhi kedudukan sesebuah website di Google.
Sebagai contoh, apabila saya mahu Tuan baca artikel apa itu SEO, boleh saja ditulis klik di sini. Namun itu bukan best practice. Cara yang betul adalah dengan menulis begini, baca artikel apa itu SEO.
Dapatan 4
Top-ranking webpages tended to have shorter page titles, with the sweet spot nearing closer to 8 words in length.
Lihat address box. Perhatikan alamat post ini. Hasil dapatan AccuRanker dan Ahrefs, website yang linknya pendek lebih mudah muncul di Google berbanding website yang link-nya panjang.
Mungkin ada yang berkata, ada saja website yang alamatnya panjang dan ramai pelawat. Contoh alamat panjang. http://contoh.com/9-sebab-mengapa-lelaki-ini-tak-kahwin-kahwin-lagi-dan-kenapa-anda-mesti-baca.
Alamat seperti itu sangat panjang. Ada peminat.
Cuma bezakan antara viraliti dan SEO. Dari sudut viraliti, artikel itu senang tersebar. Namun dari sudut SEO, website ini sukar muncul di Google.
Jadi artikel sebegitu bagus untuk jangka masa pendek (tarik trafik). Cuma tidak berkesan untuk jangka masa panjang. Andai ingin gunakan alamat yang panjang, guna berpada-pada.
Dapatan 5
Webpages with their target keyword in their URL tended to rank higher in Google than those that didn’t.
Ini adalah satu isu yang menjadi perdebatan panjang dikalangan pengamal SEO.
Apabila berikan nama website, adakah kita perlu masukkan kata kunci ke dalam nama itu.
Contohnya begini. Saya mahu buat website Restoran Sedap Kota Bharu. Nama restoran saya adalah Restoran Bahagia. Persoalannya apakah nama yang sesuai untuk website ini?
+ Restoran Bahagia atau + Restoran Sedap Kota Bharu
Andainya saya mahu ikuti dapatan kajian di atas, maka saya akan pilih Restoran Sedap Kota Bharu sebagai alamat website.
Namun seandainya saya memilih branding sebagai fokus utama, maka nama website adalah nama restoran.
Dapatan 6
Including your target keyword within your page title positively correlated with higher search rankings. Of the sampled data, over 15% of all the page 1 rankings included the target keyword within its page title.
Dapatan ini tidak mengejutkan malah memang dijangkakan.
Amalan utama White Hat SEO adalah meletakkan kata kunci dalam Title Tag. Dalam topik anatomi SEO, penekanan pada perkara ini sangat diberi perhatian.
Pada Title Tag, kita mesti memasukkan kata kunci yang disasarkan. Ini bukan sahaja mempengaruhi kedudukan di Google, malah kesannya pada pengguna juga.
Pengguna hanya klik hasil carian yang relevan. Hasil carian yang relevan biasanya yang mempunyai kata kunci pada Title Tag.
Kesimpulan
Sebagai rumusan daripada dapatan ulasan oleh Matthew Barby, kita dapati 6 elemen ini memainkan peranan penting dalam mempengaruhi kedudukan website di Google: 1/ Peranan Backlink
2/ Memiliki HTTPS
3/ Kata Kunci dalam Anchor Text
4/ Page Title yang pendek (Jumlah optimum 8 patah perkataan)
5/ Kata Kunci dalam nama website (sekiranya dirasakan sesuai)
6/ Kata Kunci dalam Title Tag
Ini adalah cara muat turun (download) video dari Youtube. Bagi pengguna smartfon dan ipad, Youtube ada berikan pilihan untuk muat turun dan tonton balik apabila offline. Jadi tak perlu guna kaedah ini.
Langkah 1
Buka video Youtube yang mahu dimuat turun. Dalam contoh ini saya gunakan video Teknik SEO Sempoi. Copy link video itu.
Langkah 2
Pergi ke halaman keepvid.com. Kemudian paste link tadi dan klik butang Download.
Langkah 3
Keepvid akan ambil masa bagi memproses data itu. Tunggu. Keepvid berikan beberapa pilihan jenis file bagi muat turun. Pilih yang diingini. Klik kanan dan pilih Download Linked File/Save File As.
Perangkap kehidupan. Hidup untuk orang. Fenomena ini dialami ramai orang. Buat sesuatu bukan kerana mahu. Namun buat sesuatu kerana mahukan approval orang lain.
Seorang wanita memakai baju mahal. Baju itu secara logiknya tak mampu dibeli menggunakan gaji bulanan dia. Lalu kawan bertanya dapat duit dari mana. Dia beritahu, “kad kredit kan ada”.
Pada asasnya tindakan itu tak patut dilakukan. Namun manusia bukan semua tahan godaan. Apatah lagi andai syarat mahu berkawan perlukan perhiasan. Lagilah bahaya dan sengsara.
Chun Ning Chu dalam Thick Face, Black Heart menerangkan. Apabila mahu belajar, usah belajar kerana mahukan approval orang. Belajar untuk jadi pandai. Bukan belajar nak tunjuk pandai. Buang penyakit demi dia.
Otak manusia mempunyai dua sistem. Sistem kawalan sedar dan tak sedar. Sistem kawalan sedar bermaksud kita boleh berfikir dan tentukan sesuatu. Contohnya mahu lipat selimut. Kita berfikir mahu lipat selimut. Kemudian kita lipat. Keputusan lipat selimut dibuat menggunakan sistem kawalan sedar.
Sistem kawalan tanpa sedar pula sistem yang unik. Bergerak secara automatik. Tak kira masa dan ketika. Contohnya kawalan tekanan darah. Sama ada kita tidur atau bangun, sistem ini berjalan dengan sendiri.
Dalam buku 7 Secrets of Persuasion, tulisan James C. Crimmins, beliau menamakan sistem kawalan tanpa sedar sebagai The Lizard Brain. Sebabnya sistem ini menyerupai otak cicak. Otak cicak buat keputusan secara automatik. Tak memerlukan justifikasi dan refleksi.
Dahniel Kahneman menerangkan pembahagian dua sistem ini dalam bukunya Thinking Fast dan Thinking Slow. Thinking Fast merujuk kepada sistem tak sedar. Thinking Slow pula adalah sistem kawalan sedar.
Kebiasaannya ramai orang menyangkakan kita membuat keputusan menggunakan sistem kawalan sedar. Namun tidak begitu. Kebanyakkan keputusan dibuat menerusi sistem tak sedar. Sistem ini di belakang tabir. Namun peranannya cukup besar. Tonton video ini bagi penjelasan lebih terperinci.
Bagaimana Mempengaruhi Sistem Fikiran
Sistem kawalan sedar dan tanpa sedar boleh dipengaruhi. Unsur yang mempengaruhi kedua sistem ini boleh jadi sama boleh jadi berbeza. Dalam bahagian pertama ini, kita akan melihat unsur pertama yang mempengaruhi sistem kawalan sedar.
Sekarang bayangkan begini. Kita perlu buat keputusan, memilih pembedahan ataupun rawatan radiasi. Ini adalah maklumat yang diterangkan doktor.
Pembedahan: Daripada 100 orang yang buat pembedahan, 90 orang berjaya. 68 orang lagi tak alami sebarang masalah sehingga tahun pertama selepas pembedahan. 34 orang lain terus hidup macam biasa sehingga tahun kelima.
Radiasi: Daripada 100 orang yang buat radiasi, semuanya berjaya. 77 orang tak alami sebarang masalah sehingga tahun pertama. 22 orang terus hidup macam biasa sehingga tahun kelima.
Apakah pilihan yang kita buat? Pastinya kita tak ada masalah memilih mana-mana rawatan. Kita cenderung nampak elemen kejayaan dan survival rawatan ini. Sekarang bandingkan pula andai kita diberikan informasi begini.
Pembedahan: Daripada 100 orang yang buat pembedahan, 10 orang mati semasa pembedahan. 32 orang lagi meninggal pada tahun pertama selepas pembedahan. 66 orang lagi meninggal pada tahun kelima.
Radiasi: Daripada 100 orang yang buat radiasi, tidak ada yang meninggal semasa radiasi. 23 orang lagi meninggal pada tahun pertama selepas pembedahan. 78 orang lagi meninggal pada tahun kelima.
Apabila diperhatikan pernyataan kesemua pernyataan ini membawa maksud yang sama. Cuma pada kategori pertama, fokus perkataan adalah pada kejayaan. Manakala fokus pada kategori kedua adalah kegagalan. Hasilnya berbeza.
Eksperimen ini dijalankan oleh Tversky dan Kahneman dan mereka mendapati apabila pernyataan kategori pertama diberikan, majoriti memilih pembedahan sebagai pilihan. Namun apabila pernyataan kategori kedua diberikan, majoriti memilih radiasi.
Pelajaran pertama dalam seni memujuk adalah perkataan yang digunakan. Apabila kita menggunakan perkataan yang berpengaruh, kita boleh mempengaruhi audien. Perkataan positif cenderung memberikan respon yang positif. Manakala perkataan negatif berkemunginan besar memberikan hasil yang negatif.