folder Filed in Fundamental
Teknik Tulang Ikan
By Wan Yusof Wan Jeffery comment 0 Comments access_time 2 min read

Apabila mahu memulakan perkongsian di Facebook, banyak idea di awalnya. Kemudian kita dapati idea mula tiada. Tak tahu nak post apa. Kesannya, perkongsian terhenti di pertengahan. Tak disudahkan.

Dalam bengkel Content Marketing, saya belajar satu teknik. Diperkenalkan oleh Dato’ Roslan Ab Hamid. Dato’ gelarkan teknik tulang ikan. Teknik ini adaptasi dari satu tool brainstorming- the cause and effect diagram.

Teknik Tulang Ikan mudah digunakan. Kita perah otak sekali sahaja. Kemudian guna berkali-kali.

Bagaimana Guna Teknik Tulang Ikan

Tulang ikan ada ekor dan kepala. Kepala itu tujuan utama. Boleh jadi kepala itu produk. Kepala hanya akan ditawarkan pada hari ke-30. Ekor pula tempat kita bermula. Letakkan tajuk utama.

Antara ekor dan kepala, letakkan 28 tulang. Pada setiap tulang ini, tuliskan kata kunci perkongsian. Pastikan kata kunci tak menyimpang dari tajuk utama.

aplikasi-teknik-tulang-ikan

Bolehkah Teknik Tulang Ikan Diulang

Apabila kita gunakan teknik tulang ikan, perancangannya untuk jangka masa panjang. Sebab itu kita letakkan kata kunci. Tak letak post penuh. Kata kunci ini perkataan pembayang. Apabila disebut kata kunci, kita dapat idea nak kembangkan.

Jadi dari satu kata kunci, kita boleh ada macam-macam post. Temanya sama, namun penerangan dan poinnya mungkin berbeza.

Seandainya kata kunci itu hanya punay satu poin, kita masih boleh ulang poin yang sama. Cuma tukar ayat dan kaedah menyampaikan. Bagi satu tulang ikan untuk berulang, ianya ambil masa hampir 30 hari, jadi audien mungkin sudah lupa.
content marketing

Berapa Banyak Tulang Ikan

Andai Tuan boleh bayangkan, setiap tulang ikan itu bagaikan seekor bilis di dalam perut jerung. Maksudnya ada tujuan paling utama yang kita mahu bawa. Personal branding.

Kesemua perkongsian kita menjurus kepada satu perkara iaitu profil digital yang ingin dipersembahkan. Kita boleh ada banyak tulang ikan dalam satu perut jerung. Cuma digalakkan kita gunakan tiga tulang ikan sahaja. Supaya perkongsian lebih fokus dan konsisten.

Kesimpulan

Klik pada gambar di bawah bagi memuat turun tulang ikan yang kosong. Cetak dan mulakan brainstorming. Simpan tulang ikan dalam smartfon. Begini kita mudah merujuk apabla diperlukan.

Bagi mengaplikasikan teknik tulang ikan, hanya satu kemahiran diperlukan. Kemahiran buat. Jadi usah tunggu lagi. Buat, buat dan buat.

teknik-tulang-ikan-kosong

teknik tulang ikan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Cancel Post Comment