folder Filed in SEO
5 Tool Percuma Supaya Dapat Muncul Di Halaman Pertama Google
By Wan Yusof Wan Jeffery comment 2 Comments access_time 3 min read

Google sangat suka hasilkan produk percuma. Apabila pekerja Google dapat hasilkan produk baru yang percuma dan produk itu diguna ramai orang, pekerja itu akan dapat hadiah.

Produk percuma bantu Google kenal pasti perangai pengguna. Maklumat ini seterusnya digunakan bagi tujuan pengiklanan. Semakin ramai pengguna bagi sesuatu servis, semakin banyak maklumat direkodkan. Semakin gembiralah Google.

Bagi menaikkan kedudukan website di Google, kita perlu tahu cara menulis yang betul. Tulis apa yang orang cari. Bukan apa yang kita mahu beri.

Nak tulis apa yang orang cari tak mudah. Ada tool yang perlu digunakan. Ada tool yang berbayar dan ada yang percuma. Artikel ini berkongsi 5 tool percuma yang disediakan oleh Google bagi bantu website kita muncul di halaman pertama Google.

Google Adwords: Keyword Planner

Apabila guna Google, setiap orang ada tujuan tertentu. Mereka yang sedang survey cenderung taip kata kunci umum. Contohnya ‘iphone 7’. Berbeza dengan mereka yang mahu beli iphone. Bagi yang mahu beli, mereka akan taip ‘buy iphone 7 online’.

Perbezaan carian ini dikenali sebagai searcher intent. Semakin tepat searcher intent, semakin tinggi peluang untuk buat jualan.

Cuma, bagaimanakah mahu mendapatkan searcher intent yang betul?

google keyword planner

Kita bertuah. Google rekod carian yang dibuat. Rekod carian ini boleh didapati menerusi Google Adwords. Tool ini percuma. Hanya perlu daftar akaun Google sahaja.

Apabila guna tool ini, ambil perhatian pada Average Monthly Searches. Ini adalah purata carian yang dibuat dalam sebulan. Abaikan tab competition. Tab ini bukan bermaksud comptetition di Google. Tab ini lebih berguna andai kita mahu buat iklan di Google.

Google Analytics

Apabila pengguna masuk ke website, kita perlu tahu gerak geri mereka. Begini kita tahu apa yang berkesan dan apa yang tak menjadi. Pergerakan pengguna boleh dirakam menggunakan Google Analytics.

google analytics

Google Analytics beritahu kita banyak perkara. Antaranya sumber trafik, minat, jenis peralatan yang digunakan, page yang dibaca dan banyak lagi.

Bagi menghidupkan fungsi Google Analytics, cipta akaun di Google Analytics. Kemudian sambungkan dengan website kita. Ada tutorial disediakan. Pun begitu, andai mengalami kesukaran, boleh dapatkan khidmat web developer.

Google Search Console

Website yang berada di halaman pertama Google adalah website yang disukai Google. Website ini sentiasa berhubung dengan Google. Apabila kita berhubung dengan Google, kita dapat macam-macam maklumat. Malah Google juga beritahu andai website kita ada masalah.

Google Search Console Wan Yusof

Tool bagi membantu kita berhubung dengan Google dikenali sebagai Google Search Console. Sama seperti servis Google Analytics, tool ini juga percuma. Hanya perlu ada akaun Google.

Google Trends

Ada website yang fokus pada isu semasa. Mereka mahu tulis artikel terbaru yang trendy. Nak tahu apa yang trendy bukan mudah. Kadang-kadang sudah kehabisan sumber idea. Untuk itu, gunakan Google Trends.

Google Trends Wan Yusof

Google Trends beri maklumat apa carian panas ikut negara. Kita juga boleh lihat carian-carian panas ikut kategori. Maklumat yang diperolehi ini seterusnya boleh digabungkan dengan Google Keyword Planner. Sekaligus menghasilkan artikel yang dicari dan panas.

Google Doc

Tool ini nampak mudah namun sangat berguna. Fungsinya sama seperti Microsoft Word. Cuma tool ini percuma dan menggunakan cloud. Hasilnya kita dapat akses di mana-mana sahaja. Tidak bergantung kepada sebuah laptop semata-mata.

Google Doc juga mempunyai fungsi sharing. Kita boleh berikan akses pada dokumen yang sama kepada tim. Jadi semua orang ada satu rujukan sahaja. Tak ada file bertindan.

google-docs-icons

Kesimpulan

Apabila kita tulis apa yang orang cari, akan ada perubahan dari sudut jumlah pengguna yang masuk ke website. Semakin ramai pengguna masuk website, semakin tinggi peluang buat jualan.

Proses ini akan ambil masa, takkan jadi sekelip mata. Fokus pada memulakan. Begini, kita setapak kehadapan.

Andai Tuan mahu dalami lagi ilmu naikkan kedudukan website di Google, boleh baca artikel Panduan SEO Untuk Bisnes Baru. Percuma.

seo tool

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Cancel Post Comment