Sejak tahun 2010, Google sangat aktif menguasi syarikat lain. Ini adalah Growth Strategy. Digunakan banyak syarikat besar untuk membesarkan lagi syarikat mereka.
Apabila menguasai syarikat lain, Google dapat akses kepada individu yang berbakat dan berpotensi. Sekaligus bantu Google meningkatkan keupayaan dan perkhidmatan.
Namun, kerja menguasai syarikat lain ini ada risikonya. Bayangkan syarikat yang dibeli ada hutang. Ataupun syarikat itu ada masalah besar. Semua ini akan jadi milik pembeli juga.
Larry Page (pengasas Google) mempunyai satu kaedah pelik. Dia tak ambil kisah tentang cashflow. Dia tak ambil peduli pasal jualan. Larry Page akan lakukan satu ujian. Namanya Ujian Berus Gigi (Toothbrush Test).
Dalam ujian ini, Larry akan bertanya satu soalan.
“Adakah produk itu akan digunakan sekali atau dua kali sehari? Dan adakah produk itu meningkatkan kehidupan?”.
Itu sahaja!
Berapa kalikah produk Tuan akan digunakan dalam sehari? (kredit gambar:thinkjudd.com)
Adakah Google Tak Tengok Aspek Lain?
Bagi Larry Page, dia memang tak ambil peduli. Namun ada orang lain yang bantu dia lihat syarikat itu secara keseluruhan. Kemudian pandangan digabungkan.
Fokus Larry adalah mengenal peluang. Dia fokus kepada melakukan tugasnnya dengan betul. Kaedahnya berkesan. Setakat Jun 2016, Google telah menguasai 190 syarikat. Antaranya Android, Applied Semantics, DoubleClick, Youtube dan Waze.
Jadi apabila mahu beli syarikat lain, lakukan ujian Berus Gigi!
Dapatan kajian yang dijalankan oleh Content Marketing Institute mendapati 89% bisnes B2B di Amerika Selatan guna strategi Content Marketing. Malah 55% daripada jumlah ini mempunyai pasukan khas yang melaksanakan tugas ini.
Trend ini akan tiba di Malaysia. Sekarang ini kita sudah limpahan Sifu. Kesemua Sifu berkongsi maklumat. Industri menjadi bising.
Jadi bagaimanakah Tuan mahu jadi bising yang didengari? Hanya bising yang didengari diikuti.
Apabila kita bercakap tentang Content Marketing, ada beberapa salah faham.
Dek kerana salah faham ini tak diperbetulkan, akhirnya jadi kepercayaan. Kepercayaan yang karut. Ajaran sesat!
Jadi artikel ini ingin berkongsi 5 ajaran sesat Content Marketing yang terkenal.
#1 Tulis Artikel, Pelawat Baca dan Terus Beli.
Kisah indah yang dimomokkan. Tulis artikel. Orang masuk website. Baca dan terus beli!
Tulis artikel > Orang baca > Terus beli
Sungguh ini kisah kayangan. Zaman ini zaman limpahan informasi. Pelawat tak akan ambil keputusan secepat itu. Melainkan dia sudah kenal kita.
Sebab itu Rand Fishkin, founder Moz, beritahu Content Marketing adalah tentang mendapatkan kepercayaan, persamaan dan hubungan.
Proses ini ambil masa. Kuncinya pada konsistensi dalam menyampaikan.
#2 Konten Berkualiti Akan Jadi Viral
Cuba lihat kiri kanan. Ada berapa konten berkualiti di sekeliling Tuan?
Daripada jumlah itu berapakah jumlah konten berkualiti yang jadi viral?
Kualiti konten penting. Namun ianya tak menjamin viraliti. Viraliti terletak pada tribe Tuan. Tribe inilah yang akan menyebar luaskan konten.
Lihat saja page seperti Siakapkeli, Penmerah, OhMyLife, TheVocket dan banyak lagi. Berapa jumlah peminat tegar mereka? Peminat tegar inilah yang akan bantu sebarkan konten.
Strategi tribe sangat berkesan untuk pemasaran jangka panjang. Istilah Tribe Marketing dipopularkan oleh Seth Godin dalam bukunya. Tribe adalah sekelompok manusia yang berkongsi minat yang sama. Dalam tribe ada ketua.
#3 Tulis Konten Tapi Tak Sebarkan
Ini salah satu kesilapan ramai pencipta konten. Ambil masa berhari-hari tulis konten. Rujukan sana sini. Siarkan di website. Tunggu orang datang.
Apabila kita tak sebarkan, konten itu tidak ke mana. Sebagaimana kita tulis bersungguh-sungguh, sebarannya juga harus begitu.
Nasi yang disimpan di bawah tudung saji tak ada manfaat. Lama-lama akan berkulat. Jadi ambil dan edarkan kepada kawan-kawan.
Bagi menyebarkan konten, kita boleh gunakan salah satu daripada kaedah ini: A. Broadcast menerusi email atau media sosial B. SMS atau Whatsapp kepada kawan-kawan C. Medium berbayar seperti iklan di Facebook
#4 Tak Peduli SEO
Apabila kita letakkan konten di media sosial, jangka hayatnya sekejap sahaja. Mungkin dalam 10 minit. Kemudian Facebook sudah tak siarkan.
Andai kita gunakan iklan (FB Ads), sebaran itu akan kekal selagi mana kita terus membayar. Jadi sebaran menerusi media sosial tak kekal lama.
Apa yang akan terus kekal adalah Google.
Apabila website kita berada di halaman pertama di Google, pelawat akan terus menerus jumpa biarpun berhari-hari sudah berlalu.
Untuk kekal di Google, artikel itu harus mesra Google. Ini disebut sebagai mesra SEO. Ini topik yang saya kupas dengan terperinci dalam Teknik SEO Sempoi.
Kelebihan artikel mesra SEO adalah ianya bekerja sendiri dalam menyebarkan konten.
Perkara yang paling asas dalam menghasilkan artikel mesra SEO adalah dengan melakukan kajian kata kunci. Tulis apa yang orang cari.
#5 Cepat Putus Asa
Apabila hadiri kursus-kursus kejayaan dan kekayaan, kita diberitahu kejayaan itu seolah-olah akan datang esok hari. Boleh berlaku. Namun biasanya tak semudah itu.
Setiap kejayaan perlukan usaha berterusan. Gagal sekali bukan bererti gagal selama-lamanya.
Content marketing ambil masa untuk berjaya. Ianya menguji sejauh mana kita mampu bertahan. Ada masa kita penat, ada masa kita bersemangat.
Seeloknya kita mempunyai pasukan dalam melaksanakan Content Marketing. Ahli pasukan saling mendorong.
Kongsi semangat dan penat. Supaya semua dapat sampai ke penghujung. Melangkah ke depan bersama-sama.
Kesimpulan
Content Marketing adalah strategi pemasaran yang sangat efektif. Namun harus kena dan betul caranya. Kaedah ini ambil masa. Hanya yang konsisten akan berjaya.
Tambahan lagi, kaedah ini tidak memerlukan kos yang tinggi. Sangat-sangat sesuai untuk bisnes permulaan.
Gabungkan Content Marketing dan Tribe Marketing. Isi dengan kuku. Bersatu lalu semakin padu. Tribe itu puak, konten itu hidangan puak.
Semoleknya kita bergerak dalam satu pasukan. Supaya setiap ahli saling membantu. Kerja berpasukan berikan kita kelebihan. Boleh pergi jauh.
Satu hari saya berbual dengan seorang kawan. Pemaju. Dia cerita “Aku buat FB Ads RM20 dapat 2 pelanggan”. RM20 untuk dua buah rumah yang harganya lebih kurang RM300,000. Berapakah pulangan pelaburan itu?
Kemudian saya terus beritahu, “Bagus. Teruskan”.
Kawan tanya, “Ya. Akan teruskan. Cuma kau rasa apa masalah pada kaedah ini”.
Saya berikan analogi FB Ads seperti minyak kereta. Andai tak diisi, kereta tak jalan. Andai tak buat FB Ads, maka jualan kurang. Malah mungkin tak ada lansung.
Kawan, “Jadi bagaimana mahu dapat jualan secara konsisten”.
Gunakan dua strategi. Tribe marketing dan Content Marketing.
Tribe Marketing
Disebut sebagai pemasaran puak. Puak adalah satu kelompok manusia yang berkumpul atas dasar minat yang sama. Dalam puak ada ketua. Ketua ini adalah guru yang berkongsi ilmu atau maklumat tentang minat itu.
Ambil contoh artis. Setiap artis ada peminat mereka. Peminat ini adalah tribe. Ketuanya adalah artis tadi. Apabila ada album baru, peminat ini akan berlumba-lumba untuk beli. Apabila ada konsert baru, peminat ini juga akan berebut-rebut beli.
Sekarang mari kita lihat tribe hebat di Facebook. Antaranya Puan Ainon, Dato’ Roslan, Tuan Khairul Hakimin. Mereka tidak dikenali seluruh rakyat Malaysia. Namun cukup terkenal di kalangan tribe mereka. Apabila mereka berkongsi sesuatu, tribe akan segera sedar dan peka. Tribe ini bantu mereka. Demikian kehebatan tribe.
Bagaimana Mahu Mulakan Tribe Marketing
Apabila mahu menggunakan strategi tribe marketing, kita perlu faham yang ini adalah proses. Bermaksud ada elemen masa. Tribe tidak dibina dalam masa sehari dua. Ambil masa berhari-hari. Malah berbulan-bulan.
Tribe marketing sangat berkait rapat dengan Content Marketing. Sebab itu saya amat tekankan dua kaedah ini dalam nota premium terbaru: Content Marketing.
Bagi membina tribe, kita perlu tentukan apakah tribe yang ingin dibentuk. Apakah ciri-ciri yang kita mahu. Apa yang kita ingin tawarkan pada tribe itu. Stephen Covey sebut Begin With The End In Mind.
Selepas kita tentukan ciri-ciri tribe yang ingin dibangunkan, barulah kita bergerak kepada kaedah. Kaedah ini bantu untuk tarik tribe yang betul. Nama kaedah ini adalah Content Marketing.
Content Marketing
Pengguna di media sosial bertambah dari masa ke masa. Sama ada di instagram atau di Facebook. Pengguna akan terima ratusan mesej setiap hari. Buka newsfeed ada berita terbaru. Tunggu 10 saat, ada yang lagi baru. Dunia media sosial sangat-sangat bising. Jadi bagaimanakah kita mahu mengatasi kebisingan itu.
Bayangkan begini. Dalam kelas yang semua pelajar sedang menjerit, bagaimanakah mahu pastikan jeritan kita paling didengari?
Jawapannya: Content Marketing
Apabila guna kaedah Content Marketing, kita tak perlu cari pengguna. Namun pengguna yang akan cari kita. Malah mereka pula yang ternanti-nanti perkongsian dari kita.
Perbincangan bersama kawan berkaitan Content Marketing.
Content Marketing ini merujuk kepada perkongsian konten yang diminati secara berstrategi. Konten disusun dengan hati-hati. Setiap konten dibina dengan tujuan menarik minat audien. Seterusnya mereka berminat menyertai tribe. Akhirnya mereka menjadi tribe.
Seorang pahlawan hebat bersama senjatanya. Seorang pengamal Content Marketing, hebat bersama tulisannya.
Content Marketing adalah ilmu buat. Dalam Nota Premium Content Marketing, saya berikan penekanan banyak kali. Untuk menguasai ilmu ini, kita mesti buat, buat dan buat. Apabila konsisten buat, hasilnya mula datang.
Selepas tentukan ciri-ciri tribe yang ingin dibina, kita rancang konten. Konten disusun. Salah satyu teknik yang boleh digunakan adalah Teknik Tulang Ikan. Kemudian mula lancarkan konten. Pilih platform di mana audien kita berada.
Tulis, tulis dan tulis setiap hari. Usah berhenti. Usah peduli apa orang kata sebab tak ramai yang faham. Manusia suka makan buah, manusia tak lihat akar. Tanpa akar, buah tak akan ada. Manusia hanya akan dengar apabila kita sudah berjaya. Pada ketika itu barulah mereka meminta-minta tip kejayaan.
Gabungan Tribe Marketing dan Content Marketing
Inilah strategi kejayaan ramai Sifu-Sifu diluar sana. Perhatikan tribe mereka. Saya belum jumpa Sifu yang tak ada tribe. Tanpa tribe, mereka tak boleh jadi sifu!
Ilmu Tribe Marketing ini dipelopori oleh Tuan Seth Godin. Beliau menulis dalam buku dan blognya. Boleh baca di sana. Rumusannya telah saya kongsikan dalam artikel ini.
Menyedari kepentingan ilmu ini, maka saya hasilkan satu program. Disebut Online Coaching Content Marketing. Dalam program ini, saya kongsikan nota premium. Nota ini panduan untuk perbincangan. Seterusnya sebulan sekali, ada sesi FB Live. Dalam sesi ini, nota akan dikupas dan teknik-tenik terbaru akan dikongsi.
Program ini unik. Tuan hanya perlu dapatkan nota ini sekali sahaja. Kemudian apabila keluar versi terbaru, Tuan akan dapat secara percuma. Saya akan umumkan dalam kumpulan rahsia. Sekarang nota ini sudah nak masuk versi ketiga. Edisi kemas kini.
Tujuan program Online Coaching Content Marketing ini untuk bantu pemilik bisnes yang baru nak mula. Strategi ini tak guna sebarang kos pengiklanan. Sangat-sangat sesuai untuk mereka yang baru nak mula. Saya akan bimbing Tuan langkah demi langkah.
Kesemua strategi Content Marketing yang dikongsikan adalah strategi yang saya sendiri cuba. Hasilnya saya kongsikan dalam kumpulan. Jadi andai Tuan berminat, klik link ini dan gunakan kod SPECIAL.
Buku ini adalah koleksi ucapan Jack Ma dari pelbagai sumber. Dalam mesyuarat, kertas kerja, ucapan dan macam-macam. Seterusnya setiap ucapan itu dikumpulkan mengikut tema. Ada 12 tema kesemuanya. Dikumpulkan oleh Suk Lee dan Bob Song.
Apa yang istimewa tentang buku ini adalah kata-kata ini datang dari Jack Ma sendiri. Padanya ada hikmah dan kebijaksanaan.
Dari ungkapan ini, kita dapat kenal nilai dan personaliti Jack Ma. Orangnya bervisi. Tak berselindung dan fokus.
Jack Ma cerita kisah dia dan Bahasa Inggeris. Dia nak belajar Bahasa Inggeris, namun tak ada duit. Lalu Jack Ma bangun jam 500 pagi. Kayuh basikal ke hotel. Cari pelancong. Buat pertukaran. Dia bawa pelancong jalan-jalan, pelancong ajar Bahasa Inggeris.
Antara pesan Jack Ma yang saya gemari.
1. Kesabaran – “It takes 30 percent of your time to lay the foundation when building a house. A good company, one with a stable and sizable income, needs at least five years for success…Alibaba has not completed layiung our foundation. We run our business not because others are doing it or because others wish us to do so. We do it because we believe in what we do, when we shoud do it, and how we should achieve it”.
2. Fokus – “Our concentration on e-commerce is persistent. Ten years ago, we concentrated on e-commerce, and we still concentrate on e-commerce”
3. Prinsip Hidup – “Always keep in mind these three principles: what you want to do, what you should do, and for how long you should do it”.
4. Nilai – “If you CEO serves 10,000 clients, then your team should serve 100,000 clients. These 100,000 clients should serve 1 million clients. You create the mose value when your clients can help other clients”.
5. Buat Sampai Habis – “In the internet recession of 2001-2002 we talked only about “surviving”. Even if all the other internet companies died, we had to survive. And we did so only by refusing to give up, by believing in our dream”.
Ada banyak tools untuk rekod apa yang anak kita buat di internet. Cuma tools ini ada yang berbayar. Ada pula yang kena install. Leceh.
Jadi saya ingin kongsi satu tool percuma. Mudah dan tak perlu install apa-apa. Disebut Google MyActivity. Bagi menggunakan tool ini, kita hanya perlu daftar akaun Google.
Apabila kita mula guna Google, setiap carian direkod. Bukan setakat carian, malah aktiviti-aktiviti juga disimpan. Kita boleh lihat apa yang kita cari. Boleh juga lihat video apa yang ditonton.
Semua proses ini berlaku tanpa disedari. Yang penting, mesti log in ke akaun Google. Apabila log in, proses itu akan dirakam secara senyap-senyap.
Cara Guna Google MyActivity
1) Daftar akaun Gmail 2) Mesti log in ke akaun Gmail 3) Selepas log in boleh tutup akaun itu (Jangan log out) 4) Boleh mula layar internet seperti biasa
Google MyActivity bukanlah alat cegah apa yang anak kita buat. Proses pendidikan masih terletak pada bahu ibu bapa. Ini hanyalah kaedah pemantauan yang mudah.
Anak-anak akan ikut orang di sekeliling. Ini lebih penting. Perhati dengan siapa mereka berkawan, apa yang mereka dengar, apa yang mereka lihat.
Dalam pemasaran Google, ada dua istilah besar. SEO dan SEM. Bagi penjelasan SEO, boleh baca artikel apa itu SEO.
SEM pula merujuk kepada Search Engine Marketing. SEM sedikit berbeza dengan SEO. SEM melibatkan kos. Kita bayar Google untuk berada di kedudukan pertama di Google. Dalam erti kata lain, ini adalah iklan di Google.
Pun begitu, Google telah asingkan kedudukan iklan berbayar dan yang percuma. SEM ibarat menyewa papan iklan besar di muka pintu. Kos bayaran SEM ditentukan menerusi kaedah bida. Kita bertanding bida dengan pengiklan yang lain. Bayaran hanya perlu dibuat berdasarkan berapa kali pengguna klik iklan itu.
SEO dan SEM saling membantu. Kedua-duanya boleh digunakan sebagai senjata pemasaran. Tidak semestinya iklan berbayar (SEM) lebih berkesan daripada SEO. Lain industri, lain respon. Kita perlu cuba dan lihat hasil.
Bagi yang baru, mulakan dengan SEO. Proses SEO akan ambil masa namun kita dapatkan jimatkan kos. SEO adalah percuma. SEM pula berbayar. Teknik SEM berbeza dengan teknik SEO.
Teknik SEO boleh berubah. Perubahan berlaku apabila Google melakukan proses update. Ada teknik yang sudah tidak berkesan dan ada teknik yang masih berkesan. Pun begitu, asas SEO tidak akan berubah. Inilah yang ditekankan dalam Teknik SEO Sempoi. Menguasai ilmu akar. Ranting bila patah, boleh tumbuh lagi. Akar apabila rosak, pokok mati.
Asas SEO secara ringkasnya dapat dipecahkan pada dua. On page dan Off page. Strategi On-Page adalah berkaitan dengan apa yang kita buat dalam website sendiri. Manakala strategi Off-page berkait rapat dengan hubungan luar.
Apabila kedua-dua strategi ini digabungkan, website cepat mesra Google. Hasilnya website senang muncul di halaman pertama Google.