folder Filed in SEO
Bagaimana Google MyActivity Bantu Ibu Bapa
By Wan Yusof Wan Jeffery comment 0 Comments access_time 1 min read

Ada banyak tools untuk rekod apa yang anak kita buat di internet. Cuma tools ini ada yang berbayar. Ada pula yang kena install. Leceh.

Jadi saya ingin kongsi satu tool percuma. Mudah dan tak perlu install apa-apa. Disebut Google MyActivity. Bagi menggunakan tool ini, kita hanya perlu daftar akaun Google.

Google MyActivity

Apabila kita mula guna Google, setiap carian direkod. Bukan setakat carian, malah aktiviti-aktiviti juga disimpan. Kita boleh lihat apa yang kita cari. Boleh juga lihat video apa yang ditonton.

Semua proses ini berlaku tanpa disedari. Yang penting, mesti log in ke akaun Google. Apabila log in, proses itu akan dirakam secara senyap-senyap.

Cara Guna Google MyActivity

1) Daftar akaun Gmail
2) Mesti log in ke akaun Gmail
3) Selepas log in boleh tutup akaun itu (Jangan log out)
4) Boleh mula layar internet seperti biasa

Google MyActivity bukanlah alat cegah apa yang anak kita buat. Proses pendidikan masih terletak pada bahu ibu bapa. Ini hanyalah kaedah pemantauan yang mudah.

Anak-anak akan ikut orang di sekeliling. Ini lebih penting. Perhati dengan siapa mereka berkawan, apa yang mereka dengar, apa yang mereka lihat.

Google MyActivity

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Cancel Post Comment