folder Filed in SEO
Strategi SEO 2017
By Wan Yusof Wan Jeffery comment 4 Comments access_time 3 min read

Menjelang 2017. Dunia digital makin meluas. Selari dengan sokongan kerajaan sebagaimana diumumkan dalam belanjawan 2017. Selaras juga dengan perlantikan Jack Ma sebagai penasihat ekonomi digital Malaysia.

Saya membaca dan menyemak trend SEO menjelang 2017. Cuba meneroka dan meneka. Apakah yang akan terjadi menjelang tahun baru ini. Secara asasnya, ilmu SEO itu sendiri sering berubah-ubah. Namun asasnya tetap kekal. Google mahukan pengguna mendapat hasil carian yang relevan. Pengguna pula mahukan hasil carian yang pantas dan tepat.

Dalam artikel ini, kita akan melihat beberapa perkara penting. Kesemua aspek ini perlu diberikan perhatian oleh pengamal SEO. Supaya website senang muncul di halaman pertama Google.

Personalized Search

Google mahu berikan hasil carian ikut history setiap orang. Google cuba dapatkan maklumat kita. Kesemua maklumat ini disimpan dalam Google MyActivity. Data daripada sini akan digunakan bagi memberikan hasil carian yang bertepatan.

Lokal SEO

Local-Business-SEO-1
credit: 4pointdigital.com

Selari dengan personalized search, Google berusaha bagi memberikan hasil carian ikut lokasi. Sebagai contoh, apabila kita berada di Malaysia, hasil carian mengutamakan website di Malaysia. Ini satu berita bagus bagi pemilik premis. Daftarkan bisnes Tuan di Google My Business bagi meningkatkan visibiliti. Dari kaca mata pemilik website, mulakan lokal SEO. Lokal SEO merujuk kepada proses mengesahkan website kita wujud di lokasi berkenaan.

Carian Smartfon

mobile trend
sumber: https://moz.com/blog/seo-and-digital-trends-in-2017

Berbeza dengan generasi terdahulu, generasi sekarang mengenali dunia digital menerusi smartfon. Penggunaan smartfon meningkat dari hari ke hari. Dan trend ini dijangkakan akan terus melompat naik. Dua kehendak utama pengguna smartfon adalah website laju dan mesra smartfon. Jadi pemilik website perlu peka pada perkara ini. Gunakan fungsi AMP bagi melajukan website. Pilih theme yang mesra smartfon. Disebut mobile responsive.

Konten, konten, konten

Ini zaman informasi dihujung jari. Setiap hari ada saja konten di sana sini. Andai dulu sasarannya adalah hasilkan konten. Kini langkah seterusnya perlu diatur. Hasilkan konten yang berkualiti. Google kini sudah boleh memahami artikel hampir seperti manusia membaca artikel. Jadi Google sudah boleh mengasingkan website tak berkualiti dan website berkualiti. Website berkualiti diberi keutamaan di halaman pertama Google.

Video SEO

Apabila FB memperkenalkan FB Live kepada semua pengguna, ini adalah game-changer. Rata-rata pengguna sudah boleh menerima video yang dirakam oleh amatur. Hasilnya semua orang boleh cipta video. Dan jumlah video consumption meningkat mendadak. Menjelang tahun 2017, konten dalam bentuk video semakin bertambah-tambah. Jadi ini adalah satu kemahiran yang akan meletakkan kita di hadapan andai kita tahu menggunakannya.

Pelan Tindakan

Setelah mengetahui lima trend ini, maka apakah strategi SEO website kita bagi tahun 2017. Tahu itu perlu. Buat itu mesti. Di sini saya berkongsi pelan tindakan yang akan saya lakukan sebagai persediaan menghadapi dunia digital 2017.

1/ Website mesra smartfon.
2/ Website mesra AMP dan Instant Articles.
3/ Fokus website menghasilkan artikel berkualiti secara konsisten.
4/ Aktifkan saluran youtube.
5/ Mulakan podcast.
6/ Menghasilkan konten jenis video dan imej.

Bagi melaksanakan perkara di atas, ini adalah tools yang akan saya gunakan. Ada tools yang berbayar, ada tools yang percuma.

1/ Penghasilan video – iMovie, Animoto, Powerpoint, VideoMakerFx, RenderForest
2/ Imej editing – Photoshop, Getstencil
3/ Rakaman video – Camtasia
4/ Theme website – Thrive Theme

Kesimpulan

Dunia digital 2017 menjanjikan kemanisan bagi yang terus berusaha. Akan ada jatuh bangun. Ini perkara biasa. Apa yang penting adalah tindakan. Perancangan tanpa tindakan hanyalah impian kosong. Mulakan tindakan sekarang.

seo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Cancel Post Comment

  1. Terima kasih atas sharing. Sebelum ini hanya tahu sahaja belum berkesempatan untuk buat. Jadi 2017 ini akan lebih buat dari tahu sahaja.