Nota Content Marketing Percuma »

50 Cara Meningkatkan Pengunjung Ke Website

50 cara meningkatkan pengunjung ke website

Bagaimanakah cara meningkatkan pengunjung di website?

Ads?

Ads adalah satu cara dari banyak cara.

Artikel ini berkongsi 50 cara meningkatkan pengunjung ke website.
Supaya apabila jumlah pengunjung bertambah, jumlah pembelian juga meningkat.

Bagi memudahkan anda, saya ada sediakan satu PDF checklist.
PDF ini menyenaraikan kesemua taktik yang diberikan. Boleh download.

Nak download di mana?
Teruskan membaca. 


1. Cipta Blog

Di website, cipta ruangan blog.
Blog adalah tempat perkongsian artikel secara berkala.

Mengapa blog?

Google suka konten segar. Freshness.

Mengikut Amit Singhal, bekas pekerja Google,

google freshness factor

Bagi Google, konten segar biasanya konten yang relevan dengan masa.
Tidak outdated.
Jadi konten ini bagus untuk pengguna.

Antara blog yang sangat penting untuk sentiasa di kemaskini adalah:

  • Website berita, isu semasa: "Kerajaan Malaysia Beri Bonus 10 Tahun"
  • Website liputan acara setiap hari: "Malaysia menang 10 Emas Sukan Sea"
  • Website informasi atau review: "Tools SEO Terbaru", "Best Vacuum Cleaner"

2. Tulis Artikel 3x Seminggu

Ini adalah tip dari Neil Patel.
Dan disokong oleh beberapa orang pemain Internet Marketing yang lain.
Antaranya Michael Hyatt.

Ada yang tak setuju?

“Ada”

Biarkan dulu. Saya terangkan kenapa Neil cadangkan 3x seminggu.

Neil melakukan split test.
Dia menguji antara kualiti vs kuantiti.
Siapakah yang akan menang.

Paling ideal pastilah kualiti pada jumlah kuantiti.
Namun nak hasilkan artikel 100% kualiti sebanyak 3x seminggu pecah kepala.

Terutamanya apabila buat seorang diri.

kissmetrics finding

Hasil kajian Kissmetrics, satu post setiap minggu meningkatkan pengunjung sebanyak 18.6%

Jadi apa yang Neil buat adalah hasilkan artikel pada tahap sub-optimal.
Hasilkan artikel pada kadar 80%.
Namun pada jumlah yang banyak.

Neil dapati kesannya sama seperti hasilkan artikel 100% berkualiti.

Neil merumuskan cipta 3-4 blog post setiap bulan. Hasilnya jumlah pengunjung akan meningkat secara organik. Sebagaimana dapatan hasil kajian oleh Kissmetrics pada rajah di atas.


3. Cipta Headline Terbaik

David Ogilvy mengatakan 80% pengguna hanya baca headline.
Baki 20% saja yang baca artikel.

david ogilvy quote

Lihat perangai pengguna di media sosial.
Berapa banyak artikel yang dikongsi di Facebook hanya kerana headline?

Bagi menulis headline power, ianya perlukan latihan.
Formula ada banyak, namun tidak menjamin ianya berkesan untuk kita.

Amalkan begini.
Buka smartfon. Cipta album baru. Namakan Headline Bank.

headline bank

Kemudian apabila ada headline yang menarik perhatian, tekan printscreen.
Simpan dalam folder Headline Bank.

Kemudian apabila tiba masa, buka Headline Bank.
Lihat dan cuba. Bandingkan keberkesanannya.

Satu lagi.

Ini rahsia antara kita. Ada satu website power.
Website ini mengumpulkan koleksi-koleksi iklan.
Jadi kita boleh buat tiruvasi.

Nak tahu?

Jawapannya saya beritahu di hujung artikel ini.​


4. Hasilkan Artikel Berbentuk Informasi

Di dalam Teknik Tulisan Melekat, saya terangkan.
Salah satu konten yang sangat suka dikongsi pengguna adalah konten berbentuk informasi.

Malah konten ini juga sering dicari di Google.

Gabungkan informasi dengan nombor.
Contohnya 11 Teknik Tarik Trafik Gaya Michael Hyatt.

Kajian daripada conductor melaporkan headline bernombor 36% lebih disukai pengguna.

headline nombor

5. Buat Pertandingan

Pertandingan diminati pengguna.
Terutamanya apabila hadiahnya sangat lumayan.

Pertandingan bukan saja boleh diadakan di website, bahkan boleh diadakan di media sosial juga.

Perkara utama dalam menganjurkan pertandingan adalah jelas tujuan.
Bukan ikut-ikut orang.

Kebiasaannya pertandingan diadakan bagi mendapatkan data bakal pelanggan.


6. Beri Hadiah

Alternatif kepada pertandingan adalah beri hadiah.
Atau lebih dikenali sebagai Giveaway.

Tujuan dan kesannya sama seperti pertandingan.

Bagi meningkatkan sebaran, kebiasaannya penganjur akan meletakkan syarat untuk share giveaway.

Salah seorang pemain Internet Marketing tersohor, Pat Flyyn melakukan cubaan.
Dia adakan giveaway.

pat flynn

Pat Flyn terkejut betapa berkesannya Giveaway

14 jam selepas giveaway dilancarkan, Pat semak statistik.
Dia terkejut.
Dia dapati 44,463 orang sudah masuk website dia.
Jumlah ini adalah 2.5 kali ganda daripada jumlah pengunjung website setiap bulan!


7. Hasilkan Guestographic

Istilah Guestographic dicipta oleh Brian Dean.
Ianya merujuk kepada infografik yang bernilai tinggi.

Apabila infografik didesain dengan cantik, infografik cenderung dikongsi oleh pengguna.

Expedia menggunakan strategi ini bagi meningkatkan jumlah pengunjung ke website berganda-ganda.

expedia infographic

Infografik yang berkualiti tinggi mempunyai ciri-ciri berikut:

  • Susun atur konten yang mudah dibaca
  • Unik
  • Data yang relevan
  • Audien yang tepat
  • Desain yang menarik

8. Install Social Media Sharing Button

Apabila artikel dikongsi oleh pembaca, capaian artikel itu bertambah-tambah.
Hasilnya jumlah trafik ke website meningkat.

Salah satu caranya adalah dengan memudahkan pembaca menekan butang share.

Bagi melakukan perkara ini, install plugin social media sharing.
Saya cadangkan Sumo atau ThriveLeads.

Alternatif kepada dua plugin ini adalah ShareThis.


9. Beri Nama Unik Pada Artikel

Taktik ini juga saya pelajari dari guru saya, Brian Dean.

Cuba anda google "The Skyscrapper Technique".
Pastinya backlinko.com akan berada di atas.

the skyscraper technique

Hasil carian The Skyscrapper Technique

The Skyscrapper Technique merupakan satu istilah yang beliau cipta sendiri.
Dan beliau popularkan istilah itu.
Hasilnya apabila Google, sah-sah Brian berada paling atas.

Jadi apabila memperkenalkan satu-satu teknik, berikan nama unik.
Nama yang senang diingati.
Begini apabila pengguna Google, mereka terus jumpa.

Dan website tidak bersaing dengan sesiapa.

Sekejap. Boleh cuba Google "Teknik Tulisan Melekat".
Aplikasi kaedah ini. Hehe.​

teknik tulisan melekat

Carian Teknik Tulisan Melekat


10. Blog Walking

Ala-ala window shopping.
Cuma dalam blog walking kita tidak bergerak.
Hanya tetikus yang klik satu demi satu.

Kita berjalan dari satu blog ke blog yang lain.

Kesilapan ramai orang yang melakukan blog walking adalah mereka tidak meninggalkan jejak.

Jadi tidak ada sesiapa yang tahu kehadiran.

Apabila kita meninggalkan jejak di blog orang, perbuatan ini berpotensi menarik pemilik blog dan pembaca blog itu untuk mengunjungi website kita.

Bagaimana?


11. Komen Bernilai di Blog Orang

Tinggalkan komen yang menyebabkan pemilik dan peminat blog itu mahu baca komen kita.

Usah berhenti setakat “terbaik”, “terima kasih”.
Ini biasa.

Biasa tidak dapat perhatian apa-apa.

Anggap seperti kita datang bertandang ke rumah orang.
Sebelum pulang, kita bersalaman.
Apabila bersalaman, berikan senyuman.
Begini kita kekal di ingatan.

Komen bernilai

Senyuman di website adalah komen-komen menarik yang seronok dibaca.


12. Dapatkan Email Subscribers

Email subscribers bermaksud email yang diberikan secara sukarela oleh pengunjung.

Kenapa mereka berikan?

Kerana mereka mahukan sesuatu.
Boleh jadi mereka suka dengan produk atau tips dari kita.

Peluang untuk konten disebarkan menerusi subscribers lebih tinggi.
Malah ada yang mengatakan “the money is in your email list”.

the money is in your email list

Bagi mendapatkan trafik menerusi email subscribers, hanya emailkan kepada mereka artikel terbaru.
Dan mereka akan masuk.

Bagi tujuan ini, kita boleh menghantar email satu persatu.
Ataupun menggunakan email autoresponder seperti Aweber.

1. Log masuk dan klik Messages > Broadcast

Aweber Broadcast

2. Klik Create A Message dan pilih Drag and Drop Email Builder

aweber broadcast 2

3. Tulis mesej yang ingin dihantar. Masukkan link artikel di dalam mesej ini.

aweber broadcast 3

4. Klik butang Save & Exit.

aweber broadcast 4

5. Pada  paparan seterusnya, klik Schedule A Broadcast.

aweber broadcast 5

6. Setkan kepada siapa email ini ingin dihantar, masa dan hari.

aweber broadcast 6

Kelebihan menggunakan email autoresponder adalah proses ini berlaku secara automatik.


13. Cold Email

Ini adalah taktik bagi mendapatkan perhatian influencer.
Masuk website mereka dan cari email untuk dihubungi.
Kemudian hantarkan kepada mereka.

Bezanya bagaimana?

Kepada influencer, kita tidak akan minta mereka baca artikel terbaru.
Ini bukan tahap mereka.

Kepada influencer, kita minta mereka beri pandangan terhadap artikel.

email outreach

Contoh Cold Email kepada Influencer

Apabila mereka setuju baharulah berikan link artikel itu.

Influencer menerima ratusan email setiap hari.
Jadi mereka akan tapis email mana berbaloi dijawab.
Email mana patut dibiarkan.

Alternatif kepada email, gunakan FB messenger.
PM terus influencer itu.


14. Email Signature

Ini adalah cara paling senang dan mudah.
Letakkan alamat website pada email signature.

email signature

Contoh link website pada email signature SifuFBAds.

Perangai manusia di dunia online ini mereka suka klik.
Berikan butang klik itu kepada mereka.


15. Aktif di Media Sosial

Media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter merupakan saluran trafik percuma yang berbaloi.
Terutama apabila kena caranya.

“Nak kena ada semua channel ke?”

Tidak. Mulakan dengan channel di mana audien anda berada.

Bezakan antara dua perkara pokok.
Sharing vs Spamming.

beza spamming dan sharing

Apabila mahu post di media sosial, post sesuatu dengan mentaliti berkongsi.

“Kita takkan berkongsi sesuatu yang tidak bernilai”

Begini pembaca rasa nak klik.
Dan apabila klik, kita terima pengunjung ke website.


16. Bina Personal Branding

Senaraikan 3 restoran fast food kegemaran anda.

Senaraikan 3 minuman tin yang suka diminum.

teka teki

Sudah?

KFC, McDonald, Pepsi dan Coke.
Ini antara senarai yang hampir 100% akan ada.

Kenapa?

Kekuatan jenama.

Begitu juga di dunia online.
Apabila kita ada jenama, orang cenderung untuk ingat.

Dan jenama ini tidak jadi sendiri.
Perlu dibentuk. Hari demi hari. Setiap hari.

Menerusi jenama sendiri, kita berpotensi menarik trafik yang sangat banyak.

“Manusia pandang siapa yang bercakap lebih dari apa yang dicakap”

Itulah hakikatnya.
Bangunkan personal branding.


17. Aktif di Tempat Diskusi

Dulu forum menjadi pilihan ramai pengguna internet.
Hari ini fungsi forum berkurangan dengan kemunculan FB Group.

Tipnya sama seperti di media sosial.
Elakkan spamming.
Banyakkan sharing.

Tambah nilai ke dalam group.

Begini apabila ajak orang masuk ke website, mereka tidak anggap kita sedang melakukan promosi.
Bahkan mereka berterima kasih lagi.


18. Cipta Konten Video

Konten video disahkan mempunyai engagement yang tinggi.
Salah satu sebab mengapa Facebook dan Google suka konten video adalah kerana ianya meningkatkan masa pengguna berada di situ.

Sebagai contoh,
Baca satu status update = 5 saat
Tonton satu video pendek = 2 minit

Semakin lama kita berada di Facebook, semakin tinggi peluang untuk Facebook menunjukkan iklan kepada kita.

Hasilnya pendapatan Facebook meningkat.
Jadi sebagai ganjaran, Facebook menurunkan kos iklan berbentuk video.
Supaya pengiklan suka buat iklan begini.

Konten video TheDadLab

Konten video dari TheDadLab ini mendapat 7000+ shares

Secara tidak lansung meningkatkan masa pengguna di Facebook.(situasi yang sama juga di Google)

Poinnya, gunakan video untuk menarik pengunjung ke website.
Video apabila kena caranya berpotensi besar menjadi viral.


19. Guna Tools Scheduler

Tools ini berfungsi mengautomasikan post.
Caranya begini.

Masukkan status yang ingin dikongsi.
Setkan masa dan tarikhnya.
Kemudian scheduler ini akan uruskan.

Kelebihan scheduler adalah kita tidak perlu melakukan secara manual.
Scheduler yang lakukan secara automatik.

Kelemahannya reach-nya mungkin rendah.
Kerana Facebook tahu robot yang buat post.

Saya cadangkan anda guna dahulu dan lihat keberkesanannya.

Saya gunakan Amplifr.

guna amplifr
guna amplifr 2
guna amplifr 3

Scheduler lain yang disarankan adalah HootSuite, Buffer dan MeetEdgar.


20. Shares di Whatsapp/Telegram/WeChat

Kongsikan link website di whatsapp dan telegram.
Percuma dan berpotensi menarik pengunjung ke website.

Asasnya sama seperti di atas.
Banyakkan sharing.Tinggalkan spamming.


21. Social Bookmarking

apa itu social bookmarking

Pernah tak anda jumpa website yang menarik?
Kemudian anda tekan bookmark.

Andai begitu, anda sudah melakukan bookmarking.

Social bookmarking bermaksud kita berkongsi bookmark itu dengan orang lain.
Perkongsian dilakukan menerusi website bookmarking.

Antaranya StumbleUpon, Pinterest dan Reddit.

Contoh website yang di-bookmark di StumbleUpon

Contoh website yang di-bookmark di StumbleUpon

Apabila kita bookmark website sendiri di website bookmarking, tindakan ini berpotensi mendapatkan pengunjung secara percuma.​


22. Wujudkan Shoulder Channel

Di dalam dunia online, tentukan di mana kubu kuat anda. Home.
Kemudian senaraikan di manakah channel-channel lain yang anda aktif.

Seterusnya senaraikan channel-channel lain yang berpotensi.
Channel ketiga ini disebut sebagai shoulder channel.

Di shoulder channel, taktiknya buat dan biarkan.

Sebagai contoh, salah satu shoulder channel saya adalah Youtube.

channel youtube wan yusof

Saya rakamkan video di youtube.
Upload kemudian tinggalkan.

Pada description di youtube, saya letakkan link website.
Supaya orang klik.


23. Hasilkan Produk Digital Secara Percuma

Tulis satu ebook. Di dalam ebook itu, letakkan link ke website.
Sama ada link itu ada dalam artikel atau di halaman lain, itu tidak mengapa.

Asalkan ada link.

Kemudian edarkan ebook secara percuma.

Maksimumkan jumlah download.
Andai ada 1000 orang download, saya pasti paling kurang ada 10 orang akan klik link itu.

Ini pun taktik mudah meningkatkan pengunjung ke website.


24. Tinggalkan Link Website di Profil Media Sosial

Cara ini adalah satu daripada 11 Teknik Tarik Trafik gaya Michael Hyatt.
Pastikan kita meletakkan link website pada profil.

Alamat website di Twitter.

Alamat website di Twitter.

Cara ini percuma. Tidak ada kos.
Buat sekali dan tinggalkan.


25. Gunakan Iklan Berbayar

Cipta iklan di Facebook.
Iklan dicipta bagi menarik pengguna ke website atau meningkatkan jumlah shares.

Cara ini adalah cara yang paling pantas bagi meningkatkan jumlah pengunjung ke website.

Cuma cara ini melibatkan wang.

Berita baik.
Kos pengiklanan di Facebook sangat murah.
Jadi ianya satu saluran trafik yang berbaloi menggunakannya.

Alternatif kepada Facebook Ads adalah Google Adwords, Banner Ads, Influencer review.

“Nak guna platform mana satu?”

Guna platform di mana audien anda berada.
Itu kuncinya.


26. Membuat Tajaan

Apabila ada event yang relevan, sertai sebagai penaja.
Kebiasaannya penaja akan diberikan ruang untuk meletakkan banner atau link.

Kaedah ini meningkatkan pendedahan jenama anda kepada audien.
Secara tidak lansung, kaedah ini boleh menaikkan jumlah pengunjung ke website.

Apabila menyebut tajaan, usah fikir event besar-besar.

Antara contoh event tajaan yang menjadi trend sekarang adalah,

  • FB Live
  • Instagram Stories
  • Youtube
  • Online Gaming
  • FB Profile

27. Melakukan Retargeting

Retargeting adalah satu bentuk iklan.
Beza iklan retargeting berbanding iklan biasa adalah retargeting lebih fokus dan spesifik.

"Boleh berikan contoh?"

Masuk Lazada.
Skroll 2-3 barang.
Kemudian masuk Facebook.

Tiba-tiba iklan yang muncul adalah iklan Lazada.

“Apa Lazada buat?”

Lazada melakukan retargeting.
Lazada target iklan kepada mereka yang masuk website Lazada sahaja.

Kita boleh guna kaedah yang sama dalam menarik trafik ke website.

Hanyak iklankan kepada mereka yang pernah mengunjungi website.


28. Direktori atau Listing

Teknik sedikit outdated berbanding yang lain.
Terutama dengan kemunculan Google sebagai enjin pencari yang berkuasa tinggi.

Website direktori adalah Yellow Pages versi online.

Didalamnya ada segala macam jenis perniagaan.
Jadi kita hanya perlu daftar dan senaraikan perniagaan kita di dalam website ini.

Dalam memilih website direktori, pilih website yang ada pengunjung yang signifikan.

Gunakan Alexa, masukkan alamat website dan klik Find.​

semak trafik guna alexa

29. Media Bercetak

Ini adalah taktik meningkatkan pengunjung ke website menerusi offline.

Khususnya melalui media bercetak.

Konsep asasnya adalah semakin senang website anda dilihat, semakin tinggi kemungkinan untuk mereka masuk.

Jadi letakkan alamat website pada poster, kad bisnes, banner, billboard.
Dalam erti kata lain, di mana ada ruang untuk letakkan maka letaklah.


30. Menulis di Akhbar

Meskipun populariti akhbar harian berkurang dengan kehadiran dunia online, namun tidak dinafikan masih ramai yang membacanya.

Untuk masuk ke dalam akhbar, kita ada dua pilihan.
Satu bayar ruang pengiklanan.
Keduanya tulis sesuatu yang bermanfaat. Kemudian hantar kepada editor.

Andai mereka siarkan artikel, beruntung.
Andai mereka abaikan, kita tidak rugi apa-apa.

Pastikan di dalam artikel itu, ada kita menyebut alamat website atau posisi.
Supaya pembaca tahu dan ada rasa ingin masuk.

Satu perkara menarik.
Apabila anda ada jenama sendiri yang kukuh, pihak akhbar akan cari.
Malah mereka siap berikan slot untuk anda menulis.

Dato' Roslan Ab Hamid seorang Guru Bisnes yang hebat menulis.
Beliau dilamar oleh Sinar Harian untuk menulis.​

dato roslan ab hamid di sinar harian

31. Hadiri Program atau Seminar

Taktik ini apabila kena caranya sangat-sangat hebat.

Di dalam program atau seminar, ada ramai influencer.
Apabila kita dapat berkawan dengan influencer, mereka akan cadangkan kita kepada klien atau pengikut mereka.

Ada satu kata-kata,

your networth is equal to your network

Apa yang penting, di dalam pertemuan bersama influencer, cari idea bagaimana mahu mereka ingat dan kenal kita.
Berbanding 100 peserta lain.


32. Beri Talk atau Tutorial

Cara ini boleh memmbantu meningkatkan pengunjung ke website berganda-ganda.

Apabila kita memberikan talk yang menarik, pendengar ingin lebih tahu tentang kita.

“Bagaimana mereka mahu tahu lebih tentang kita?”

Google.

Mereka akan cari kewujudan kita di dunia online.
Di sini website akan memainkan peranan.
Jadi jurucakap percuma.

Setiap kali selepas saya memberikan talk, saya dapati berlaku peningkatan pada jumlah pengunjung ke website.


33. Pertukaran Link

Ini banyak dilakukan oleh blogger sesama mereka.
Terutama apabila blogger itu saling kenal mengenal.

Di blog A, dia letakkan link ke blog B.
Di blog B pula, dia letakkan link blog A.

Begini mereka seolah-olah saling bertukar pengunjung.

Ada juga yang melakukan pertukaran link ini menerusi artikel.
Malah ada yang menjual program ini.

“Nak letak link di website saya?”

“Boleh. RM100 satu link”

Contoh proses jual link.

“Apa lagi yang website perolehi menerusi pertukaran link?”

Selain dari trafik, pemilik website sebenarnya mahu dapatkan backlink.
Backlink beri kesan kepada ranking di Google.

Di dalam pertukaran link ambil perhatian pada siapa yang berikan link itu.
Google ambil kisah.

Apabila link tidak berkualiti berikan link kepada website kita, website akan menerima kesan.

Google turunkan ranking website.


34. Kongsi Konten di Slideshare

Slideshare adalah satu website yang unik.
Website ini menerima jumlah trafik yang signifikan setiap bulan.

slideshare wanyusof

Slide yang saya upload di SlideShare

Muat naik konten di slideshare.
Dalam bentuk slide.
Letakkan link pada ruangan description dan dalam slide.

link di slideshare

Biarkan saja di situ.
Slideshare boleh digunakan sebagai satu shoulder channel.


35. Membuat Guest Posting

Apabila kita ada jenama tersendiri, proses ini menjadi makin mudah.
Mohon dengan mana-mana blog berkaitan untuk menulis di blog mereka.

Hasilkan satu artikel yang berkualiti.
Di dalam artikel itu, hubungkan dengan mana-mana artikel di blog sendiri.

Begini backlink dapat, pengunjung pun dapat.

Di dalam video ini Noah Kagan berkongsi bagaimana guest posting membantu beliau mendapatkan lebih pengunjung.​

Andai kita tidak dikenali, kita masih dapat melakukan Guest Posting.
Cuma kena lakukan pitching.

Beri sebab mengapa blog itu perlu terima dan siarkan konten kita.


36. Menerima Guest Posting

Lawan kepada kaedah di atas.
Kali ini kita tidak menulis di blog orang.
Tapi kita ajak orang menulis di blog sendiri.

Kelebihannya adalah kita akan menjemput penulis dan peminat penulis itu untuk baca artikel.

Dan berpotensi mendapat trafik hasil daripada hebahan oleh penulis itu sendiri.

Bagi menjadikan penulis berminat melakukan guest posting di website, website kita harus ada autoriti. Mempunyai keunikan dan kelebihan tersendiri.

Dalam erti kata lain, cipta win-win situation.


37. Aktif di Medium

Komuniti medium semakin bertambah hari demi hari.
Pun begitu penggunaan bagi rakyat Malaysia masih kurang.

Namun tidak salah untuk cuba.
Medium ini semacam blogspot.
Bezanya pada komuniti.

Medium ada komuniti sendiri.
Dan post di medium akan berlegar-legar kepada komuniti medium.

Bagi menggunakan medium, daftar akaun. Tulis artikel dan kongsikan.Percuma.


38. Masuk ke Website Question and Answer

Website ini cuba menjawab persoalan-persoalan daripada khalayak.
Kita boleh menggunakan website ini untuk membantu mereka mencari jawapan.

Sambil-sambil itu melakukan promosi silang (cross-promotion) website.

Saya menggunakan Quora bagi menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan kemahiran saya. Meskipun Quora dalam Bahasa Inggeris dan website saya dalam Bahasa Malaysia, kesannya masih dapat dirasakan.

jawab di quora

39. Buat Course di Udemy

Udemy merupakan platform yang memberi ruang kepada sesiapa yang mahu buat kursus online.

Rakam dan siarkan.
Kemudian tentukan harga.
Bagi setiap jualan, Udemy akan terime komisyen bagi pihak mereka.

Apabila ada kursus di Udemy, kita dapat hantar mesej kepada pelajar-pelajar.
Mesej promosi dibenarkan.
Cuma ada had.

Selain daripada saluran menarik trafik ke website, Udemy juga berguna untuk meningkatkan kredibiliti di dunia online.

contoh kursus udemy

Ini adalah salah satu kursus yang saya pernah siarkan di Udemy

Selain Udemy, platform lain yang boleh digunakan adalah Teachable dan SkillShare.


40. Mengorat Influencers

Influencers adalah orang berpengaruh.
Kebiasaannya influencers dikaitkan dengan artis, tokoh bidang.

Mendapatkan khidmat influencers bagi mempromosikan website kita boleh tahan harganya.

Jadi bagaimana?

Berkawan dengan micro-influencers.

Micro-influencers adalah individu berpengaruh terhadap puak mereka.
Puak mereka sederhana besar saiznya.

“Bagaimana nak cari influencers?”

Lihat jumlah followers mereka di media sosial.
Andai kata jumlah followers melebihi 5000 orang, maka influencers ini berpotensi besar.

Jadi usahakan untuk mendekati micro-influencers begini.
Sama ada menyertai kursus yang dianjurkan atau bertemu muka.

Apabila micro-influencers suka, mereka akan bantu promosikan website dan produk kita secara sukarela.


41. Blog Syndication

Sedikit berbeza dengan guest post.
Blog syndication adalah satu proses membenarkan konten artikel disiarkan di tempat lain.

Tujuannya bagi meningkatkan pendedahan.
Dengan harapan orang makin kenal.

Secara tidak lansung mendorong kepada peningkatan trafik ke website.


42. Menggunakan Sistem Affiliate atau Referral

Bagi penjual produk, salah satu cara bagi menggandakan jualan adalah menerusi program affiliate.

Mereka yang menyertai affiliate akan mempromosikan produk anda.
Komisyen diberikan bagi setiap jualan yang terhasil.

Kaedah ini berkesan apabila kita mempunyai agen affiliate yang berpengalaman.

Mereka berupaya menyebar luaskan jenama kita kepada ramai orang.


43. Memberikan Software Percuma Sebagai Lead Generation

Taktik ini diguna pakai oleh Noah Kagan.
Dia mencipta Sumo.

software dari sumo

Sumo merupakan koleksi software yang membantu pemilik website.
Sumo merupakan produk Appsumo.
Syarikat yang menjual macam-macam produk keperluan bisnes pada harga sangat murah.

Noah mendapati semakin ramai yang menggunakan Sumo, makin bertambah jumlah pengunjung ke website Appsumo.com.

Hasilnya pendapatan mereka juga bertambah.


44. FB Messenger

Ini adalah saluran komunikasi terbaru dan terkini.
Menggunakan FB messenger untuk menyebarkan konten.

Kongsikan konten bernilai.
Kemudian ajak pembaca masuk ke website.
Mereka rasa terhutang budi.

Bagi menggunakan kaedah ini, saya syorkan guna ManyChat.
Ianya mudah dan senang.

guna fb messenger

Saya gunakan FB Messenger bagi menarik pengunjung

Kelebihan menggunakan FB Messenger sebagai saluran tarik pengunjung adalah open rate-nya sangat tinggi berbanding email.

Andai hantar email kepada 100 orang, yang buka dan baca mungkin dalam 10 orang.

Andai hantar mesej menerusi FB Messenger kepada 100 orang, 95 orang yang akan baca.


45. Daftar Google Business

Google Business merupakan satu initiatif Google bagi membantu pemilik bisnes.

Apabila daftarkan bisnes di Google Business, syarikat senang muncul di Google.

google business 7

Sekaligus membantu menaikkan jumlah pengunjung di Google.

Google Business adalah percuma.
Saya ada sediakan tutorial bagaimana mahu buat pendaftaran.


46. Beritahu Google Kewujudan Website

Hari ini apabila rakyat Malaysia mahu cari sesuatu, mereka Google.

Website yang keluar di hasil carian Google akan jadi pilihan.

Soalan: Adakah semua website ada di Google?

Tidak.
Hanya website yang ada dalam pengkalan data Google akan tersenarai di Google.

“Bagaimana nak senaraikan website di Google?”

Hantarkan kepada Google menerusi Google Submit URL.
Masukkan URL dan klik Submit.

google submit url

47. Muncul di Google Image

Pengguna Google suka gunakan Google Image untuk cari gambar.

Yang menariknya, Google Image boleh dijadikan saluran untuk menaikkan pengunjung ke website.

"Bagaimana?"

Munculkan imej kita di Google Image.
Image SEO-Optimized.
Caranya?

1. Sebelum muat naik gambar, rename terlebih dahulu.

rename gambar

2. Apabila muat naik, setkan Title dan Alt Text.

image alt 2

Itu saja. Senang dan mudah.
Teknik Image-SEO merupakan satu daripada 13 teknik On-Page SEO yang anda boleh buat sekarang.


48. Kongsi di Google Plus

Google Plus ini semacam Facebook.
Sayangnya ianya bukan pilihan rakyat Malaysia.

Jadi popularitinya tenggelam.

Kita gunakan Google Plus bagi membantu meningkatkan visibiliti website di mata Google.

Caranya?

Kongsikan post terbaru di Google Plus.
Itu saja.

post di google plus

49. Cipta Website Smartphone-Optimized

Makin hari jumlah pelayar website menggunakan smartfon semakin bertambah.

Pengguna smartfon cerewet.
Lambat 3 saat mereka akan keluar.

Jadi apabila website mesra smartfon, website ini berupaya mengekalkan dan menarik jumlah pengunjung.

“Apa ciri-ciri smartphone-optimized?”

Satu kelajuan. Lajukan website. Paling kurang ada 9 cara melajukan website.

Keduanya saiz tulisan. Saiz tulisan yang sangat kecil menyebabkan mata sakit. Lalu mereka lari keluar.

“Saiz tulisan ini kecil je kesannya?”

Hmm..tak juga. Lihat artikel 7 perkara kecil yang pemilik website sering terlepas pandang.
Kesannya besar pada bounce rate dan masa pelawat berada di website.


50. Cipta Konten Berkuasa Tinggi

Apakah persamaan Wikipedia dan Google?

Mereka memberikan maklumat berkualiti.

Wikipedia berikan informasi berkualiti.
Google berikan hasil carian berkualiti.
Dan kedua-duanya percuma.

Apakah kesannya?

Website yang ada konten berkuasa tinggi akan menjadi sebutan.
Orang bercakap. Word of mouth.

Peningkatannya berganda-ganda. Exponential growth.

Malah kos pengiklanan juga sangat minima.

“Bagaimana mencipta konten berkuasa tinggi?”

4-Langkah-Mencipta-Konten-Berkuasa-Tinggi

Lakukan kajian.
Lihat persaingan.
Cipta artikel lebih baik dari pesaing.

“Nak tahu langkah demi langkah?”

Saya ada buat kursus online Bagaimana Mencipta Konten Berkuasa Tinggi.
Andai berminat, klik sini. Saya terangkan dengan lebih terperinci.

Kesimpulan

Apa perasaan anda selepas baca artikel ini?

Mentol menyala?
Banyak idea mahu dicuba?

Yesza.

"Adakah saya perlu gunakan kesemua 50 cara ini?"

Ya dan tidak.
Bergantung kepada anda.

"Boleh download tak? Senang saya buat rujukan nanti"

Boleh. Sebab itu saya sediakan satu checklist.
Checklist ini boleh digunakan bagi membantu anda meningkatkan jumlah pengunjung ke website.

SOALAN: Apa cara tarik pengunjung yang anda selalu guna?

download sekarang 50 cara tingkatkan trafik

17 comments
Mohd Rawi - August 19, 2017

Thanks atas perkongsian ini. Nak tarik pelawat ini kene rajin jer la. Kalau nak cepat biasanya guna iklan.
Mohd Rawi recently posted…Tip Menyimpan Duit Untuk Gaji Yang KecilMy Profile

Reply
Aliff Ridzuan Zulkipli - August 19, 2017

terima kasih banyak tuan. Artikel ini sangat sangat membantu. Ada diantara tips-tips ini sudah pun saya buat dan ada yang belum buat.

Saya akan cuba buat kesemua tips-tips ini.
Terima kasih tuan.

Reply
Zam Wahab - August 20, 2017

Alhamdulillah. Terima kasih. banyak benda yang perlu dibuat. InshaAllah cuba buat atleast 50%

Reply
mrhanafi - August 20, 2017

Betul betul panjang.. Tapi saya baca habis..

Saya nak guna FB ad la..

Berbelanja tetapi berbaloi..
mrhanafi recently posted…Jurus Sakti Dalam Penulisan CopywritingMy Profile

Reply
    Wan Yusof Wan Jeffery - August 21, 2017

    Terima kasih MrHanafi. Blog Tuan makin power. Semalam ada seorang kenalan saya kata dia follow rapat-rapat blog Tuan.

    Reply
      mrhanafi - September 6, 2017

      sama -sama tuan sifu..

      penulisan saya banyak terpengaruh dari blog tuan sifu..

      hehehe…

      bukan tiru tetapi terbawa bawa

      Reply
Salma Othman - August 21, 2017

Fuh 50 cara tu! kalau amalkan ni memang betul meningkatlah pengunjung kan. InsyaAllah saya cuba amalkan. terima kasih atas perkongsian.
Salma Othman recently posted…Review | EverSoft Cleansers That Do MoreMy Profile

Reply
Cuckoo Water Purifier - August 22, 2017

Jenuh baca tapi still ‘melekat’ sampai habis baca jugak hehe.. Ilmu yang sangat best. Saya akan prektiskan sebanyak mungkin. TQ ^^

Reply
Belang Tarung - September 6, 2017

ada yang sudah di cuba dan banyak lg yg belum di cuba hehe…sebelum seo di conquer org lain hehe
Belang Tarung recently posted…Berkelah dan Mandi-Manda Di Pantai Bukit Keluang, Besut TerengganuMy Profile

Reply
Lokman Hakim - September 13, 2017

Terima kasih tuan wanyusof..artikel ini sangat membantu

Reply
Joe Labu - October 3, 2017

memang sangat menarik , baru tahu banyak cara kita boleh dapatkan pengunjung ke website kita
Joe Labu recently posted…Dakwah Firdaus Wong AbdullahMy Profile

Reply
Azhani Azhar - October 19, 2017

perkongsian tuan memang terbaik..

bukan sekadar 3 atau 4 yang boleh aplikasikan..

tetapi sampai 50..

dalam masa terdekat ni boleh buat 1 atau 2 dahulu..
dan tambah dari masa ke semasa..

terima kasih di atas perkongsian tuan..

Reply
Click here to add a comment

Leave a comment:

CommentLuv badge