Nota Content Marketing Percuma »

13 Jenis Content Upgrade dan Tools Menciptanya

content upgrade

Content upgrade adalah satu alat.
Tujuannya untuk dapatkan maklumat pelanggan. Data.

Content upgrade apabila kena sasaran dan jenisnya, sangat berkesan.

Brian Dean melaporkan, content upgrade telah bantu beliau meningkatkan email conversion rate sebanyak 785%!

conversion rate brian dean

Perkara yang sama diceritakan oleh Bryan Harris.
Bryan menggunakan content upgrade untuk kesemua artikel di blog beliau.

Hasilnya dia dapat meningkatkan kadar menerima email(opt-in rates) sebanyak 62%.

Dalam erti kata lain, content upgrade memudahkan pembaca memberikan maklumat kepada kita.

Maklumat seterusnya digunakan untuk menukar dari pelawat kepada pelanggan.

MENGENALI AUDIEN CONTENT UPGRADE

Ini perkara paling utama.
Supaya kita menggunakan content upgrade dengan betul.
Tentukan siapakah sasaran utama.

Kenal pasti sasaran ini berada di peringkat mana?

Corong atas, tengah atau bawah. Baca artikel Bagaimana Cipta Konten Yang Betul Kepada Audien Yang Betul bagi menerangkan lagi peringkat-peringkat ini.

peringkat 4 corong jualan

Gol bagi ketiga-tiga kelompok ini berbeza.

Jadi content upgrade bagi ketiga-tiga kelompok ini juga berbeza.​

JENIS-JENIS CONTENT UPGRADE

Content upgrade ada banyak jenis.
Ada banyak versi dan variasi.
Mahu guna yang mana?

Ikut suka.

Lain industri lain responnya.

Content upgrade jenis Template berkesan untuk niche A.
Mungkin tidak berkesan untuk niche B.
Mungkin berkesan untuk industri C.

Mudahnya, cuba dan lihat keberkesanannya.

Saya kongsikan 13 jenis content upgrade untuk Tuan dan Cikpuan amalkan.

PDF BLOG POST

Kumpulkan artikel blog yang diminati dalam satu tempat. Kemudian tukar dalam bentuk PDF. Pembaca boleh muat turun PDF ini.

Mereka akan baca berulang kali.
Bahkan apabila pembaca sangat puas hati, pembaca kongsi dengan orang lain.

cover siri pecut

Ebook Siri Pecut SEO yang pernah saya terbitkan dulu.

Apabila lihat gambar di atas, apa yang Tuan rasa?

Mahu klik bukan?

Ebook di atas adalah koleksi artikel yang dikumpulkan. Ikut tajuk dan topik.​

CHEAT SHEET

Perkataan ‘Cheat’ sangat mempengaruhi. Ianya membentuk persepsi ‘jalan ringkas’.

Jalan ringkas = shortcut
Shortcut = mudah
Mudah = saya suka

Cheat sheet merupakan helaian bagi membantu pembaca mencapai sesuatu. Ianya berbentuk actionable knowledge.

cheat sheet dari kissmetric

Cheat sheet dari Kissmetric

Cheat sheet biasanya bersifat mudah dan membuka mata.
Apabila pembaca lakukannya, dia berkata, “Wah menariknya, tak sangka menjadi. Mudahnya!”

Katakanlah saya menulis artikel Content Marketing.
Di hujungnya, saya beri satu tawaran.
Mahukah Tuan dapatkan Cheat Sheet Teknik Menulis Berpengaruh?

Peluang untuk pembaca klik muat turun cheat sheet bertambah-tambah apabila selari dengan konten yang ditulis.​

CHECKLIST

Alternatif kepada Cheat Sheet adalah Checklist. Senarai semak.

Senarai semak merupakan memberikan senarai tindakan yang perlu dilakukan dan yang tidak perlu dilakukan.

Perkara penting dalam membina checklist:
1/ Mudah dihadam
2/ Mudah disemak
3/ Praktikal

Checklist boleh dihasilkan daripada artikel-artikel yang terdahulu. Terutamanya artikel yang menggunakan nombor.

Opt-in Monster memberikan contoh yang sangat baik. Mereka cipta satu checklist 63-Point Checklist for Creating the Ultimate Optin Form.

content upgrade optin monster

Contoh content upgrade dari Optin Monster.

Apabila kita menulis artikel bagaimana (how-to), checklist sangat sesuai dijadikan sebagai Content Upgrade.

Contohnya, artikel bertajuk Bagaimana Masak Nasi Arab. Di hujung artikel ini, kepilkan Checklist Bahan-Bahan Yang Diperlukan.

Pembaca akan gila mahu mendapatkannya.

SENARAI RUJUKAN

Ini juga variasi kepada Checklist dan Cheat Sheet.

Checklist = Senarai semakan
Cheat Sheet = Senarai tindakan membuka mata
Rujukan = Senarai panduan

Kelebihan Content Upgrade jenis sumber rujukan adalah ianya membentuk kredibiliti.

Katakanlah ada satu artikel Pengurusan Strategi Ikut Sirah. Pada artikel ini diberikan satu pilihan, “Muat turun senarai sumber rujukan artikel ini”.

Pembaca dapat persepsi.
Artikel ini berkualiti.
Penulisnya juga berhati-hati.
Hasilnya mereka akan datang lagi.

Mereka percaya.
Mereka sudah jadi MOFU.

content mastery malaysia

RAKAMAN VIDEO atau AUDIO

Andai ada satu Content Upgrade yang akan membuatkan manusia gila, maka inilah jawapannya.

Apabila berikan tawaran, “Muat turun video FB Ads Secara Percuma”, pembaca akan berebut mendapatkannya.

Bahkan pembaca sanggup berikan nombor telefon dan alamat bagi mendapatkannya.

Cuma berhat-hati.
Berikan yang berkualiti.

Apabila berikan video tak berkualiti, jatuh reputasi.

Kualiti video atau audio bukan bermaksud rakaman profesional.

Andai dapat rakaman profesional ini bonus.

Kualiti di sini merujuk kepada konten.
Kandungan video dan audio biarlah sebagaimana yang dijanjikan.
Malah lebih daripada yang dijanjikan.

Konten video dari SifuFBAds

Konten video dari SifuFBAds

PANDUAN PEMULA

Siapakah sasaran pelanggan kita?

Adakah mereka dari kalangan yang mahu memulakan?

Katakanlah sasaran pelanggan = Individu yang mahu memulakan bisnes.
Maka content upgrade jenis Panduan Pemula (Quick Start Guide) sangat berkesan.

Mereka mahu muat turun.
Mereka mahu baca.

Apabila kita banyak menulis artikel bagaimana, gabungkan artikel ini.

Jadikan artikel-artikel bagaimana sebagai satu Panduan Pemula.
Konsepnya hampir sama dengan PDF Blog Post.
Bezanya pada target sahaja.

Alternatifnya, boleh jadikan Panduan Pemula ini dalam betuk infografik. Begini sebarannya lebih cepat dan mudah.

konten Majalah Niaga

Contoh Panduan Pemula oleh majalahniaga.com

Kelemahannya kita mungkin tidak dapat data pelanggan. Hanya dapat tingkatkan awareness.​

LAPORAN

Hubspot merupakan pengguna tegar taktik ini.
Mereka sediakan satu laporan. Pembaca yang mahu dapatkan laporan berikan data, kemudian laporan dihantar.

borang dari hubspot

Data yang akan diambil oleh Hubspot bagi mendapatkan laporan.

Di Malaysia, tidak banyak pemain Internet Marketing yang menggunakan taktik ini.

Andai ada pun, mereka tidak tulis laporan sendiri. Dapatkan versi whitelabel ataupun minta kebenaran dari orang lain.

Yang paling teruk ambil tanpa kebenaran (jauhi).

Salah satu punca laporan tak banyak dihasilkan adalah kerana kita kekurangan akses maklumat dalam Bahasa Malaysia.

Berbeza situasi di dunia barat, akses kepada data sangat banyak. Malah melimpah-limpah.

Seandainya kita mahu gunakan teknik ini, gunakan data hasil eksperimen sendiri.

Contohnya, Laporan Eksperimen SEO Ke Atas 5 Website Kesihatan.

Dari pengalaman, buat catatan.
Dari catatan, tukar kepada laporan.

CABARAN atau PERTANDINGAN

Content Upgrade versi ini unik dan menarik.
Asalkan dapat audien yang betul.

Jadikan content upgrade jenis cabaran sebagai permulaan corong jualan.

Contohnya, GetWildFit mengajak pelawat blog mereka menyertai WildFit Challenge.

wildfit take the challenge

Aplikasi 'Take The Challenge' dari WildFit

Apabila klik 'Take The Challenge', pelawat dibawa ke page baru. Ada webinar. Andai mahu sertai, berikan data.

Apabila pelawat masukkan nama dan email, siri email akan mula dihantar.

Siri email disusun supaya dihujungnya pelawat akan jadi pembeli.

WORKBOOK atau ASSIGNMENT

Semasa di sekolah dulu, cikgu selalu berikan kerja rumah.
Tujuannya supaya murid-murid lebih faham dan pandai praktis.

Konsep yang sama diguna pakai.

Kita tulis satu artikel panjang lebar.
Terangkan kaedah dan teknik.
Di akhir artikel, berikan satu tawaran.

Muat turun Workbook.
Mereka suka.
Mereka gembira.

Selain itu, workbook juga boleh dikepilkan dalam sesi webinar.

workbook oleh mindvalley

Workbook oleh Mindvalley

Contohnya, apabila saya mahu mengikuti webinar oleh Mindvalley, mereka berikan satu workbook. Panduan semasa webinar berlansung.

Kursus-kursus offline banyak mengguna pakai kaedah ini.

TRANSKRIP WAWANCARA atau TEMUDUGA

Kita menemuramah orang berpengaruh. Ada rakaman audio dan video.

Audio dan video boleh jadi Content Upgrade.
Kemudian upah orang untuk jadikan rakaman audio kepada transkrip. Dalam bentuk teks.

Bukan saja pembaca tak sabar mahu muat turun, bahkan andai kata perlu bayar, ada yang sanggup membayarnya.

podcast pat flynn

Contoh podcast yang boleh dimuat turun - dari Pat Flynn

KES STUDI atau EBOOK

Kita biasa menemui content upgrade jenis ini. Muat turun Ebook. Klik sekarang”.

Ini contoh ebook yang ditawarkan oleh Denaihati. Ebook berkaitan ekonomi digital. Andai berminat, masukkan nama dan email.

ebook denaihati

Ebook Ekonomi Digital oleh Denaihati.

Ideanya sama.
Berikan nilai sewajarnya.
Beri ebook berkualiti.
Beri kes studi terbukti.

Apabila fokus kita adalah kualiti, email yang kita dapat pun berkualiti.

TEMPLATES

“Tuan, apakah cara terbaik untuk saya dapatkan email pelanggan?”.

“Tuan blog apa?”.

“Blog ajar orang buat video”.

“Cantik. Cipta ready-made template”.

Template bererti bahan hampir siap.
Pengguna hanya perlu lakukan sedikit suntingan.
Pelawat suka template kerana ianya mudah dan menyenangkan.

Content upgrade jenis Template dari DigitalMarketer

Content upgrade jenis Template dari DigitalMarketer

Contoh template yang boleh diwujudkan,
1/ Template Iklan 6 Angka
2/ Template Cipta Kesan Blur Pada Gambar
3/ Template Slide Powerpoint
4/ Template Green Box Effect
5/ Template Follow-up Pelanggan

FREE TRIAL

Apabila kita menjual produk, servis dan konsultansi, content upgrade versi ini sangat berbaloi diamalkan.

Ianya merendahkan barrier of entry.

Pembaca mahu cuba.
Apabila mereka cuba dan puas hati, mereka terus beli.

Kaedah ini menghilangkan ketakutan pembaca yang takut ambil risiko.Terutamanya andai harga produk atau servis itu sangat mahal.

Jadi taktik free trial berkesan diamalkan.
Dan seandainya mereka yang sudah cuba dan tidak mahu teruskan, kita sudah dapat sesuatu.

Kita dapat data mereka.

POSTER atau INFOGRAFIK

Poster yang menarik berpotensi jadi viral.
Inforgrafik yang menarik berpotensi jadi viral.

Contohnya lihat infografik dari Adweek ini. Pasal cerita. Hasilnya jumlah pelawat yang masuk tidak berhenti-henti. Sehingga ke hari ini.

fungsi cerita

sumber: http://www.adweek.com/brand-marketing/infographic-how-storytelling-helping-brands-sell-more-products-175524/

BAGAIMANA MENCIPTA CONTENT UPGRADE

Sebelum cipta content upgrade, tentukan sasaran audien.
Mereka berada di corong mana.
Kemudian pilih jenis content upgrade.

Di sini ada 10 tools yang boleh digunakan bagi mencipta content upgrade.

1. Canva

Canva merupakan penyedia tool desain percuma. Ada banyak template yang sudah siap.

Kita boleh gunakan Canva bagi mencipta poster dan infografik.

Desain guna Canva

Desain guna Canva

2. Beacon

Ini merupakan satu plugin yang sangat mudah digunakan.

Sambungkan plugin Beacon dan website.
Kemudian pilih kategori artikel yang mahu digabungkan.

cipta ebook guna beacon

Cipta ebook pantas guna Beacon.

Beacon akan hasilkan satu ebook secara automatik.
Desainnya pun menarik.
Jadi kita jimat masa dan tenaga.

Beacon sangat berbaloi bagi mencipta content upgrade versi Ebook, Kes Studi, Checklist, Cheat Sheet dan Laporan.

3. Piktochart

Andai Tuan sedang mencari satu tool untuk mereka desain tahap profesional, cuba lihat Piktochart.

Banyak template segera sudah disediakan.
Hanya perlu drag and drop saja.
Bahkan kita dapat muat turun desain yang dihasilkan untuk disebarkan di media sosial.

piktochart

4. Pixabay

Bagi yang mencari sumber gambar-gambar menarik, Pixabay adalah tempatnya.

Carian di pixabay.com

Carian di pixabay.com

Pixabay menawarkan servis secara percuma.
Tidak ada bayaran dikenakan.
Buat carian gambar berkaitan dan muat turun.

5. Fiverr

Bagi yang mahu mendapatkan servis desain pada harga yang menjimatkan, layari Fiverr. Di sini semuanya bermula dari harga USD 5.

Contoh servis di fiverr.com

Contoh servis di fiverr.com

Saya pernah mendapatkan Fiverr bagi mencipta video animasi. Puas hati.

Sebelum membuat pembayaran khdimat di Fiverr, lihat rating orang yang diupah dan pastikan arahan yang kita berikan jelas.

6. Powerpoint/Keynote

Powerpoint dan Keynote adalah tool yang hebat. Bukan setakat buat slide.

Menerusi powerpoint, kita dapat hasilkan video dan poster. Ambil gambar dari Pixabay. Masukkan teks. Siap!

cipta poster guna powerpoint

Cipta poster guna powerpoint

7. Camtasia

Ini adalah tool bagi merakam paparan skrin. Andai mahu hasilkan content upgrade versi tutorial, Camtasia adalah satu kemestian.

camtasia

Saya merupakan pengguna tegar Camtasia dan saya berani cadangkan tool ini pada semua.

8. Google Form

Fungsi tool ini adalah untuk menyimpan data.

Pembaca isikan nama dan email.
Kemudian content upgrade dihantar.

Borang Opt-in Google Form

Borang Opt-in menggunakan Google Form

Sebetulnya ada banyak lagi tool yang melakukan fungsi ini.
Cuma saya pilih Google Form kerana ianya percuma dan ramai yang sudah biasa.

Andai mahu cuba versi advanced, boleh lihat Leadpages.

9. Microsoft Word

Hah?

Biar betik?

Betul.

Microsft Word merupakan tool mudah bagi menukar file jenis teks kepada format PDF.

Hanya perlu klik save as dan tukar format kepada jenis PDF.

convert to pdf

File > Save As > PDF

Siap PDF Blog Post.
Siap Checklist.
Siap Cheat Sheet.

10. Checkli

Bagi yang mahu cipta checklist dengan pantas, Checkli boleh membantu.

Cipta akaun dan masukkan senarai checklist.
Ianya percuma. Free of charge.​

Checkli membenarkan kita berkongsi checklist secara peribadi atau siarkan kepada khalayak.

Klik gambar di bawah untuk contoh checklist Content Upgrade yang dicipta guna Checkli.

CONTENT UPGRADE TERBAIK

Apabila Tuan baca artikel ini, apa Tuan rasa?

“Weh..panjangnya?”.

“Perghh..panjang giler”.

“Oh..kena simpan ni”.

Artikel ini adalah artikel bagaimana. Ianya memberikan informasi dan teknik (tool). Sifat artikel ini panjang.

Artikel jenis ini merupakan salah satu dari teknik penulisan yang saya kongsikan dalam Content Mastery.

Content Mastery merupakan satu kumpulan khas yang melatih ahlinya bagi menguasai ilmu Content Marketing + Social Media Marketing dan SEO.

Nota disediakan dalam betuk rakaman video, ebook dan FB group. Andai berminat, klik link ini dan gunakan kod diskaun: “SAYA NAK SEKARANG”.

content mastery malaysia
Click here to add a comment

Leave a comment: