Blog

  • Berguru Content Marketing dari Dato Roslan & Dua Hasbul

    Berguru Content Marketing dari Dato Roslan & Dua Hasbul

    Pada hujung minggu yang lepas saya keluar menuntut ilmu Content Marketing dari Tuan Guru Dato Roslan Ab Hamid. Tulisan Tuan Guru tajam bagai pedang. Apabila dihunus, pasti tertikam. Lantaran itu, menjadi kewajipan untuk saya berguru dengan beliau.

    Sesi Content Marketing membariskan 3 penceramah utama, Tuan Guru Dato Roslan, Tuan Hasbul Aqill dan Tuan Hasbul ‘Ariff. Konsepnya dimulakan oleh Tuan Guru. Tuan Hasbul ‘Ariff bercerita tentang Content Marketing Funnel dan kepentingan memilih audiens yang tepat. Disusuli pengisian oleh Tuan Hasbul Aqill tentang tajuk kegemaran saya, SEO.

    Ini adalah rumusan daripada bengkel Content Marketing dalam catatan saya:

    1. Tulisan mesti ada ‘Feel Good Factor’

    2. Manusia adalah pengumpul. Beli satu, kemudian beli dua dan seterusnya.

    3. Posisi produk mesti betul.

    4. Gunakan bahasa positif dalam komunikasi.

    5. Ada 6 pantang yang mesti dijauhi dalam menulis status di FB: Menggurui, Mengajar, Membebel, Meratap, Merintih, Menjerit

    6. Populariti bukan pendapatan. Tapi penting sebagai batu loncatan.

    7.Tiga ciri konten yang bagus adalah: mempunyai nilai, konsisten, relevan

    8. Content Marketing adalah pemasaran masa depan. Makin cepat kita masuk, makin beruntung.

    9. Tiga formula mudah pemasaran GKG: Get Customers, Keep Customers, Grow Customers

    10. SEO adalah strategi jangka panjang.

    11. Hasil carian di Google mempunyai konversi yang tinggi.

    12. 60% daripada pencari akan klik keputusan tiga teratas di Google.

    13. Tulisan mestilah mengandungi kata kunci.

    14. Untuk jadi pandai menulis, mulakan menulis.

    15. Fikir ‘The Big Picture’ dan aturkan konten kita mengikut susunan.

  • Cara Mempersembahkan Data dalam Presentation

    Mempersembahkan data dalam presentation adalah cabaran yang cukup besar bagi penceramah. Data banyak. Masa sedikit. Apakah solusinya? Salah satu kaedah yang kita boleh gunakan adalah Teknik Satu Persatu. Tonton video ini untuk penjelasan.

  • Dominasi Google: SEO vs SEM

    Dominasi Google: SEO vs SEM

    Terdapat dua istilah penting dalam pemasaran Google iaitu Search Engine Marketing (SEM) dan Search Engine Optimization. Walaupun kedua-duanya berhubung dengan Google, namun kedua-dua taktik ini sangat berbeza kaedahnya.

    Search Engine Marketing adalah pemasaran di Google secara berbayar. Dalam istilah yang lain, ianya dikenali sebagai Google Adwords.

    Search Engine Optimization pula adalah pemasaran di Google secara percuma. Ada yang menyebut SEO sebagai Teknik Dominasi Google. Apapun panggilannya tidak mengapa. Yang pasti SEO boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja yang memiliki website.

    Apakah Pemasaran di Google?

    Jika di Facebook, ramai yang berlumba-lumba untuk mencipta iklan untuk muncul di hadapan pelanggan masing-masing. Demikian juga Google.

    Cuma cara iklan Google muncul adalah menerusi carian di kotak pencari. Sebagai contoh, jika anda taip ‘Beli Laptop’ di kotak carian, anda akan dipaparkan dengan dua jenis hasil carian.

    seo vs sem

    Hasil carian pertama yang berada di atas sekali dengan label ‘Ad’ dihadapannya adalah SEM. Untuk website itu muncul di atas, mereka telah meletakkan bidaan. Sekiranya pelanggan klik website itu maka Google akan mengenakan bayaran mengikut nilai bidaan yang ditetapkan.

    Manakala hasil carian yang TIDAK ada ‘Ad’ pula dikenali sebagai hasil carian organik. Kedudukan organik ini ditentukan oleh SEO. Jika SEO website anda menepati kehendak Google, maka anda berpotensi besar untuk mendominasi hasil carian.

    wan yusof

    SEM vs SEO

    Perdebatan tentang yang mana lebih relevan akan sentiasa muncul. Ini akan saya kongsikan dengan lebih panjang lebar di tulisan yang akan datang.

    Secara mudahnya SEM dan SEO boleh digunakan secara harmoni. Terdapat industri yang sangat responsif kepada SEM berbanding SEO. Begitu juga sebaliknya.

    Cuma untuk permulaan, SEO mesti diketahui oleh semua pemilik bisnes online kerana ianya percuma dan mudah dilaksana. Saya cadangkan anda mulakan membaca tentang SEO dengan menguasai 8 Teknik Dominasi SEO dari Tommy Griffith.

  • Teknik Takahashi

    Teknik Takahashi

    Tuan Masayoshi Takahashi menghadapi masalah yang besar. Dia diberi masa 5 minit untuk membuat pembentangan dalam satu konferens. Dia gusar dan risau. Dalam masa yang sama, dia ingin jadikan pembentangannya jelas, unik dan kemas.

    Waktu itu Takahashi tidak mempunyai perisian seperti Powerpoint (ini cerita tahun 2001). Dan dia juga tidak mempunyai akses untuk sebarang program perisian grafik. Pilihan yang ada hanyalah membentangkan teks.

    Dia terus berfikir…

    Akhirnya pada hari pembentangan dia tampil dengan keunikan yang tersendiri. Dia membentangkan teks, tapi dengan kaedah yang pelik. Setiap teks dibentangkan dengan saiz yang sangat besar. Orang di hadapan jelas, yang di belakang pun jelas.

    Kaedah ini seterusnya menjadi popular dan akhirnya dikenali sebagai Teknik Takahashi.

    Teknik Takahashi
    Kiri (Teknik Takahashi), Kanan (Saiz Besar)

    Bagaimana Anda Boleh Mengamalkan Teknik Takahashi?

    Pelajaran yang pertama yang boleh kita fahami adalah apabila kita berterusan mencari idea, idea itu akan datang akhirnya.

    “When the students are ready, the teacher will appear”

    Pelajaran kedua adalah kita perlu mencipta presentasi untuk audiens bukan untuk diri kita. Teknik Takahashi mengambil kira audiens di depan dan di belakang. Malangya kebanyakkan pensyarah atau pembentang hari ini memilih sistem poin peluru yang akan dibaca satu persatu. Ini namanya baca slaid, bukan bentang slaid.

    Pelajaran ketiga yang boleh kita ambil adalah slaid itu alat. Kekuatan presentasi bukanlah terletak pada Powerpoint semata-mata, yang paling penting adalah pembentang itu sendiri. Pisau yang tajam boleh digunakan untuk memotong sayur atau menikam orang. Kedua-duanya memberikan hasil tapi hasilnya berbeza dan tidak sama.

  • 10 Fungsi Menarik Google Yang Anda Tak Tahu

    10 Fungsi Menarik Google Yang Anda Tak Tahu

    Apa yang anda boleh lakukan dengan Google?
    Ramai orang masih tidak tahu yang Google bukan sekadar mencari sesuatu untuk anda sahaja. Ini ada 10 fungsi-fungsi menarik yang boleh anda cuba.

    Buka Google.
    Dan mulakan.

    1. Timer/Stopwatch

    Jika anda ingin melakukan senaman dan terlupa membawa jam anda, hanya taip ‘Stopwatch’ atau ‘Timer’.

    fungsi stopwatch

    2. Ramalan Cuaca

    Untuk mengetahui cuaca di tempat anda, taip ‘weather’ + lokasi anda. Dan anda akan dipaparkan dengan maklumat seperti suhu, keadaan awan, kelajuan angin dan lain-lain.

    fungsi cuaca

    3. Kalkulator

    Anda tidak perlu membuka apps kalkulator. Hanya taip pengiraan yang ingin anda lakukan di dalam kotak pencari dan Google akan selesaikan untuk anda.

    fungsi kalkulator

    4. Jam

    Sekiranya anda ingin menyemak waktu di tempat-tempat tertentu contohnya di Dublin, anda hanya perlu taip ‘time’ + lokasi.

    fungsi jam

    5. Keputusan Perlawanan Sukan

    Anda peminat bola? Gunakan fungsi nama liga/perlawanan’+ ‘score’. Malah untuk liga Malaysia pun Google akan memaparkan keputusan ini.

    fungsi perlawanan sukan

    6. Tukaran Mata Wang

    Biasanya jika kita ingin melancong ke negara yang berlainan mata wang, kita ingin melihat kadar tukaran mata wang. Menariknya fungsi ini turut disediakan di Google. Taip sahaja nilai wang dan jenis wang anda digabungkan dengan tukaran ke jenis mata wang apa.

    fungsi tukaran mata wang

    7. Penukaran Unit

    Selain dari matawang, Google juga memberikan pilihan kepada anda untuk menukar kepada unit-unit tertentu. Contohnya dari Sentimeter ke Meter. Dari Gram ke Kilogram dan sebagainya.

    fungsi tukaran unit

    8. Kamus

    Hampir semua orang pernah gunakan Google Translate. Cuma tidak ramai yang tahu bahawa Google sendiri boleh bertindak sebagai kamus atau penterjemah tanpa perlu masuk ke website lain. Hanya taip perkataan yang anda ingin tahu maknanya dalam kota enjin pencari.

    fungsi kamus

    9. Status Penerbangan

    Untuk menggunakan fungsi ini, hanya taip nama syarikat penerbangan + no pesawat/no penerbangan.

    fungsi status penerbangan

    10. Data Umum

    Google menyediakan maklumat-maklumat umum atau trend terkini. Sebagai contoh jika anda ingin tahu kadar penangguran di Malaysia, hanya tapi ‘unemployment rate’ + nama negara.

    fungsi data umum

  • Siapakah Pakar SEO Malaysia?

    Siapakah Pakar SEO Malaysia?

    Pernah dahulu saya menulis artikel berkenaan panduan mendapatkan servis SEO di Malaysia. Panduan memilih servis SEO di Malaysia akan disentuh dihujung artikel nanti. Kita mulakan dengan siapakah pakar SEO Malaysia? Adakah anda boleh menyenaraikan pakar SEO di Malaysia?

    Sejarah Enjin Pencari

    Industri SEO bermula seawal enjin pencari dicipta. Sebelum kewujudan Google, kita ada Yahoo, Lycos, Altavista. Malah kita juga mempunyai enjin pencari yang dibina oleh rakyat Malaysia sendiri yang dikenali sebagai Cari. Di peringkat awal, enjin pencari membenarkan satu kaedah yang dikenali sebagai ‘submission’. Ianya satu proses untuk pemilik website menghantar link website mereka kepada enjin pencari. Seterusnya website mereka akan dimasukkan dalam hasil carian. Kaedah ini tidak kekal lama kerana berlaku penyalahgunaan. Mereka yang ingin mendapat kedudukan di atas akan sentiasa menghantar link website mereka. Akhirnya kaedah ini tidak dianggap relevan dan dibuang dalam algoritma enjin pencari.

    Kedatangan Google

    Google bermula pada Januari 1996. Ianya adalah satu kajian yang dijalankan oleh Larry Page dan Sergey Brin. Mereka mencipta formula sendiri untuk menentukan kedudukan website. Formula ini dikenali sebagai PageRank. Google hadir dengan keunikan sendiri. Kebanyakkan enjin pencari pada waktu itu mengambil kesempatan dengan mempamerkan iklan sewaktu carian dibuat. Tapi Google hanya fokus kepada mencari data yang dikehendaki oleh pengguna. Website Google akhirnya memecah rekod dengan menerima 1 bilion pelawat pada tahun 2011. Dari saat itu, Google mula meniti di bibir setiap pengguna internet termasuk kita, rakyat Malaysia.

    Search Engine Optimization

    Perebutan takhta kedudukan pertama di Google terus berlaku. Cuma kali ini fokus mula berpindah. Dulunya mereka yang memanipulasi SEO akan cuba untuk menguasai kesemua enjin pencari, namun kini fokusnya adalah pada Google sahaja. Disebabkan itu Google mempunyai satu pasukan khas yang ditubuhkan untuk mengesan mereka yang menyalah gunakan SEO bagi mendapat ranking yang tinggi. Antara kisah yang terkenal adalah kisah bagaimana website BMW dipadamkan daripada Google kerana melanggar polisi yang ditetapkan Google.

    SEO di Malaysia

    Biarpun industri SEO sudah lama bertapak di dunia, namun ianya masih baru di Malaysia. Tidak ada tarikh atau tahun spesifik untuk mengesahkan kehadiran SEO di Malaysia. Rata-rata pengguna di Malaysia kurang mengambil tahun topik SEO. Ada yang mengatakan topik ini susah, tidak mendatangkan keuntungan, lambat dan macam-macam lagi. Pun begitu, bagi mereka yang menyedari kelebihan dan kekuatan SEO, ramai yang sudah mendapat pulangan.

    Pakar SEO Malaysia

    Sebetulnya tidak pernah ada pertandingan untuk menobatkan siapakah pakar SEO Malaysia. Malah jika ada pun apakah faedahnya kepada kita? Adakah kita ingin menghadiri kelas pakar SEO Malaysia? SEO diukur kepada kejayaan konsultan SEO itu mengendalikan kempen. Kita dapat melihat peningkatan trafik dan kedudukan di Google.

    Panduan Memilih Servis SEO di Malaysia

    Kos konsultansi SEO tidak murah! Meskipun SEO pada asasnya adalah percuma namun ianya melibatkan analisa yang terperinci. Dan inilah yang akan membezakan pakar SEO Malaysia celup vs pakar SEO betul. Pertandingan merebut tempat pertama di Google bergantung kepada saingan kata kunci. Semakin laris kata kunci itu, semakin sengit persaingannya. Pun begitu bagi konsultan SEO yang berpengalaman, strategi yang betul boleh dihasilkan untuk menewaskan saingan.

    Sebagai panduan kepada syarikat yang berminat untuk mendapat khidmat SEO, sila peka kepada perkara-perkara berikut:
    1) Analisa awal
    2) Kaedah implementasi projek
    3) Kejayaan lalu (track record)
    4) Durasi projek
    5) Analisa selepas implementasi
    6) Latihan dan sokongan