folder Filed in Oldies
Teknik Takahashi
By Wan Yusof Wan Jeffery comment 0 Comments access_time 1 min read

Tuan Masayoshi Takahashi menghadapi masalah yang besar. Dia diberi masa 5 minit untuk membuat pembentangan dalam satu konferens. Dia gusar dan risau. Dalam masa yang sama, dia ingin jadikan pembentangannya jelas, unik dan kemas.

Waktu itu Takahashi tidak mempunyai perisian seperti Powerpoint (ini cerita tahun 2001). Dan dia juga tidak mempunyai akses untuk sebarang program perisian grafik. Pilihan yang ada hanyalah membentangkan teks.

Dia terus berfikir…

Akhirnya pada hari pembentangan dia tampil dengan keunikan yang tersendiri. Dia membentangkan teks, tapi dengan kaedah yang pelik. Setiap teks dibentangkan dengan saiz yang sangat besar. Orang di hadapan jelas, yang di belakang pun jelas.

Kaedah ini seterusnya menjadi popular dan akhirnya dikenali sebagai Teknik Takahashi.

Teknik Takahashi
Kiri (Teknik Takahashi), Kanan (Saiz Besar)

Bagaimana Anda Boleh Mengamalkan Teknik Takahashi?

Pelajaran yang pertama yang boleh kita fahami adalah apabila kita berterusan mencari idea, idea itu akan datang akhirnya.

“When the students are ready, the teacher will appear”

Pelajaran kedua adalah kita perlu mencipta presentasi untuk audiens bukan untuk diri kita. Teknik Takahashi mengambil kira audiens di depan dan di belakang. Malangya kebanyakkan pensyarah atau pembentang hari ini memilih sistem poin peluru yang akan dibaca satu persatu. Ini namanya baca slaid, bukan bentang slaid.

Pelajaran ketiga yang boleh kita ambil adalah slaid itu alat. Kekuatan presentasi bukanlah terletak pada Powerpoint semata-mata, yang paling penting adalah pembentang itu sendiri. Pisau yang tajam boleh digunakan untuk memotong sayur atau menikam orang. Kedua-duanya memberikan hasil tapi hasilnya berbeza dan tidak sama.

presentasi takahashi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Cancel Post Comment