folder Filed in SEO
Siapakah Pakar SEO Malaysia?
By Wan Yusof Wan Jeffery comment One Comment access_time 3 min read

Pernah dahulu saya menulis artikel berkenaan panduan mendapatkan servis SEO di Malaysia. Panduan memilih servis SEO di Malaysia akan disentuh dihujung artikel nanti. Kita mulakan dengan siapakah pakar SEO Malaysia? Adakah anda boleh menyenaraikan pakar SEO di Malaysia?

Sejarah Enjin Pencari

Industri SEO bermula seawal enjin pencari dicipta. Sebelum kewujudan Google, kita ada Yahoo, Lycos, Altavista. Malah kita juga mempunyai enjin pencari yang dibina oleh rakyat Malaysia sendiri yang dikenali sebagai Cari. Di peringkat awal, enjin pencari membenarkan satu kaedah yang dikenali sebagai ‘submission’. Ianya satu proses untuk pemilik website menghantar link website mereka kepada enjin pencari. Seterusnya website mereka akan dimasukkan dalam hasil carian. Kaedah ini tidak kekal lama kerana berlaku penyalahgunaan. Mereka yang ingin mendapat kedudukan di atas akan sentiasa menghantar link website mereka. Akhirnya kaedah ini tidak dianggap relevan dan dibuang dalam algoritma enjin pencari.

Kedatangan Google

Google bermula pada Januari 1996. Ianya adalah satu kajian yang dijalankan oleh Larry Page dan Sergey Brin. Mereka mencipta formula sendiri untuk menentukan kedudukan website. Formula ini dikenali sebagai PageRank. Google hadir dengan keunikan sendiri. Kebanyakkan enjin pencari pada waktu itu mengambil kesempatan dengan mempamerkan iklan sewaktu carian dibuat. Tapi Google hanya fokus kepada mencari data yang dikehendaki oleh pengguna. Website Google akhirnya memecah rekod dengan menerima 1 bilion pelawat pada tahun 2011. Dari saat itu, Google mula meniti di bibir setiap pengguna internet termasuk kita, rakyat Malaysia.

Search Engine Optimization

Perebutan takhta kedudukan pertama di Google terus berlaku. Cuma kali ini fokus mula berpindah. Dulunya mereka yang memanipulasi SEO akan cuba untuk menguasai kesemua enjin pencari, namun kini fokusnya adalah pada Google sahaja. Disebabkan itu Google mempunyai satu pasukan khas yang ditubuhkan untuk mengesan mereka yang menyalah gunakan SEO bagi mendapat ranking yang tinggi. Antara kisah yang terkenal adalah kisah bagaimana website BMW dipadamkan daripada Google kerana melanggar polisi yang ditetapkan Google.

SEO di Malaysia

Biarpun industri SEO sudah lama bertapak di dunia, namun ianya masih baru di Malaysia. Tidak ada tarikh atau tahun spesifik untuk mengesahkan kehadiran SEO di Malaysia. Rata-rata pengguna di Malaysia kurang mengambil tahun topik SEO. Ada yang mengatakan topik ini susah, tidak mendatangkan keuntungan, lambat dan macam-macam lagi. Pun begitu, bagi mereka yang menyedari kelebihan dan kekuatan SEO, ramai yang sudah mendapat pulangan.

Pakar SEO Malaysia

Sebetulnya tidak pernah ada pertandingan untuk menobatkan siapakah pakar SEO Malaysia. Malah jika ada pun apakah faedahnya kepada kita? Adakah kita ingin menghadiri kelas pakar SEO Malaysia? SEO diukur kepada kejayaan konsultan SEO itu mengendalikan kempen. Kita dapat melihat peningkatan trafik dan kedudukan di Google.

Panduan Memilih Servis SEO di Malaysia

Kos konsultansi SEO tidak murah! Meskipun SEO pada asasnya adalah percuma namun ianya melibatkan analisa yang terperinci. Dan inilah yang akan membezakan pakar SEO Malaysia celup vs pakar SEO betul. Pertandingan merebut tempat pertama di Google bergantung kepada saingan kata kunci. Semakin laris kata kunci itu, semakin sengit persaingannya. Pun begitu bagi konsultan SEO yang berpengalaman, strategi yang betul boleh dihasilkan untuk menewaskan saingan.

Sebagai panduan kepada syarikat yang berminat untuk mendapat khidmat SEO, sila peka kepada perkara-perkara berikut:
1) Analisa awal
2) Kaedah implementasi projek
3) Kejayaan lalu (track record)
4) Durasi projek
5) Analisa selepas implementasi
6) Latihan dan sokongan

pakar seo malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Cancel Post Comment