Blog

  • Mencipta Keajaiban: Ulasan Buku The Kindness Miracle

    Mencipta Keajaiban: Ulasan Buku The Kindness Miracle

    The Kindness Miracle adalah sebuah buku yang ditulis berdasarkan pengalaman dan kajian penulis. Ianya adalah sebuah buku yang unik dan sangat bermanfaat untuk dijadikan panduan hidup berkeluarga. The Kindness Miracle ditulis dalam bahasa yang mudah difahami dan saiz tulisan yang agak besar. Buku ini adalah setebal 248 muka surat. Anda boleh menghabiskannya dalam masa 2-5 jam.

    Buku The Kindness Miracle

    Dalam buku ini terdapat 5 tajuk utama yang dikupas. Mesej yang paling utama dan sering diulang adalah menjadi yang ajaib(kindness). Kebanyakkan suami isteri mengharapkan yang ajaib daripada pasangan masing-masing sehingga mereka lupa untuk menjadi keajaiban itu. Menjadi atau mencipta keajaiban adalah satu kata kerja yakni ianya perlu dilaksanakan oleh setiap pasangan. Apabila kedua-duanya proaktif membina keluarga, maka disitulah keharmonian dan kebahagiaan akan tercipta.

    Bab 1: Understand Why Kindness Is King: Choose To Be Kind Though It May Not Be Easy
    Tajuk ini dimulakan kupasan berkenaan keajaiban dan bagaimana ianya boleh mengharmonikan rumahtangga. Seterusnya pembaca akan didedahkan dengan 3 mitos percintaan dan perkahwinan iaitu Love is too much of a mystery.You can’t grow it, You must be perfect to be loved and happily married, The magic of love never last. Kesimpulannya kata kunci untuk tajuk ini adalah setiap pasangan mesti membuat pilihan untuk mencipta keajaiban bukannya sekadar mengharap keajaiban. Ianya bukan perkara yang mudah tetapi bukan juga sesuatu yang mustahil. Yang penting hendak seribu daya, tidak mahu seribu dalih.

    Bab 2: Embrace The Stages of Marriage With Kindness: Use Your Wit & Wisdom
    Perkahwinan adalah satu proses dan terdapat 5 fasa perkahwinan yang bakal dilalui oleh majoriti pasangan. Cabaran di setiap fasa itu berbeza. Kegagalan pasangan untuk melalui setiap fasa itu akan memberikan impak dan kesan terhadap rumahtangga mereka. Kejayaan mereka melalui setiap fasa itu pula mempunyai ganjaran yang tersendiri.

    the kindness miracle
    Dipetik daripada The Kindness Miracle, m/s 25

    Mesej daripada setiap fasa perkahwinan:
    Fasa 1 – Majoriti pasangan tidak mengalami masalah di sini. masing-masing nampak sesuatu yang positif terhadap pasangan masing-masing.
    Fasa 2 – Perbezaan tidak melambangkan ketidakserasian sebaliknya perbezaan itu untuk saling melengkapi.
    Fasa 3 – Keupayaan kita untuk saling menyesuaikan diri dengan pasangan dan keluarga adalah kunci utama keharmonian rumahtangga.
    Fasa 4 – Memahami dan menerima peraturan, sikap dan perubahan yang berlaku terhadap pasangan atau ahli keluarga adalah satu perkara yang penting.
    Fasa 5 – Mesti menjadikan perkahwinan yang sentiasa meraikan kecantikan rupa paras dan kegembiraan emosi. (meraikan kecantikan rupa paras di sini bermaksud setiap pasangan menjaga diri masing-masing untuk kelihatan menawan kepada pasangan masing-masing)

    Jika pasangan menghadapi konflik dalam perhubungan mereka, konflik itu perlu ditangani dengan baik. Sekiranya gagal, maka akan terjadi satu proses yang dinamakan ‘Distancing’ atau menjarakkan. Pasangan akan menjauhkan diri daripada pasangan masing-masing untuk seketika. Lebih malang lagi, jika berterusan, ‘Distancing’ ini boleh membawa kepada penceraian. Punca utama kepada ‘Distancing’ adalah apabila keperluan emosi tidak dipenuhi. Perkara ini biasanya boleh terjadi akibat daripada:
    a. pasangan terlalu sibuk menjaga anak yang kurang berupaya
    b. pasangan terlalu sibuk menjaga ibu bapa yang sudah berusia
    c. pasangan terlalu sibuk menjaga anak kecil

    Mesej utama daripada Fasa ‘Distancing’ ini adalah untuk merawatnya dengan betul dan banyakkan komunikasi antara suami isteri.

    Bab 3: Mind The Early Years With Kindness: Top Up Your Love Bank Often
    Salah satu sifat manusia adalah mudah berasa jemu. Apatah lagi jika perkara yang sama sahaja diulang-ulang. Samalah dengan perkahwinan. Perkahwinan yang sama rutin hariannya setiap hari boleh jadi membosankan. Atas sebab itulah sangat penting untuk pasangan mempelbagaikan aktiviti mengikut kreativiti masing-masing. Jadikan perkahwinan itu suatu pengembaraan yang mengasyikkan. Pokok yang dibaja dan dijaga setiap hari akan mengeluarkan buah yang sedap. Demikian juga kehidupan berkeluarga yang sentiasa dibajai dan disirami dengan kasih sayang. Salah satu ungkapan yang saya suka dalam tajuk ini adalah:

    “Love means affection not perfection”

    Bab 4: Get Better At Resolving Conflict With Kindness
    Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri. Tajuk ini adalah huraian panjang berkenaan konflik rumahtangga dan bagaimana kita menghadapinya. Model yang dikongsikan penulis adalah model konflik Thomas Kilmann.

    thomas killman conflict mode
    Dipetik dari accomplice

    Di dalam model ini, pasangan akan dikategorikan mengikut kumpulan-kumpulan tertentu berdasarkan reaksi mereka terhadap konflik. Mesej utamanya adalah kita boleh memilih reaksi yang ingin kita berikan. Dan reaksi yang kita pilih akan menentukan hasil yang akan kita perolehi. Tidak ada satu reaksi yang sentiasa betul 100%. Contohnya memilih reaksi burung hantu dalam semua keadaan bukanlah satu perkara yang tepat juga. Kita perlu menilai suasana dan keadaan di sekeliling yang boleh mempengaruhi keputusan.

    Seterusnya pembaca akan dibawa memahami titik buta dalam diri seseorang. Titik buta ini adalah satu perkara atau tabiat yang kurang elok yang dilakukan oleh pasangan TETAPI pasangan itu tidak pernah tahu yang perbuatan itu tidak elok. Sebagai contoh, si suami mempunyai satu tabiat bangun lambat. Bagi suami, tabiat itu sudah diamalkan sejak dari kecil dan tidak pernah ada orang menegur perbuatan itu. Maka suami menganggapnya sebagai sesuatu yang biasa dan tidak salah. Dari sudut pandang isteri yang dibesarkan dengan tabiat sentiasa bangun awal, dia melihat perbuatan suami itu sebagai pemalas. Jika si isteri hanya memendam rasa, maka lama kelamaan si isteri akan terluka. Paling elok adalah pasangan ini perlu berbincang dan meluahkan perasaan masing-masing. Titik buta ini ada di kedua-dua belah pihak. Mungkin banyak mungkin sedikit. Kata kuncinya adalah banyakkan komunikasi.

    Menutup tirai tajuk ini adalah perbincangan berkenaan Introversi dan Ekstroversi. Perkara ini sering dipandang remeh oleh kebanyakkan pasangan. Suami yang peramah inginkan isterinya peramah seperti beliau, demikian sebaliknya. Mengenali pasangan dari kategori mana boleh membantu kita meningkatkan kualiti hubungan suami isteri dan mengelakkan konflik yang mungkin timbul.

    Bab 5: Create Lasting Synergy With Kindness: Build Shared Goals
    Tajuk ini adalah tajuk kegemaran saya. Secara peribadi saya merasakan ini adalah tajuk yang sangat penting. Dalam kehidupan berkeluarga, kita perlu mempunyai impian bersama. Dan impian ini memang tidak akan tercapai sekiranya hanya satu pihak yang bertindak. Impian bersama memerlukan komitmen bersepadu dari setiap ahli keluarga. Pasangan perlu memperuntukkan masa untuk berfikir dan mencipta impian bersama seterusnya menggariskan pelan tindakan bersama.

    Dalam tajuk ini juga, saya berpendapat penulis cuba melakukakn rumusan terhadap point-point penting yang disentuh di dalam bab-bab yang lalu. Ada tips dan juga pesanan berbentuk praktikal yang disampaikan oleh penulis.

    Buku ini seterusnya disambung lagi dengan 2 bab bonus. Bonus yang pertama ditujukan khas kepada mereka yang masih belum berkahwin To The Single Reader: Pause Before You Say “I Do”. Dalam bab ini, penulis berkongsi nasihat kepada mereka yang akan berkahwin. Bab bonus yang kedua adalah berupa senarai semak aktiviti yang pasangan boleh lakukan untuk meningkatkan Bank Cinta. Ianya satu senarai semak yang sangat menarik dan saya cadangkan anda fotostat senarai ini untuk ditampal di dinding. Kemudian lakukan 1 aktiviti daripada senarai semak ini setiap hari =)

    Rumusan

    Kesimpulannya, saya berpendapat buku ini mesti dibaca oleh semua yang akan dan sudah berkahwin. Ianya akan membentuk satu sudut pandang yang baharu bagi semua pihak. Ilmu kekeluargaan adalah suatu yang kritikal dalam masyarakat kita. Bayangkan, kita belajar membaca dan menulis semenjak daripada bangku sekolah supaya kita menjadi manusia berguna. Nah berapa lamakah masa yang pernah kita peruntukkan untuk mempelajari ilmu kekeluargaan sedangkan kita bukan sahaja akan hidup berkeluarga, malah kita akan melahirkan generasi yang juga akan berkeluarga.

    Jika anda berminat untuk mendapatkan buku ini, kunjungi halaman rasmi penulis The Kindness Miracle dan anda boleh beli secara online.

  • Poke The Box

    Poke The Box

    Suatu hari Ahmad mendapat idea. Idea ini mampu mengubah bukan sahaja dirinya tetapi juga seluruh rakan sekerjanya. Dan tidak mustahil idea itu akan mengubah masa depan syarikat tempat dia bekerja.

    Ahmad berjumpa dengan Bos untuk menyuarakan ideanya. Dan..

    Boom…

    Semuanya berubah. Buat kali pertama selepas 15 tahun bekerja Ahmad menghasilkan produktiviti yang luar biasa. Tidak ada kerja yang tertangguh. Tidak ade kerja yang belum disiapkan. Semua berjaya dihasilkan dalam masa yang sepatutnya.

    Apakah idea Ahmad yang luar biasa itu?

    Sebetulnya, idea beliau hanya biasa.

    Idea Ahmad adalah “beliau ingin menjadi prokatif”.

    Jika dulu Ahmad sering menunggu diberikan tugasan, maka kini Ahmad mencari tugasan.
    Jika dulu Ahmad menanti arahan, maka kini Ahmad mendahului arahan.

    Ahmad kini menjadi orang yang memulakan sesuatu. Bukan lagi menanti sesuatu. Bezanya cukup besar. Hasilnya demikian juga.

    Bagaimana dengan anda? Masih menunggu atau memulakan sesuatu?

    Google tidak akan berjaya jika Larry Page tidak memulakan langkah pertama.
    Facebook juga tidak akan menguasai dunia sekiranya Mark Zuckernberg tidak memulakannya.
    iPhone tidak akan wujud sekiranya Steve Jobs membiarkan ideanya berada dalam mindanya sahaja.

    Kata kuncinya adalah “BERTINDAK”.

    Poke The Box

    Membaca buku terbaru dari Seth Godin ini akan membuatkan anda rasa teruja untuk terus melakukan sesuatu iaitu menterjemahkan idea anda kepada realiti.

    Saya mempunyai keinginan untuk menulis ulasan buku yang saya baca tetapi semangat dan idea itu sentiasa berhenti di tengah jalan. Namun selepas membaca buku Poke The Box ini, semangatnya lain macam! Saya terus bertindak.

    Jika anda masih teragak-agak untuk melakukan sesuatu, maka bacalah buku ini dan anda akan dapati setiap penangan dari Seth Godin semacam satu tolakan kepada anda untuk terus melaksanakan perancangan.

    Buku ini ditulis secara santai oleh Seth. Ianya hanya setebal 83 muka surat sahaja dan boleh dihabiskan dalam masa 2 jam.

    If you are happy being just a dreamer,
    perhaps you don’t need this book.

    If you are enjoying the status quo,
    don’t even consider reading this book.

    If you are content waiting for success to find you,
    please put his book down and go and find something else to read.

    Why has Poke the Box become a cult classic?

    Because it’s a book that dares readers to do something they’re afraid of.

    It could be what you need too.

    (Seth Godin, Poke the Box)

  • Mengapa E-Commerce Website WAJIB SEO?

    Mengapa E-Commerce Website WAJIB SEO?

    Sekarang ini jumlah peniaga online semakin bertambah dari hari ke hari. Jumlah website e-commerce juga meningkat pada kadar yang luar biasa. Dijangkakan perkembangan positif ini akan terus berlaku dengan pesatnya.

    Bagaimana dengan anda? Sudahkah anda mempunyai website e-commerce?

    Jika anda berniaga online dan anda masih belum mempunyai website e-commerce, maka ianya adalah sesuatu yang perlu anda rancangkan.

    Berniaga di Facebook atau Instagram elok dan bagus. Namun anda akan menyedari proses dokumentasi dan pembelian menerusi platform sebegini sukar. Ditambah lagi Facebook dan Instagram bukanlah platform anda. Maksudnya, jika platform ini ditutup maka secara automatiknya bisnes anda akan ditutup.

    Berbeza dengan website, ianya adalah premis anda 100%. Anda mempunyai hak ke atasnya sepenuhnya. Jadi dari segi fleksibiliti, website adalah platform yang terbaik.

    Sebab 1: Lipat Gandakan Jualan!

    Persaingan jualan online semakin sengit. Bayangkan jika satu jenis produk dijual oleh 10 orang peniaga, bagaimanakah pelanggan ingin memilih anda?

    Maka di sinilah hadirnya SEO. Tahukah anda yang 89% pelanggan menggunakan enjin pencari seperti Google untuk membuat penilaian dan semakan sebelum mereka membeli!

    Ini bermakna jika pelanggan menaip ‘Tudung Muslimah Terbaru’ dan website anda muncul no.1 di hasil carian Google, maka kebarangkalian untuk website anda menerima kunjungan meningkat dengan mendadak.

    Jadi dengan memanipulasi teknik SEO, anda boleh melonjakkan website anda ke muka hadapan hasil carian Google sekaligus berpotensi menghasilkan jualan berlipat kali ganda.

    Sebab 2: P-E-R-C-U-M-A

    Ramai orang menghabiskan duit yang banyak untuk membuat iklan di FB tetapi hasilnya tidak semacam yang diimpikan. Malahan ada yang tidak ada hasil pun.

    Sedangkan SEO adalah percuma! Anda tidak perlu membayar Google walau satu sen pun untuk menaikkan website anda. Apa yang penting, website anda perlu menepati garis panduan yang dikeluarkan oleh Google.

    Jadi tersangatklah rugi jika anda tidak mempraktiskan SEO dalam website anda. Teknik Zero-Marketing yang sering dilupakan!

    Sebab 3: Kesan Yang Berkekalan

    Ada yang memberi komen katanya SEO susah dan perlukan kepakaran. Sebetulnya ianya bergantung kepada siapa guru anda dan teknik apa yang diajar.

    Secara peribadi, saya menggunakan Teknik SEO Sempoi. Teknik ini adalah teknik termudah, Copy-Paste, sahaja. Teknik ini saya pilih dan saring daripada segala macam teknik yang saya belajar. Ianya praktikal dan doable. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Teknik SEO Sempoi, klik pautan ini.

    Suka untuk saya maklumkan, teknik SEO yang menepati garis panduan Google akan menghasilkan kesan berpanjangan dan berkekalan. Maksudnya, jika website anda menjadi no.1 di Google maka ianya akan kekal untuk tempoh masa yang lama. Malah mungkin selama-lamanya.

    Jadi dari sudut penjenamaan, SEO adalah strategi pemasaran yang murah dan menghasilkan kesan yang signifikan.

    Apakah SEO E-Commerce Satu Pilihan?

    Pada saya TIDAK. Jika anda memiliki E-Commerce website, maka ianya satu kemestian. Sebagaimana yang saya terangkan di atas, SEO adalah percuma dan kesan jangka panjangnya sangat menguntungkan. Jadi anda tidak mahu menjadi antara orang yang lambat mempraktiskan SEO.

  • Sabar

    “Tuan..ada nasihat tu untuk anak muda macam kami?” kami bertanya.

    “Sabar” balas Tuan Guru.

    “Sabar?” tanya kami kembali.

    “Ya..kesabaran adalah kunci untuk menyelesaikan banyak masalah di dunia ini. Nak menguasai kemahiran bersabar tidak mudah sebab sifat manusia itu gopoh dan terburu-buru” terang Tuan Guru.

    “Boleh ajarkan kepada kami bagaimana nak menguasai sifat sabar?” kami meminta tips.

    “Tanam pokok durian” jawab Tuan Guru ringkas.

    “Erk..boleh Tuan Guru terangkan lagi maksudnya?” kami sedikit keliru.

    “Kesabaran itu seperti benih. Kamu tanam sekarang tapi hasilnya bukan hari ini. Hasilnya mungkin 10 hari atau 10 tahun yang akan datang. Sama seperti tanam pokok. Buahnya tidak jadi segera. Dan dalam proses nak membesarkan pokok itu, ianya tidak semudah yang disangka, banyak lagi cabaran lain yang menanti..” panjang lebar Tuan Guru menghuraikan maksud analoginya.

    Nasihat ini saya terima daripada sang Guru lebih kurang 7 tahun dahulu. Sukar untuk kita ajarkan kepada orang akan kepentingan dan kelebihan sifat ini melainkan orang itu perlu cuba sendiri.

  • SEO Untuk Imej – Tahukah Anda?

    SEO Untuk Imej – Tahukah Anda?

    “Ada beza ke artikel kosong vs artikel yang ada gambar?”

    Apa pendapat anda? Adakah Google mampu membaca gambar? Jika Google mampu membaca gambar, persoalannya bagaimana?

    Google menggunakan robot untuk menafsirkan kandungan sesebuah artikel. Robot Google mempunyai kepintaran sendiri untuk mengenal pasti kualiti sesebuah artikel. Ada banyak formula dan algoritma kompleks yang digunakan oleh Google. Salah satunya ada latent semantic indexing.

    Jawapan kepada persoalan di atas adalah Google boleh membaca gambar!

    Dan cara Google menilai gambar adalah dengan berpandukan deskripsi imej berkenaan. Deskripsi ini dikenali sebagai ALT.

    Jika anda perasan, setiap kali anda memuat naik gambar, anda akan dipaparkan kotak ALT ini. Kotak ini biasanya dibiarkan kosong oleh ramai orang kerana tidak tahu fungsi dan peranannya.

    imej ALT seo

    Jika anda meletakkan deskripsi ALT yang betul, Google akan memaparkan gambar anda ini dalam hasil carian Google Image mengikut kata kunci yang diletakkan.

    Kesimpulannya, letakkan ALT yang mengandungi kata kunci yang relevan. Ini akan membantu menaikkan ranking website anda.

  • 2 in 1

    2 in 1

    I was standing in the middle of the heated debate.

    On my left side was the government, on my right side was the opposition.

    The debate was so intense that I had no chance to voice out my stand. It was always the government or the opposition who eagerly and passionately delivered their opinions.

    Interestingly I spotted a trend.

    Whatever the government said, the opposition will go against it. And the same thing happened, whatever the opposition said, the government will go against it.

    So it was a never-ending debate. We were nowhere and we were going no where.

    That was the story number 1.

    Story number 2.

    There were two brothers, Salles and Munir who ran a local clothing store.

    Salleh was in charge of sales and Munir led the tailoring department.

    Whenever Salleh saw a customer who really like to buy the cloth, he became a little hard of hearing. So when a customer asked him,

    “How much is this?”

    He would shout to his brother,

    “Munir, how much is this cloth?”

    Munir then would look up from his cutting table and shout back,

    “Empat puluh dua ringgit” – this RM 42 was completely inflated price

    Salleh then pretend he had not understood. So he shouted again,

    “How much?”

    Munir yelled again

    “RM 42”

    Salleh turned to his customer and reported,

    “He says Rm 22”

    At this point the customer would have quickly put the money on the table and hastened from the store with cloth as he afraid that Salleh noticed ‘his mistake

    That was the end of story number 2.

    Now let me put everything together.

    The first story was all about confirming bias. Confirming bias is a tendency of the mind to seek or find any evidences that would support one’s arguement. For example, if I say Pizza Hut has the Pizza in the town, I will look for evidence that will support my statement.

    And to make things worse, I will ignore or deny any evidence that go against my statement!

    I am sure you have heard of the Golden Rule of A Good Employee:

    Rule 1: The boss is always right

    Rule 2: If you disagree with the boss, remember rule no 1

    These rules clearly show how confirming bias play its role in our lives. It is dangerous, it is not good, yet it is happening!

    The second story was about The Contrast Effect. We judge something to be beautiful, expensive of large if we have something ugly, cheap or small in front of us. In other words we have difficulty with absolute judgement.

    We cannot tell something is good or bad if we cannot compare. It makes sense right.

    And this is why we are easily influenced and manipulated by the advertising agency. If you want to buy a car they will give you a choice.

    The first choice is always the basic. Then you can have an intermediate one with few add-ons. And the third one is the advanced one where you can have the leather seat, the gps, the most advanced technology and so on and so forth.

    And they purposely created 3 choices so that you can see the contrast or differences.

    And do you know what are you going to do next?

    You will APPLY the confirming bias!

    You will make a choice and now you have the evidences to support you choice. I chose the third choice because it has the leather seats, the latest gps, the most advanced technology in automobile. My choice is justifiable.

    To conclude, I hope I have demonstrated clearly enough how our minds can be tricked and exploited. How do we prevent this kind of exploitation? See you in the next meeting.


    This speech had been presented during Magical Tanah Merah Toastmasters meeting on 10/8/15.