Blog

  • 130 Cara Tarik Trafik Gaya Appsumo

    130 Cara Tarik Trafik Gaya Appsumo

    “Camne nak buat, aku dah buat FB Ads, tapi sales takde”

    Ada kawan bertanya. Ini perkara biasa. Hatta kalau kita buka kedai tepi jalan pun belum tentu ada pelanggan.

    “Ramai ke visitors?” tanya saya.

    “Tak pasti lah” balas kawan.

    Ini masalahnya sebenarnya. Jualan kita berkadar lansung dengan jumlah trafik yang masuk ke website. Semakin tinggi jumlah trafik, semakin tinggi peluang kita menjual.

    “Jadi aku nak buat macam mana?..nak kena update blog setiap hari?” tanya kawan saya lagi.

    Tidak perlu. Apa yang perlu anda lakukan adalah tulis artikel yang betul-betul berkualiti. Buangkan minda menjual. Tambah nilai pada manusia. Kemudian fokus kepada mempromosikan konten anda itu. InsyaAllah menjadi.

    “Ada lagi?”

    Kalau nak lagi, ini ada 130 cara tarik trafik ke website kita yang disediakan oleh Appsumo, saya kompilasikan dalam bentuk PDF.

    Klik sini untuk muat turun.

  • Strategi PALING Penting Dalam Perniagaan Online 2016

    Strategi PALING Penting Dalam Perniagaan Online 2016

    Database!

    Itu sahaja kata kunci artikel ini. Kalau mahu tamatkan boleh berhenti di sini. Kalau mahu teruskan, saya akan kongsikan Bagaimana Mahu Mendapatkan Database Secara Online.

    Apabila anda berniaga secara offline mahupun online, anda MESTI dapatkan data pelanggan anda. Minimum data adalah email. Jika dapat nombor telefon maka itu memang terbaik.

    Sekiranya anda berniaga menerusi iklan di FB, maka jangan sia-siakan iklan anda dengan hanya membuat iklan menjual sahaja.

    Anda perlu faham, dalam perniagaan, prosesnya bermula dengan:
    1. tengok-tengok
    2. pegang-pegang
    3. tawar menawar
    4. beli

    sales funnel

    Untuk pelanggan bertukar dari peringkat (1) ke (4) ianya mengambil masa. Ada yang lama dan ada yang singkat. Dan hakikatnya, kadar penukaran (1) ke (4) adalah sekitar 10-20% sahaja.

    Dalam erti kata lain, kalau kedai anda dikunjungi 1000 orang, jumlah mereka yang membeli mungkin sekitar 10 orang sahaja. Kalau dapat 100 orang itu sudah melompat.

    Bagaimana Ingin Mendapatkan Database?

    Kaedah Popup
    Prinsip asas dalam proses ini adalah ‘Give and you shall receive’. Beri dan bersedia untuk menerima.

    Bagi pelanggan, mereka perlu mendapatkan sesuatu sebelum mereka memberikan sesuatu. Maka anda perlu mencari atau mencipta sesuatu itu.

    Kebiasaannya anda akan dipaparkan dengan Pop-pup yang akan menawarkan anda sesuatu. Contohnya 5 Ilmu Online Marketing Yang Anda Nak Sangat Tahu. Apabila anda klik link ini, maka anda akan diminta memberikan email.

    Nasihat saya, sekiranya anda ingin menggunakan kaedah ini, berikan sesuatu yang benar-benar bernilai. Elakkan memberi sesuatu yang bersifat gula-gula kerana ini adalah kredibiliti anda. Jika anda memberikan sesuatu yang tidak ada nilai maka kesannya anda akan dapat email yang tidak berkualiti. Ini seterusnya akan mempengarui kadar konversi anda.

    Kaedah Giveaway
    Taktik ini banyak diguna pakai di Facebook dan Instagram. Syarat untuk layak dalam giveaway ini adalah anda mesti memberikan email.

    Kaedah ini sangat berkesan apabila hadiah yang diberikan terlampau dahsyat. Pengguna berpandangan ‘apalah sangat email mereka dibandingkan dengan hadiah sebuah iPhone’. Kelebihan kaedah ini adalah ianya cepat menjadi viral dan tersebar.

    Biasanya penganjur akan menambah beberapa syarat lagi seperti mesti tag 10 orang, mesti Like and Share dan sebagainya.

    Kaedah Welcome Mat
    Jika anda perasan, sekiranya anda masuk ke website saya buat kali pertama, anda akan dipaparkan satu halaman khas yang anda tidak akan jumpa selepas ini. Tujuannya masih sama iaitu mendapatkan email pengguna.

    Apakah kaedah ini berkesan? Ianya sangat berkesan dengan syarat website anda mestilah menghasilkan artikel yang berkualiti. Ini kerana apabila anda menambah nilai pada seseorang maka seseorang itu akan berterima kasih kepada anda. Dan salah satu cara berterima kasih adalah dengan memberikan email yang betul.

    Kaedah Konten Berkualiti
    Sebetulnya inilah cara untuk mendapatkan data yang paling berkesan. Cuma ianya tidak dipraktikkan sangat kerana kesukaran menghasilkan konten yang berkualiti. Prinsip asasnya masih sama, ‘terhutang budi.

    Jika anda perasan, baru-baru ini satu artikel tulisan Neil Patel berkaitan analisa beliau terhadap kontent di media sosial menjadi viral. Dari situ trafik masuk mencurah-curah ke website beliau. Dan apabila trafik masuk dengan banyaknya, maka banyak juga yang akan memberikan email kepada beliau menerusi opt-in dalam website beliau.

    Apakah tool yang boleh digunakan untuk Opt-In?

    Setakat pengalaman saya mencuba pelbagai macam Opt-in, saya membuat keputusan Opt-In yang terbaik adalah opt-in yang dihasilkan oleh Sumome.com.

    Keputusan ini saya buat kerana dua sebab utama:
    1. Percuma
    2. Sangat mudah digunakan

    Ada beberapa penyedia Opt-In yang menarik seperti Thrive Theme dan Opt-In Monster, tetapi kos untuk mendapatkan servis ini agak mahal terutamanya jika anda baru bermula dalam dunia online.

    Untuk mendapatkan SumoMe, anda boleh layari SumoMe.com atau anda log masuk ke halaman wordpress anda. (Hanya wordpress yang dihos sendiri ada fungsi ini). Kemudian pergi ke Plugin > Add New Plugin.

    add new plugin

    Masukkan ‘Sumome’ dalam kotak carian dan klik cari. Kemudian klik install.

    carian sumome

    Anda akan perasan terdapat satu ikon notifikasi di atas sebelah kanan anda. Klik ikon berkenaan dan daftar akaun anda. Ianya percuma.

    ikon appsumo

    Seterusnya anda akan dipaparkan dengan ‘Store’ appsumo. Walaupun namanya ‘Store’ ini tidak bermaksud anda perlu membayar atau membeli apa-apa.

    Sekiranya anda ingin install Popup, maka pilih List Builder. Sekiranya anda ingin install Welcome Mat, pilih Welcome Mat.

    pilihan appsumo

    Macam mana? Adakah artikel ini membantu anda? Kalau membantu, beritahu kawan. Kalau ada soalan, komen di bawah =)

  • Cara PERCUMA Untuk Iklankan Bisnes Anda di Google

    Cara PERCUMA Untuk Iklankan Bisnes Anda di Google

    Google mempunyai satu direktori khas yang dikenali sebagai Google Business. Apabila anda mendaftar dengan Google Business, maka ianya akan meningkatkan visibiliti bisnes anda di Google. Dalam erti kata lain, apabila pelanggan Google ‘Jenama Anda’, maka website anda akan muncul di halaman utama Google.

    Contohnya hasil aplikasi Google Business adalah seperti gambar di bawah.

    monaliza

    Anda akan dapati carian ‘monaliza kb mall’ memenuhi segenap hasil carian di muka utama Google. Siap dipaparkan dengan peta, no telefon dan macam-macam lagi. Agak-agaknya, kalau anda pelanggan, adakah anda akan klik dan percaya pada syarikat ini?

    Jadi, kelebihan Google Business,ianya bukan sahaja meningkatkan visibiliti anda di Google, tapi anda juga dapat KREDIBILITI daripada audiens.

    Google Business Adalah PERCUMA.

    Untuk daftarkan syarikat anda di Google, ianya percuma. Tidak ada bayaran pun. Saya akan tunjukkan langkah demi langkah.

    1. Masuk ke Google Business

    google business

    2. Klik Get On Goolge

    3. Masukkan alamat anda

    google business 2

    4. Sekiranya bisnes anda belum muncul di carian, Klik Add Your Business

    5. Masukkan maklumat syarikat anda (pastikan kategori anda adalah kategori yang betul)

    google business 3

    6. Sekiranya alamat anda tidak ditemui oleh Google, maka klik Set Marker Location dan pilih lokasi anda dengan tepat. Gerakkan marker(petanda) ke alamat anda.

    google business 4

    7. Sekiranya anda memilih Option ‘Sending Goods To Customer’ maka masukkan poskod atau radius lokasi penghantaran.

    google business 5

    8. Seterusnya klik ‘I am authorized to manage this business and I agree to the Terms of Service’ dan klik Continue.

    google business 6

    9. Seterusnya Google akan meminta pengesahan untuk menghantar Kod Verifikasi menerusi POS. Biasanya ianya mengambil masa 2 minggu untuk anda menerima surat cinta daripada Google.

    iklan seo wide 1

    10. Masukkan nama anda pada kota di bawah supaya orang lain tidak ambil surat anda =)

    google business 7

    11. Selepas itu anda hanya perlu kemas kini Google Page anda. Ianya sama seperti Facebook Page. Jika anda ingin cepat, masukkan maklumat-maklumat penting sahaja seperti No Telefon, Alamat Website. Ingat fungsi ini adalah memudahkan pelanggan mencari anda. Jadi pastikan ianya mempunyai kredibiliti.

    12. Apabila anda telah mendapat surat dari Google, anda masuk kembali ke business.google.com dan masuk ke page anda. Seterusnya klik Verify Now.

    google business 8

    13. Masukkan kod yang anda dapat dan klik Submit.

    14. Selesai =)

  • Dapatkan 2GB Google Storage Secara Percuma Hari Ini

    Dapatkan 2GB Google Storage Secara Percuma Hari Ini

    Hari ini adalah hari Keselamatan Internet Sedunia (Safer Internet Day), maka Google memberikan tawaran istimewa. Jika anda kemas kini maklumat keselamatan atau profil Google anda maka Google akan memberikan tambahan 2gb storan untuk anda secara PERCUMA.

    Cara untuk dapatkan 2gb tambahan adalah dengan hanya pergi Google Security dan hanya ikut langkah demi langkah. Jika anda tidak biasa dengan Google Security, halaman ini adalah tempat di mana anda boleh melihat akses akaun Gmail anda dibuka di lokasi mana dan dari komputer mana. Dalam erti kata lain, jika anda khuatir ada orang lain yang membuka email anda, maka anda boleh lihat sama ada telahan anda betul atau tidak. (sebetulnya banyak lagi fungsi halaman ini, anda boleh explore sendiri)

    Internet Safer Day

    Jika anda ingin menyemak sama ada anda sudah dapat storan tambahan atau tidak, cari menu Account Preferences di sebelah bawah kiri dan cari Your Google Drive Storage.

    Internet Safer Day 2

  • Analisa Penting Facebook Marketing oleh Neil Patel

    Ini adalah isi penting yang saya catatkan hasil bacaan tulisan Neil Patel. Tulisan ini adalah hasil kajian yang didapati oleh Buzzsumo selepas menganalisa 1 billion pos di Facebook. Link untuk artikel penuh oleh Neil Patel boleh dirujuk dibawah.

    1. Waktu puncak adalah waktu semua orang post. Jadi tidak bermaksud bila anda post content/promo, maka orang akan nampak.

    image11

    2. Post jenis SOALAN dan IMEJ mendapat engagement paling tinggi

    image04

    3. Hari yang terbaik untuk pos adalah hari di mana orang cuti. Neil Patel mengatakan hari Ahad berdasarkan kajian yang dibuat oleh beliau. Cuma kajian beliau adalah berdasarkan data yang diperolehi. Untuk lokal, kita perlu sesuaikan mengikut negeri contohnya Kelantan cuti pada hari Jumaat dan Sabtu.

    image06

    4. Makin pendek pos anda makin bagus. Namun paling pentinga adalah kepelbagaian.

    image09

    5. Video yang diupload di FB jauh lebih berkesan berbanding meletakkan link youtube.

    image01

    6. Imej yang dihantar menerusi Instagram mendapat 23% boost. Jadi sync kan FB anda dengan akaun instageram!

    image05

    7. Post menggunakan ‪#‎hashtag‬ kurang mendapat sambutan dan interaksi.

    image10

    sumber artikel: How To Win On Facebook: 8 Lessons Learned From Analyzing 1 Billion Posts

  • Apa Itu Permalink dan Kenapa Anda Perlu Tahu?

    Apa Itu Permalink dan Kenapa Anda Perlu Tahu?

    Apabila kita menulis pos terbaru di blog, kita perlu peka kepada satu elemen seo yang penting terutamanya untuk tahun 2016. Elemen ini dikenali sebagi ‘Permalink’.

    Permalink adalah pautan untuk ke pos anda. Lihat contoh dibawah untuk memahami dengan lebih terperinci apa itu permalink:

    http://wanyusof.com/apa-itu-permalink-dan-kenapa-anda-perlu-tahu (contoh 1)

    http://wanyusof.com/1232139090 (contoh 2)

    http://wanyusof.com/blog/seo/2012016 (contoh 3)

    Ini contoh jenis-jenis permalink yang boleh dijumpai. Ada banyak variasi lagi yang boleh didapati di dunia internet.

    Kenapa Anda Perlu Ambil Kisah Permalink?

    Sebagaimana yang anda sedia maklum, Google akan menghantar robot mereka untuk membaca isi kandungan website kita. Setiap kandungan akan ditapis dan dianalisa oleh Google. Seterusnya kandungan itu akan diletakkan dalam kategori tertentu.

    Sekiranya permalink kita bersifat jelas seperti contoh 1, maka ini sangat disukai oleh Google. Ianya memudahkan proses Google mencari kandungan halaman kita.

    Tetapi jika permalink kita tidak mempunyai maksud yang jelas seperti contoh 2 dan contoh 3 maka ianya tidak digemari oleh Google. Akibatnya kita susah untuk muncul di hasil carian.

    Seterusnya, apabila dipaparkan hasil carian, pengguna mempunyai kecenderungan untuk klik contoh 1 berbanding contoh 2 dan 3 kerana contoh 1 lebih telus dan jelas. Maka permalink juga mempengaruhi Click Through Rate (CTR).

    Sekiranya anda menggunakan wordpress sebagai platform website, anda boleh mengubah struktur permalink dengan cara Settings>Permalink dan pilih Custom atau Post Name:

    apa itu permalink