folder Filed in SEO
Cara Install Google Site Kit
By Wan Yusof Wan Jeffery comment 4 Comments access_time 1 min read

Kini proses untuk melihat Google Analytics dan Google Search Console menjadi sangat mudah. Semua boleh muncul di dashboard wordpress. Tak perlu nak pergi ke website lain. Saya kongsikan cara install Google Site Kit.

1. Pergi ke plugin dan cari Google Site Kit

google site mit

2. Klik install now dan dan aktifkan dengan menekan Activate

activate google site kit

3. Setelah selesai diaktifkan, anda akan melihat paparan ini. Klik Start Setup.

setup google site kit

4. Anda akan memulakan proses menghubungkan akaun Google dan website. Untuk membenarkan proses ini, anda perlu memberi kebenaran kepada Google untuk akses akaun Analytics dan Search Console. Klik Allow.

allow google site kit

5. Setelah proses sambungan itu berjaya, anda akan melihat paparan di bawah.

berjaya google site kit

6. Klik Go to my Dashboard untuk melihat status sambungan. Dalam contoh ini, saya belum menyambungkan website ini dengan Google Analytics. Klik Connect Service untuk sambung dan ulang proses yang sama.

Apabila proses penyambungan ini selesai, kita akan dapat melihat statistik terus dari dashboard wordpress.

Jadi ianya akan dapat menjimatkan masa anda.
Cuma andai kata kita mahu dapatkan data-data yang lebih terperinci, kita masih perlu ke website asal Google.

dashboard google site kit

google site kit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Cancel Post Comment