Category: SEO

  • 11 Teknik Tarik Trafik Ke Blog Dari Michael Hyatt

    11 Teknik Tarik Trafik Ke Blog Dari Michael Hyatt

    Trafik = pengunjung.Trafik ibarat air sungai yang mengalir.

    Apabila ada air, sungai itu hidup.Apabila ada pengunjung, blog itu hidup.

    Saya meneliti blog dan membaca buku Platform.Ditulis oleh Michael Hyatt. Salah seorang dari 17 Top Online Marketing Influencers (Forbes 2017).

    Michael menerangkan 11 teknik tarik trafik ke blog.

    1. Tingkatkan Frekuensi Blog

    Bayangkan begini. Pergi ke pasar. Tanya penjual ikan.

    “Ini ikan bila?”

    “Ini ikan minggu lepas adik. RM2 sekilo. Nak?”

    Bagaimana. Mahu beli?

    Begitu juga blog. Apabila ada post baru, peminat blog teruja.Mereka mahu baca.

    Cuma berapa kali patut update blog?

    Mengikut Michael, hasil survey yang dilakukan oleh beliau mendapati jumlah optimum konten baru adalah 3x seminggu.

    kekerapan artikel di blog- survey Michael Hyatt

    Hasil survey oleh Michael Hyatt

    “Hmm, bagaimana mahu buat 3 konten baru seminggu?”

    Perasan atau tidak, saya gunakan perkataan konten.Bukan artikel.

    Konten lebih luas maksudnya. Berbanding artikel.

    Bagi Michael, dia memilih untuk menghasilkan dua artikel baru.Ditambah satu podcast.Ataupun gambar.Jadi dia ada tiga konten baru seminggu.

    tips tarik trafik 1tips tarik trafik 2tips tarik trafik 3

    Bagi blogger yang sibuk kita boleh pelbagaikan konten di blog.

    • 2 artikel + 1 video
    • 1 artikel + 1 gambar + 1 kata-kata hikmah
    • 1 artikel + 1 audio + 1 video

    Gabungan ini tidak ada had limit.Bergantung kepada kreativiti dan kemampuan kita.

    2. Teknik Tarik SEO

    Mengikut Alexa, Google adalah website nombor satu dilayari manusia.

    Majoriti gunakan Google untuk cari sesuatu.

    ranking alexa top sites

    Ini bermakna Google boleh jadi satu saluran.

    Apabila tulis dan kongsi di media sosial, kita akan dapati trafik menaik.Cuma itu untuk seketika.

    Bagaimana mahu dapatkan trafik yang konsisten?

    Dua Kaedah Saluran Trafik Ke Website

    1. Paid AdvertisingBuat iklan tarik trafik. Berkesan. Melibatkan kos.

    2. Search Engine OptimizationWebsite dijumpai di Google apabila pengguna cari. Percuma. Cuma ambil masa.

    iklan tarik trafik ke website

    Contoh iklan tarik trafik ke website

    strategi Actionable SEO untuk muncul di Google

    Saya guna strategi Actionable SEO untuk muncul di Google

    “Bagaimana mahu lakukan SEO website?”

    Mulakan dengan menyemak adakah website mesra Google.Download Panduan Senarai Semak SEO.Kemudian tandakan mana yang sudah dilaksanakan.

    Proses menempatkan website di Google akan ambil masa berhari-hari. Bukan sehari.

    Makin cepat kita bermula, makin cerah harapan.Terutamanya apabila website bersaing dalam pasaran Malaysia.

    Industri SEO di Malaysia masih muda tang tang. (sangat baru)

    “Ada lagi cara lain untuk tarik trafik ke website?”

    Ada.Turun ke bawah.

    3. Tulis Pada Jumlah Patah Perkataan Optimum

    Ada satu kajian yang dijalan oleh Brian Dean dan tim.Mereka melihat kaitan antara jumlah patah perkataan dan kesannya.

    Mereka mendapati, apabila jumlah patah perkataan berada pada lingkungan 1800-2000, artikel begini mendapat perhatian Google.

    Dapatan Bryan dan Eric

    Dapatan Bryan dan Eric

    “1800 patah perkataan? Tulis thesis ke?”

    Jumlah patah perkataan beri kesan kepada psikologi manusia.

    Apabila tulis pendek, orang kata, “Ini malas tulis”.Apabila tulis terlalu panjang, orang kata, “Weh…membebel ke?”.

    Blogger dalam dilema.​Mari saya leraikan kekusutan itu.

    patah perkataan google

    Berdasarkan graf di atas, kita menemui jawapannya.Seeloknya jumlah patah perkataan di Google tidak boleh berada antara 500-800 patah perkataan.

    Sama ada kurang dari 500 patah perkataan.Ataupun lebih 1000 patah perkataan.

    Apabila berada di dua hujung ini, kemungkinan untuk blog itu disukai semakin tinggi.Sekaligus berpotensi tinggi menarik lebih trafik ke website.

    “Hmm..adakah jumlah patah perkataan berkait rapat dengan jumlah shares?”

    Jawapannya ada di bawah.Teruskan membaca.​

    4. Aktif di Ruangan Komen

    Beza blog hidup dan blog mati.Blog hidup ada orang komen.Blog mati tidak ada yang komen.

    Komen yang aktif sebenarnya membantu dari sudut SEO.

    Apabila blog ada komen, ianya memberikan signal kepada Google bahawa blog itu ada pengunjung.

    Apabila blog ada pengunjung, maka blog ini ada sesuatu yang bernilai untuk ditawarkan kepada pembacanya.

    komen di blog michael hyatt

    “Adakah saya patut gunakan Facebook Comment atau WordPress Comment?”

    Facebook Comment bermaksud menggunakan tools yang dibekalkan oleh Facebook.

    Paparannya seperti di bawah.

    comment-box

    Facebook Comment Box (kredit gambar : beginwp.com)

    Manakala wordpress comment adalah seperti yang biasa dijumpai di kebanyakkan blog.

    contoh wordpress comment

    Contoh WordPress Comment

    Baru-baru ini saya ada berbincang dengan Tuan Eizil dari Denaihati.Beliau merupakan seorang programmer dan blogger yang sangat berpengalaman.​

    Kata Tuan Eizil, “Saya lebih cenderung menggunakan wordpress comment. Kerana data komen itu disimpan di website kita”.

    Sambung Tuan Eizil, “Berbeza pula apabila kita gunakan Facebook Comment. Data itu disimpan di Facebook”.

    Saya angguk.Dan sangat bersetuju dengan pendapat Tuan Eizil.

    Malah apabila meneliti blog-blog pakar SEO seperti Neil Patel dan Brian Dean, mereka tidak menggunakan Facebook Comment.

    Sebelum kita masuk ke taktik seterusnya.Ada satu lagi perkara.

    Komen di website ibarat shares di Facebook.Tidak mudah untuk pembaca melakukannya.

    Jadi bagaimana mahu jadikan pembaca komen blog kita?

    Tip 1​: Akhiri Artikel Dengan Persoalan

    Michael Hyatt akhiri blog post dengan soalan

    Michael Hyatt akhiri blog post dengan soalan

    Tip 2: Dapatkan Maklum Balas Dari Pembaca

    maklum balas dari brian dean

    Tip 3: Buat Pertandingan

    taktik komen dari Tuan Amir Denaihati

    Nak tip lagi?

    Cuba buat 3 tip ini dulu. Kemudian kita sambung.

    Saya nak cerita taktik kelima.Game changer!

    5. Cipta Konten Bernilai

    Perasan tak jenis-jenis artikel yang sering dikongsi di media sosial?

    Dr Jonah Berger membuat kajian.Apakah yang menyebabkan pembaca klik butang share.

    Dia kategorikan konten viral yang suka dikongsi pembaca tergolong dalam kategori-kategori ini.

    • Social Currency
    • Triggers
    • Emotion
    • Public
    • Practical
    • Story

    Saksikan video ini bagi menjelaskan apakah yang dimaksudkan dengan Formula STEPPS ini.

    Saya berkongsi formula STEPPS ini di program Sepetang Bersama Blogger 2017.

    Apabila saya mula menulis dalam framework STEPPS, peningkatan trafik sentiasa berlaku.

    Malah kebanyakkan artikel di blog ini akhir-akhir ini semuanya mencecah 100 shares.

    blog post wan yusof 2

    Pada saya ini adalah satu pencapaian luar biasa kerana blog ini agak teknikal.

    Dan andai blog teknikal begini boleh melakukannya, mengapa anda tidak boleh mengulanginya =)​

    Baik. Sudah separuh perjalanan.

    Apa anda rasa? Banyak mentol menyala?​

    Bagaimana dengan tip ke 6?Tip senang cakap, susah buat. Hehe.​

    6. Konsisten Dalam Menghasilkan Artikel

    Frequency equals visibility.

    Kekerapan adalah kemunculan. Makin kerap menulis, makin kerap kita muncul di hadapan audien.

    Blog yang menghasilkan konten bermutu lebih disukai dan diminati.

    Apatah lagi andai blog itu konsisten menghasilkan konten berkualiti.​

    Michael Hyattmichaelhyatt.com

    Three times a week is even better. Five is best – but not if the quality of your content suffers.

    “Bagaimana nak konsisten menulis?”

    Dalam satu diskusi bersama Dato’ Roslan, kami berbincang. Mengapa ada orang boleh menulis konsisten.Ada orang gagal di tengah jalan.

    Dato’ Roslan kata, “Mereka tidak ada kegilaan”

    Kegilaan adalah keterujaan.Rasa ingin buat, buat dan buat.

    Ibaratnya seperti orang gila bercinta.Setiap hari mahu saja ketemu permata hati.

    ​Kegilaan ini berkait rapat dengan Big Why.

    Kenapa menulis?Apakah big why anda menulis?

    Makin kuat big why itu, makin gila anda dibuatnya.

    Seterusnya susun kegilaan itu dalam bentuk kalendar.Wujudkan kalendar editorial.Jadual penghasilkan konten.

    Kemudian ikuti jadual itu sungguh-sungguh.

    Satu tools mudah yang saya gunakan adalah WordPress Dashboard.

    Apabila login ke panel wordpress, ada satu paparan.Catatkan idea draf pada paparan ini.Kemudian klik Save Draft.

    idea generation

    Apabila sudah ada 3-4 idea menulis, pilih yang mana dimulakan dahulu.

    Bagi sesetengah blog yang ada ramai penulis, mereka wujudkan jadual.

    Setiap penulis tahu bila dan ketikanya mereka perlu hasilkan konten baru.

    Gunalah kaedah mana-mana pun.Kuncinya perlaksanaan. Execution.​

    7. Letak Website di Mana-Mana

    Bagaimanakah audien mengenali website kita?

    Facebook?Instagram?Podcast?Google?

    Ini semua adalah saluran.Makin banyak saluran yang ada, makin tinggi peluang untuk dijumpai.

    Michael sangat menggalakkan supaya kita meletakkan alamat website di kesemua profil media sosial.​

    Ini adalah saluran menghebahkan website secara percuma.Jadi mengapa tidak digunakan.

    Alamat website di Facebook.

    Alamat website di Facebook.

    Alamat website di Instagram.

    Alamat website di Instagram.

    Alamat website di Twitter.

    Alamat website di Twitter.

    Satu lagi perkara menarik yang ditekankan oleh Michael Hyatt.

    Dalam menentukan saluran, usah terhad pada saluran online sahaja.

    Wujudkan alamat website pada saluran offline seperti kad bisnes, fail, banner dan macam-macam lagi.​

    Selagi mana ada ruang untuk mempamerkan alamat website, pamerkan.Terutamanya apabila ruang itu tidak melibatkan sebarang kos.

    Menuju yang kedua terakhir.

    Yang ini sangat penting.Malah sangat kritikal.

    9. Tukar Pembaca Jadi Subscribers

    Trafik saja tidak bermakna.Terutamanya andai blog kita bukan blog berita (news).

    Pengguna mungkin datang sekali seminggu. Ataupun sekali sebulan.Ataupun tak datang-datang.

    “Bagaimana mahu ajak pelawat datang kembali?”

    Panggil mereka datang.Cuma nak panggil macam mana?

    Di sinilah datangnya email marketing.

    Menggunakan email untuk memasarkan sesuatu.

    Apabila mengunjungi blog, kita akan jumpa macam-macam cara untuk dapatkan email dari pengunjung.

    Proses ini dikenali sebagai lead generation.Menukar pelawat kepada subscribers menggunakan borang.

    Kebiasaannya pelawat diminta memberikan nama dan email.

    Mari tekuni ​beberapa jenis borang yang biasa digunakan.

    1. Popup Melompat tiba-tiba ketika tengah baca artikel. Opocot.

    popup

    2. After PostAda di bahagian bawah selepas artikel.

    subscriber michael hyatt

    3. Welcome MatPaparan pertama muncul apabila pelawat masuk website. Apabila skrol ke bawah, mat ini hilang.

    welcome mat

    4. SidebarBorang ini akan berada di sebelah kiri atau sebelah kanan website.

    sidebar

    5. Content UpgradeBerada di dalam konten. Diberikan sebagai bonus atau pelengkap. Apabila tekan ‘klik sini’ borang akan muncul.

    content upgrade

    “Hmm..banyak jenis juga. Nak guna yang mana satu?”

    Pilih saja mana yang mahu dicuba.Kemudian lihat keberkesanannya.

    Yang paling penting adalah apa yang nak dibuat dengan email yang diperolehi.

    ​Bagi kebanyakkan pengamal email marketing, mereka sudah menyiapkan email-email yang akan dihantar.

    Email ini disusun dalam satu siri.Yang mana dihujungnya pembaca akan diajak untuk melakukan satu tindakan.​

    email sequence dari pat flynn

    Contoh perjalanan email dari Pat Flynn

    Bagi melakukan perkara ini, gunakan email autoresponder.Seperti Aweber, MailChimp, MailerLite dan macam-macam lagi.

    “Kalau guna gmail hantar terus boleh?”

    Boleh.

    Cuma ada satu masalah.Apabila email dihantar kepada ramai orang dalam satu masa, kemungkinan besar email kita akan dicop sebagai spam.

    Kesannya email itu secara automatik masuk Spam Inbox.

    Berbeza apabila menggunakan servis email autoresponder.Risiko untuk masuk dalam Spam Inbox berkurang.​

    “Apa yang saya boleh buat sekarang?”

    Mesej utama dalam taktik ini adalah dapatkan data.​

    Tidak mengapa andai tidak tahu cara guna email autoresponder bagai.Usahakan data pelawat terlebih dahulu.Supaya mereka dapat dihubungi apabila memerlukan.

    10. Blog Walking

    Blog walking sama seperti window shopping.Jalan-jalan ke blog orang.

    Beza…

    Apabila melakukan blog walking, ramai orang masuk website, baca dan keluar.

    Ini rugi. Kerana kedatangan dan kehilangan anda tidak disedari.

    Michael Hyatt sarankan kita buat begini.Tinggalkan komen di blog berkenaan.Dan tinggalkan komen yang bermakna.Supaya pemilik blog ingat siapa kita.

    Dan pemilik blog itu menjengah website kita.​

    Satu lagi sebab mengapa taktik ini disyorkan kerana ianya boleh menjadi sumber trafik percuma.

    Apabila komen di blog terkenal yang banyak trafik, tinggalkan alamat website.Pelawat website berkenaan lihat dan tekan link.Lalu mereka sampai ke website kita.

    Di denaihati, Tuan Amir menggunakan plugin CommentLuv bagi menggalakkan pembaca komen.

    Plugin ini memberikan hadiah kepada mereka yang komen.Hadiahnya berupa pembaca boleh letakkan link artikel terbaru mereka di situ.

    denaihati recommendation

    Hasilnya pembaca sangat galak dan aktif memberikan komen.

    Bagi mendapatkan plugin ini, klik Plugins > Add New.Taip CommentLuv dan klik Install.

    comment luv

    Kemudian aktifkan plugin itu.

    ​Sekarang kita sampai ke tip terakhir.

    Tip ini mudah dan bersahaja.Namun hasilnya berbaloi-baloi.

    Apa dia?​

    11. Aktif di Media Sosial

    Media sosial adalah sumber trafik percuma.

    Apabila sebarkan konten di media sosial, kita berpotensi menarik penguna di sana melawat website kita.

    “Saya dah cuba. Tapi tak menjadi juga”

    Di sini rahsianya!

    Meskipun media sosial adalah sumber trafik,​ namun perlu ada cara dan teknik yang betul.

    Saya mahu tanyakan dua soalan.

    “Adakah anda mengikuti mana-mana Guru di Facebook?”

    “Adakah anda suka membaca konten Guru berkenaan?”

    Saya sentiasa mengikuti Puan Guru Ainon.

    Nah, sekarang apabila Guru-Guru berkenaan berkongsi artikel mereka di Facebook, anda buat apa?

    Ya! Kita akan tekan link itu.

    Jadi kunci untuk berjaya di media sosial adalah personal branding.

    Mulakan dengan membentuk profil.

    Apakah yang akan terbayang di wajah pembaca apabila menyebut nama Tuan dan Cikpuan?

    Kemudian post setiap hari tanpa jemu.Saya syorkan guna Teknik Tulang Ikan.Teknik ini adalah teknik yang saya gunakan dalam menghasilkan post-post di Facebook.

    teknik tulang ikan

    Contoh Teknik Tulang Ikan yang diamalkan oleh salah seorang pelajar.

    Proses personal branding ambil masa.Namun berbaloi-baloi mengamalkannya.

    Sambil-sambil itu, kongsikan konten-konten di Facebook group yang relevan.

    Elakkan spamming. Ini orang tak suka.​Fokus pada menambah nilai ahli group itu.

    Wah! Sudah tiba di penghujung.

    Siapa sudah sampai sini angkat tangan.​

    Kesimpulan

    11 teknik tarik dari Michael Hyatt ini saya sudah gabung jalinkan dengan persekitaran di Malaysia.

    Dan saya cuba berikan contoh-contoh yang dekat dengan kita.Supaya senang diamalkan.

    Menguasi ilmu trafik adalah kunci utama yang membawa kejayaan kepada website.​

    ​Di penghujungnya, saya ingin berkongsi sesuatu.Saya ada hasilkan satu Ebook Actionable SEO.

    Ebook ini bagi membantu Tuan dan Cikpuan untuk menguasai Tip 2 dari Michael Hyatt.

    Bagaimana menjadikan website dijumpai pelanggan di Google.

    Andai berminat, boleh dapatkan di sini.

    ebook actionable seo

  • ON PAGE SEO: 13 Teknik Mudah Yang Anda Boleh Buat Sekarang

    ON PAGE SEO: 13 Teknik Mudah Yang Anda Boleh Buat Sekarang

    Apabila sebut On Page SEO, pasti ramai yang berfikir tiga perkara: Title tag, meta description, permalink.

    Kali ini saya tak nak kongsi definisi dan teori.

    Nak fokus terus kepada teknik yang anda boleh buat sekarang.Dan kita nak pergi lebih daripada tiga elemen yang disebutkan tadi.

    Lebih menarik lagi, anda tak perlu faham semua terma pelik-pelik ini.

    Saya sediakan artikel ini langkah demi langkah. Ikut saja.Ada checklist lagi untuk muat turun.

    Let’s crack on.

    Rahsia PERGUNAKAN Google Untuk Tarik Pelanggan Berkualiti?

    Dalam SEOVERSITI, saya kongsikan strategi dan taktik bagaimana mahu tarik pelanggan berkualiti. Klik sini.

    1. Manipulasi Title Tag

    title tag wan yusof

    Apabila buat carian di Google, baris pertama yang kita akan baca adalah title tag.

    Title tag = tajuk.

    Tajuk menentukan adakah kita akan klik atau tidak.Tajuk juga menjadi panduan kepada Google bagi memaparkan website kita atau tidak.

    Contohnya, apabila taip “Wan Yusof, Google akan cari website yang tajuknya ada perkataan Wan Yusof.

    wan yusof title tag

    Jadi bagi memudahkan website muncul di Google, masukkan tajuk yang ada kata kunci berkaitan.

    Andai mahu target pengguna yang cari “baju raya 2017”, cipta title tag Baju Raya 2017.Andai mahu target pengguna yang cari “pil cepat kurus”. cipta title tag Pil Cepat Kurus.

    Bagi pengguna wordpress, ini adalah langkah bagi melakukan perkara ini.

    1. Pergi ke menu Plugins. Cari All in One SEO. Klik Install Now dan aktifkan.

    all in one seo

    2. Plugin All in One SEO dicadangkan bagi yang masih baru dengan SEO. Andai sudah biasa, boleh gunakan Yoast SEO.

    3. Yoast SEO lebih terperinci dan sedikit kompleks. Klik Install Now dan aktifkan.

    yoast seo

    4. Kemudian cipta post atau page baru. (Create new post)

    5. Masukkan konten seperti biasa. Kemudian turun ke bawah. Lihat kotak Title dan ubah suai Title.

    All in One SEO

    title tag on yoast

    Yoast SEO

    2. Masukkan ‘Modifier’ Pada Title Tag

    Terdapat beberapa teknik yang boleh digunakan bagi memaksimumkan title tag.

    Ini yang saya nak dedahkan. (teruskan membaca)

    Teknik ini dipanggil Teknik Modifier.

    Modifier adalah perkataan tambahan di hadapan atau di belakang kata kunci.Modifier diwujudkan bagi mendapatkan pelanggan yang spesifik.

    Contohnya, anda menjual produk suplimen.Produk ini ada 10,000 agen di seluruh Malaysia.Semua agen ini menulis blog berkaitan produk suplimen ini.

    Jadi bagaimana anda mahu berada di hadapan 9999 agen yang lain itu?

    Nak tahu?

    Jadi penembak tepat!

    Pilih pengguna yang ada commercial intent.

    Intent merupakan satu tajuk yang saya kupas dalam Teknik SEO Sempoi.Tajuk ini tajuk penting.

    Bagi tujuan ini kita fokus pada commercial intent dahulu.

    Commercial intent = mereka yang mencari kerana mahu beli.

    Normal Intent

    Commercial Intent

    baju raya

    diskaun baju raya 2017

    vivo phone

    buy vivo phone lazada

    shaklee vivix

    COD shaklee vivix shah alam

    Gunakan modifiers ini pada title tag. Modifier yang boleh digunakan:

    • Beli
    • Promosi
    • COD
    • Murah
    • Diskaun
    • Online
    • Lokaliti
    • Deal
    • Jualan

    Masukkan modifier pada ruangan kotak Title Tag.Masukkan di bahagian hadapan ataupun bahagian belakang.

    modifier title tag

    3. Cipta Struktur Permalink Optimum

    struktur url

    Permalink adalah alamat setiap page dan post di website.Disebut juga sebagai URL.

    Neil Patel melakukan kajian.Dia melihat kesan panjang permalink terhadap kedudukan di Google.

    Dia mendapati,

    • URL website yang berada di halaman pertama Google secara puratanya ada 37 huruf.
    • URL website yang berada di halaman kedua Google secara puratanya ada 35 huruf.
    • URL website yang berada di halaman ketiga Google secara puratanya ada 39 patah perkataan.
    • URL website yang berada di halaman keempat Google secara puratanya ada 41 patah perkataan.
    • URL website yang berada di halaman kelima Google secara puratanya ada 36 patah perkataan.

    Neil Patel buat rumusan. URL yang mengandungi 35-40 huruf cenderung untuk muncul di Google.

    Berbanding URL yang panjang.Cuma ini bukanlah satu keputusan mutlak.

    Sebaiknya andai kita dapat pendekkan url, usahakan url yang pendek.

    Caranya?

    1. Pergi ke Settings.

    2. Pilih Permalinks.

    permalinks

    3. Setkan pada Post Name atau Custom

    settings permalinks

    4. Masukkan ‘KK’ Dalam Permalinks

    Apabila KK ada dalam Title Tag, Permalink dan Meta Description, website cenderung untuk muncul di halaman pertama Google bagi kata kunci itu.

    KK = kata kunci.​

    Lihat hasil carian “wan yusof” ini.

    carian wan yusof

    Perkataan “wan yusof” ada dalam title tag.Perkataan “wan yusof” ada dalam permalink.

    Amalan terbaik dalam mempraktikkan teknik ini adalah dengan memasukkan kata kunci dalam title tag, permalink dan meta description.

    1. Cipta new post atau new page.

    2. Pada permalink, klik edit. Masukkan kata kunci. Klik ok.

    ubah permalink

    5. Copywriting Versi Google

    Saya mulakan dengan pernyataan.

    Meta Description tidak mempengaruhi kedudukan SEO.Namun meta description mempengaruhi kadar klik. (CTR)

    Saya terangkan sekarang.

    title tag wan yusof

    Meta description ibarat copywriting pendek.Tujuannya mempengaruhi pencari untuk klik atau tidak.

    Apabila meta description ada kaitan dengan title Tag dan permalink, pencari lebih cenderung untuk klik pada website ini.

    Amalan terbaik dalam mengoptimumkan meta description adalah dengan memasukkan kata kunci ke dalam meta description.

    1. Cipta New Post. Masukkan konten seperti biasa.

    2. Turun ke bawah.

    3. Masukkan kata kunci ke dalam kotak description (meta description).

    ubah meta desciription

    6. Rancang Internal Link Berkesan

    “Apakah topik yang paling sesuai bagi saya yang baru nak belajar SEO?”

    SEO Mapping.

    Ini adalah fundamental. Ini adalah ibu kepada segala rahsia SEO.

    SEO Mapping adalah satu proses merancang struktur website.

    Apabila jelas struktur website, maka kita boleh susun internal link dengan betul.

    Internal link adalah link yang dicipta.Link ini menghubungkan satu page dengan satu page yang lain.Dalam website yang sama.

    Apabila saya mencipta link untuk topik SEO Mapping, maka saya telah mencipta satu internal link.

    internal link

    Google memandang page yang menerima banyak internal link sebagai page yang paling penting.

    Jadi bina internal link yang mendorong pelawat website untuk pergi ke page paling utama.Page paling utama diputuskan menerusi proses SEO Mapping tadi.

    Lihat contoh di bawah.

    Page utama = Tempah Homestay Kuala Lumpur.Page bukan utama = Long tail 1, Long tail 2, Long tail 3​.

    Pelawat ditarik masuk menerusi artikel long tail.Apabila mereka membaca artikel long tail, mereka akan didorong untuk ke page Tempah Homestay Kuala Lumpur.​

    Contoh lakaran SEO Mapping

    Contoh lakaran SEO Mapping

    7. Beri External Link 

    Link dari website kita ke website lain = external link.

    Apabila satu website berikan link kepada website lain, website itu kehilangan kredit.

    Website yang menerima link itu pula mendapat kredit.

    external link

    Makin banyak website menerima link dari website lain, makin banyak kreditnya.Makin banyak kredit website itu, makin teguh kedudukannya di halaman pertama Google.

    Atas sebab itu maka ramai blogger SEO takut untuk berikan external link kepada website lain. (takut kehilangan kredit)

    Sebenarnya apabila berikan external link kepada website lain, kita memudahkan Google mencari website kita.

    Bahkan website kita juga dipandang sebagai website berautoriti dan berkredibiliti lantaran ada rujukan dan kredit kepada mereka yang berhak menerimanya.

    Baca artikel Empat Kunci On-Page SEO. Saya terangkan dengan lebih terperinci cerita external link ini.

    Brian Dean, Guru SEO berikan tip external link. Kata beliau,

    “Masukkan external link bagi setiap 1000 patah perkataan”

    pesanan brian dean

    Pesanan dari Guru SEO, Brian Dean.

    8. Jumlah Perkataan Disukai Google

    Sekarang kita masuk kepada satu rahsia.

    Ini adalah strategi yang tak ramai orang Malaysia mahu tahu.Apatah lagi mahu buat.

    Jadi apabila anda buat, anda akan berada beberapa tapak di hadapan.S

    Saya cakap berdasarkan pengalaman dan pembacaan.Ini betul-betul. Bukan cubaan.

    Jumlah patah perkataan mempengaruhi kedudukan website di Google.Jumlah patah perkataan mempengaruhi persepsi pembaca yang masuk ke website anda.

    Dapatan SerpIQ

    Dapatan SerpIQ

    Mengikut dapatan daripada serpIQ, jumlah patah perkataan yang disukai Google adalah 2000-3000 patah perkataan.

    Secara logiknya, kita boleh memahami website yang menulis 2000-3000 patah perkataan adalah website yang bersungguh-sungguh.

    Website ini panjang adalah website berkualiti.

    Apabila website berkualiti, Google suka.Misi Google adalah memaparkan hasil carian yang berkualiti.

    Dalam mengejar misi ini, saya cadangkan mulakan secara berperingkat.

    Andai kita biasa mengarang artikel sepanjang 200 patah perkataan, letakkan sasaran baru kepada 300 patah perkataan.

    Andai kita biasa mengarang artikel sepanjang 500 patah perkataan, letakkan sasaran baru kepada 700 patah perkataan.

    Begitulah seterusnya. Tingkatkan ikut kemampuan. Usah terburu-buru.​

    Bagi menyemak panjang artikel, gunakan beberapa tools mudah dan percuma seperti Microsoft Word, WordPress dan Word Counter.

    word counter.net

    Semak guna Wordcounter.net

    word count word

    Semak guna Microsoft Word.

    9. Guna Heading Tag Dengan Betul

    Pernah tak anda terfikir bagaimanakah Google mengenal pasti apakah poin-poin penting dalam satu artikel?

    Google gunakan Heading Tag.

    Heading Tag disusun ikut hierarki.

    heading tag

    Apabila mahu beritahu Google ini adalah poin penting, gunakan heading 1.Pastikan hanya ada satu H1 dalam satu page atau post.

    H2, H3, H4 boleh ada banyak. H2 biasanya digunakan sebagai subtitle.

    Contohnya dalam setiap post di website wanyusof.com, tajuk utama artikel adalah H1.Manakala kesemua subtitle menggunakan H2.

    heading tag guideline

    Pilihan heading ini boleh didapati pada paparan wordpress. Klik pada ikon kecil di tepi perkataan paragraph.​

    cara buka heading tag

    Bagi menyemak sama ada heading tag wujud ataupun tidak dalam page kita, install Moz Bar.Ini adalah tool percuma yang sangat berguna.

    1. Masuk ke moz.com. Cari SEO toolbar.

    2. Download dan install. (ada versi berbayar, guna yang percuma saja)

    moz bar

    3. Apabila mahu melakukan semakan, tekan ikon “M” (1). Kemudian klik ikon “On-Page (2).

    moz bar

    10. Tingkatkan Kelajuan Website

    Bayangkan masuk kedai makan.Tunggu 30 minit tak ada orang layan.

    Apa anda buat?

    Sama juga di website.Apabila pelawat website masuk website, mereka mahu tengok paparan dengan segera.

    Andai asyik loading, mereka lari keluar.

    Semak kelajuan website di pingdom speed test.

    semakan di tools.pingdom.com

    Semakan di tools.pingdom.com

    Kelajuan website dipengaruhi banyak faktor. Antaranya,

    • Jumlah gambar dalam pageSebaiknya, kurangkan jumlah gambar dalam setiap page. Gambar yang berkualiti tinggi boleh memperlahankan website.Alternatifnya, muat naik gambar dalam format jpeg. Format ini lebih ringan
    • Jumlah PluginPlugin yang terlampau banyak akan memperlahankan website. Aktifkan plugin yang tidak perlu. Utamakan yang perlu sahaja.
    • Kelajuan ServerBagi mengatasinya, tukar kepada hosting yang baru. Tanya kepada mereka yang pakar server yang sesuai. Ataupun gunakan CDN.
    • Susunan KodApabila kod pengaturcaraan tidak kemas, website jadi perlahan. Seeloknya dapatkan khidmat dari programmer yang mahir. Atau gunakan theme yang terbukti berkesan.

    11. Cipta Website Mesra Smartfon

    Majoriti pengguna melayari website menggunakan smartfon.

    Website yang mesra smartfon diutamakan Google apabila carian dibuat menerusi smartfon.

    Bagi menyemak adakah website anda mesra smartfon atau pun tidak, layari website Google Mobile Friendly.

    Masukkan website dan lihat paparan.

    google mobile friendly

    Andai website tidak mesra smartfon, hubungi developer.

    Anda boleh menukar paparan website supaya mesra smartfon menerusi dua cara.

    • Menggunakan plugin mesra smartfon.
    • Mendapatkan theme yang mesra smartfon (mobile responsive).

    Theme mesra smartfon dari ThemeForest

    Theme mesra smartfon dari ThemeForest

    12. Gabungkan Google dan Facebook

    Apabila kita kongsi link artikel di media sosial, perbuatan ini boleh menarik trafik.

    Makin banyak orang share, makin tinggi jumlah pelawat yang akan masuk website.

    Timbul persoalan, “Kalau link website di-share ramai orang di facebook, banyakklah kredit ke website sayakan”. (lihat topik external link di atas).

    Jawapannya.

    Link dari media sosial dikenali sebagai Nofollow link.

    Link ini tidak dikira dalam menentukan kedudukan di Google.

    Namun usah kecewa. Sabar dulu.

    Ada ‘sesuatu’ di sebalik link ini.

    Link dari media sosial berpotensi menarik trafik.Link dari media sosial berpotensi juga menarik influencer.

    Influencer = orang berpengaruh.

    Apabila orang berpengaruh berkongsi artikel kita, maka website kita mendapat perhatian.

    Perhatian ini nilainya sangat tinggi.

    Ibarat seorang artis popular yang mencadangkan kepada peminatnya supaya membeli produk kita. Maka berduyun-duyunlah peminat artis ini datang ke kedai kita.

    13. MUAT NAIK GAMBAR MESRA GOOGLE

    Ini adalah kesilapan ramai pemilik website.Mereka upload gambar ke internet tanpa strategi yang betul.

    Akibatnya, apabila orang cari gambar produk mereka, tak jumpa.Lebih malang lagi, jumpa produk pesaing.

    Mahu tahu kenapa?

    Ramai orang suka upload gambar yang bernama 20022.jpeg, IMG10001.png.

    Nama-nama gambar ini tak ada makna.Google tak faham.

    Tukar nama itu kepada deskripsi produk.

    Contohnya penapis-air-coolway.jpeg, tudung-paridah.png.

    Seterusnya selepas muat naik gambar dengan nama yang betul, masukkan juga ALT TAG.

    Gunakan ALT TAG yang sama dengan nama produk itu.ALT TAG membantu Google mengenal pasti gambar produk itu.

    1. Sebelum muat naik gambar, rename terlebih dahulu.

    rename gambar

    2. Apabila muat naik, setkan Title dan Alt Text.

    image alt 2

    WHAT’S NEXT

    Panduan ini memang panjang.

    Syabas dan tahniah kerana berjaya sampai ke penghujungnya.

    Anda adalah orang yang hebat.Andai kata anda mahu pergi deeeep lagi untuk belajar SEO, saya jemput anda sertai SEOVERSITI.

    Di sini anda akan belajar strategi dan taktik bagaimana nak jadikan website anda boleh tarik pelanggan berkualiti. Detailnya saya terangkan di sini.