folder Filed in SEO
Empat ‘Kotak’ SEO Yang Buatkan Google Suka Website Anda
By Wan Yusof Wan Jeffery comment 9 Comments access_time 1 min read

Mencari sesuatu di internet sentiasa dikaitkan dengan Google.
Malah kita sebut “aku google sekejap”.

Google sudah jadi kata kerja. Bukan setakat satu jenama.

google kata kerja

Satu fakta penting. Apabila cari sesuatu menerusi Google, kita tidak mencari di internet.

Sebaliknya kita mencari apa yang ada dalam Google.

Ibaratnya begini. Mahu beli buku Teknik SEO Sempoi. Buku ini ada dijual di kedai-kedai buku.

Cuma kita pilih kedai buku Wan Yusof. Cari di situ dan beli di situ.

Demikian juga halnya di internet. Kedai buku itu ibarat perpustakaan Google. Besar dan banyak sungguh. Macam-macam ada.

Kita hanya akan jumpa apa yang ada dalam perpustakaan Google. Andai tak ada dalam perpustakaan Google, tak jumpa.

Kita hanya akan jumpa apa yang ada dalam perpustakaan Google.

Andai tak ada dalam perpustakaan Google, tak jumpa.

Click to Tweet

Perpustakaan Google = Google Index of the Web

Google Index of the Web sentiasa bertambah. Setiap hari ada saja buku (website) yang ditambah.

Bagi menambah jumlah website yang ada dalam Google Index ini, Google melantik pekerja yang rajin. Namanya spider.

Spider akan bergerak dari satu website ke website yang lain. Hasil lawatannya akan dicatat. Seterusnya dimasukkan ke dalam Google Index.

Setiap catatan disusun rapi. Ikut kategori dan formulasi tersendiri. Supaya senang dicari.

Saksikan video oleh Matt Cutt. Beliau dulunya bertugas sebagai ketua unit spam di Google. Matt Cutt merupakan tempat rujukan semua pemain SEO.

Bagaimana Google Memilih Siapa No 1

Dalam video tadi, Matt Cutt menyebut satu formula, PageRank.

PageRank ini diperkenalkan oleh Larry Page dan Sergey Brim.

PageRank melihat berapa banyak website dari luar yang memberikan link ke website kita.

Makin banyak link dari website lain, makin tinggi markah yang kita dapat. Jadi semakin tinggi peluang untuk jadi nombor 1 di Google.

link building

Dulunya PageRank versi umum didedahkan kepada orang ramai. Namun sekarang PageRank sudah tidak diberitahu. Pemilik website tak dapat nak tahu markah website mereka.

Sebab itu orang akan kata PageRank sudah tidak menjadi. Sebetulnya PageRank masih ada. Cuma jadi rahsia Google saja.

Selain dari PageRank, Matt Cutt juga menyebut beberapa kriteria-kriteria lain.

Kriteria ini boleh dipecahkan kepada empat kategori:

  • On-Page SEO
  • Off-Page SEO
  • Teknikal SEO
  • Konten

Hasil gabungan empat faktor ini menentukan website berada di mana.

Kita tidak tahu berapa markah website kita secara tepat.

Cuma hasilnya boleh dilihat di Google. Buat carian. Kemudian lihat website kita muncul atau tidak. Andai ada di halaman pertama, maksudnya website kita disukai Google.

On-Page SEO

Bagi memudahkan kefahaman topik ini, saya sarankan Tuan dan Cikpuan baca artikel anatomi SEO.

Ini adalah struktur asas yang mudah namun sangat berbaloi memahaminya.

On-Page SEO adalah apa yang kita boleh buat di website. Kita ada kuasa menentukannya.

Ibarat rumah kita. Perabot dan susunan kita yang tentukannya.

Komponen on-page SEO terdiri daripada SEO Mapping, Title Tag, Meta Description, Permalinks, Internal Links dan Sitemap.

Pada title tag, meta description dan permalinks, kita mahu masukkan kata kunci ke dalamnya. Video tutorial langkah demi langkah ada saya terangkan dalam Teknik SEO Sempoi.

in line banner seo

Saya sangat rekomen Tuan dan Cikpuan menyertai Teknik SEO Sempoi andai Tuan dan Cikpuan berminat dengan ilmu SEO.

Bagi SEO Mapping, ini merujuk khusus kepada strategi SEO paling penting 2017. Website yang tak ada SEO Map ibarat rumah tak ada pelan. Haru biru nak membinanya.

Off-Page SEO

Perkataan off-page merujuk kepada di luar website kita.

Dalam artikel backlink, saya menerangkan secara terperinci bagaimana memaksimumkan fungsi ini.

Secara umumnya, apabila website lain memberikan link ke website kita, kedudukan website meningkat.

Syaratnya link itu mestilah datang dari website yang relevan dan berautoriti. Website berautoriti adalah website yang terkenal dalam industri itu kerana konten yang berkualiti.

“Kalau saya buat iklan di website terkenal macam mana?”

Apabila kita membuat pengiklanan di website berautoriti tinggi, kita dapat trafik. Pengunjung klik dan masuk ke website kita.

Namun link itu tidak ada nilai. Google kenal link iklan. Link ini jatuh dalam kategori no-follow.

link building

Teknikal SEO

Bahagian ini adalah cabang yang tak termasuk dalam kategori on-page dan off-page. Antaranya latent semantic index, snippet, amp, natural language processing dan beberapa istilah lagi.

Topik teknikal ini tidak disarankan untuk permulaan.

Cukup setakat on-page dan off-page SEO.

Pun begitu topik teknikal ini diperlukan andai kita mempunyai pesaing yang betul-betul mahir SEO.

Di Malaysia, persaingan SEO masih tidak sengit. Siapa mula dulu, dia beruntung.

Yang untungnya, di Malaysia, persaingan masih lagi tidak sengit. Jadi pengetahuan tentang topik ini boleh dibiarkan dahulu.

Konten

Ada orang bertanya, “Apakah ada cara andai saya mahu tidak sentuh lansung bab teknikal?”.

Ada.

Belajar ilmu menulis konten.

Konten yang berkualiti tinggi tahap viraliti. Ianya senang tersebar dan diminati.

Konten berkualiti sentiasa diingati, senang dikongsi, masuk ke dalam hati.

Pembaca akan berkongsi dan terus berkongsi.Malah Google sendiri acap kali berpesan, “Tulis konten untuk audien”.

Website yang berbekalkan kekuatan konten bertahan lama. Pembaca susah melupakannya. Malah apabila hilang, pembaca akan mula mencari.

Sebab itu, gabungan SEO dan Content Mastery akan menghasilkan satu gandingan luar biasa mantap. Website mesra Google. Website mesra pembaca.

Hasil pemerhatian saya ke atas beberapa website yang diuruskan mendapati, makin kerap konten dihasilkan, makin ramai audien yang datang.

Makin kerap konten dihasilkan, makin ramai audien yang datang. #wanyusof #tss

Click to Tweet

Lebih menarik, kebanyakkan audien datang secara sukarela.

Gabungan Empat Kunci SEO

Sekarang Tuan dan Cikpuan pilih kunci pertama.

On-page, off-page, teknikal atau konten.

Kemudian mulakan sekarang. Lakukan optimisasi terhadap kunci yang dipilih. Andai perlukan bantuan, sertai Teknik SEO Sempoi.

website teknik seo sempoi

Antara konten Teknik SEO Sempoi

Di sini ada video tutorial dan kumpulan FB.

Makin awal kita bermula, makin cepat kita sampai ke halaman pertama. Syaratnya, gunakan strategi dan teknik SEO yang betul.

konten off-page on-page seo teknikal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Cancel Post Comment

  1. mmg betul..bila kita lakukan search keyword dalam bahasa melayu..mereka yang publish artikel dahulu dpt page depan..tapi sekarang bahasa melayu kena bersaing dgn blog dari indonesia juga