folder Filed in SEO
Black Hat SEO: Penalti Dari Google Apabila Buat 7 Perkara Ini
By Wan Yusof Wan Jeffery comment 9 Comments access_time 1 min read

Dalam ilmu SEO, ada dua pecahan.
Ilmu putih dan ilmu hitam.

Ilmu putih disebut sebagai White Hat SEO.
Ini ilmu yang disukai Google.

Ilmu hitam pula ilmu larangan.
Disebut sebagai Black Hat SEO.

Apabila mahu kuasai ilmu SEO, kita sukar mengenali ilmu yang dipelajari itu termasuk dalam kategori mana.

Ianya bergantung kepada siapakah guru kita.

"Ramai pengamal teknik SEO terperangkap dengan ilmu hitam yang disangka putih"

Ini kerana ada ilmu yang asalnya dibenarkan Google, namun telah disahkan tidak boleh.

Kesannya website dikenakan penalti oleh Google.

Saksikan video ini. Kemudian baca artikel dibawah.

Artikel dibawah menerangkan 7 ilmu black hat SEO yang tidak dibenarkan.

Kesemua ilmu hitam ini memang sah tidak disukai Google.

Jadi elak dan jauhkan diri daripada amalan terpesong ini.


#1 HIDDEN TEXT

Mari kita mulakan dengan aktiviti ini.

Bolehkah Tuan baca tulisan di kotak pertama?

contoh hidden text

Tak nampak apa-apa?

Tulisan itu menulis ‘tulisan ini berwarna putih’.
Disebabkan warnanya yang sama dengan latar, maka kita tak dapat baca.

Pun begitu, robot Google masih dapat membaca.

Jadi ada yang memanipulasi kaedah ini bagi mendapatkan kedudukan nombor 1 di Google.

Helah ini dipanggil Hidden Text.

Mereka yang mengamalkan kaedah ini akan menyembunyikan kata kunci. Kata kunci akan diulang banyak kali.

Namun semuanya warna putih.
Tak nampak di mata pembaca.

Apabila Google masuk, Google dapati banyak kata kunci diulang. Google sangka ini penting.

Lalu Google berikan prioriti pada page ini untuk muncul di Google.
Cuma kaedah ini sudah tidak berkesan.

Malah andai didapati bersalah, website akan dikenakan penalti oleh Google.

Bagi Google, perbuatan ini cuba menipu pembaca dan Google. Jadi tidak ada belas kasihan dalam perkara ini.


#2 KEYWORD STUFFING

Pengamal teknik ini mengulang kata kunci secara sangat kerap.

Berbeza dengan hidden text, kata kunci tidak disembunyikan.
Kata kunci dimasukkan ke dalam ayat.

Contohnya begini.

keyword stuffing

Contoh Keyword Stuffing

Kata kunci Homestay Kota Bharu diulang dan diulang.
Bukan saja Google dapat kesan.
Malahan pembaca juga rasa tidak seronok.

Terlalu jelas ayat-ayat yang ditulis tidak melekat dan bersifat pengulangan.

Ilmu hitam ini disebut sebagai Keyword Stuffing.

Ada mazhab yang mengajar teknik ini.
Dan siap ada kalkulator lagi.
Istilah yang digunakan adalah Keyword Density (KD).

Hari ini keyword density digunakan sebagai amaran.
Apabila satu kata kunci itu mempunyai keyword density lebih 2%, maka kita digalakkan mengurangkan kata kunci itu.

Keyword density yang terlalu tinggi menyebabkan Google anggap website cuba melakukan keyword stuffing.

Hasilnya, kedudukan website diturunkan dari hasil carian Google.


#3 DOORWAY PAGES

Dalam senarai ilmu hitam Google, ilmu ini antara ilmu bunuh diri.

Apabila ditangkap akan terus dibawa ke mahkhamah Google. Seterusnya hukuman berat bakal dikenakan.

Doorway pages adalah satu teknik menipu pengguna secara terang-terangan.

Teknik ini banyak diamalkan oleh website-website scam.

Pengguna masuk ke website.
Nampak ada 10 menu.
Namun apabila klik kesemua link pada menu itu, kesemuanya pergi ke satu page sahaja.

doorway pages

Ibaratnya, ada 10 pintu masuk ke rumah.
Kesemua 10 pintu itu sebenarnya mendorong ke satu pintu utama yang sama saja.

Sekaligus membuatkan pengguna kecewa dan rasa tertipu.

Sebab itu Google sangat memandang serius perbuatan ini.


#4 DUPLICATE CONTENT

Kembar seiras yang berlainan ayah dan ibu.

Macam mana ya?

Ini contoh amalan Duplicate Content.

duplicate-content-1

Konten sama (kredit gambar: moz.com)

Konten sama namun wujud di empat website yang berbeza. Google tidak suka.

Bagi Google setiap hasil carian mestilah berbeza-beza.
Supaya ada pilihan yang pelbagai.

google suka
google tak suka

Apabila ada website yang copy-paste konten website lain, perbuatan ini dikenali sebagai plagiarism.

"Plagiarism berlaku apabila ada konten yang sama di website berbeza ataupun di website sendiri"

Bagaimana boleh ada konten sama dalam website sendiri?

Penulis tulis artikel A.
Tim lakukan suntingan dan cipta variasi artikel A.
Mereka namakan artikel B. Kandungannya 90% sama.

Bahagian penyiaran tekan publish kedua-dua artikel.
Lalu jadilah artikel A dan B dengan konten yang hampir sama.
Di website yang sama.

"Bagaimana pula dengan website penyiar?"​

Contohnya, cari artikel viral di Facebook, minta kebenaran penulis kemudian siarkan di website.

Perbuatan ini juga dikira sebagai plagiarism pada mata Google.

Jadi apa penyelesaian tak?

Ada. Jawapnnya ada di bawah. Teruskan membaca.​


#5 SPAM COMMENTS

Apabila ada website, kita akan dapati ada beberapa komen pelik-pelik datang. Tak henti-henti komen di blog.
Komentarnya pula mengarut.

Contoh spam comment

Contoh spam comments

Ini adalah teknik Spam Comments.

Komen tidak relevan ini dibuat oleh robot. Mereka redah masuk website dan bagi komen sesuka hati.

Tujuannya mewujudkan backlinks ke website.
Dengan harapan akan naiklah ranking website mereka.
Walaupun link itu dari kategori do-follow link.
(p/s: dalam artikel ini saya terangkan apa itu do-follow link)

Teknik ini memang menempah bahaya.
Satunya perbuatan ini tidak disukai oleh pemilik website.
Dan yang kedua Google memang akan memberikan pukulan maut.

Bagi pengguna wordpress, apabila menerima komen begini, terus tandakan 'Spam'.
Ini beri signal kepada Google untuk menjejaki robot itu.

mark spam

Bagi langkah pencegahan, gunakan plugin Akismet.
Caranya senang sahaja.

1/ Log masuk > Plugins > Add New > Taip Akismet

akismet 1

2/ Klik Get your API Key.

akismet 2

3/ Masukkan email, username, password dan klik Sign Up.

akismet 4

4/ Pilih pakej pilihan. Bagi website peribadi, boleh mulakan dengan pakej Basic.

akismet 5

5/ Masukkan nama dan pilih harga yang ingin dibayar. Andai mahu percuma, tarik sehingga $0.

akismet 6

6/ Klik Activate this site. Kemudian di paparan seterusnya, klik Save. Siap!

akismet 8

#6 ARTICLE SPINNING

Ini adalah plagiarism tahap kedua.
Ilmu back hat ini sangat unik.

Satu perisian dicipta.
Perisian ini baca banyak artikel.
Kemudian dia sedut beberapa perenggan dan ayat.
Seterusnya dia pusing kedudukan ayat-ayat tadi.

Jadi nampak macam satu artikel baru.
Walhal masih lagi artikel yang sama.

Teknik ini dipanggil Article Spinning.

Lihat contoh mudah di bawah.

Artikel Asal

Search Engine Optimization merupakan satu proses berkawan dengan Google. Apabila berkawan dengan Google, Google suka. Hasilnya Google akan naikkan ranking website kita. Website senang dijumpai di Google

Artikel Pusing (Spinned)

Apabila berkawan dengan Google, Google suka. Website senang dijumpai di Google. Search Engine Optimization merupakan satu proses berkawan dengan Google. Hasilnya Google akan naikkan ranking website kita

Artikel pusing kelihatan lari sedikit dari sudut susunan dan aturan. Namun ianya masih difahami oleh pembaca.
Jadi tak ramai pembaca sedar akan perkara ini.

Bagi Google, perbuatan ini secara terang-terangan mahu menipu Google dan pembaca.

Ditambah lagi dengan perbuatan plagiarism.
Ambil konten orang tanpa kebenaran.
Pusing dan mengaku sendiri tulis.

#7 CLOAKING

Pernahkah Tuan alami situasi begini.

Buat carian di Google.
Apabila klik carian itu, tiba-tiba masuk website mengarut.
Tidak relevan lansung dengan apa yang kita cari.

Apa perasaan Tuan?

Inilah yang disebut sebagai Cloaking.
Ini juga ilmu hitam peringkat tinggi.

Pengamal ilmu ini cipta dua website.
Satu website untuk robot Google, satu lagi untuk manusia.

Perbezaan manusia dan robot dikesan menerusi alamat ip.
Apabila manusia yang klik, pemilik website memaparkan halaman tipu.

Yang tak ada kaitan dengan carian.
Contohnya website perjudian atau website seksual.
Kebiasaannya mereka mahu pembaca lihat iklan yang dipaparkan.

cloaking

Apabila robot klik url itu, robot diberikan satu website tipu (dummy).

Tujuannya mahu menipu robot Google.
Supaya robot Google anggap carian yang dibuat tadi adalah relevan dengan website.

Jadi memang terang lagi bersuluh teknik ini dibenci dan diburu Google.

Siapa kena tangkap, potong kepala.


Bagaimana Menyiarkan Artikel Orang Lain Dengan Betul

Bagi tujuan ini Google telah menyediakan satu fungsi.
Namanya canonical URL.

Canonical URL bertindak dengan memberikan kredit asal kepada sumber utama. Sumber original.

canonical url

Apabila menyiarkan artikel bukan milik sendiri, pilih text pada paparan wordpress.

Kemudian masukkan ayat ini.

<link rel="canonical" href="alamat asal artikel itu" />

canonical wordpress

Apabila robot Google masuk, robot tahu bahawa artikel ini ada sumbernya.

Lalu robot Google tidak mengenakan penalti.
Dan tidak menganggap website ini sebagai plagiarism.


KESIMPULAN

Bagi yang baru mendalami ilmu SEO, seeloknya cari guru yang betul. Yang dipercayai.

"Rahsia SEO yang bertahan lama adalah pada teknik yang betul digabungkan dengan konten berkualiti"

Ini resepi yang tak akan pernah salah.
Sebab itu di Teknik SEO Sempoi, saya sangat menekankan penghasilan artikel berkualiti sebagai satu aset utama.

Artikel yang berkualiti menjadikan website kita dirindui pembaca.

Google pula semakin sayang lantaran konten yang relevan.

Jauhi ilmu hitam.
Haram dan membahayakan.

Ada pertanyaan?
Komen di bawah.​

#KemasKini

Artikel ini telah disiarkan pada 28 Januari 2017. Dan telah dikemas kini pada 2 Jun 2017.

black hat seo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Cancel Post Comment

  1. Kesemua teknik ini memang pernah berkesan dan diajar satu masa dulu. Especially untuk buat duit dengan program affiliate Clickbank. Sekarang… memang dah tak berkesan dan tak boleh pakai.

    Siapa yang tak up to date, memang akan terkena la.

  2. Best! Lagi info baru yang Cik Lisa dapat belajar hari ini. Banyak benda yang first time dengar dan ini sedikit sebanyak bantu saya dan blog blog saya.

    Walaupun baru nak bertatih, exposure untuk semua info baru ni sangat berguna.

    Terima kasih. ?

  3. Black Hat SEO adalah ada taktik yang dirancang untuk memanfaatkan dan memperagakan algoritma.

    Mereka kata beat the algorithm.

    Selama 20 (atau lebih) tahun terakhir ini adalah permainan kucing dan tikus untuk mesin pencari Google yang berusaha mengubah kodnya dalam usaha menjaga mesin pencari dengan hasil yang berkualiti.

    Apa yang paling saya ingat adalah

    1) Guest book spamming- book spamming was a major webspam tactic.

    2) Meta Tag Stuffing – merupakan sejarah SEO blackhat akan lengkap tanpa menyebut tag meta. Ada masa Google memberikan penekanan pada tag meta-kata kunci. Peraturan praktis untuk blackhat SEO pada akhir tahun 90an adalah “memasukkan seberapa banyak kata kunci ke seberapa banyak tempat yang berbeza.”

    3) Webrings- Ia adalah Black Hat senarai teratas sehingga pada masa itu ada webmaster membuat semua panduan dan ebook ini untuk “memiliki” kejayaan webring.

    4) Link Exchanges – Ini masih lagi orang buat. mana tidak contoh LinkExchange.com dibeli boleh Microsoft pada tahun 1998 dengan harga $ 250mm untuk mempromosikan perkhidmatannya.”

    Dr terimakasih atas perkongsian