Nota Content Marketing Percuma »

Panduan SEO: Download Senarai Semak (Edisi Kemaskini)

panduan seo terbaru

Apabila website mesra Google, website senang muncul di Google.
Mesra Google = Search Engine Optimized.

"SEO? Teknikal sangat ini. Takut"

Sabar. Usah resah gelisah.
Saya hasilkan panduan SEO ini khas untuk anda.

Panduan ini memaparkan senarai semak teknik dan tools apa yang perlu dilakukan. Supaya website berada di halaman pertama hasil carian.​

Panduan ini pecah kepada 4 komponen utama: tools, on page, off page dan teknik seo.

Gunakan panduan SEO ini sebagai SOP website.
Download, cetak dan tandakan mana yang sudah buat.
(p/s: nak download panduan ini? link download ada di bawah)

tools seo
on page seo
off page seo
content seo
media sosial seo
teknikal seo

Mula Panduan SEO (Tools)

mula seo

Ini proses membina tapak. Guna platform yang sedia ada. Dari Google. Kesemuanya percuma. Kemudian tambah plugin dan website lain bagi memudahkan.

  • ​Semak tahap kesihatan website di Makmal SEO.
  • Daftar dan sambungkan Google Analytics.
  • Daftar dan sambungkan Google Search Console.
  • Semak kelajuan website di WebPageTest atau Test With Google.
  • Install dan aktifkan plugin SEO: Sama ada Yoast atau All in One SEO Pack.
  • Aktifkan fungsi sitemap menggunakan plugin Yoast atau AIO.
  • Install SSL certificate.
  • Daftar bisnes di Google My Business.

On Page SEO

on page seo

Ini adalah perkara-perkara yang kita boleh buat terus di website. Kesan on page bersifat terkumpul. Makin cantik on page seo, makin cantik website pada pandangan Google. Artikel 13 Teknik On Page SEO adalah pelengkap kepada panduan ini.

  • Masukkan kata kunci dalam Title Tag.
  • Tukar settings permalink kepada post.
  • Pastikan permalink tidak terlalu panjang.
  • Masukkan kata kunci dalam meta description.
  • Masukkan kata kunci pada dalam perenggan pertama artikel.
  • Gunakan sinonim dalam artikel.
  • Masukkan Image ALT yang relevan dengan gambar.
  • Gunakan H1 (kebiasaannya tajuk utama) hanya sekali dalam satu post atau page.
  • Gunakan H2 yang ada kata kunci sekurang-kurangnya sekali di dalam artikel. (pilihan)

Off Page SEO

off page seo

Nilai off page sangat tinggi. Terutamanya apabila website mendapat backlink dari website berkualiti. Ianya seperti orang berkata, "Masuklah website ini, kontennya sangat bagus".

  • Hantar konten kepada influencer supaya mereka berkongsi artikel dengan pengikutnya.
  • Munculkan artikel di hadapan influencer.
  • Jadi guest post di website yang berkualiti dan relevan dengan niche website sendiri.
  • Siarkan konten di website berautoriti tinggi seperti Slideshare, Tumblr, Youtube.
  • Menyusun atur internal link di website secara berstrategi. Supaya page authority meningkat.
  • Cipta infografik menarik dan sebarkan. Letakkan alamat website pada infografik itu.

Content SEO

content seo

SEO dan konten bagaikan isi dan kuku. Hilang satu, pincang satu. Gabungan konten yang mesra SEO mempercepatkan kedudukan website melonjak ke halaman pertama.​

  • ​Artikel mempunyai internal link ke page penting (cornerstone).
  • Tulis dalam bahasa bercakap (conversational tone).
  • Tebalkan (bold) atau gariskan (underline) poin-poin penting.
  • Ulang kata kunci utama 2-3x di dalam artikel. Elakkan pengulangan terlalu banyak kerana ini dikira sebagai keyword stuffing.
  • Masukkan multimedia ke dalam artikel seperti video, gambar.
  • Usahakan panjang artikel 500-1000 patah perkataan.
  • Artikel mempunyai link rujukan website lain (sekiranya perlu).
  • Masukkan sinonim dalam artikel. Gunakan LSIgraph ataupun fungsi Google autosuggest.
  • Semak persaingan kata kunci menggunakan tools seperti Google Keyword Planner atau Keyword Finder.
  • Gunakan Teknik Modifier bagi mempengaruhi kadar klik.

Teknikal SEO

teknikal seo

Elemen ini bersifat pelengkap kepada proses optimisasi website. Andai belum bersedia biarkan telebih dahulu. Andai sudah siap sedia, mulakan sekarang.

  • Ada link do follow dan no follow yang relevan.
  • Sitemap website sudah dihantar menerusi Google Search Console.
  • Fail robot.txt diaktifkan menerusi plugin Yoast atau AIO.
  • Semak website mesra smartfon.
  • Usahakan panjang artikel 500-1000 patah perkataan.
  • Mencipta website mesra Accelerated Mobile Pages - AMP. (Pilihan)

Media Sosial SEO

media sosial seo

Media sosial adalah tempat mendapat pengunjung (trafik). Meskipun link yang datang bersifat no follow, namun usah bimbang. Ianya tetap beri kesan kepada nilai page itu.

  • Cipta akaun media sosial bagi jenama produk itu: FB, Twitter, Instagram dan seterusnya.
  • Pada kotak deskripsi, letakkan nama website.
  • Kongsi link artikel di saluran media sosial yang relevan.
  • Gunakan hashtag relevan pada setiap post di media sosial.
  • Integrasi website dan Facebook menerusi Instant Articles.
  • Kongsi konten terbaru di Google Plus.

Mengapa Mula Sekarang

Proses SEO ambil masa.
Ibarat menanam pokok.
Hari ini semai benih.
Hasilnya datang kemudian hari.

Bagi website yang mulakan proses optimisasi sekarang, mereka beruntung.

Website akan mula menunjukkan peningkatan dalam hasil carian.

Jumlah pengunjung akan bertambah.
Hari demi hari.
Secara konsisten.

Jadi usah tunggu.
Muat turun checklist ini dan mula sekarang.​
(p/s: tolong kongsikan dengan rakan-rakan)

download checklist seo
13 comments
azrinros - June 6, 2017

Terima kasih Dr.

Perkongsian yang detail dan wajib mula diamalkan sekarang.

Reply
    mrhanafi - July 11, 2017

    saya akan jadikan bacaan wajib artikel dalam blog ini..

    sangat membantu.

    Reply
Cik Lisa Wangi - June 7, 2017

Terima kasih Dr. Wan Yusof. Perkongsian yang terperinci dan saya memang perlukannya!

Teruskan berkongsi ilmu ya.

Terima kasih.
Cik Lisa Wangi recently posted…Tips Minum Air KosongMy Profile

Reply
cikpinz - June 7, 2017

Terima kasih Dr. Banyak yang perlu ditambah baik selepas ini.
cikpinz recently posted…Jelajah CSR PPTD : Kembara Ramadhan Edisi Utara 2017My Profile

Reply
Azni - June 7, 2017

Wahh terbaik lah. Dah p kelas seo. Tp content nj lagi jelas
Azni recently posted…Mudahnya beli barang dapur di Honestbee myMy Profile

Reply
Cik Ash - June 9, 2017

Terima kasih pengkongsian ni

Reply
mrhanafi - June 11, 2017

terima kasih tuan..

saya sangat berpuas hati..

terbaik dalam kela yang tersendiri..
mrhanafi recently posted…3 Tanda Ada Orang Yang Merindukan KitaMy Profile

Reply
Anuar - June 14, 2017

Terima kasih di atas info yang sangat mahal ni…. Terbaik tuan… 😉
Anuar recently posted…Pak Ya Homestay Seri Iskandar PerakMy Profile

Reply
Laila Mukhtar - July 8, 2017

Comprehensive Writting

Terima Kasih Tuan Dr. Wan!

Reply
El - July 8, 2017

Wow! Hebat.

Jazakallah.
El recently posted…Saiz Perut Bayi Baru Lahir Besar Mana? Adakah Anak Saya Cukup Susu?My Profile

Reply
[email protected] - July 28, 2017

Terima kasih Tuan..panduan yg sgt2 berguna..tapi sgt2 la terknikal..huhu
[email protected] recently posted…Tips Nak Sentiasa Tampil CantikMy Profile

Reply
Naimah Wahab - August 12, 2017

Dah bookmark Dr. Wan Yusuf punya blog. Terima kasih sangat kerana sudi berkongsi ilmu. Mudah untuk diikuti.

Reply
Click here to add a comment

Leave a comment:

CommentLuv badge