folder Filed in SEO
Mengapa E-Commerce Website WAJIB SEO?
By Wan Yusof Wan Jeffery comment 0 Comments access_time 2 min read

Sekarang ini jumlah peniaga online semakin bertambah dari hari ke hari. Jumlah website e-commerce juga meningkat pada kadar yang luar biasa. Dijangkakan perkembangan positif ini akan terus berlaku dengan pesatnya.

Bagaimana dengan anda? Sudahkah anda mempunyai website e-commerce?

Jika anda berniaga online dan anda masih belum mempunyai website e-commerce, maka ianya adalah sesuatu yang perlu anda rancangkan.

Berniaga di Facebook atau Instagram elok dan bagus. Namun anda akan menyedari proses dokumentasi dan pembelian menerusi platform sebegini sukar. Ditambah lagi Facebook dan Instagram bukanlah platform anda. Maksudnya, jika platform ini ditutup maka secara automatiknya bisnes anda akan ditutup.

Berbeza dengan website, ianya adalah premis anda 100%. Anda mempunyai hak ke atasnya sepenuhnya. Jadi dari segi fleksibiliti, website adalah platform yang terbaik.

Sebab 1: Lipat Gandakan Jualan!

Persaingan jualan online semakin sengit. Bayangkan jika satu jenis produk dijual oleh 10 orang peniaga, bagaimanakah pelanggan ingin memilih anda?

Maka di sinilah hadirnya SEO. Tahukah anda yang 89% pelanggan menggunakan enjin pencari seperti Google untuk membuat penilaian dan semakan sebelum mereka membeli!

Ini bermakna jika pelanggan menaip ‘Tudung Muslimah Terbaru’ dan website anda muncul no.1 di hasil carian Google, maka kebarangkalian untuk website anda menerima kunjungan meningkat dengan mendadak.

Jadi dengan memanipulasi teknik SEO, anda boleh melonjakkan website anda ke muka hadapan hasil carian Google sekaligus berpotensi menghasilkan jualan berlipat kali ganda.

Sebab 2: P-E-R-C-U-M-A

Ramai orang menghabiskan duit yang banyak untuk membuat iklan di FB tetapi hasilnya tidak semacam yang diimpikan. Malahan ada yang tidak ada hasil pun.

Sedangkan SEO adalah percuma! Anda tidak perlu membayar Google walau satu sen pun untuk menaikkan website anda. Apa yang penting, website anda perlu menepati garis panduan yang dikeluarkan oleh Google.

Jadi tersangatklah rugi jika anda tidak mempraktiskan SEO dalam website anda. Teknik Zero-Marketing yang sering dilupakan!

Sebab 3: Kesan Yang Berkekalan

Ada yang memberi komen katanya SEO susah dan perlukan kepakaran. Sebetulnya ianya bergantung kepada siapa guru anda dan teknik apa yang diajar.

Secara peribadi, saya menggunakan Teknik SEO Sempoi. Teknik ini adalah teknik termudah, Copy-Paste, sahaja. Teknik ini saya pilih dan saring daripada segala macam teknik yang saya belajar. Ianya praktikal dan doable. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Teknik SEO Sempoi, klik pautan ini.

Suka untuk saya maklumkan, teknik SEO yang menepati garis panduan Google akan menghasilkan kesan berpanjangan dan berkekalan. Maksudnya, jika website anda menjadi no.1 di Google maka ianya akan kekal untuk tempoh masa yang lama. Malah mungkin selama-lamanya.

Jadi dari sudut penjenamaan, SEO adalah strategi pemasaran yang murah dan menghasilkan kesan yang signifikan.

Apakah SEO E-Commerce Satu Pilihan?

Pada saya TIDAK. Jika anda memiliki E-Commerce website, maka ianya satu kemestian. Sebagaimana yang saya terangkan di atas, SEO adalah percuma dan kesan jangka panjangnya sangat menguntungkan. Jadi anda tidak mahu menjadi antara orang yang lambat mempraktiskan SEO.

e-commerce seo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Cancel Post Comment