Blog

  • Confirmation Bias

    Apabila kita menulis sesebuah artikel, kita akan mencari bukti-bukti yang akan membenarkan idea atau pendapat kita. Ini dikenali sebagi Confirmation Bias.

    Confirmation bias bukanlah sesuatu yang baru. Seringkali ianya digunakan terutamanya dalam Politik, Agama, dan Motivasi.

    Apabila kita terbiasa dengan confirmation bias maka kita juga akan terbiasa dengan Disconfirmation bias. Yakni kecenderungan untuk lari dan tidak percaya dengan idea yang membangkang pendapat kita.

    Memiliki minda yang terbuka dan suka mendengar akan mengurangkan kita menjadi kelompok ekstrem untuk kedua-dua jenia bias ini.

  • 3 Cara Eksploitasi Akal dan Bagaimana Anda Boleh Mengelakkannya?

    3 Cara Eksploitasi Akal dan Bagaimana Anda Boleh Mengelakkannya?

    Pandangan mata selalu menipu.
    Pandangan akal selalu tersalah.
    Pandangan nafsu selalu melulu.
    Pandangan hati itu yang hakiki. Kalau hati itu bersih..

    Saya sangat tertarik dengan akal manusia. Penulis lirik lagu di atas cukup tajam analisa dan pengalamannya. Percaya atau tidak keputusan akal kita sering tersalah. Terutamanya dalam aspek pembelian.

    Saya ingin berkongsi bagaimana akal manusia diekploitasi oleh jurujual untuk membuat jualan dan bagaimana anda boleh mengelakkannya.

    1. Ilusi Jubah Cantik
    Ilusi ini terbentuk apabila seseorang itu keliru antara faktor dan hasil. Apabila seseorang ternampak iklan jubah yang cantik, pandangan mereka sebenarnya fokus kepada model yang memakai jubah itu iaitu HASIL. Tetapi produk yang akan mereka beli adalah jubah sahaja bukan model itu.

    Teknik ilusi ini sangat efektif dan digunakan oleh hampir semua orang. Pelanggan dikelirukan dengan hasil sedangkan faktor-faktor lain yang mendorong kepada hasil itu tidak diambil kira.

    Contoh lain adalah dalam iklan produk makanan seperti kiub ayam. Dalam iklan kiub ayam, yang ditunjukkan adalah sup ayam yang sedap iaitu HASIL. Sedangkan dalam proses memasak sup, bukan hanya kiub yang menjadi penentu rasa sedap itu, ada bahan lain yang memainkan peranan.

    Robert Dobelli dalam bukunya ‘The Art of Thinking Clearly’ menamakan fenomena seperti ini sebagai The Swimmer’s Illusion.

    Menurut Dobelli, jika kaedah ini tidak digunakan dalam pengiklanan, hampir separuh iklan tidak akan berfungsi dan efektif!

    2. Barang Yang Terhad
    Ilusi Juba Ajaib biasanya akan dibantu oleh satu lagi elemen untuk mempercepatkan proses memukau audiens. Elemen itu adalah terhad ataupun ‘scarcity’.

    Contoh penggunaan elemen ini adalah dengan mengehadkan tarikh promosi pada waktu tertentu. Ini menyebabkan pelanggan resah dan gelisah. Mereka akan merasa rugi jika tidak mengambil tindakan segera. Akibatnya belian terus dibuat secara impulsif.

    3. The Buyer’s Stockholm Syndrome
    Dan untuk memburukkan lagi keadaan, akal kita sering kali terdedah kepada The Buyer’s Stockholm Syndrome. Maksud lain kepada istilah ini adalah justifikasi dan rasionalisasi selepas pembelian.

    Seringkali kita rasa menyesal selepas membuat sesuatu pembelian atas pelbagai faktor. Oleh itu jiwa kita kacau dan rasa tidak tenteram. Maka kita akan mencipta alasan untuk menyokong tindakan kita supaya kita berasa tenang.

    Kesimpulannya, saya tidak mengatakan anda tidak boleh membuat keputusan menggunakan akal, cuma anda perlu berhati-hati. Akal senang dieksploitasi. Jadi jangan biarkan anda menjadi mangsa iklan seterusnya.

  • “STOP! SEO sudah outdated!”

    “STOP! SEO sudah outdated!”

    Anda berminat nak belajar SEO atau teknik-teknik SEO? Ataupun mungkin anda pernah belajar SEO tetapi ingin membuat revisi tetapi tidak tahu ingin bermula daripada mana?

    Kali ini saya ingin kongsikan panduan dan teknik mempelajari SEO untuk bisnes online.

    S-E-O adalah satu industri yang cukup besar potensinya. Setiap tahun anda akan dengar orang kata:

    “SEO dah tak relevan..outdated..KO”

    Namun SEO tidak akan mati. Malah akan terus berkembang. Dan disebabkan oleh perkembangan yang pesat maka ramai yang tidak mampu mengikutinya.

    SEO pada asasnya boleh dibahagikan kepada dua bahagian;
    1) Fundamental
    2) Advanced

    Fundamental SEO tidak akan pernah berubah. Teknik fundamental SEO sentiasa sama dan tidak akan bersalahan dengan panduan Google. Manakan Teknik SEO versi Advanced memerlukan kepada kefahaman yang kukuh terhadap fundamental SEO.

    Jika anda ingin memulakan proses menguasai teknik SEO, mulakan dengan fundamental SEO. Dalam fundamental SEO, anda perlu menguasai perbezaan antara On-Page dan Off-Page SEO.

    Dalam Teknik On-page SEO, kunci untuk menguasai ilmu ini adalah dengan memahami anatomi SEO. Anda perlu tahu bagaimana memanipulasi Title Tag, Meta Description.

    Sementara dalam Teknik Off-page SEO, kuncinya adalah pada cara anda membina pautan(link). Dalam erti kata lain bagaimana anda membina hubungan diplomatik dengan website yang lain. Selepas anda menghadamkan fundamental SEO, anda boleh baca artikel saya berkenaan Strategi Membina Link yang menyentuh tentang kaedah ini.

    Kesimpulannya, SEO tidak sesukar yang anda bayangkan. Malah mudah dan senang jika kena teknik SEO yang betul. Sebagaimana anda tidak perlu memahami bagaimana elektrik berfungsi untuk menghidupkan lampu, demikian juga dengan SEO. Anda tidak perlu memahami semua istilah dan konsep SEO, cukup dengan hanya ikut dan buat sahaja.

  • Hospital Ramadhan

    Hospital Ramadhan

    “Eh dah pukul 536”

    “Astaghfirullah” saya beristghfar panjang. Bingkas saya angun mencapai tuala untuk membersihkan diri. Jantung berdebar-debar.

    “Baru 1 syawal dah failed…” detik saya dalam hati.

    Ada kerisauan bermain di dalam diri. Sepanjang Ramadhan kita boleh bangun awal pagi tetapi bila masuk sahaja 1 Syawal, keupayaan itu hilang serta merta.

    Terngiang-ngiang kuliah yang disampaikan Ustaz petang semalam.

    “Hari ini adalah hari terkahir kita berada di Hospital Ramadhan.Esok kita akan didiscaj keluar.Ingatlah semua, berada dalam Hospital Ramadhan selama 30 hari menandakan krtikalnya sakit ROH kita…orang tak masuk wad lama-lama.Lagi lama maksudnya lagi teruk..”

    Benar. Pesakit yang lama berada di hospital pastinya ada isu yang tidak selesai. Mungkin sebab penyakitnya yang tidak sembuh-sembuh atau ada hal lain yang menghalang.

    Roh kita 11 bulan lamanya dikotorkan, dan tatkala masuk Ramadhan, roh ini melalui proses penyucian dan rawatan.

    “Tapi…tak semua orang bersih dalam 30 hari ini…ada yang kena tahan lagi…” sambung Ustaz.

    “Mungkin inilah agaknya hikmah di sebalik Puasa 6 Hari Syawal,sebagai sambungan kepada siri penyucian” saya mengagak.

    Di hari yang mulia ini,marilah kita terus menjaga roh kita agak terus dekat dengan Allah s.w.t. Semoga kita terus istiqamah dalam amalan dan perbuatan. Pesan guru saya,

    “Ramadhan adalah latihan, sebelas bulan selepas itu adalah ujian”

    . تقبل الله منا ومنكم. كل عام وانتم بخير.تقبل منا يا كريم.

    Selamat Hari Raya Aidilfitri
    Maaf Zahir dan Batin

    Wan Yusof Wan Jeffery dan Keluarga

  • Strategi Latent Semantic Index

    Strategi Latent Semantic Index

    Satu perkara yang sangat menarik tentang Google adalah cepatnya mereka berevolusi. Pelbagai macam produk dan kemaskini dilakukan setiap waktu. Keupayaan ini bertitik tolak daripada budaya inovasi yang dibentuk di Google sebagaimana yang ditulis oleh Eric Schmidt dalam bukunya “How Google Works”

    To develop a culture of innovation like Google has at your own company, make it a priority to hire and retain “smart creatives”, or uniquely talented and motivated employess.

    Antara inovasi yang sangat terkehadapan dalam industri enjin pencari adalah “Latent Semantic Index (LSI).” Teknologi ini sangat hebat dan luar biasa. Latent Semantic Index adalah teknologi yang membolehkan robot enjin pencari menafsir dan memahami artikel mengikut konteks yang betul.

    Robot enjin pencari adalah robot. Maksudnya robot ini tidak memahami apa yang kita tulis pada asalnya. Robot ini menafsirkan ayat-ayat berdasarkan tanda noktah, koma, tanda seru, struktur ayat dan sebagainya. Sebagai contoh, kedua-dua ayat di bawah adalah lengkap dan sempurna, jadi pada robot ayat-ayat ini boleh dikira sebagai ayat yang sempurna.

    Ayat 1: Hari ini saya makan maggi di kedai Cik Kiah bersama kawan-kawan. Rasanya sedap dan lazat. Harga pun boleh tahan.

    Ayat 2: Hari ini saya minum maggi di kedai Cik Kiah bersama beruang-beruang. Rasanya cantik dan busuk. Harga pun sempoi.

    Tetapi bagi manusia, kita dengan cepatnya tahu bahawa ayat kedua salah dan tidak tepat. Ada kemungkinan penulis tidak berapa fasih Bahasa Melayu atau menggunakan Google Translation =P

    Jadi ini adalah kelemahan robot Google pada awalnya. Namun selepas pengenalan Latent Semantic Index, robot Google sudah boleh memahami ayat yang ditulis!

    Latent Semantic Index merupakan satu kaedah matematik yang menggunakan teknik Singular Value Decomposition untuk memahami paten dan kaitan antara konsep dan istilah. Dalam bahasa mudahnya, robot Google akan membandingkan perkataan-perkataan yang digunakan dalam ayat itu.

    Sebagi contohnya, apabila kita bercakap tentang memasak, maka perkataan yang berkaitan dengan memasak adalah seperti sayur, minyak dan makanan. Google akan mencari perkataan-perkataan ini di dalam artikel anda. Jika anda maka artikel anda dikira relevan. Tetapi jika dalam artikel memasak, tiba-tiba keluar perkataan iPhone”, maka Google dengan segera mengenalpasti yang artikel anda adalah spam!

    Strategi Latent Semantic Index

    Terdapat beberapa aplikasi yang menawarkan analisa perkataan-perkataan berkaitan seperi SEO Context Analyzer dan Market Samurai. Kedua-duanya merupakan software berbayar dan disarankan jika anda ingin serius dalam industri SEO. Namun jika anda inginkan strategi yang percuma, maka pastikan artikel anda ditulis oleh manusia.

    “Hah…ada ke artikel bukan ditulis oleh manusia??”

    Ada. Terdapat plugin atau robot yang boleh menulis artikel. Robot ini cukup unik dan hebat juga. Anda hanya perlu masukkan kata kunci berkaitan dan robot ini akan siapkan artikel untuk anda. Tetapi risikonya adalah seperti ayat 2. Jadi saya tidak sarankan anda menggunakan kaedah ini.

    related searches

    Yang keduanya adalah anda boleh melihat indikator daripada Google. Selepas anda membuat carian, turun ke bawah dan cari “Searches related to…”(rujuk gambar di atas). Kotak ini memaparkan perkataan-perkataan berkaitan. Jadi semasa anda menulis artikel, cuba masukkan kata-kata kunci yang ditebalkan(bold) oleh Google.

    Jika anda mempunyai persoalan berkenaan Latent Semantic Index, boleh komen di ruangan di bawah ataupun PM saya di FB. Dan sekiranya artikel ini bermanfaat, kongsikan juga dengan kawan-kawan yang lain.

  • Apa Itu Canonical URL?

    Apa Itu Canonical URL?

    “Kalau website saya copy paste artikel orang, kena penalti tak?”

    Apa jawapan anda? Jawapan anda sebenarnya akan menentukan sejauh mana pengetahuan anda tentang SEO.

    Secara umumnya, Google sangat membenci kandungan berulang(duplicated content). Kandungan berulang bukannya dicipta oleh penulis website berkenaan tetapi biasanya disebabkan oleh pencetak rompak.

    Timbul persoalan kenapa website yang berkonsepkan berita(news) mempunyai ranking yang bagus sedangkan kandungan mereka diambil di serata website.

    Di sinilah ‘Canonical URL’ memainkan peranan. Canonical url adalah elemen yang akan memberitahu Google lokasi sebenar artikel itu. Jadi apabila robot enjin pencari datang ke website anda, robot itu akan mengetahui sumber artikel yang sebenar.

    Canonical url boleh dicipta dengan menggunakan tag html:

    <link rel=”canonical” href=”http://teknikseosempoi.com/apa-itu-seo”/>

    Jika anda tidak biasa dengan bahasa html, anda boleh mencari plugin untuk canonical url. Ada juga sesetengah theme yang memang menyediakan ruang untuk anda mencipta canonical url.