folder Filed in Fundamental
Strategi PALING Penting Dalam Perniagaan Online 2016
By Wan Yusof Wan Jeffery comment 2 Comments access_time 4 min read

Database!

Itu sahaja kata kunci artikel ini. Kalau mahu tamatkan boleh berhenti di sini. Kalau mahu teruskan, saya akan kongsikan Bagaimana Mahu Mendapatkan Database Secara Online.

Apabila anda berniaga secara offline mahupun online, anda MESTI dapatkan data pelanggan anda. Minimum data adalah email. Jika dapat nombor telefon maka itu memang terbaik.

Sekiranya anda berniaga menerusi iklan di FB, maka jangan sia-siakan iklan anda dengan hanya membuat iklan menjual sahaja.

Anda perlu faham, dalam perniagaan, prosesnya bermula dengan:
1. tengok-tengok
2. pegang-pegang
3. tawar menawar
4. beli

sales funnel

Untuk pelanggan bertukar dari peringkat (1) ke (4) ianya mengambil masa. Ada yang lama dan ada yang singkat. Dan hakikatnya, kadar penukaran (1) ke (4) adalah sekitar 10-20% sahaja.

Dalam erti kata lain, kalau kedai anda dikunjungi 1000 orang, jumlah mereka yang membeli mungkin sekitar 10 orang sahaja. Kalau dapat 100 orang itu sudah melompat.

Bagaimana Ingin Mendapatkan Database?

Kaedah Popup
Prinsip asas dalam proses ini adalah ‘Give and you shall receive’. Beri dan bersedia untuk menerima.

Bagi pelanggan, mereka perlu mendapatkan sesuatu sebelum mereka memberikan sesuatu. Maka anda perlu mencari atau mencipta sesuatu itu.

Kebiasaannya anda akan dipaparkan dengan Pop-pup yang akan menawarkan anda sesuatu. Contohnya 5 Ilmu Online Marketing Yang Anda Nak Sangat Tahu. Apabila anda klik link ini, maka anda akan diminta memberikan email.

Nasihat saya, sekiranya anda ingin menggunakan kaedah ini, berikan sesuatu yang benar-benar bernilai. Elakkan memberi sesuatu yang bersifat gula-gula kerana ini adalah kredibiliti anda. Jika anda memberikan sesuatu yang tidak ada nilai maka kesannya anda akan dapat email yang tidak berkualiti. Ini seterusnya akan mempengarui kadar konversi anda.

Kaedah Giveaway
Taktik ini banyak diguna pakai di Facebook dan Instagram. Syarat untuk layak dalam giveaway ini adalah anda mesti memberikan email.

Kaedah ini sangat berkesan apabila hadiah yang diberikan terlampau dahsyat. Pengguna berpandangan ‘apalah sangat email mereka dibandingkan dengan hadiah sebuah iPhone’. Kelebihan kaedah ini adalah ianya cepat menjadi viral dan tersebar.

Biasanya penganjur akan menambah beberapa syarat lagi seperti mesti tag 10 orang, mesti Like and Share dan sebagainya.

Kaedah Welcome Mat
Jika anda perasan, sekiranya anda masuk ke website saya buat kali pertama, anda akan dipaparkan satu halaman khas yang anda tidak akan jumpa selepas ini. Tujuannya masih sama iaitu mendapatkan email pengguna.

Apakah kaedah ini berkesan? Ianya sangat berkesan dengan syarat website anda mestilah menghasilkan artikel yang berkualiti. Ini kerana apabila anda menambah nilai pada seseorang maka seseorang itu akan berterima kasih kepada anda. Dan salah satu cara berterima kasih adalah dengan memberikan email yang betul.

Kaedah Konten Berkualiti
Sebetulnya inilah cara untuk mendapatkan data yang paling berkesan. Cuma ianya tidak dipraktikkan sangat kerana kesukaran menghasilkan konten yang berkualiti. Prinsip asasnya masih sama, ‘terhutang budi.

Jika anda perasan, baru-baru ini satu artikel tulisan Neil Patel berkaitan analisa beliau terhadap kontent di media sosial menjadi viral. Dari situ trafik masuk mencurah-curah ke website beliau. Dan apabila trafik masuk dengan banyaknya, maka banyak juga yang akan memberikan email kepada beliau menerusi opt-in dalam website beliau.

Apakah tool yang boleh digunakan untuk Opt-In?

Setakat pengalaman saya mencuba pelbagai macam Opt-in, saya membuat keputusan Opt-In yang terbaik adalah opt-in yang dihasilkan oleh Sumome.com.

Keputusan ini saya buat kerana dua sebab utama:
1. Percuma
2. Sangat mudah digunakan

Ada beberapa penyedia Opt-In yang menarik seperti Thrive Theme dan Opt-In Monster, tetapi kos untuk mendapatkan servis ini agak mahal terutamanya jika anda baru bermula dalam dunia online.

Untuk mendapatkan SumoMe, anda boleh layari SumoMe.com atau anda log masuk ke halaman wordpress anda. (Hanya wordpress yang dihos sendiri ada fungsi ini). Kemudian pergi ke Plugin > Add New Plugin.

add new plugin

Masukkan ‘Sumome’ dalam kotak carian dan klik cari. Kemudian klik install.

carian sumome

Anda akan perasan terdapat satu ikon notifikasi di atas sebelah kanan anda. Klik ikon berkenaan dan daftar akaun anda. Ianya percuma.

ikon appsumo

Seterusnya anda akan dipaparkan dengan ‘Store’ appsumo. Walaupun namanya ‘Store’ ini tidak bermaksud anda perlu membayar atau membeli apa-apa.

Sekiranya anda ingin install Popup, maka pilih List Builder. Sekiranya anda ingin install Welcome Mat, pilih Welcome Mat.

pilihan appsumo

Macam mana? Adakah artikel ini membantu anda? Kalau membantu, beritahu kawan. Kalau ada soalan, komen di bawah =)

opt-in sumome

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Cancel Post Comment