folder Filed in Ads
FB Ads : The 2 Step System
By Wan Yusof Wan Jeffery comment 6 Comments access_time 3 min read

“Saya sudah buat iklan di FB tapi sales masih sendu”

“Cost per purchase saya makin mahal. Dah tak ada untung dah”

“Iklan saya tak jadi. Klik banyak. Tapi hasilnya krik krik”

Adakah anda pernah mengalami masalah di atas?

Saya ingin kongsikan The 2 Step System.
Satu sistem yang saya dan tim gunakan untuk klien-klien kami.

Dan saya tunjukkan satu hasil daripada kempen yang kami jalankan.

Disclaimer: Tujuan saya tunjukkan jualan ini adalah bukan untuk menunjuk. Sekadar untuk memberitahu yang kaedah ini terbukti berkesan.

Apakah The 2 Step System

Taktik ini merupakan teknik pengiklanan yang paling mudah dan ringkas.
Namun hasilnya tetap berbaloi.

Dalam taktik ini, kita membahagikan audien kepada dua kumpulan sahaja:

COLD AUDIENCE WARM AUDIENCE
Audience yang tidak pernah kenal produk atau brand kita Audience yang baru nampak iklan kita / engagers / video watchers

Setelah membahagikan audience kepada dua kumpulan, kita cipta iklan yang khusus untuk mereka ini.

Iklan Cold fokus pada mendapatkan KLIK.
Iklan Warm fokus pada mendapatkan JUALAN.

Funnel The 2 Step System

Dalam funnel ini, anda perlukan:
1. Iklan cold (Step 1)
2. Landing page
3. Iklan warm (Step 2)

Iklan cold dicipta untuk menarik audience ke dalam landing page.
Setelah audience masuk ke landing page, maka mereka akan nampak iklan warm itu.

Dalam istilah lain, iklan warm adalah iklan retargeting.

Bagaimana Buat Iklan Warm

Untuk mencipta iklan warm, perkara pertama yang anda perlu ada adalah FB Pixels.

Pastikan FB Pixels dimasukkan ke dalam website. Gunakan extension FB Pixels Helper (link) untuk melakukan semakan.

Setelah itu pergi ke business manager Facebook, dan pilih menu Audience.

Klik Create Audience dan pilih website. Masukkan link landing page itu.
Sebagai contoh,

LINK LANDING PAGE : www.wanyusof.com/the-2-step-system
MASUKKAN : /the-2-step-system

Anda boleh pilih jumlah hari. Pemilihan jumlah hari ini bergantung kepada berapa lama funnel ini akan berjalan.

“Apa yang terjadi kalau saya set jumlah hari = 14?”

Facebook akan semak siapakah yang melawat landing page itu dalam masa 14 hari yang lalu. Kemudian Facebook kumpulkan mereka dalam satu kolam.

Seterusnya iklan anda akan dipaparkan kepada kolam itu.

Kenapa The 2 Step System Berhasil

Teknik ini menunjukkan iklan yang betul kepada orang yang betul.

Teknik ini juga menjimatkan kos kerana ianya mengasingkan cold dan warm. Tidak tembak semua orang serentak.

Landing page anda memainkan peranan yang cukup penting.
Landing page yang dibuat berfungsi sebagai FILTER + FIRST TOUCH.

Filter bererti mereka yang berminat akan terus membaca landing page sampai ke hujung.

Manakala First Touch bererti anda membuat penampilan pertama dalam minda pelawat. Secara analoginya, first touch ini cinta pandang pertama!

Ada pelawat yang akan beli terus.
Tapi majoriti akan keluar tanpa sebarang pembelian.

Repetion is the mother of success

anonymous

Bagi mereka yang belum jatuh cinta pandang pertama, maka tugas ini diserahkan kepada iklan warm.

Iklan warm kebiasaannya akan fokus kepada:
1. Tawaran meleleh
2. Halangan-halangan membeli (objection handling)
3. Bonus

Last Point Untuk Anda

Pertama, sekarang masa untuk tindakan.
Lakukan sekarang dan lihat keberkesanannya.

Kedua, andai kata anda berminat untuk belajar The 2 Step System – Advanced Methood dengan lebih terperinci, saya ada tawaran istimewa.

Pada ketika ini saya sedang mencari pemilik E-Commerce yang ingin belajar bagaimana membuat jualan menerusi website.

Konsep pembelajaran adalah senang sahaja:
1. Anda akan masuk ke dalam satu kumpulan rahsia.
2. Setiap bulan saya akan share 1 video tutorial kes studi: Bagaimana Kempen Yang Kami Buat dan Hasilnya
3. Anda boleh tanya sebarang soalan, dan saya akan jawab.

Nama group ini adalah E-Commerce Mentoring

“Bagaimana kalau saya tidak ada e-commerce?”

Sekiranya proses pembelian produk anda berlaku menerusi website, maka anda boleh sertai.

Namun sekiranya pembelian produk anda TIDAK melibatkan website, kumpulan ini tidak sesuai.

E-Commerce Mentoring juga memerlukan mereka yang sudah tahu asas pengiklanan di FB seperti setup iklan, tanam pixels.

Andai kata anda berminat, boleh terus pergi ke sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Cancel Post Comment

  1. Slmku Slm Kasih Syg Saudara Wan Yusof.
    Sblm saya ajukan soalan, izinkan saya cerita sdkt sbyk latar blkg saya.

    1. Seorg guru, hobi masa lapang berniaga sambilan dan skrg ini ingin focus dgn lbh mendlm berkenaan perniagaan e-commerce yg saya rasa lbh sesuai utk saya urus dan kembangkan scr sambilan dan berbaloi.

    2. Pengalaman saya dlm perniagaan pernah terjebak dengan jualan produk retail, dunia MLM, investment, dan pd 2019 br terjebak dgn perniagaan ecom. (Fingo).

    3. Untung & rugi tu biasa, prnh cuba pelbagai kaedah utk dptkn profit, tp percubaan jualan di fb ads result mmg krik krik..tdk prnh buat jualan scr live spt ramai peniaga buat skrg krn meraskan tidak sesuai sbg seorg guru.

    4. Jadi pendekatan utk sustain peluang dan hobi saya, ingin juga saya teruskan utk bertindak dgn lbh baik dan mendapat result yg setimpal.

    5. Soalan saya di sini ialah;
    5.1 Apakah jalan terbaik utk saya teruskan niat utk membina halaman website ?

    5.2 Adakah pakej yg ditawarkn kpd saya sesuai ?
    **pakej dr serverfreak cPanel Web Hosting Semipro (Annually). Anggaran RM316-+

    5.3 Adakah langkah saya ini betul utk sedikan website memandangkan semua platform spt fb page, fb group, wssap group, & br2 ini telah membina platform You Tube utk tools perniagaan saya?

    5.4 Apakah pandangan dan bantuan yg blh saudara Wan Yusof blh salurkan kpd saya kerana saya tertarik dgn blog saudara dan banyak perkara yang perlu saya belajar.

    6. Maaf saya tidak mengenali saudara sebelum2 ini dan saya rasakan di sinintempatnya utk saya menimba ilmu utk perniagaan sambil2an saya.

    Terima kasih.

  2. “Saya sudah buat iklan di FB tapi sales masih sendu”

    “Cost per purchase saya makin mahal. Dah tak ada untung dah”

    “Iklan saya tak jadi. Klik banyak. Tapi hasilnya krik krik”

    Adakah anda pernah mengalami masalah di atas?

    Saya ingin kongsikan The 2 Step System.
    .
    .
    Saya suka tuan tulis post start dengan solan. InsyaAllah saya pun nak buat di blog dan website saya –>> https://cowayrunner.com.my

  3. Iklan warm kebiasaannya akan fokus kepada:
    1. Tawaran meleleh
    2. Halangan-halangan membeli (objection handling)
    3. Bonus

    InsyAllah saya follow system tuan iklankan kelas eUsahawan saya

    Terima kasih banyak banyak tuan