Blog

  • Kegeniusan Pencipta Tayar Michelin

    Kegeniusan Pencipta Tayar Michelin

    Pada tahun 1900, hanya ada 3000 buah kereta berlegar di jalan raya di Perancis.Michelin, syarikat pencipta tayar, mula berfikir.“Makin banyak kereta dihasilkan, makin banyak tayar digunakan.Makin tinggi juga jualan mereka”.Lalu Michelin buat satu perkara.Michelin cipta Michelin’s Guides.Dalam ini bukan panduan tukar tayar.​Dalam Michelin’s Guides ada tempat makan, tempat isi minyak, senarai hotel dan senarai kedai tayar Michelin.​Mudahnya, Michelin’s Guide = panduan jalan-jalan cari makan.

    michelin guide

    Panduan ini diberikan percuma.Supaya semua orang dapat guna.Lalu…Berlaku banyak pergerakan.Banyak guna kenderaan.Banyak tayar digunakan.Kesannya jualan tayar Michelin mencanak naik.​Michelin menggunakan konten sebagai senjata pemasaran 😊​Menarik?​Begitulah kekuatan konten.Bersahaja namun berbisa.

  • Taktik Marketing Starbucks, Apple, Subway dan The Power of Personalization

    Taktik Marketing Starbucks, Apple, Subway dan The Power of Personalization

    Ada satu eksperimen pelik.Peserta direkrut dan dibahagikan kepada dua kumpulan.

    Peserta kumpulan A dikehendaki menyiapkan origami.Memandangkan kesemua peserta adalah orang yang baru dalam origami, maka Prof Ariely menyediakan arahan dan cara-cara untuk buat origami dengan terperinci.Selepas peserta siap, Prof beritahu bahawa hasil karya origami mereka berpotensi untuk dijual.Peserta diminta meletakkan harga yang dirasakan sesuai.

    Untuk kumpulan B, mereka tidak buat origami.Sebaliknya mereka diminta untuk menilai hasil origami peserta kumpulan A dan meletakkan harga yang sesuai.

    Apabila dibandingkan harga kumpulan A berbanding B, peserta kumpulan A meletakkan harga 5X lebih mahal berbanding harga yang diberikan oleh kumpulan B!

    Eksperimen ini kemudiannya diulang lagi…dengan sedikit perubahan…Kali ini peserta baru tidak diberikan arahan melipat origami dengan terperinci.Mereka harus cuba-cuba dan fikir sendiri.

    Hasilnya origami mereka tidak berapa nampak rupa.

    Kemudian mereka diminta menilai hasil karya mereka.

    Dan…

    Kumpulan ini memberikan nilai harga lebih tinggi berbanding kumpulan A!

    Kenapa jadi begitu?

    Pertama, macam yang saya terangkan dalam The IKEA Effect, apabila sesuatu produk itu melibatkan campur tangan pengguna, mereka lebih menghargai produk itu.

    Jadi mereka cenderung untuk memberikan nilai yang tinggi.

    Daripada eksperimen ini, kita dapati semakin banyak atau semakin susah pengguna perlu buat, semakin tinggi nilai yang diberikan.

    Syarikat-syarikat gergasi makin banyak menggunakan teknik ini.Mereka sebut sebagai “PERSONALIZATION”.

    Personalization bukan sekadar menunjukkan produk itu khas untuk pengguna.Bahkan personalization berfungsi memberikan rasa milik bersama yang lebih kuat.

    Di Starbucks, anda boleh cipta air minuman ikut suka. Ada nama anda lagi.

    Di Subway, anda boleh pilih kombinasi sandwich apa yang anda mahu.

    Di Apple, anda boleh tulis nama anda pada produk seperti iPad.

    Apabila sesuatu produk itu mempunyai sentuhan anda, maka anda lebih sayang dan meletakkan nilai yang jauh lebih tinggi dari yang sepatutnya.

    Jadi…

    Mulakan personalization dalam kempen anda.Hasilnya berbaloi-baloi.

  • Kenapa Diet Selalu Fail & Present-Focus Bias

    Kenapa Diet Selalu Fail & Present-Focus Bias

    Kalau anda ditanya dalam seminggu berapakah kekerapan anda makan kek dan kuih?

    Mungkin anda akan jawab dalam 1-2 kali seminggu. Itupun kalau berminatlah.

    Tapi apabila anda pergi ke kenduri dan anda nampak hidangan kuih muih yang menyelerakan. Nak lagi ada kuih kegemaran anda. Apa anda buat?

    Pastinya anda akan makan. “Ala hari ini je…”Kemudian esok pergi majlis lain dan “ala hari ini je” berlaku lagi.Begitulah seterusnya.

    Belum campur anda makan di kafe-kafe viral.Anda tengok air coklat aiskrim dia…fuh meleleh!Campur kek yang sedap gila…Sedar-sedar sudah habis kena ngap.

    Kenapakah tindakan anda tidak sama dengan apa yang anda rancang di awal tadi?

    Inilah yang disebut sebagai present-focus bias.

    Present-focus bias adalah kecenderungan untuk mendahulukan apa yang dapat hasil lebih cepat walaupun sedikit. Ada juga yang menyebut sebagai immediate gratification.

    present-focus bias

    kredit gambar: https://clockify.me/blog/managing-time/present-bias/

    Selain kita sendiri terdedah kepada present-focus bias, kelemahan ini juga digunakan oleh orang tertentu untuk memanipulasi kelompok tertentu.

    Contohnya…

    Melabur dengan saya, anda dapat dividen 10% sehari. Kalau simpan tempat lain, 10% setahun belum tentu.

    Kalau anda undi saya, anda akan dapat RM100 cash!

    Makanan ini susah nak dapat. Kita buat cheat day hari ini, kemudian esok kita mula ambil makanan sihat.

    Pernah alami?

  • 3 Teknik Cari Idea Copywriting Berkesan (Copywriting Hacking Method)

    3 Teknik Cari Idea Copywriting Berkesan (Copywriting Hacking Method)

    Kenapa anda perlu ada teknik copywriting? Antara masalah yang marketer sering hadapi adalah tak ada idea copywriting. Tak dapat inspirasi. Clueless.

    Kesannya iklan lambat terhasil. Ini bahaya.Salah satu kunci besar dalam kejayaan marketing adalah timing.

    Bayangkan permainan bola sepak. Anda adalah penyerang.

    sepakan gol

    Bola tiba di kaki anda. Penjaga gol sudah terjatuh di sebelah kanan.Anda di sebelah kiri.

    Kalau anda tidak sepak sekarang, pemain lain akan datang.

    Apa anda akan buat?

    Sama saja konsepnya dalam marketing.

    Idea yang hebat kalau salah masa tak menjadi juga.

    Macam kisah Palm.

    Pernah dengar?

    pa,

    sumber gambar: https://www.techspot.com/article/2083-palm/

    Palm merupakan ‘smartphone’ terawal muncul.

    Tapi dia muncul di waktu yang salah.Waktu istilah smartphone tak wujud lagi…Waktu itu jangan kata nak dapat WIFI…Internet pun perlahan yang amat. 

    Akhirnya tamatlah riwayat Palm.

    Begitu juga kalau anda ada idea yang hebat tapi tidak dilaksanakan.Pun akan menerima nasib yang sama.

    Sebagaimana Kodak tidak mahu beralih kepada digital photography.Walaupun semua orang sudah mula pergi ke situ.

    Berbalik kita kepada copywriting…

    Adalah menjadi perkara biasa untuk copywriter mengalami writer’s block.Idea tak datang-datang.

    Jadi untuk mengatasi writer’s block, anda mesti ada 3 senjata.Tiga senjata ini adalah teknik copywriting yang saya gunakan setiap hari.

    3 Teknik Copywriting Atasi Writer’s Block

    1. 1The Ads Library
    2. 2Flow State
    3. 3Ads Inspiration Tool

    Baiklah.Sekarang kita terus kepada senjata pertama.

    Teknik 1: The Ads Library

    Ads Library adalah koleksi iklan-iklan yang anda suka.Boleh jadi anda suka kerana hook, gambar, video…

    Yang penting anda mesti simpan di satu tempat.

    Apabila saya lihat iklan menarik di FB, saya akan cepat-cepat klik SAVE VIDEO.

    save ad

    Kemudian masukkan iklan itu dalam satu collection.Collection ini macam folder.Nama collection anda boleh namakan ikut suka.

    “Macam mana nak cari balik collection yang saya saved tadi?”

    Senang saja.Bila anda perlukan, hanya pergi ke menu dan cari SAVED.

    fbads save

    Sama juga di instagram, anda klik SAVED dan masukkan ke dalam collection.

    Untuk TikTok pula, kalau saya jumpa iklan menarik,saya akan terus download iklan itu.

    save video tiktok

    Jadi sekarang ini anda sudah ada 3 Ads Library:1. Facebook Collection2. Instagram Collection3. TikTok Video

    Mudahkan?Langkah seterusnya adalah pilihan.Saya suka untuk kumpulkan data di satu tempat.Jadi apa yang saya buat biasanya, selain dari save ke dalam collection,saya juga akan hantar ke dalam group telegram.Di group telegram lebih mudah dan senang untuk akses.

    Group ini saya kongsikan dengan tim.Dan mereka pun hantar juga.

    Jadi kita akan sama-sama bina Mega Ads Library.

    Sekarang kita tengok senjata kedua.

    Teknik 2: The Flow State

    Perasan tak ada waktu anda dapat idea mencurah-curah.Waktu itu tulis copywriting senang saja.

    Tapi ada waktu blank terus.

    Macam mana nak dapat waktu yang idea mencurah-curah?

    Inilah yang dikatakan sebagai The Flow State.Saya cadangkan anda baca buku The Art of Impossible dari Steven Kotler.

    Buku ini sangat powerful dan praktikal.

    Flow State adalah keadaan di mana kita betul-betul fokus. 110%!

    Apabila atlet-atlet profesional bertanding, mereka mahu berada di flow state.Apabila berada dalam flow state, anda tidak sedar penat, lama masa berlalu.

    Yang anda tahu siapkan kerja yang perlu disiapkan.

    Jadi sebagai copywriter atau marketer, waktu yang terbaik untuk buat iklan adalah waktu anda berada dalam Flow State.

    Bagi orang biasa, flow state datang tiba-tiba.

    Atau datang sekali sekala.

    Tapi…

    Kalau anda belajar bagaimana mencipta flow state,

    Anda boleh masuk ke flow state setiap hari!

    Sebab itu saya cadangkan anda baca buku Steven Kotler atautonton video ini.

    Kalau anda tak masuk-masuk juga flow state, jangan bimbang.

    Saya akan kongsi dengan anda satu lagi senjata rahsia.Hacking the flow state!

    Nak ke nak sangat?

    Teknik 3: Ads Inspiration Tool

    Marketer yang power mereka pandai ‘mencuri’.Bukan mencuri barang, tapi curi konsep.

    Anda tahu beza antara chef dan tukang masak?Kedua-duanya boleh masak.

    Tapi tukang masak hanya tahu masak resipi yang dia belajar sahaja.Sedangkan chef boleh mencipta resepi menggunakan bahan-bahan yang ada.

    Sebab chef faham konsep atau asas.

    Sama juga dalam kes kita.

    Seorang copywriter yang hebat apabila dia nampak iklan, dia nampak konsep yang digunakan.

    Kemudian dia cuba replicate konsep itu ke dalam iklan dia.

    Bukan tiru bulat-bulat!

    Mungkin anda tertanya-tanya di mana anda ingin ‘mencuri’.

    Inilah tempat-tempat kegemaran saya belajar iklan-iklan power.

    1. Facebook Ads Library

    Ease of use

    Data Quality

    Price

    Percuma

    Facebook Ads Library adalah tempat rujukan utama saya. Anda boleh tengok iklan-iklan dari semua orang.

    Tidak terhad kepada Malaysia saja, bahkan anda boleh pergi ke serata dunia.

    Contoh saya nak tengok iklan yang Mr DIY buat. Taip saja Mr DIY.

    Kemudian saya akan cuba kenal pasti apakah konsep iklan yang digunakan.

    Dalam artikel Contoh Copywriting Power, saya ada buat kajian perbandingan bagaimana 12 advertisers besar di Malaysia beriklan. Anda boleh baca untuk lihat bagaimana saya ambil konsep iklan dari mereka.

    Kelemahan Facebook Ads Library adalah anda kena tahu page mana yang anda ingin lihat.Kalau anda tidak tahu siapa pesaing, maka anda tidak dapat cari mereka.

    Lagi satu, anda juga tidak boleh filter iklan-iklan mengikut objektif.Jadi anda tidak dapat tahu secara spesifik adakah iklan yang ada sekarang ini iklan yang perform atau testing.

    2. TikTok Creative Centre

    Ease of use

    Data Quality

    Price

    Percuma

    Sekarang ini TikTok Creative Centre merupakan tempat inspirasi kegemaran saya. Hampir setiap hari, saya akan buka website ini untuk cari idea-idea baru.

    Apa yang menarik tentang TikTok Creative Centre adalah semua kelemahan Facebook Ads Library tadi sudah diatasi oleh TikTok.

    Anda boleh lihat iklan orang lain mengikut objektif dan industri. Ini sangat power.

    Anda boleh klik pada iklan yang anda mahu kalau nak lebih info.

    3. Meet AdBox

    Ease of use

    Data Quality

    Price

    Berbayar

    AdBox memantau Top 3000 advertisers di Facebook. Kemudian iklan-iklan dari advertiser ini disusun ikut kategori yang relevan.

    Selain dari itu AdBox juga ada menyediakan laporan kes studi, hooks untuk anda baca.

    Secara keseluruhannya, AdBox ini memudahkan kerja anda. 

    Cuma kelemahannya data yang ada tidak sebanyak FB Ads Library ataupun TikTok Creative Centre.

    Dan fokus AdBox lebih kepada US Market.

    4. SwipeFile

    Ease of use

    Data Quality

    Price

    Percuma

    SwipeFile merupakan tempat yang menarik untuk belajar dan ambil inspirasi.Berbeza dengan tiga platform di atas, SwipeFile lebih menyeluruh.

    Ada printing ads, magazine, outdoor dan macam-macam lagi.Tidah terhad kepada iklan di Facebook atau TikTok sahaja.

    Dan ada fungsi filter. Anda hanya klik saja kategori yang ada dan konten-konten akan berubah.

    Kekurangan SwipeFile adalah kekerapan data ditambah agak perlahan.Juga ada kemungkinan anda boleh lari fokus dek kerana terlalu asyik melihat pelbagai iklan yang dipaparkan.

    5. Copy.Ai

    Ease of use

    Copy Quality

    Price

    Percuma/Berbayar

    Copy.Ai merupakan  tool baru yang sedang meningkat naik. Tool ini menggunakan fungsi artificial intelligence untuk menghasilkan ayat jualan.

    Sebenarnya bukan setakat ayat jualan, anda boleh gunakan untuk tulis blog dan ayat dalam email.

    Saya gunakan tool ini untuk mendapatkan idea-idea copywriting.

    Saya tunjukkan contoh. Mula-mula buat New Project.

    Masukkan maklumat berkaitan produk anda.

    Pilih tone. Tone merupakan lenggok atau gaya ayat yang akan digunakan.Kemudian klik create copy.

    Dan tadaa…anda dapat cadangan-cadangan idea copywriting.

    Kalau anda perhatikan, saya masukkan penerangan tentang produk dalam Bahasa Malaysia dan Copy.Ai boleh faham input itu.

    Power ke power sangat?

    Bagi saya tool ini berbaloi untuk anda cuba. Lagipun ada pelan percuma.Anda tak rugi apa-apa.

    Cuma macam biasa…

    Jangan serah bulat-bulat kerja copywriting ini pada robot.Anda perlu semak dan masukkan kreativiti anda juga.

    Teknik Idea Copywriting Berkesan…

    Copywriting adalah satu kemahiran.Kemahiran perlukan latihan.

    Makin kerap anda berlatih, makin bagus kemahiran anda.

    Syaratnya…Ada maklumbalas ataupun feedback.Maklumbalas ini kita dapat daripada hasil iklan.Kalau result iklan makin lama makin bagus, maksudnya kemahiran anda makin bagus.

    Boleh kongsikan apa teknik cari idea copywriting kegemaran anda?

  • Cara Nak Baiki Iklan FB Tak Menjadi

    Cara Nak Baiki Iklan FB Tak Menjadi

    Salah satu punca jualan perlahan adalah kerana masalah iklan fb tak menjadi. Iklan tidak dapat mendapat klik. Maka trafik berkurang. Apabila trafik berkurang, biasanya jualan juga akan menurun.

    cost per purchase

    Dalam artikel sebelum ini, saya sudah terangkan bagaimana mahu kenal pasti punca masalah. Adakah masalah iklan atau masalah lain.

    Sekarang setelah anda kenal pasti punca masalah adalah pada iklan, bagaimana mahu baiki masalah iklan ini?

    Dalam istilah Facebook, satu iklan itu disebut sebagai One Ad Unit.

    Ad unit mempunyai 2 komponen utama:1. Copywriting2. Creative

    Copywriting adalah ayat jualan. Manakala creative pula merujuk kepada gambar atau video yang digunakan.

    Cara Baiki Masalah Iklan

    Ada pengiklan FB main buat saja iklan.Bila iklan tak menjadi, dia buat iklan baru.

    Tak jadi lagi?

    Buat lagi.

    Sampailah dia jumpa iklan yang berjaya.

    Cara ini tidak salah. Cuma membazir duit.

    Anda berkemungkinan akan meleburkan banyak duit di FB sebelum bertemu iklan yang berjaya.

    Untuk mengelakkan pembaziran yang tidak perlu, anda perlu jawab soalan ini sebelum publish iklan.

    ⚠️POWER QUESTION

    Apakah yang anda ingin test dalam iklan ini?

    Copywriting atau Creative?

    Nak Test Copy vs Creative

    Anda boleh rujuk artikel Contoh Copywriting Power. Dalam artikel ini saya cuba lihat iklan dari big players dan bagaimana mereka beriklan.

    Kalau anda tengok jenama-jenama besar atau e-commerce yang ada banyak produk, mereka utamakan test creative.

    Copywriting biasanya sama saja dan sangat simple.

    Kaedah ini saya lihat lebih mudah untuk dihasilkan dan senang untuk bertahan di bilamana anda scale up.

    Manakala bagi anda yang hanya memiliki 1-2 produk, anda boleh memilih cara yang berbeza.

    Anda boleh utamakan test copywriting dahulu.

    Secara logiknya, kaedah test copywriting lebih mudah dilakukan kepada mereka yang ada sedikit produk berbanding mereka yang ada 1000 produk.

    Bayangkan…

    Nak test copywriting untuk 1000 produk…berapa lama ambil masa, tenaga dan wang untuk dapatkan copywriting yang winning.

    Pun begitu, jika anda tanya saya mana satu nak uji dulu?

    Jawapan saya adalah bergantung kepada kapasiti dan keupayaan tim anda.

    Kedua-duanya (copy & creative) sudah terbukti memberikan impak.

    Macam Mana Proses Testing Dibuat

    Sebelum publish iklan, tentukan apakah yang anda ingin test:1. Copywriting2. Creative

    TEST COPY VS CREATIVE

    Apabila anda ingin test copywriting, langkah-langkahnya adalah:

    📄SOP TESTING COPYWRITING

    1. 1Buat 1 kempen
    2. 2Dalam kempen itu ada 1 ad set
    3. 3Dalam ad set itu ada 3 – 5 iklan
    4. 4Setiap iklan itu BERBEZA copywriting
    5. 5Setiap iklan itu SAMA creative yang digunakan
    6. 6Bajet iklan RM30-RM50

    Bajet iklan sebetulnya bergantung kepada bajet yang anda ada. Pun begitu, saya cadangkan peruntukkan RM10 untuk setiap iklan. 

    Jadi kalau anda gunakan 5 iklan, 5 x RM10 = RM50.

    Cuma anda kena ingat, tidak semestinya FB akan mengagihkan RM50 secara sama rata kepada setiap iklan itu.

    Untuk menguji creative pula, anda hanya perlu ubah langkah 4 dan 5 saja:

    📄SOP TESTING CREATIVE

    1. 1Buat 1 kempen
    2. 2Dalam kempen itu ada 1 ad set
    3. 3Dalam ad set itu ada 3 – 5 iklan
    4. 4Setiap iklan itu BERBEZA creative
    5. 5Setiap iklan itu SAMA copywriting yang digunakan
    6. 6Bajet iklan RM30-RM50

    Saya tunjukkan contoh…

    Dalam ad set ini, ada empat iklan.Keempat-empat iklan ini mempunyai copywriting yang sama.

    TAPI creative berbeza.Saya gunakan kod CR+nombor untuk membezakan creative yang berbeza.

    Selepas kesemua iklan ini berjalan, lihat prestasi setiap iklan.Lihat data CTR dan Purchase.Iklan yang mendapat CTR tinggi memberikan hint iklan itu disukai oleh audience.

    cost per purchase

    Mungkin anda tertanya-tanya, adakah mungkin CTR rendah tapi purchase berlaku?

    Ya. Boleh berlaku dan akan berlaku.Kalau begitu, saya utamakan purchase.Iklan yang mendapat purchase akan diteruskan.

    Speedy Testing System (Untuk Mereka Yang Sudah Biasa Beriklan)

    Kalau anda masih baru dan belum biasa dengan iklan FB, saya cadangkan anda ikut cara di atas terlebih dahulu.

    1 kempen >> 1 ad set >> 3-5 ads

    Untuk mereka yang sudah biasa dengan iklan FB, anda boleh percepatkan proses ini dengan menggunakan 5 ad sets.

    1 kempen >> 5 ad sets >> 3-5 ads untuk setiap ad set(iklan adalah sama bagi kesemua ad sets tadi)

    Kaedah ini akan menguji 2 perkara serentak.

    Pertama, kaedah ini menguji iklan.Kedua, kaedah ini juga menguji audience.

    Jadi kaedah ini melakukan 2 jenis testing serentak.

    Dari satu aspek cara ini nampak macam bagus tapi…

    Kaedah ini berpotensi membakar duit anda dengan cepat. Terutamanya kalau anda tidak menggunakan winning audience.

    Keadah ini juga bahaya sebab ianya cuba menguji 2 perkara dalam satu masa. Ini bukanlah best practice.Ibarat nak tembak dua tempat berbeza dengan peluru yang sama.Nanti anda boleh pening ketika membuat analisa.

    Sebab itu saya tidak cadangkan kaedah ini untuk mereka yang baru.

    Pegang pada cara simple dahulu.

    Kemudian apabila anda sudah pandai baca data, sudah biasa beriklan, baharu cuba kaedah kedua.

    Disebabkan anda tekun membaca sehingga ke sini, saya nak hadiahkan sesuatu untuk anda…

    Digital Brain’s Testing Map

    Supaya anda tidak pening kepala hadam apa yang saya beritahu tadi, perkenalkan Digital Brain’s Testing Map (DBTM).

    DBTM ini adalah panduan yang kami gunakan di Digital Brain.

    Setiap kali sebelum buat iklan, setiap media buyer akan buat keputusan nak uji apa.

    dbtm

    Selepas buat keputusan, hanya ikut aliran untuk tindakan seterusnya.

    Boleh boleh?

    Nanti di post yang akan datang, saya akan kongsikan proses mencari audience pula.

    Andai ada soalan, boleh komen di bawah.

  • Masalah Iklan Facebook Tak Menjadi. Macam Mana Nak Buat?

    Masalah Iklan Facebook Tak Menjadi. Macam Mana Nak Buat?

    Apabila anda buat iklan di FB, anda nak jualan meningkat. Tapi macam mana pula kalau selepas buat iklan jualan menurun. Atau lebih dahsyat lagi, tak ada jualan lansung.

    Salah siapa? Salah iklan?

    Adakah jualan tidak menjadi kesemuanya salah iklan?

    Tidak.

    Secara mudahnya, masalah jualan menurun berpunca dari tiga sebab utama:

    PUNCA JUALAN DI FACEBOOK TIDAK MENJADI

    • Masalah iklan
    • Masalah audience
    • Masalah conversion

    Cara merawat ketiga-tiga masalah ini tidak sama.

    Sebelum kita pergi kepada mencari masalah, saya nak kongsikan fundamental iklan.

    Fundamental Iklan

    diagnosis iklan

    Iklan anda ditujukan kepada audience tertentu. Audience ini boleh jadi prospek baru (cold) ataupun pelanggan sebelum ini (warm).

    Setiap kali iklan itu dilihat oleh audience, maka itu dikira 1 impression.

    Kalau iklan anda dilihat 1000 kali, maka iklan itu dikira mendapat 1000 impression.

    Impression tidak bersifat unik.

    1000 impression bukan bermaksud 1000 orang audience.

    Boleh jadi ada audience yang sama nampak 3 kali iklan yang sama. Maka ini sudah dikira 3 impressions.

    Bagi tujuan memahami konsep ini, anggap sahaja 1000 impressions ertinya 1000 orang audience.

    Facebook akan mula mengenakan caj iklan apabila iklan kita cukup 1000 impression. Ini disebut sebagai Cost Per 1000 impressions atau lebih mudah Cost Per Impressions (CPM).

    cost per impressions

    “Berapa CPM normal biasanya?”

    Ini pun soalan yang sering saya terima.

    Jawapannya tidak ada jumlah yang tetap.

    Kebiasaannya Facebook akan menaikkan CPM apabila musim orang beli belah. CPM ini juga boleh berubah mengikut niche.

    Cara yang paling mudah untuk melihat purata CPM adalah lihat data-data iklan anda sebelum ini.

    Seterusnya, apabila audience klik iklan itu, mereka akan dibawa ke sales page.

    Maka dari sini muncul satu lagi istilah Cost Per Click (CPC).

    cost per click

    CPC adalah berapa bayaran yang anda bayar pada Facebook bagi mendapatkan satu klik.

    Dari sini juga, anda dapat tahu adakah iklan itu mendapat klik atau tidak.Kadar klik ini dikenali sebagai Click Through Rate (CTR).

    click through rate

    Sekiranya audience tidak klik pada iklan anda, maka CTR anda jadi rendah.Dan secara automatiknya juga CPC akan meningkat.

    Selepas audience masuk ke sales page, maka audience ada dua pilihan sahaja.Sama ada beli atau tidak.

    Apabila mereka membeli, maka anda dapat Cost Per Purchase (CPP).

    Ada juga yang menyebut CPP ini sebagai Cost Per Acquisition (CPA).

    cost per purchase

    Kalau anda perhatikan, sekiranya CPM meningkat, maka kemungkinan besar CPP akan meningkat juga.

    Sebab itu sesetengah media buyers sangat ambil kisah CPM.Mereka rekod CPM dari masa ke masa.

    Cuma kelemahannya tidak ada apa-apa tindakan major yang anda boleh buat untuk mengubah CPM ini.

    CPM ini boleh dikatakan baseline iklan yang ditetapkan oleh Facebook.

    Tetapi…

    Untuk matrik yang lain, anda boleh kawal. Saya terangkan di bawah.

    Diagnosis Punca Masalah

    Sekarang anda sudah faham istilah-istilah penting.

    Ada media buyer menggunakan lebih banyak matrik untuk melihat keberkesanan iklan mereka.

    Boleh saja. Saya lebih gemar untuk pegang cara yang simple.

    Point penting adalah anda bukan setakat tahu istilah-istilah matrik itu, tapi anda juga tahu makna di sebalik data yang diperolehi dan tindakan yang perlu dilakukan.

    Untuk proses diagnosis masalah iklan, saya setkan paparan dashboard FB seperti dibawah.

    Apabila iklan berjalan, saya akan dapat data. Menerusi data yang saya perolehi, saya akan buat keputusan di mana punca masalah.

    Sebagai contoh:

    cara baca data facebook

    Kempen 1 menunjukkan ROAS 4.7x dan kempen 2 = 4.03x.

    Kedua-duanya memberikan pulangan yang sangat positif.Maka saya tahu iklan kempen pertama dan kedua tidak ada masalah.

    Manakala kempen ketiga tidak berapa menjadi. (ketiga-tiga kempen ini menjual produk yang sama)

    Untuk kempen ketiga, soalan yang saya akan tanya adalah 1. Kenapa tidak menjadi?2. Adakah masalah iklan atau masalah conversion?

    Bagi menjawab persoalan ini, saya lihat data CTR.

    ctr

    CTR = 1.31% = bagus (target saya adalah CTR > 1% untuk produk ini)

    Pun begitu, walaupun CTR bagus tapi conversion tidak berlaku.

    masalah conversion

    Maka anda rasa masalah berlaku di mana?

    “Conversion?”

    cara baca data facebook

    Lihat balik data ini:

    Kempen 1 = 15 purchasesKempen 2 = 4 purchasesKempen 3 = 1 purchases

    Iklan dalam ketiga-tiga kempen adalah sama.Produk yang dijual juga sama.

    Tapi kenapa kempen 3 tidak menjadi?

    Jawapannya…

    kemungkinan besar audience dari kempen 3 adalah audience salah.

    Audience ini klik pada iklan tapi mereka tidak membeli.Sedangkan audience dari kempen 1 dan 2 klik dan membeli.

    masalah audience

    Maka tindakan untuk kempen 3 adalah tutup kempen iklan.

    Senangkan?

    Kalau ini adalah kali pertama anda berjumpa istilah-istilah ini, anda mungkin sedikit pening.Saya cadangkan anda simpan artikel ini dan ulang baca kembali.

    Lagi satu…

    Apabila anda melatih diri setiap hari membaca data iklan, lama-kelamaan proses diagnosis ini akan menjadi secara automatik.

    Baiklah. Sambung sikit lagi.

    Tindakan Selepas Kenal Pasti Masalah

    Macam yang saya beritahu tadi. Perkara paling penting selepas kenal pasti masalah adalah tindakan yang perlu dilakukan.

    Saya ringkaskan seperti di bawah.

    TINDAKAN ANDA

    • Masalah iklan >>> Baiki Copywriting atau Creative
    • Masalah audience >>> Tukar audience
    • Masalah conversion >>> Baiki Tawaran

    Kebiasaannya saya cadangkan anda lakukan proses review iklan dua kali sehari.Sekali waktu pagi dan sekali lagi malam hari.

    Ada soalan?

    Boleh komen di bawah.