folder Filed in Ideas
Fogg Behaviour Model
By Wan Yusof Wan Jeffery comment 0 Comments access_time 2 min read

Macam mana nak buat tabiat baru?
Kenapa tabiat baru tak kekal lama…

Salah motivasi?
Salah big-why?

B.J Fogg melakukan penyelidikan. Mengenal pasti apakah komponen yang mendorong manusia melakukan sesuatu.

Dia terangkan menerusi Teori Perangai (Behavior Model).

Ada tiga komponen utama yang mendorong manusia melakukan tindakan.

Behaviour = Motivation x Action x Trigger

Behaviour adalah apakah perkara spesifik yang kita mahu seseorang itu lakukan.

Untuk seseorang melakukan Behaviour baru, tiga elemen M-A-T ini harus bersepadu.

Motivation

Apakah motivation yang akan membuatkan seseorang melakukan behavior baru?

Makin tinggi motivation untuk melakukan behaviour baru itu, makin tinggi peluang untuk behaviour baru berlaku.

Motivasi inilah yang orang selalu sebut sebagi big why.

Cuma motivasi sahaja tak cukup…

Ability

Ability adalah tahap kesukaran untuk melakukan behaviour itu.

Yang ini straight forward, makin muda, maka makin tinggi peluang behaviour itu dilakukan.

Contohnya, kita buat giveaway…

Untuk pelanggan sertai giveaway, mereka hanya perlu daftar di website sahaja.

Macam mana kalau tambah syarat?

Untuk pelanggan sertai giveaway, mereka hanya perlu daftar di website, gunakan hashtag tertentu, hantarkan screenshot kemudian share dengan 5 orang kawan terdekat.

Yang mana satu ramai penyertaan?

Penafian: Ini bukanlah bermaksud cara giveaway kedua tidak boleh diguna pakai.

Point yang saya ingin kongsikan adalah, kalau sekiranya Ability itu sukar dan Motivation rendah, behaviour tidak akan berlaku.

Tetapi kalau Ability itu tinggi dan Motivation pun tinggi, behaviour masih boleh berlaku.

Cara untuk boost Motivation ataupun Ability adalah wujudkan…

Trigger

Pernahkah anda ke tempat kerja ataupun ke kelas kemudian baru sedar anda tertinggal smartphone di rumah?

Apa yang anda buat apabila tiada smartphone disisi?

Sekarang bayangkan smartphone ada disisi macam biasa…

Berapa kali anda tengok skrin smartphone?

Trigger adalah signal yang mencetuskan behaviour.

Apabila kita nampak signal itu, kita terdorong untuk melakukan behaviour itu.

Signal boleh dicipta atau tercipta dengan sendiri.

Contohnya, anda nak mulakan senaman setiap hari untuk kuruskan badan sebab anda ingin hidup sihat walafiat.

Motivation sudah ada.

Sekarang jadikan Ability itu mudah.

Tukar senaman setiap hari kepada lari setempat dalam masa 60 saat.

Ini lebih mudahkan?

Kemudian masukkan signal.

Lari setempat dalam masa 60 saat setiap kali sebelum makan.

Signal = makan.

Nampak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Cancel Post Comment