Blog

  • Nota Bengkel Website Mastery

    Ini adalah nota rujukan daripada Bengkel Website Mastery yang dianjurkan baru-baru ini. Bengkel ini adalah panduan asas membina website. Ianya khusus untuk pengguna yang baru ingin belajar membina website.

    1. Domain, Hosting & Platform

    Terdapat 3 komponen yang diperlukan untuk menghasilkan website iaitu Domain, Hosting dan Platform. Domain adalah nama website contohnya wanyusof.com. Hosting adalah tempat data disimpan. Dan Platform adalah tempat kita menulis. Domain dan Hosting ada yang percuma dan ada yang berbayar. Contoh percuma adalah blogspot.com dan wordpress.com.

    2. Struktur Website

    Apapun tujuan membina website, kita mesti ada struktur. Struktur website yang dipilih akan memandu konten yang bakal dihasilkan. Ia juga membantu kita menetapkan kata kunci yang sesuai pada page yang sesuai. Dalam istilah teknikalnya, proses ini dinamakan SEO Mapping.

    3. Mendapatkan Email

    Website yang tidak mengumpul email atau maklumat pelawat adalah website yang rugi. Ini kerana kita sudah kehilangan ruang interaksi. Apabila pengunjung memberikan email, kita dapat berhubung dengan mereka untuk sesi yang akan datang. Kaedah ini dikenali sebagai email marketing. Pemasaran menerusi email sangat berkesan. Ini kerana mereka yang memberikan email adalah mereka yang berminat terhadap kandungan website kita.

    4. Trafik dari FB

    Facebook adalah sumber trafik percuma. Usah malu untuk berkongsi artikel kita di Facebook. Kita bukan menulis benda mengarut. Kita berkongsi sesuatu yang berfaedah. Usah fikirkan yang bukan-bukan. Fokus pada kebaikan.

    5. Panduan SEO

    Adalah menjadi satu kerugian andainya website yang baru dibuat mengabaikan SEO. Proses ini adalah percuma. Mulakan dengan asas-asas SEO. Saya ada tulis panduan khas SEO untuk bisnes baru. Boleh mulakan di situ.

    website mastery

    Itu adalah 5 poin utama daripada bengkel Website Mastery. Ada juga disebutkan beberapa rekomendasi untuk memulakan website. Catatannya adalah seperti di bawah:

    Web Hosting

    Ipserverone.com
    Datakl.com

    Domain

    Godaddy.com
    Namecheap.com

    WordPress Theme

    Themeforest.com
    Themify.com

    Email Marketing

    Mailerlite.com
    Aweber.com
    GetResponse.com

    Untuk sebarang pertanyaan, boleh tinggalkan mesej di ruangan komen. Ataupun boleh hubungi saya menerusi FB.

  • SEO Untuk Blogspot

    SEO Untuk Blogspot

    Terdapat dua platform percuma yang digunakan ramai orang. Satu WordPress dan satu lagi Blogspot. Artikel ini fokus kepada SEO untuk Blogspot.

    Berbanding dengan WordPress, mereka yang memiliki website menggunakan Blogspot dikatakan lebih beruntung kerana Blogspot dimiliki oleh Google. Maka peluang untuk naik dengan cepat dalam hasil carian Google lebih tinggi.

    Pendapat di atas tidak mempunyai sebarang bukti kukuh. Dan sebetulnya tidak boleh dijadikan sandaran. Ini kerana SEO bukan bergantung kepada faktor platform semata-mata. Sebaliknya ada empat elemen penting SEO yang akan diambil kira iaitu On-Page, Off-Page, Teknikal dan faktor-faktor lain(tidak termasuk dalam 3 kategori awal).

    SEO Untuk Blogspot

    Menggunakan servis blogspot mengehadkan sedikit fungsi optimisasi yang boleh dilakukan. Namun ianya tidak bermaksud kita tidak boleh melakukan SEO. Dikongsikan 7 Teknik SEO untuk blogspot.

    1. Pemilihan Kata Kunci

    SEO dan kata kunci adalah merpati dua sejoli. Mesti terbang beriringan. Apabila menulis artikel, lihat kata kunci yang disasarkan. Fokus pada kata kunci itu. Menulis artikel yang merapu sekali sekala tidak mengapa, cuma kurangkan. Target blog kita adalah menjana pendapatan. Jadi gunakan peluang sebaiknya. Penjelasan lanjut tentang kata kunci boleh ditemu dalam artikel ini.

    2. SEO Mapping

    Ini adalah sesuatu yang sering ditinggalkan. Apabila mencipta website, rancang struktur website terlebih dahulu. Biarpun website itu blog peribadi. Kita tidak rugi apa-apa dengan membuat perancangan. Dan dalam mencipta SEO Mapping, kita boleh fleksibel. Andainya tidak menjadi, ubah dan baiki.

    3. Title Description

    Pada ruangan Title, masukkan kata kunci utama. Gunakan pemisah untuk membezakan kata kunci utama dan yang kedua. Dalam contoh di bawah kata kunci utama adalah Motivasi Pagi Hari, manakala kata kunci kedua adalah Inspirasi, Hikmah, Mutiara Kata.

    seo untuk blogspot

    4. Meta Description

    Sama seperti kaedah Title Description, masukkan kata kunci dalam kotak ini. Ianya tidak memberikan kesan pada ranking tetapi memberikan kesan kepada kadar website diklik. Elakkan ayat kompleks. Guna ayat ringkas yang jelas dan terang.

    5. Jumlah Patah Perkataan

    Perkara ini tidak pernah dikeluarkan secara rasmi oleh Google. Tip ini diperolehi daripada Neil Patel. Selepas menganalisa kebanyak website yang mendapat no 1 di Google, Neil mendapati majoriti artikel mereka adalah dalam 2200 patah perkataan. Jadi kita digalakkan menulis artikel yang panjangnya lebih kurang 2000-3000 patah perkataan.

    6. Pilih Bahasa

    Di kotak tepi sebelah kiri, dalam menu Settings, ada pilihan bahasa. Seandainya website kita disasarkan kepada Bahasa Melayu sahaja maka letakkan target kepada Malaysia. Ianya memudahkan website kita dijumpai dalam hasil carian.

    seo untuk blogspot 2

    7. Kongsi di Google Plus

    Hubungkan website kita dengan profil Google Plus. Semakin kita menggunakan servis Google, semakin senang kita berurusan dengan Google. Penggunaan Google Plus adalah sebagai signal sosial untuk menarik trafik dan memanggil robot Google.

    Kesimpulan

    Merancang membina website adalah perkara paling penting. Istilahnya disebut SEO Mapping. Sebagaimana yang diceritakan di atas tadi. Website yang terancang senang naik ranking. Sedangkan website yang tunggang langgang, lambat untuk mendapat tempat. Semoga teknik SEO untuk blogspot ini dapat membantu kita semua.

  • Bagaimana Menggunakan Google Webmaster Tools

    Bagaimana Menggunakan Google Webmaster Tools

    Kesilapan ramai pemilik website apabila sedang asyik ingin menaikkan ranking adalah tidak berkawan dengan Google. Apabila kita tidak berkawan dengan Google, maka Google tidak kenal. Apabila Google tidak kenal, lalu bagaimana kita ingin berada di ranking teratas dalam hasil carian?

    Apa yang bagusnya tentang Google adalah mereka membuka peluang untuk sesiapa ingin berkawan. Kelebihan berkawan dengan Google ada banyak. Antaranya kita dapat berbalas mesej, dapat memberitahu tentang struktur website dan dapat membuat aduan.

    Untuk berkawan dengan Google, kita perlukan Google Webmaster Tools. Ini adalah satu website yang dicipta khas untuk menghubungkan kita dengan Google. Ianya percuma. Taip sahaja Google Webmaster Tools dan klik log in. Hanya gunakan akaun Gmail sedia ada untuk log masuk.

    Seterusnya kita perlu menyambungkan website kita dengan Google. Apabila bersambung barulah Google mengetahui bahawa website itu milik kita dan barulah Google dapat menghubungi kita untuk sebarang isu. Langkah menyambungkan website dengan Google Webmaster adalah senang dan mudah. Ikuti tutorial di bawah. Andai ada sebarang masalah, tinggalkan soalan di ruangan komen.

    Bagaimana Menggunakan Google Webmaster Tools

    1. Selepas log masuk, klik add New Property.

    google webmaster tools 2
    2. Masukkan alamat website.

    google webmaster tools 2
    3. Untuk proses verifikasi, pilih Alternate Method.

    google webmaster tools 2
    4. Klik html tag dan salin (copy) kod yang diberikan.

    google webmaster tools 4
    5. Masuk ke website kita. Klik Plugins dan Add New Plugins.

    google webmaster tools 5
    6. Cari All in One SEO dan klik install. Seterusnya aktifkan plugin itu.

    google webmaster tools 6
    7. Klik menu All in One SEO dan pilih General Settings.

    google webmaster tools 7
    8. Cari kotak Webmaster verification dan letakkan (paste) kod yang disalin tadi.

    google webmaster tools 8
    9. Klik Update Options kemudian kembali ke Google Websmater. Klik Verify.

    google webmaster tools 9
    10. Seandainya berjaya, kita akan dapati website itu ada dipaparkan di menu utama Google Webmaster Tools.

  • Memasarkan Homestay Anda di Internet? Ini 7 Panduan Khas

    Memasarkan Homestay Anda di Internet? Ini 7 Panduan Khas

    Tahukah anda sebanyak 8100 carian bagi kata kunci ‘homestay’ dibuat setiap bulan. Ada ketikanya permintaan carian ini boleh mencecah 18000 carian. Ini menunjukkan bahawa homestay adalah satu perniagaan yang sentiasa mendapat permintaan. Untuk itu, ianya sesuatu yang perlu diberikan perhatian.

    panduan internet untuk pemilik homestay
    Percaya atau tidak, jumlah pemilik homestay yang menggunakan internet sebagai alat pemasaran masih rendah. Kebanyakkannya tidak tahu atau tidak mahu. Bagi golongan yang tidak mahu, maka ini tidak boleh dibantu. Tetapi bagi mereka yang tidak tahu, artikel ini boleh membantu anda. Artikel ini mengandungi 7 panduan khas menggunakan Internet untuk memasarkan homestay anda.

    1. Bina Website

    Setiap homestay wajib mempunyai website. Ini penting untuk kredibiliti dan autoriti. Bagi membina website, mulakan dengan servis percuma seperti blogspot.com dan wordpress.com. Sekiranya anda mempunyai kemahiran dan bajet, bina website yang nampak profesional. Website homestay anda mesti mempunyai sekurang-kurangnya maklumat berikut:
    A) Latar belakang homestay
    B) Gambar-gambar homestay seperti bilik tidur, tandas, ruang tamu
    C) Kemudahan di sekitar atau tempat menarik di sekitar homestay
    D) Peta lokasi
    E) Borang tempahan (gunakan Google Doc untuk peringkat awal)

    2. Daftar Google Business

    Selepas memiliki website, daftarkan bisnes anda di Google Business. Proses ini akan membantu homestay anda untuk muncul dengan lebih mudah di Google. Ianya percuma. Apa yang diperlukan hanyalah alamat untuk verifikasi. Anda boleh rujuk artikel Cara Percuma Untuk Iklankan Bisnes Anda di Google.

    google business

    3. Iklankan Homestay Anda di Mudah

    Di peringkat awal, homestay anda mungkin belum dikenali lagi. Untuk itu kita perlu cari tempat di mana pencari homestay berkumpul. Antaranya mudah.my, ibooking.com, ibilik.my, agoda.com. Daftarkan homestay anda di website ini. Saya cadangkan mulakan dengan mudah.my. Kemudian tambah direktori secara perlahan-lahan. Pastikan anda membaca peraturan dan syarat yang dikenakan untuk mengelakkan masalah di masa akan datang.

    homestay penang di mudah.my

    4. Bina Profile Facebook Anda

    Cadangan ini mungkin jarang didengari. Kebiasaannya orang akan mencadangkan untuk membuka Page. Berdasarkan maklum balas yang saya terima, profil adalah tempat yang efektif untuk anda menarik pelanggan terutamanya di peringkat awal. Kredibiliti profil tinggi. Justeru kita boleh memanfaatkan peluang ini. Kemudian barulah dibina Page khas homestay itu.

    5. Gunakan Fungsi Group di FB

    Buat carian di Facebook group homestay. Kemudian masuk group itu dan mulakan sesi promosi anda. Ini kaedah biasa. Ada juga pengusaha homestay yang mencipta group baru. Mereka kemudiannya menjemput semua kawan mereka ke dalam group berkenaan. Sesiapa yang ingin keluar, boleh keluar. Mereka yang kekal dalam group itu akan menerima info homestay anda.

    homestay kelantan

    6. Iklankan Homestay di FB

    Ini adalah langkah yang terkehadapan. Pun begitu jika anda sudah biasa dengan iklan di Facebook, maka boleh mulakan. Pilih target yang betul. Seandainya anda ingin mendapatkan kos iklan yang murah, hasilkan video homestay. Pastikan video itu tidak melebihi 60 saat. Tonjolkan kelebihan dan keindahan homestay anda. Kemudian jadikan iklan. Video sebegini boleh menarik perhatian audiens dengan mudah (viral).

    video homestay malaysia

    7. Berkongsi Info

    Seandainya anda ingin mengambil satu mesej utama dari artikel ini, maka amalkan yang ini. Banyakkan berkongsi info berkaitan apa yang pelanggan anda inginkan. Sebagai contoh, jika homestay anda disasarkan kepada keluarga, maka kongsikan info seperti tempat-tempat menarik, restoran yang mesti dicuba, tip keselamatan. Ini secara tidak lansung akan menarik minat mereka. Kaedah ini dipanggil soft-sell atau native ads. Kaedah iklan secara terus gunakan sekali sekala.

    alam suites shah alam

    Ini adalah 7 panduan khas pemilik homestay untuk menggunakan Internet sebagai medium pemasaran. Sejauh mana keberkesanannya? Anda perlu cuba. Kebanyakan panduan dan tip di atas tidak menggunakan duit. Zero-cost marketing. Jadi usah takut mengambil risiko. Selamat mencuba.

  • SEO Mapping Servis SEO Malaysia

    SEO Mapping Servis SEO Malaysia

    Ini adalah strategi SEO terhebat. Namanya SEO Mapping. Dalam Bahasa Malaysia disebut dengan istilah Pemetaan SEO. SEO Mapping adalah satu proses merangka struktur website sebelum mula menulis artikel. Untuk tujuan demonstrasi SEO Mapping, kita akan gunakan contoh kata kunci servis SEO.

    Peringkat yang pertama dalam proses ini adalah membuat kajian kata kunci. Gunakan tools seperti Google Adwords. Kemudian senaraikan apakah kata kunci yang kita ingin sasarkan. Dapatan kajian yang saya jalankan mendapati ada tiga kata kunci utama iaitu:
    1. Servis SEO
    2. Servis SEO murah
    3. Servis SEO Malaysia

    Seterusnya kita masuk ke peringkat yang kedua iaitu menyenaraikan apakah page yang ingin diwujudkan di website. Contohnya:
    1. Tentang syarikat
    2. Tentang servis
    3. Hubungi syarikat
    4. Blog

    Peringkat yang ketiga adalah menggabungkan kata kunci dengan senarai page yang dihasilkan seketika tadi. Contoh gabungan:
    1. Tentang syarikat digabungkan dengan servis SEO
    2. Tentang servis digabungkan dengan servis SEO murah
    3. Hubungi syarikat digabungkan dengan servis SEO Malaysia

    Selepas itu kita perlu menulis artikel berdasarkan tajuk gabungan di atas. Fokus artikel adalah pada kata kunci yang disasarkan. Seni SEO di sini adalah kemahiran menulis artikel yang tidak terpesong. Kita tidak boleh menipu audiens atau Google. Artikel tentang syarikat mestilah berkenaan syarikat. Dan dalam masa yang sama, artikel tentang syarikat itu memasukkan kata kunci servis SEO. Demikian juga artikel hubungi kami, artikel ini perlu menggunakan kata kunci servis SEO Malaysia.

    Mungkin ada yang keliru mengapa tentang servis tidak digabungkan dengan kata kunci servis SEO. Sebetulnya itu terpulang. Saya hanya menunjukkan panduan umum. Mesej utama di sini adalah untuk memasukkan kata kunci ke dalam page yang disenaraikan.

    Peringkat yang terakhir adalah membentuk hubungan antara page berkenaan. Ini dinamakan internal linking. Kepentingan internal linking adalah ianya memberitahu Google page mana yang paling utama. Page yang paling banyak menerima link dikira page terpenting. Jadi jika page tentang syarikat adalah kata kunci utama yang ingin dinaikkan, kesemua page lain mestilah cuba memberikan link kepada page ini.

    servis seo malaysia

    Sekiranya anda mengalami kesukaran memahami artikel SEO Mapping ini, cuba komen di ruangan di bawah. Dan saya akan cuba permudahkan atau menjelaskan dengan kaedah yang lain pula. Tujuan utama SEO Mapping adalah menghasilkan website yang berstruktur. Dan struktur itu adalah berdasarkan kata kunci yang dicari.

  • Bagaimana Mencipta URL Mesra SEO

    Bagaimana Mencipta URL Mesra SEO

    URL bermaksud Uniform Resource Locator. Ada yang menggelarkan URL sebagai alamat website (domain). URL sebetulnya lebih umum. Ianya adalah alamat kepada semua perkara yang wujud di dalam Internet. Untuk tujuan kefahaman artikel ini, kita mengehadkan URL sebagai alamat website atau page website.

    Terdapat beberapa kategori cara URL ditulis. Cara ini akan menentukan sama ada URL itu mesra SEO atau tidak. Walaupun URL bukanlah pemberat yang besar, tetapi ianya tetap menyumbang kepada kedudukan website kita. Jadi dicadangkan untuk ktia menghasilkan URL yang mesra SEO.

    Jenis-jenis URL

    Sekiranya kita menggunakan wordpress, pergi ke Settings > Permalinks. Di sini kita akan dipaparkan jenis-jenis URL yang boleh digunakan:

    Plain: http://www.wanyusof.com/?p=123
    Day and name: http://www.wanyusof.com/2016/03/30/sample-post/
    Month and name: http://www.wanyusof.com/2016/03/sample-post/
    Numeric: http://www.wanyusof.com/archives/123
    Post name: http://www.wanyusof.com/sample-post/
    Custom Structure: http://www.wanyusof.com

    Antara jenis URL berikut, yang manakah yang dikatakan mesra SEO?

    Bagaimana Robot Google Membaca

    Dalam artikel apa itu Sitemap, saya ada menulis artikel khas untuk menerangkan bagaimana robot Google melihat dan membaca website kita. Daripada artikel ini, kita jelas bahawa robot Google tidak suka membaca nombor. Tetapi robot Google gemar membaca sesuatu yang berstruktur dan mudah difahami.

    Atas sebab itu, ramai pakar SEO di Malaysia atau di dunia menyarankan kita untuk memilih URL jenis Post name sebagai pilihan utama. Selain daripada menjadikan struktur URL itu nampak cantik dan kemas, ianya juga membantu robot Google untuk memahami maksud URL tersebut.

    Selain itu, digalakkan juga untuk kita memasukkan kata kunci pada URL berkenaan. Sebagai contoh:

    Kata kunci: kedai kopi malaysia
    URL: www.restoran.com/kedai-kopi-malaysia