folder Filed in SEO
SEO Untuk Blogspot
By Wan Yusof Wan Jeffery comment One Comment access_time 3 min read

Terdapat dua platform percuma yang digunakan ramai orang. Satu WordPress dan satu lagi Blogspot. Artikel ini fokus kepada SEO untuk Blogspot.

Berbanding dengan WordPress, mereka yang memiliki website menggunakan Blogspot dikatakan lebih beruntung kerana Blogspot dimiliki oleh Google. Maka peluang untuk naik dengan cepat dalam hasil carian Google lebih tinggi.

Pendapat di atas tidak mempunyai sebarang bukti kukuh. Dan sebetulnya tidak boleh dijadikan sandaran. Ini kerana SEO bukan bergantung kepada faktor platform semata-mata. Sebaliknya ada empat elemen penting SEO yang akan diambil kira iaitu On-Page, Off-Page, Teknikal dan faktor-faktor lain(tidak termasuk dalam 3 kategori awal).

SEO Untuk Blogspot

Menggunakan servis blogspot mengehadkan sedikit fungsi optimisasi yang boleh dilakukan. Namun ianya tidak bermaksud kita tidak boleh melakukan SEO. Dikongsikan 7 Teknik SEO untuk blogspot.

1. Pemilihan Kata Kunci

SEO dan kata kunci adalah merpati dua sejoli. Mesti terbang beriringan. Apabila menulis artikel, lihat kata kunci yang disasarkan. Fokus pada kata kunci itu. Menulis artikel yang merapu sekali sekala tidak mengapa, cuma kurangkan. Target blog kita adalah menjana pendapatan. Jadi gunakan peluang sebaiknya. Penjelasan lanjut tentang kata kunci boleh ditemu dalam artikel ini.

2. SEO Mapping

Ini adalah sesuatu yang sering ditinggalkan. Apabila mencipta website, rancang struktur website terlebih dahulu. Biarpun website itu blog peribadi. Kita tidak rugi apa-apa dengan membuat perancangan. Dan dalam mencipta SEO Mapping, kita boleh fleksibel. Andainya tidak menjadi, ubah dan baiki.

3. Title Description

Pada ruangan Title, masukkan kata kunci utama. Gunakan pemisah untuk membezakan kata kunci utama dan yang kedua. Dalam contoh di bawah kata kunci utama adalah Motivasi Pagi Hari, manakala kata kunci kedua adalah Inspirasi, Hikmah, Mutiara Kata.

seo untuk blogspot

4. Meta Description

Sama seperti kaedah Title Description, masukkan kata kunci dalam kotak ini. Ianya tidak memberikan kesan pada ranking tetapi memberikan kesan kepada kadar website diklik. Elakkan ayat kompleks. Guna ayat ringkas yang jelas dan terang.

5. Jumlah Patah Perkataan

Perkara ini tidak pernah dikeluarkan secara rasmi oleh Google. Tip ini diperolehi daripada Neil Patel. Selepas menganalisa kebanyak website yang mendapat no 1 di Google, Neil mendapati majoriti artikel mereka adalah dalam 2200 patah perkataan. Jadi kita digalakkan menulis artikel yang panjangnya lebih kurang 2000-3000 patah perkataan.

6. Pilih Bahasa

Di kotak tepi sebelah kiri, dalam menu Settings, ada pilihan bahasa. Seandainya website kita disasarkan kepada Bahasa Melayu sahaja maka letakkan target kepada Malaysia. Ianya memudahkan website kita dijumpai dalam hasil carian.

seo untuk blogspot 2

7. Kongsi di Google Plus

Hubungkan website kita dengan profil Google Plus. Semakin kita menggunakan servis Google, semakin senang kita berurusan dengan Google. Penggunaan Google Plus adalah sebagai signal sosial untuk menarik trafik dan memanggil robot Google.

Kesimpulan

Merancang membina website adalah perkara paling penting. Istilahnya disebut SEO Mapping. Sebagaimana yang diceritakan di atas tadi. Website yang terancang senang naik ranking. Sedangkan website yang tunggang langgang, lambat untuk mendapat tempat. Semoga teknik SEO untuk blogspot ini dapat membantu kita semua.

seo untuk blogspot

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Cancel Post Comment