Blog

  • Orang Tak Beli Produk

    Seorang ibu beli vitamin anak bukan sebab dia faham nutrisi.

    Dia beli sebab dia takut.
    Takut anak dia jatuh sakit.
    Takut jadi mak yang gagal.

    Seorang lelaki beli minyak rambut bukan sebab dia peduli bahan organik.

    Dia beli sebab dia nak rasa segak.
    Nak rasa yakin bila tengok cermin.
    Nak nampak ‘masih ada harga’ bila keluar rumah.

    Orang tak beli apa yang anda jual.
    Mereka beli apa yang mereka rasa.

    Dan rasa tu bukan logik.
    Tapi emosi.

    Kalau iklan anda penuh fakta, ciri-ciri produk, dan segala mak nenek claim teknologi…

    Tapi tak sentuh rasa,
    Tak sentuh takut,
    Tak sentuh impian dalam hati mereka…

    Jangan pelik kenapa iklan anda tak convert.

    Persuasion bukan tentang pandai menulis.
    Tapi tentang pandai memahami manusia.

    Bila anda faham kenapa mereka beli,
    anda tak perlu ayat hebat-hebat.

    Macam mana nak tahu iklan itu ada emosi?

    Bila prospek baca, mereka kata
    “Ini tentang aku.”

  • Klik Banyak Tapi…

    Buka ads manager.
    Tengok dashboard iklan.

    Banyak klik.
    CPC murah gila.
    Anda rasa puas.

    Saya nak beritahu satu benda:
    Klik bukan duit.
    ROAS pun bukan duit.
    Data tak akan bagi makan.

    Apa yang bagi makan?

    Duit masuk. Setiap hari. Dengan tenang.

    Tapi benda tu tak datang dari iklan yang lawa.
    Atau copy yang viral.
    Atau bajet besar.

    Benda tu datang dari satu benda je…

    Clarity.

    Clarity siapa yang anda bantu.
    Clarity masalah apa yang anda selesaikan.
    Clarity mesej apa yang buat mereka angguk-angguk.

    Bila tak ada clarity, anda bukan buat marketing.
    Anda cuma cuba nasib.
    Atau bakar duit!

  • Semua Orang Boleh Run Iklan?

    Saya tengok satu iklan tadi.

    Gambar lawa.
    Headline sedap.
    Copy power.

    Tapi saya tahu, iklan tu takkan buat jualan.

    Kenapa?

    Sebab saya dah tengok iklan macam tu…
    banyak kali.

    Dan semua iklan tu share satu benda yang sama…

    Mereka dibuat oleh orang yang tak tahu siapa yang dia nak bantu.

    Dia cuma tahu dia nak jual.
    Tapi dia tak tahu siapa yang sakit.
    Dia tak kenal luka orang.

    Dan bila tak tahu siapa yang kita nak selamatkan,
    kita akan mula menjerit pada semua orang.
    Harap ada yang dengar.
    Harap ada yang beli.

    Anda suka orang menjerit kepada anda untuk menjual?

    Kalau tulisan ni buat anda ‘tersentak sikit’,
    anda akan suka apa yang saya kongsi dalam Media Buyer Code.

  • Iklan Tak Convert Bukan Sebab Facebook Jahat

    Ramai orang salahkan algorithm.
    Atau kata audience tak power.
    Atau bajet terlalu kecil. https://www.curioustopia.com

    Tapi saya nak tanya…

    Adakah offer anda worth clicking?

    Kalau anda sendiri nampak iklan tu,
    Adakah anda akan berhenti scroll?

    Kalau anda sendiri baca headline tu,
    Adakah anda akan rasa…
    “Ni aku punya masalah. Aku kena klik sekarang juga.”

    Kadang-kadang, bukan platform yang bermasalah.
    Tapi cara kita fikir tak betul.

    Kita fikir macam seorang pengiklan.

    Facebook hanya tunjuk.
    Tapi copywriting yang tarik.
    Dan offer anda yang jual.

    Itulah beza antara orang yang buat iklan…
    Dan media buyer sebenar.

  • Zac Hansen – Sell While You Sleep

    Zac Hansen – Sell While You Sleep

    Iklan ini mula muncul di newsfeed saya awal minggu ini.Nama “Zac Hansen” macam nama baru.

    Sekarang kita nak bedah 1 iklan Zac.

    zac hansen

    Iklan ini sudah mula sejak 9 Januari.Hari ini sudah 18 April.Maksudnya iklan ini sudah hampir 4 bulan bertahan.

    Jadi kita boleh katakan iklan ini sebagai winning ad.

    Bagi analisa copywriting, kita akan melihat kepada aspek-aspek berikut:

    • Struktur Copywriting
    • Hook
    • Headline
    • Creative

    Struktur Copywriting

    Strukturnya sangat simple.Zac gunakan:Offer > Benefit > CTA

    Hook

    Hook yang digunakan adalah offer.Dia letakkan harga $11.90…

    Ini memberi gambaran produk ini sangat murah dan no-brainer offer.

    Hook yang digunakan mempunyai kriteria berikut:Big ✅Easy ✅New ✅Safe ❌=3/4

    Headline

    Hanya menyebutkan “Sell While You Sleep”.

    Perkataan ini memberi gambaran mudah.

    Creative

    Pada saya kandungan video yang diberikan power.Dalam video ini, dia kongsikan informasi yang baru dan menarik.

    Selepas menonton video ini,rasa ingin belajar menjadi semakin tinggi.

    Ditambah dengan harga $11.90, kita rasa macam tak masuk akal. Murah sangat!

  • Copywriting Blocks

    Copywriting Blocks

    Lego.Diasaskan oleh Ole Kirk Christiansen.

    Susun blok demi blok.Jadi sesuatu.

    Copywriting pun begitu.

    Pecahkan copywriting kepada blok-blok:1. Hook2. Social Proof3. Authority4. Scarcity5. Urgency6. How To7. Benefit8. Unique Mechanism

    Kemudian test kombinasi setiap blok ini.

    Anda tak perlu gunakan kelapan-lapan blok ini.

    Tengok contoh flow di sini: https://www.projekm.com/quick-copywriting-hack/