Blog

  • Kenapa 10X lebih bagus dari 2X

    Kenapa 10X lebih bagus dari 2X

    Anda sedang pandu kereta pada kelajuan 100km/j.
    Tiba-tiba ada sebuah kereta potong anda. Anda rasa dia bawa pada kelajuan 110km/j.

    Anda pun potong kembali.
    Kali ini anda tekan 120km/j.

    Sekali dia potong kembali.

    Sesi potong memotong ini akan berterusan selagi mana tidak ada pihak yang mahu mengalah.

    Tapi cuba bayangkan…

    Sewaktu kali pertama dia potong anda, anda terus pecut laju meninggalkan dia.
    Anda bawa pada kelajuan 180km/j (amaran: ini contoh sahaja).

    Agak-agak dia boleh potong kembali?

    Inilah beza antara 2X vs 10X.

    Apabila kita buat kerja 2X lebih bagus dari orang lain, hasil kerja itu masih boleh diatasi.

    Tapi apabila anda 10X lebih daripada orang lain, sukar sekali untuk dikejar.

    Konsep ini boleh diaplikasikan dalam semua aspek kehidupan anda.
    Orang yang bekerja 2X, kerjanya penat tapi hasilnya biasa-biasa saja.
    Orang yang bekerja 10X, kerjanya penat juga, tapi hasilnya luar biasa.

    Saya bagi contoh satu lagi.

    Anda nak dapatkan RM100,000.
    Anda nak jual produk RM1 kepada 100,000 orang ATAU
    anda nak jual produk RM10,000 kepada 10 orang?

    Mungkin anda kata, pada teori senang. Tapi nak jual produk RM10,000 ini bukan mudah.

    Betul. Tidak mudah.

    Sebab itu apabila anda fokus pada 10X, cara fikir anda juga berbeza.
    Cara fikir untuk jual produk RM10,000 TAK sama dengan cara fikir untuk jual produk RM1.

  • Tentang Perbandingan

    Tentang Perbandingan

    Segelas nescafe ais = RM15

    Murah atau mahal?
    Pasti anda terkejut dapat bil macam itu.


    Tapi kalau anda order frappe extra vaganza with caramel top down, bottom up di kedai kopi terkenal, RM20 pun anda masih boleh terima.

    Kenapa?

    Manusia secara umumnya akan sentiasa membuat perbandingan.
    Kelemahan manusia adalah apabila hilang perbandingan.

    Anda pernah dengar tentang nespresso?

    Untuk minum nespresso, anda kena ada mesin nespresso.
    Kemudian anda perlu beli nespresso capsule.

    Setiap capsule itu berharga RM2-RM10. Bergantung kepada jenis kopi didalamnya.

    Soalannya: adakah satu kapsul nepresso itu murah atau mahal?

    Jawapannya bergantung kepada perbandingan yang anda buat.
    Kalau anda bandingkan dengan harga secawan kopi di kedai mermaid hijau,
    maka nespresso jadi murah.

    Seorang marketer atau copywriter yang faham konsep ini akan memanipulasi fikiran audien.
    Mereka akan tentukan apakah perbandingan yang perlu dibuat oleh pelanggan.
    Supaya produk yang dijual nampak berbaloi.

  • Apa Yang Saya Belajar Dari Hanoi

    Apa Yang Saya Belajar Dari Hanoi

    1. Saya baru pulang dari trip Hanoi-Sapa, Vietnam.

    2. Suhu di Hanoi agak sejuk. Sekitar 10-13 darjah. Tapi suhu di Sapa jauh lebih sejuk. Antara 3-4 darjah. Belum kira angin yang bertiup kencang.

    3. Jarak antara Hanoi dan Sapa sekitar 6 jam menaiki bas.

    4. Sapa terkenal dengan keindahan kawasan pergunungan. Ala-ala Cameron Highland versi Malaysia. Cuma lebih sejuk.

    5. Sapa berada di penghujung musim sejuk. Jadi, pemandangan tidak berapa jelas disebabkan oleh kabus. Tak berapa sesuai untuk bergambar OOTD.

    6. Di Sapa ada sekurang-kurangnya 3 restoran Halal. Harga makanan berpatutan.

    7. Di Hanoi penduduk lebih padat. Seronok berjalan di sekitar Hanoi sebab tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas.

    8. Kalau anda minat membeli belah, mesti berani tawar harga. Terutamanya di kawasan Old Street.

    9. Orang Vietnam kebanyakkan kurus. Susah nak jumpa yang obes. Walaupun orang Vietnam suka makan nasi.

    10. Porsi makanan mereka sedikit. Biasanya satu mangkuk. Mereka suka makanan stim dan rebus.

    11. Mereka juga suka bersenam. Ini adalah inspirasi daripada bapa kemerdekaan mereka, Ho Chi Minh.

    12. Ho Chi Minh meninggal pada usia 79 tahun. Tour guide kami beritahu, rahsia panjang umur Ho Chi Minh adalah kerana suka bersenam.

    13. Di Hanoi hanya ada 1 McDonald dan 2-3 KFC. Orang Vietnam tidak gemar pada fast food versi barat.

    14. Kenderaan utama di sini adalah motorsikal. Mereka tidak kisah pada Zebra Crossing. Apabila anda mahu melintas jalan, terus lintas cepat-cepat. Motorsikal akan berhenti atau elak daripada melanggar anda.

    15. Vietnam merupakan antara pengeksport biji kopi terbesar di dunia. Biji kopi Arabica, Robusta, Blue Mountain, Weasel, Vietnam – merupakan antara biji kopi yang banyak dijual di Hanoi.

    16. Kopi yang terkenal adalah Egg Coffee dan Coconut Coffee. Harga kopi ini sekitar RM9 segelas.

    17. Orang Vietnam agak peramah dan suka membantu.

    18. Sewaktu makan di sebuah restoran Halal, kami minta sedikit ruang untuk solat. Pemilik restoran terus bagi satu bilik untuk kami solat. Siap mop lagi.

    19. Vietnam adalah negara membangun. Mereka memiliki keindahan semulajadi. Dan mereka ada rakyat yang rajin.

    20. Mungkin beberapa tahun lagi, pengalaman ke Hanoi-Sapa akan menjadi semakin bagus.

    21. Oh ya, di Sapa, anda akan banyak berjalan kaki. Banyak naik turun tangga.

  • The Bullseye Framework

    The Bullseye Framework

    Sebenarnya nak masuk channel mana satu?

    TikTok…
    Facebook…
    Youtube…
    and so on…

    Peningkan?

    Sebab di mana-mana channel pun,
    ada success story.

    Lebih pening, bila anda pernah masuk kesemua channel itu dan masih tak menjadi.

    Channel berkait rapat dengan leads.

    Sepatutnya bila tambah channel,
    bertambahlah leads (prospek).

    Tapi kalau jumlah leads tak bertambah = ada masalah

    Ada satu teknik.

    Teknik ini diperturunkan oleh pengasas DuckDuck Go, Gabriel Weinberg.

    DuckDuck Go ini merupakan enjin pencari macam Google.
    Bezanya DuckDuck Go fokus pada privasi.
    Tak ada tracking setiap pergerakan anda macam Google.

    Semasa Gabriel cipta DuckDuck Go,
    dia pun alami dilema yang sama.

    Nak guna channel mana lagi untuk promote DDG.

    Maka timbullah satu teknik.

    The Bullseye Framework.

    Dalam framework ini, anda list down dahulu kesemua channel yang ada.
    Tulis sebanyak mungkin.

    Online…
    Offline…

    Kemudian, pilih 6 yang anda rasa tempat audien anda berkumpul.

    Bincang dengan tim.
    Dan pilih 3 yang terakhir.

    Mulakan kempen di 3 channel pilihan ini.
    Dari 3 ini sepatutnya anda akan jumpa 1 yang winning.

    Selepas itu ulang balik proses sama.
    Cuma kali ini anda mahu cari 2 winning baru menggantikan 2 yang tadi.

    Channel winning yang sudah jumpa tadi, teruskan macam biasa.

    Apabila anda guna teknik ini,
    anda kurang penat dan lebih fokus.

    Tidaklah terkejar-kejar “shining object syndrome”

  • Kenapa Suka Bertangguh

    Kenapa Suka Bertangguh

    Tahun baru. Azam baru.

    Tapi bila masuk minggu kedua, azam sudah hilang entah ke mana.

    Rob Dial beritahu punca kepada sikap suka bertangguh atau tidak mahu berubah ini kerana TAKUT.

    Ada dua jenis ketakutan:
    1. Primal fear
    2. Intelligent fear

    Primal fear adalah ketakutan yang bersangkut paut dengan kematian. Ketakutan ini wujud secara azali dalam diri setiap orang.

    Intelligent fear pula adalah ketakutan bayangan. Anda membayangkan sendiri ketakutan itu. Dan ketakutan itu biasanya tidak wujud.

    Sikap tidak suka bertindak (not taking action) berpunca daripada intelligent fear.

    Intelligent fear yang paling biasa adalah takut gagal.

    Apabila anda takut gagal, anda tidak bertindak.

    Tony Robbins pernah beritahu seseorang itu bertindak kerana dua perkara sahaja:
    1. Pain (kesakitan)
    2. Pleasure (kenikmatan)

    Apabila anda membayangkan kesakitan sesuatu tindakan itu lebih besar daripada kenikmatannya, maka anda tidak bertindak.

    Anda tidak mahu sakit. Sebab sakit itu sering dikaitkan dengan kegagalan.

    Jadi…

    Gabungkan dua konsep dari Rob Dial dan Tony Robbins.

    Anda takut gagal –> Gagal itu sakit –> Tidak bertindak

    Tony dan Rob ajar untuk tukar cara fikir.

    Sebab fahaman “Anda takut gagal –> Gagal itu sakit –> Tidak bertindak”
    adalah fahaman karut.

    Macam mana kalau anda fikir,

    Anda suka kesusahan (pain) –> tanda kejayaan akan muncul –> dapatkan rasa susah sekarang.

    Rob sebut ini sebagai positive future.

    Daripada membayangkan masa depan yang negatif (intelligent fear), baik anda bayangkan masa depan yang positif.

    Badan kita akan mengeluarkan chemical mengikut apa yang kita fikir.
    Apa yang kita fikir akan memberikan rasa tertentu (hasil dari pengeluaran chemical tadi).

    Dan rasa itu akan menentukan tindakan kita.

  • Bahasa Copywriting

    Bahasa Copywriting

    Seo úll fuji

    Iki apel fuji

    This is fuji’s apple

    Ini epal fuji

    Ayat sama.
    Bahasa berbeza.

    Perasan tak…

    Setiap orang ada bahasa macam-macam.

    Geng bola ada bahasa dia.
    Geng doktor ada bahasa dia.
    Geng engineer pun ada bahasa dia.

    Apabila kita bertutur dalam bahasa orang itu,
    kita disenangi.

    Kan?

    Dan sebenarnya copywriting adalah satu bahasa.

    Bahasa copywriting adalah bahasa memujuk.

    “Persuasive language”

    Sebab itu kalau anda ada masalah dalam copywriting,
    anda belum fasih berbahasa ‘copywriting’.

    “Apa contoh bahasa copywriting?”

    Baik.

    Kita ambil epal tadi.

    Bahasa biasa : Ini epal fuji

    Bahasa copywriting : Ini epal segar diterbangkan khas dari kawasan pergunungan Jepun

    Contoh lagi,

    Bahasa biasa : Kamera 48MP

    Bahasa copywriting : Kamera 48MP dengan teknologi terbaharu. Berupaya menangkap momen-momen penting dalam hidup anda

    Nampakkan?

    Anda berminat nak belajar bahasa copywriting?
    Komen di bawah.