Blog

  • Memahami Jiwa Manusia

    Dalam dunia marketing hari ini semua orang boleh buat iklan.
    Buka ads manager > setup ads > publish ads. Siap.
    Semuanya nampak mudah.

    Tapi bila kempen tak menjadi,
    ramai mula salahkan algoritma.

    Jarang sekali mereka tanya…
    “Adakah aku betul-betul faham manusia yang aku cuba pengaruh?”

    Sebab iklan bukan tentang setting semata,
    Iklan tentang emosi dan keputusan manusia.

    Kenapa orang klik?
    Kenapa dia scroll laju tanpa berhenti?
    Kenapa dia percaya satu jenama tapi tolak yang lain?

    Ini semua bukan sekadar kerja teknikal.
    Ini kerja memahami jiwa.

    Kita tak perlukan lebih ramai orang buat iklan.
    Kita perlukan lebih ramai yang faham manusia.

  • Tentang Disiplin

    Ramai fikir disiplin datang dari kekuatan.
    Kuat menahan godaan.
    Kuat melawan rasa malas.

    Tapi sebenarnya disiplin bukan tentang kekuatan.
    Ia tentang sistem.

    Kalau setiap pagi anda perlu “kuat” untuk mula menulis,
    itu tanda sistem anda tak cukup baik.

    Disiplin bukan hasil daripada semangat,
    tapi daripada struktur yang menjadikan tindakan itu automatik.

    Orang yang berjaya bukan yang paling kuat.
    Mereka cuma yang paling bijak mengurangkan pilihan.

  • Hari-Hari Yang Biasa

    Kadang-kadang kita terlalu ghairah mengejar hari yang produktif.

    Kita mahu setiap jam terasa luar biasa.
    Setiap tugas mesti memberi hasil besar.
    Setiap hari mesti rasa “on fire”.

    Tapi hidup bukan maraton kehebatan tanpa henti.
    Ada hari yang perlahan.
    Ada hari yang kosong.
    Dan itu bukan kegagalan.

    Kerja sebenar bukan untuk jadi luar biasa setiap hari.
    tetapi untuk hadir walau hari itu biasa.

    Kerana dalam siri hari-hari biasa itulah
    lahir kebiasaan yang luar biasa.

  • System Thinking vs Ad Thinking

    Ramai orang fikir bila iklan tak jalan, masalahnya ada pada iklan.
    Padahal yang rosak bukan iklan tapi sistem di sebaliknya.

    Kita semua pernah lalu fasa ni.
    Buat iklan, refresh Ads Manager setiap 10 minit,
    rasa seronok bila CTR naik,
    rasa resah bila jualan drop.

    Kita ubah copy.
    Ubah gambar.
    Ubah targeting.

    Dan bila result naik semula…
    kita rasa “yes, dah jumpa formula!”
    Tapi seminggu kemudia…jatuh balik.

    Itulah Ad Thinking.
    Nampak sibuk, tapi tak berkembang.
    Nampak bergerak, tapi sebenarnya berpusing di tempat yang sama.

    Sebenarnya Top 1% marketer tak berfikir macam Ad Thinking.
    Mereka naik satu lagi maqam…

    Mereka tak kejar “winning ad”.
    Mereka bina “winning system.”

    Mereka faham iklan cuma satu gear kecil dalam mesin besar bernama Customer Flow.

    Bila gear tu berpusing dengan betul,
    sistem ni akan berputar sendiri:

    ATTRACT → CONVERT → MONETIZE → RETAIN → ulang semula

    Setiap tahap beri tenaga kepada tahap seterusnya.
    Bila satu lemah, sistem jadi berat.

    Tapi bila semua seimbang…
    jualan datang dengan lebih tenang, bukan dengan tekanan.

    Ramai marketer jumpa saya mereka cakap mereka letih…

    Bukan sebab tak pandai buat iklan.
    Tapi sebab terlalu sibuk fikir iklan, sampai lupa bina sistem.

    Kalau strategi anda hidup dalam Ads Manager,
    anda akan sentiasa jadi hamba algoritma.

    Tapi bila anda mula bina sistem sendiri,
    anda tak lagi kejar nasib.

    Kalau anda nak versi lebih dalam, follow saya di Substack,
    Tempat saya Decode Complexity.

    👉 Baca versi penuh di Substack →

  • AI Copywriting Untuk Facebook Ads

    Tulis iklan Facebook bukan senang. Idea dah habis. Hook dah recycle. Ayat macam takde jiwa. Nak hire copywriter? Mahal. Masa tak banyak. Kepala pun serabut.

    Nasib baik ada AI.

    Tapi…AI bukan magic.

    AI ni macam intern. Kalau tak pandai bagi arahan, dia bagi kerja cincai.

    Tapi kalau anda tahu cara beri input yang betul, AI boleh jadi mesin copywriting paling efisien.

    Kali ini, saya nak kongsi cara guna AI untuk tulis iklan Facebook yang buat orang berhenti scroll.

    Bukan teori. Bukan general info. Tapi prompt sebenar, struktur iklan dan cara tweak output AI sampai jadi iklan power.

    Kenapa Guna AI Untuk Copywriting Facebook Ads?

    1. Jimat Masa

    Tak payah termenung sejam tunggu ilham turun.

    2. Elak Blank Page aka Copywriter’s Block

    AI boleh tolong mula. Anda refine kemudian.

    3. Banyak Versi Sekali Gus

    Nak buat split test? AI boleh bagi 5-10 variasi dalam masa 1 minit.

    Struktur Iklan Facebook Yang Proven

    Sebelum suruh AI tulis ayat power, anda kena tahu struktur asas iklan.

    Ataupun setengah orang panggil framework.

    By the way, kalau anda nak go deep on Copywriting Frameworks, saya ada ajar di sini.

    Untuk kali ini, kita akan guna framework:

    				
    					Hook – Pain – Solution – Testimoni (optional) – CTA
    				
    			

    Contoh Prompt AI Untuk Facebook Ads (Versi Upgrade)

    Kalau anda nak hasil padu dari AI, prompt kena spesifik. Jangan malas.

    Makin detail prompt anda, makin luar biasa hasilnya.

    Ini saya share beberapa teknik prompting guna ChatGpt.

    				
    					PROMPT:
    Tolong hasilkan 10 hook iklan Facebook untuk produk Nama Produk
    				
    			
    				
    					FRAMEWORK:
    Buat copy iklan Facebook dengan format 
    Hook - Pain - Solution - CTA. Produk: (LETAK NAMA PRODUK). 
    Target: pekerja yang cepat burnout. Gaya bahasa: real, penuh emosi.
    				
    			
    				
    					VARIASI FRAMEWORK:
    Tulis 3 versi copywriting pendek untuk Facebook Ads. Gaya: punchy, ayat pendek-pendek. 
    Produk: NAMA PRODUK. 
    Target: orang yang susah fokus bila kerja dari rumah.
    				
    			
    				
    					VARIASI LAGI (STORYTELLING)
    Tuliskan iklan dalam bentuk cerita pendek.
    Fokus pada pengalaman pengguna bernama Sarah yang rasa hopeless sebelum jumpa produk ini. 
    Gaya: penceritaan, emosi.
    				
    			
    				
    					AYAT BROADCAST
    Buat ayat iklan untuk WhatsApp broadcast. 
    Nada: macam mesej dari kawan. 
    Produk: NAMA PRDOUK. 
    Target: wanita yang suka minum kopi tapi nak turunkan berat badan.
    				
    			

    Cara Tweak Output AI Supaya Ada Jiwa

    Kalau anda tengok contoh prompt yang saya kongsi tadi, listnya tak habis.

    Anda boleh buat macam-macam.

    Ada orang rasa susah sebab tak tahu nak mula dari mana.

    Kalau tak tahu, copy saja prompt saya di atas tu.

    Bila anda dah selalu prompt,
    anda akan tahu mana yang efektif.

    Ibarat menebas semak samun.
    Mula-mula serabut.
    Lama-lama lapang dan mudah.

    Baik…

    Selepas kita dapat output dari AI, wajib buat adjustment!

    Anggap AI ini bagi draf.

    Contoh AI kata:

    “Produk ini membantu anda meningkatkan fokus.”

    Kita boleh modify kepada apa perkataan yang orang kita selalu guna. Contoh tukar kepada:

    “Produk ini bantu otak anda lebih sharp”

    Ataupun anda boleh masukkan testimoni pengguna.

    Kesilapan Guna AI

    Ada 3 kesilapan yang saya perhati orang sering buat.

    Kesannya, copywriting jadi kurang umph dan terlalu robotik.

    Sekali tengok dah tahu guna AI.

    Kaku dan lesu.

    #1 Copy bulat-bulat dari AI tanpa ubah

    Antara masalah yang kita hadapi bila buat copywriting guna ChatGPT atau AI, ada kosa kata Bahasa Indonesia.

    Jadi kalau main copy bulat-bulat, memang KO.

    Lagi satu ada juga ketikanya AI berikan output yang skema. 

    #2 Tak tahu siapa audience

    Kalau anda tulis copywriting untuk seluruh rakyat Malaysia – maksudnya copywriting anda tak akan menjadi!

    Anda mesti jelas siapa target audience.

    Kemudian minta AI tulis ayat iklan spesifik kepada target itu.

    Barulah mereka terasa.
    Barulah mereka nak beli.

    #3 Ayat terlalu panjang, skema, bosan

    Kalau anda tengok dalam contoh prompt yang saya kongsi di atas, saya akan sebut gaya macam mana.

    Ini bagi mengelakkan AI buat ayat yang tak ada orang nak baca.

    Gaya bahasa atau tone ini sangat bergantung kepada #2.

    Kunci ada di situ.

    Kalau anda target golongan profesional, kena bercakap bahasa mereka.

    Kalau anda target founder-founder, pun kena guna bahasa mereka.

    Masa Untuk Bertindak

    Andai kata anda rasa nota ini membantu, tolong sebarkan kepada kawan-kawan.

    Saya dalam usaha nak hidupkan balik blog ini.
    Supaya jadi panduan berguna untuk mereka yang nak belajar digital marketing.

    Your share means a lot❤️

  • Cara Buat Copywriting AI Yang Menjual (Panduan Mudah & Praktikal)

    Let’s be real.

    Kita semua nak copywriting yang padu. Yang buat orang berhenti scroll.
    Yang buat orang rasa, “Wei, aku kena beli ni.”

    Tapi bila nak mula tulis…

    “Argh, blank!”

    Nasib baik sekarang dah ada copywriting AI aka ChatGPT, Gemini, Claude dan macam-macam lagi.

    Teknologi ini bantu kita tulis ayat iklan dengan cepat dan mudah.

    Tapi ingat, AI bukan magic!

    Dia ikut apa yang kita suruh. Kalau kita beri input rojak, keluar pun rojak.

    Dalam panduan copywriting AI ini, saya akan tunjuk:

    ✅ Apa itu copywriting AI (siap dengan contoh_
    ✅ 5 strategi guna AI yang boleh terus apply
    ✅ Prompt template siap pakai untuk jimat masa

    Table of Contents

    Apa Itu Copywriting AI

    Copywriting AI ialah proses guna kecerdasan buatan.

    Kita boleh guna AI untuk bantu tulis ayat iklan, konten media sosial, emel marketing dan macam-macam lagi.

    Tapi…

    Macam saya beritahu tadi, bukan semua orang dapat hasil yang padu.

    Sebab tu anda perlukan strategi yang betul.

    Tentukan 1 Goal, 1 Copy

    Setiap copy mesti ada satu matlamat:

    • Nak orang klik link?
    • Nak orang reply DM?
    • Nak mereka isi borang?

    Kalau tak jelas tujuan, copy anda akan jadi hambar.

    Tanya soalan ini sebelum mula:

    “Apa satu tindakan yang saya nak orang buat lepas baca copy ni?”

    Kemudian baru mula guna AI.

    Contoh prompt:

    				
    					Saya nak ayat iklan Facebook untuk jual Nama Produk. Lepas orang baca iklan ini, orang akan terus klik
    				
    			

    Bagi Struktur, Bukan Harapan

    AI memang pandai.
    Tapi tak bermaksud dia tahu semua benda.

    Dan kalau dia tahu semua benda sekali pun,
    adakah dia tahu apa yang anda mahu?

    Jadi bantu AI untuk berikan output yang lebih padu.

    Caranya…

    Beri struktur.

    Contoh prompt:

    				
    					Buatkan saya satu copywriting produk A guna struktur AIDA:
    
    Attention (attention)
    
    Interest (masalah utama)
    
    Desire (keinginan mendesak)
    
    CTA (ajakan jelas)
    				
    			

    Gunakan Data Pelanggan (Testimoni, DM, Review)

    AMARAN: Jangan guna AI untuk buat fake testimoni!

    Maksud “guna data pelanggan” ini adalah leverage keupayaan AI  untuk analisa dan cipta hook hasil daripada testimoni pelanggan anda.

    Manusia percaya manusia. Ini kunci.

    Kumpul 5-10 testimoni terbaik dari pelanggan.

    Masukkan dalam prompt untuk dijadikan hook atau body iklan.

    Contoh prompt:

    				
    					Ini adalah testimoni untuk produk ABC:
    "testimoni 1"
    "testimoni 2"
    "testimoni 3"
    "testimoni 4"
    "testimoni 5"
    "testimoni 6"
    "testimoni 7"
    "testimoni 8"
    
    Daripada testimoni ini cuba buat 10 hook yang power
    				
    			

    Minta AI Bagi Banyak Versi Sekali Gus

    Copywriting adalah eksperimen.

    Tak tahu yang mana akan jadi pemenang. Orang kampung saya kata kena buat A/B test.

    Gunakan AI untuk hasilkan banyak versi copywriting.

    Contoh prompt:

    				
    					buatkan saya 5 copywriting untuk produk ABC
    				
    			

    Kalau nak bagi lebih power, gabung dengan teknik ke 2 tadi.

    Contoh prompt:

    				
    					Buatkan 5 versi copywriting produk ABC. Guna struktur AIDA, PAS, 4P, PASTOR, SLAP
    				
    			

    The Midas Touch

    AI boleh bantu cepatkan kerja, tapi tone dan style manusia tetap menang.

    Biasanya AI terlalu sopan, terlalu panjang atau tak ada emosi sebenar.

    Ada masa AI sesuka hati campur bahasa Indonesia.

    Jadi…

    Selepas siap, anda mesti tweak dan adjust sendiri.

    Mungkin tak ada major adjustment. Minor pun ok.

    Yang penting baca dulu.
    Jangan main copy paste bulat-bulat.

    Apa Kata Anda?

    Copywriting AI bukan shortcut untuk malas.

    Tapi…leverage untuk jimat masa, jimat tenaga.

    Kuncinya bertanya soalan yang betul.
    Dan masukkan input yang betul.

    Guna struktur. Masukkan sentuhan manusia.

    Barulah hasilnya bukan biasa-biasa.