Category: SEO

  • Bagaimana Dapatkan 700+ Prospek Secara Percuma

    Bagaimana Dapatkan 700+ Prospek Secara Percuma

    Langkah-langkah:

    1. Cipta satu borang menggunakan Google Drive
    2. Cipta satu post baru (sama ada new post atau new page)
    3. Tulis artikel yang mensasarkan kata kunci yang diingin
    4. Masukkan link borang tadi ke dalam artikel
    5. Seterusnya pergi ke Appearance > Widget > Masukkan gambar pada sidebar yang dihubungkan kepada artikel atau terus ke borang berkenaan

    [button text=”NAK BELAJAR DENGAN LEBIH DETAILS? KLIK SINI” url=”http://teknikseosempoi.com”]

  • Apa itu Image ALT dan Mengapa Ianya Berbaloi Dilakukan

    Apa itu Image ALT dan Mengapa Ianya Berbaloi Dilakukan

    Google adalah pakar dalam membaca dan menafsirkan teks, nombor dan juga pautan.

    Pun begitu, Google menghadapi cabaran dalam membaca gambar atau imej. Bayangkan bagaimanakah Google mahu memahami gambar yang bernama DCA12200.jpg?

    Dan apakah pula yang akan terjadi andai ada 10 gambar bernama DCA12200.jpg dari 10 orang berbeza. Siapakah yang paling relevan?

    Jadi Google perlu mempunyai satu kaedah dalam memahami gambar.

    Mari kita buat satu actionable knowledge.

    Masuk Google > Images dan taip “Wan Yusof Wan Jeffery”.

    wan yusof alt

    Sekarang tukar nama saya kepada nama anda.

    Adakah nama anda memunculkan wajah anda?

    BAGAIMANA GOOGLE MEMBACA GAMBAR

    Bagi menyelesaikan cabaran tadi, Google membaca gambar menerusi ALT.

    ALT menerangkan kepada robot Google apakah maksud gambar itu. Lihat video di bawah bagaimana mengaplikasikan ALT ke dalam blog anda.

    APAKAH KEGUNAAN IMAGE ALT?

    Pembayang telah diberikan di atas tadi. Cuma saya gunakan nama sendiri.

    Sekarang taip di Google Images jenama anda. Apakah imej yang muncul?

    Sekiranya nama jenama anda bersifat unik, anda sepatutnya menjuarai semua imej yang ada. Contohnya taip “teknik seo sempoi”. Anda akan dapati semua imej yang muncul adalah berkaitan dengan carian anda.
    teknik seo sempoi
    Jadi sekarang semak jenama anda kembali. Andainya jenama atau produk anda tidak selari dengan kata kunci, maka anda perlu memperbaiki ALT seperti dalam video di atas.

    Jadi sekarang semak jenama anda kembali. Andainya jenama atau produk anda tidak selari dengan kata kunci, maka anda perlu memperbaiki ALT seperti dalam video di atas.

    Selain itu, ALT sangat penting bagi website e-commerce.

    Katakanlah anda menjual produk jubah wanita, anda akan dapati banyak pesaing yang ada.

    Jadi apa yang menentukan jubah wanita anda muncul dalam hasil carian?

    ALT!

    in line banner seo

    SALAH GUNA FUNGSI ALT

    Saya mulakan dengan peringatan terlebih dahulu. Gunakan ALT ini untuk tujuan yang betul.

    ALT juga boleh digunakan untuk membentuk asosiasi. Sebagai contoh, taip “Bush” di Google Images. Apa yang anda jumpa?

    alt untuk bush

    Majoriti hasil carian adalah wajah bekas presiden U.S, walhal bush membawa maksud semak.

    Perkara ini berlaku kerana populariti Bush = Presiden U.S lebih tinggi berbanding bush = semak.

    Jadi ALT ini boleh disalah gunakan. Kita boleh meletakkan nama yang salah pada gambar yang salah. Kesannya boleh merosakkan nama berkenaan.

    Perkara ini banyak berlaku  kepada ahli politik. Malah perbuatan ini menjadi sebahagian daripada plot character assasination.

    TINDAKAN ANDA SEKARANG

    Masuk website dan baiki imej ALT. Pergi ke Media >> Library >> Pilih gambar berkenaan. Ubah Title dan Image ALT.

    image altimage alt

    Elakkan imej ALT yang tidak ada makna. Rugi dari sudut SEO. Teknik ini teknik mudah dan senang. Tak ada rahsia atau kemahiran pelik-pelik. Buat, buat dan buat.

    Andai berminat bagi menguasai lagi SEO yang mudah dan berkesan, boleh lihat Teknik SEO Sempoi. Ini adalah training online yang saya cipta khas bagi pemilik bisnes baru. Ada video tutorial dan FB group. Pembelajaran berterusan. Andai ada cabaran, boleh terus berhubung dengan saya.

  • Melajukan Website Menggunakan CDN

    Melajukan Website Menggunakan CDN

    Kelajuan website mempengaruhi ranking sesebuah website. Makin laju website, makin berpotensi website itu untuk naik ke kedudukan atas.

    Mengapa Ini Terjadi?

    Pernah tak anda melayari mana-mana website dan website berkenaan sangat perlahan untuk loading. Apa perasaan anda? Geram, nak marah. Akhir sekali apa yang anda buat? Tekan butang pangkah!

    Ini namanya bounce rate. Kadar pengguna keluar dari website anda. Ada banyak sebab yang menyumbang kepada bounce rate. Kelajuan website adalah salah satu daripada sebabnya.

    Jadi sebab itulah Google mengambil berat faktor kelajuan kerana ianya berkait rapat dengan bounce rate. Bounce rate yang tinggi menunjukkan website itu tidak mesra pengguna.

    Bagaimana Melajukan Website?

    Kenal pasti punca kelembapan website. Kebiasaanya website jadi sangat perlahan apabila penggunaan imej dan plugin yang terlalu banyak. Bagi masalah ini, kurangkan jumlah imej dan plugin sahaja.

    Satu lagi punca adalah pemilihan web hosting. Apabila website kita berada di hosting yang perlahan atau jauh, maka website akan jadi perlahan. Untuk masalah ini, tukar hosting (server) yang dekat dengan audiens atau gunakan CDN.

    Apa itu CDN?

    CDN bermaksud Content Delivery Network. Ianya merupakan satu sistem sebaran yang unik. Website anda akan diletakkan di dalam server utama CDN. Server ini bersambungan dengan rangkaian server CDN lain di seluruh dunia.

    Apabila audiens dari Malaysia ingin melayari website anda, server utama CDN akan menghantar website anda ke server rangkaian yang berhampiran dengan Malaysia. Hasilnya capaian akan jadi pantas.

    CDN disarankan bagi website yang mempunyai banyak trafik. Bagi website baru, anda boleh letakkan CDN dalam senarai produk yang akan dilanggan nanti.

  • Bagaimana Mencipta Sitemap Untuk Website Anda

    Bagaimana Mencipta Sitemap Untuk Website Anda

    Apabila kita memandu ke destinasi yang tidak biasa, ada potensi untuk sesat. Bagi mengelakkan kesesatan, kita gunakan apps seperti Waze atau Google Map.

    Aplikasi ini menunjukkan jalan yang patut kita lalui untuk sampai ke destinasi itu.

    Robot Google adalah seperti pemandu. Website kita adalah seperti destinasi baru. Robot Google tidak biasa dengan website kita terutamanya website yang baru. Jadi robot ini perlukan ‘Waze’.

    Waze bagi robot Google dikenali sebagai sitemap. Ianya seperti peta yang akan memberitahu robot Google berkenaan website kita.

    DUA JENIS WAZE

    Ada dua jenis format sitemap. Satunya jenis .xml dan satu lagi jenis .html. Bagi menyemak sama ada website kita mempunyai sitemap ataupun tidak, taip begini:

    http://www.websiteanda.com/sitemap.xml

    Sekiranya dapat paparan seperti di bawah, maka sah website anda mempunyai sitemap jenis .xml.

    contoh sitemap

    Sekiranya tidak mempunyai paparan seperti ini, maka website tidak mempunyai sitemap jenis .xml. Bahaya!

    MENGAPA SITEMAP PENTING?

    Antara sitemap jenis .html dan .xml, yang mana satukah lebih penting?

    Sitemap jenis .html adalah untuk manusia. Manakala jenis .xml adalah untuk robot Google.

    Dari sudut prioriti, sitemap untuk robot Google perlu diberi keutamaan. Ini kerana, apabila robot Google tidak dapat peta, robot Google sesat.

    Apabila sesat, robot Google hanya akan pilih beberapa mukasurat tertentu dari website kita. Kesannya, ada mukasurat yang tidak akan dibaca oleh robot Google.

    Apabila mukasurat tidak dibaca oleh robot Google, mukasurat itu tidak akan termasuk dalam pengkalan data. Sekaligus tidak muncul di halaman carian Google.

    (NOTA: Saya ada buat online training strategi SEO. Sitemap ini salah satu daripada banyak strategi SEO. Klik banner ini)
    apa itu sitemap

    Bagi sitemap jenis .html, kita tidak wajib ada. Usah risau pengunjung akan sesat kerana kita boleh menyediakan peta kepada pengunjung menerusi menu. Ini adalah alternatif kepada sitemap jenis .html.

    BAGAIMANA MEMASUKKAN SITEMAP?

    Sitemap jenis .xml boleh ditulis sendiri. Namun ianya tidak mudah bagi yang tidak biasa dengan koding. Untuk itu saya akan tunjukkan cara yang paling senang.

    1/ Masuk website anda (platform wordpress).

    2/ Pilih menu Plugins > Add New.

    3/ Taip Google XML Sitemap pada kotak carian.

    google sitemap xml

    4/ Klik Install Now > Activate.

    Selesai proses memasukkan sitemap jenis .xml. Tahniah.

    Tindakan Sekarang

    Selain daripada plugin Google XML, ada beberapa plugin lain yang menyediakan fungsi ini. Antaranya Yoast dan All in One SEO. Kita boleh memilih bagi menggunakan plugin ini atau pun Google XML.

    Fokusnya adalah pada mewujudkan sitemap. Tool yang digunakan itu terpulang kepada keselesaan.

    Selepas selesai cipta sitemap, kita boleh biarkan begitu saja. Ataupun beritahu Google kewujudan sitemap. Gunakan fungsi Google Search Console. Di sini, kita boleh maklumkan pada Google. Dalam Teknik SEO Sempoi, saya ada rakamkan satu video khas bagaimana kita boleh melakukan perkara ini.

    Akhir kata, selamat mencuba. Andai ada sebarang cabaran, boleh komen di bawah.

  • Submit Website URL kepada Google

    Submit Website URL kepada Google

    Terdapat lebih 1 bilion website di dunia pada ketika ini. Jumlah ini akan terus bertambah. Tidak kesemua website akan muncul dalam hasil carian Google. Perkara ini terjadi kerana Google tidak tahu kewujudan website kita.

    Analoginya begini. Satu hari kita jalan-jalan. Di pertengahan jalan, baru kita perasan ada sebuah kedai roti. Namanya kedai roti Mak Lah. Sebelum ini kita tidak pernah sedar kewujudannya. Apabila kita singgah, Mak Lah beritahu sudah 10 tahun beroperasi!

    Sambung lagi. Kita beritahu biasanya roti dibeli di kedai roti Pak Samad. Kedai roti Pak Samad kedai besar. Iklannya di muka hadapan akhbar. Tiap-tiap hari jumpa.

    Untuk sesebuah website muncul di Google, website berkenaan perlu ada dalam senarai catatan Google. Dalam erti kata lain, ada dalam pengkalan data Google. Kerja ini dilakukan oleh robot khas Google. Robot ini dikenali sebagai spider.

    Andainya spider tidak berjaya mengesan kewujudan sesebuah website, maka website itu tidak akan wujud dalam pengkalan data. Kesannya, website berkenaan tidak akan dijumpai di Google.
    Jadi sebagai pemilik website, kita mesti memberitahu Google perihal website kita. Supaya website ini ada dalam senarai hasil carian Google. Ada empat kaedah untuk menyenaraikan website di Google.

    Add your URL

    Ini adalah cara yang paling mudah. Masuk ke halaman ini dan masukkan URL yang ingin diketahui oleh Google. Apabila kita menghantar URL, Google akan mengambil sedikit masa untuk datang. Jadi bersabar. Yang pasti spider akan datang.

    App Crawling

    Mengikut data Google, seorang pengguna hanya menggunakan 26% apps setiap hari. 1 daripada 4 apps sahaja yang digunakan. Jadi fungsi ini untuk mengaktifkan kembali apps yang tidak digunakan.

    Search Console

    Bagi menggunakan fungsi ini, kita perlu memiliki akaun Google. Seterusnya masuk ke Google Webmaster Tools. Pilih submit sitemap. Sitemap adalah peta website yang akan menjadi panduan robot Google.

    sitemap xml google

    Structured Data

    Ini adalah fungsi yang paling terkehadapan. Tidak disarankan untuk pengguna baru. Proses ini melibatkan aspek teknikal. Ianya adalah proses melabel konten kita untuk membantu pengguna mendapatkan hasil carian yang berkualiti.

    Kesimpulan

    Setiap website yang ingin muncul di Google mesti ada dalam pengkalan data. Caranya dengan menjemput spider. Gunakan salah satu daripada kaedah di atas. Add you URL, App Crawling, Search Console atau Structured Data.

  • Nota Bengkel Website Mastery

    Ini adalah nota rujukan daripada Bengkel Website Mastery yang dianjurkan baru-baru ini. Bengkel ini adalah panduan asas membina website. Ianya khusus untuk pengguna yang baru ingin belajar membina website.

    1. Domain, Hosting & Platform

    Terdapat 3 komponen yang diperlukan untuk menghasilkan website iaitu Domain, Hosting dan Platform. Domain adalah nama website contohnya wanyusof.com. Hosting adalah tempat data disimpan. Dan Platform adalah tempat kita menulis. Domain dan Hosting ada yang percuma dan ada yang berbayar. Contoh percuma adalah blogspot.com dan wordpress.com.

    2. Struktur Website

    Apapun tujuan membina website, kita mesti ada struktur. Struktur website yang dipilih akan memandu konten yang bakal dihasilkan. Ia juga membantu kita menetapkan kata kunci yang sesuai pada page yang sesuai. Dalam istilah teknikalnya, proses ini dinamakan SEO Mapping.

    3. Mendapatkan Email

    Website yang tidak mengumpul email atau maklumat pelawat adalah website yang rugi. Ini kerana kita sudah kehilangan ruang interaksi. Apabila pengunjung memberikan email, kita dapat berhubung dengan mereka untuk sesi yang akan datang. Kaedah ini dikenali sebagai email marketing. Pemasaran menerusi email sangat berkesan. Ini kerana mereka yang memberikan email adalah mereka yang berminat terhadap kandungan website kita.

    4. Trafik dari FB

    Facebook adalah sumber trafik percuma. Usah malu untuk berkongsi artikel kita di Facebook. Kita bukan menulis benda mengarut. Kita berkongsi sesuatu yang berfaedah. Usah fikirkan yang bukan-bukan. Fokus pada kebaikan.

    5. Panduan SEO

    Adalah menjadi satu kerugian andainya website yang baru dibuat mengabaikan SEO. Proses ini adalah percuma. Mulakan dengan asas-asas SEO. Saya ada tulis panduan khas SEO untuk bisnes baru. Boleh mulakan di situ.

    website mastery

    Itu adalah 5 poin utama daripada bengkel Website Mastery. Ada juga disebutkan beberapa rekomendasi untuk memulakan website. Catatannya adalah seperti di bawah:

    Web Hosting

    Ipserverone.com
    Datakl.com

    Domain

    Godaddy.com
    Namecheap.com

    WordPress Theme

    Themeforest.com
    Themify.com

    Email Marketing

    Mailerlite.com
    Aweber.com
    GetResponse.com

    Untuk sebarang pertanyaan, boleh tinggalkan mesej di ruangan komen. Ataupun boleh hubungi saya menerusi FB.