folder Filed in SEO
Bagaimana Mencipta Sitemap Untuk Website Anda
By Wan Yusof Wan Jeffery comment One Comment access_time 2 min read

Apabila kita memandu ke destinasi yang tidak biasa, ada potensi untuk sesat. Bagi mengelakkan kesesatan, kita gunakan apps seperti Waze atau Google Map.

Aplikasi ini menunjukkan jalan yang patut kita lalui untuk sampai ke destinasi itu.

Robot Google adalah seperti pemandu. Website kita adalah seperti destinasi baru. Robot Google tidak biasa dengan website kita terutamanya website yang baru. Jadi robot ini perlukan ‘Waze’.

Waze bagi robot Google dikenali sebagai sitemap. Ianya seperti peta yang akan memberitahu robot Google berkenaan website kita.

DUA JENIS WAZE

Ada dua jenis format sitemap. Satunya jenis .xml dan satu lagi jenis .html. Bagi menyemak sama ada website kita mempunyai sitemap ataupun tidak, taip begini:

http://www.websiteanda.com/sitemap.xml

Sekiranya dapat paparan seperti di bawah, maka sah website anda mempunyai sitemap jenis .xml.

contoh sitemap

Sekiranya tidak mempunyai paparan seperti ini, maka website tidak mempunyai sitemap jenis .xml. Bahaya!

MENGAPA SITEMAP PENTING?

Antara sitemap jenis .html dan .xml, yang mana satukah lebih penting?

Sitemap jenis .html adalah untuk manusia. Manakala jenis .xml adalah untuk robot Google.

Dari sudut prioriti, sitemap untuk robot Google perlu diberi keutamaan. Ini kerana, apabila robot Google tidak dapat peta, robot Google sesat.

Apabila sesat, robot Google hanya akan pilih beberapa mukasurat tertentu dari website kita. Kesannya, ada mukasurat yang tidak akan dibaca oleh robot Google.

Apabila mukasurat tidak dibaca oleh robot Google, mukasurat itu tidak akan termasuk dalam pengkalan data. Sekaligus tidak muncul di halaman carian Google.

(NOTA: Saya ada buat online training strategi SEO. Sitemap ini salah satu daripada banyak strategi SEO. Klik banner ini)
apa itu sitemap

Bagi sitemap jenis .html, kita tidak wajib ada. Usah risau pengunjung akan sesat kerana kita boleh menyediakan peta kepada pengunjung menerusi menu. Ini adalah alternatif kepada sitemap jenis .html.

BAGAIMANA MEMASUKKAN SITEMAP?

Sitemap jenis .xml boleh ditulis sendiri. Namun ianya tidak mudah bagi yang tidak biasa dengan koding. Untuk itu saya akan tunjukkan cara yang paling senang.

1/ Masuk website anda (platform wordpress).

2/ Pilih menu Plugins > Add New.

3/ Taip Google XML Sitemap pada kotak carian.

google sitemap xml

4/ Klik Install Now > Activate.

Selesai proses memasukkan sitemap jenis .xml. Tahniah.

Tindakan Sekarang

Selain daripada plugin Google XML, ada beberapa plugin lain yang menyediakan fungsi ini. Antaranya Yoast dan All in One SEO. Kita boleh memilih bagi menggunakan plugin ini atau pun Google XML.

Fokusnya adalah pada mewujudkan sitemap. Tool yang digunakan itu terpulang kepada keselesaan.

Selepas selesai cipta sitemap, kita boleh biarkan begitu saja. Ataupun beritahu Google kewujudan sitemap. Gunakan fungsi Google Search Console. Di sini, kita boleh maklumkan pada Google. Dalam Teknik SEO Sempoi, saya ada rakamkan satu video khas bagaimana kita boleh melakukan perkara ini.

Akhir kata, selamat mencuba. Andai ada sebarang cabaran, boleh komen di bawah.

seo sitemap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Cancel Post Comment